Anda di halaman 1dari 10

Jurnal yang akan saya ulaskan dalam tugasan ini adalah hasil kajian dan

penulisan Paul Goalen dari Fakulti Pendidikan, Universiti Cambridge, United Kingdom.

Jurnal yang beliau tulis bertajuk MacDonald’s ‘Black Letter’, Volume 1, Nombor 2,

halaman 87 hingga 104.

Jurnal ini menceritakan tentang konflik antara orang Arab dan orang Yahudi

yang berlaku di Palestine yang diabaikan oleh Perdana Menteri Ramsay MacDonald

dalam tempoh 1930 dan 1931 pada saat kerajaan Buruh kedua di Britain. Ianya juga

menjelaskan tentang bagaimana Surat Hitam 1931 tersebut dikatakan menggantikan

White Paper 1930 sebagai panduan untuk dasar Inggeris di Palestin. Selain itu, jurnal

ini turut menyentuh mengenai Shaw Report, White Paper, Articles of the Mandate ,

dan Balfour Declaration.

Melalui pembacaan saya mengenai jurnal hasil karya Paul Goalen ini, saya

dapat mengenal pasti beberapa kelebihan dan kelemahan dalam penulisan beliau.

Saya juga memperoleh hasil pembelajaran melalui kajian terhadap jurnal tersebut.

Pada pendapat saya, kelebihan utama yang terdapat pada jurnal ini ialah

tentang kemahiran penulis dalam menyampaikan jurnal dengan menggunakan

kaedah penyampaian berbentuk cerita. Kaedah ini adalah antara kaedah yang paling

banyak digunakan oleh penulis. Penulis menceritakan sesuatu keadaan dan

menjelaskan fakta dengan menggunakan kaedah bercerita supaya mampu menarik

hati pembaca. Sememangnya kaedah bercerita ini adalah suatu kaedah yang agak

biasa digunapakai dalam menyampaikan ajaran. Contohnya, ‘ In the first place the

Arabs felt that the promise of independence that had been made to the Arab during

the First World War and that helped to inspire the Arab Revolt against Ottoman Rule
should be extended to Palestine’. Dalam ayat tersebut, penulis cuba menceritakan

tentang janji untuk kemerdekaan kepada orang Arab.

Kelebihan kedua ialah penulis memberikan fakta dengan buktinya sekali.

Dalam penulisan yang baik, fakta yang diberi haruslah lengkap dengan bukti yang

nyata dan betul. Misalnya, pada permulaan penulisan jurnal tersebut, penulis sudah

menyatakan suatu fakta yang secara terang, ringkas dan sangat mudah untuk

difahami oleh pembaca. Contohnya, ‘MacDonald’s ‘Black Letter’ was read out to the

House of Commons on Friday 13th February 1931.’ Melalui ayat tersebut penulis

memberikan fakta yang benar iaitu Surat Hitam yang dibacakan di House of

Common, berserta dengan tarikhnya sekali iaitu pada 13 Februari 1931. Ayat yang

digunakan oleh penulis ini agak lengkap dan singkat. Pada pendapat saya, ini adalah

cara penulisan yang menarik kerana ianya padat dan ringkas serta tidak

membingungkan.

Selain itu, penulis turut menarik perhatian pembaca dengan menggunakan

kaedah penyoalan dalam penulisan beliau. Kaedah penyoalan ini sesuai digunakan

terutama pada ayat atau perenggan pertama bagi membuatkan pembaca tertanya-

tanya. Contohnya, ‘But what had caused the storm that broke out over the Passfield

White Paper, and why was the Arab voice so disheartened by the tone and content

of MacDonald’s announcement to Parliament on 13 February 1931 that it labelled

MacDonald’s letter to Dr Weizmann, the ‘Black Letter’?’. Ayat ini boleh kita baca

dalam perenggan pertama pada ayat yang terakhir. Ayat tersebut mengajukan

persoalan tentang reaksi orang Arab yang kecewa dengan pengumuman yang dibuat
oleh MacDonald tentang Surat Hitam tersebut. Kaedah ini seharusnya lebih banyak

digunakan untuk menarik perhatian pembaca.

Dalam kesinambungan bagi persoalan yang diajukan dalam ayat terakhir bagi

perenggan pertama, penulis menyatakan untuk menjawab persoalan tersebut dan

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kewujudan Surat Hitam yang diperkenalkan

oleh MacDonald tersebut, maka penulis membawa pembaca untuk memahami dan

mengimbas kembali kesan daripada rusuhan yang berlaku sekitar 1928. Contohnya,

‘In order to understand the genesis of MacDonald’s ‘Black Letter’ it is necessary to

reflect on the consequences of the Wailing Wall riots of 1928-9 and their aftermath.’

Penulis menceritakan kejadian tersebut supaya pembaca lebih mudah faham dan

tahu mengenai sejarah kepada kewujudan Surat Hitam. Di sini, jelas menunjukkan

bahawa penulis cuba untuk memberi pengetahuan sejarah tambahan kepada

pembaca.

Seterusnya, kelebihan yang terdapat dalam jurnal ini ialah kemahiran penulis

menggunakan penanda wacana pelbagai fungsi yang menjadikan ayat lebih lengkap

dan berkesan. Misalnya, penulis menggunakan penanda wacana berbentuk urutan

seperti pertama, kedua, ketiga, seterusnya dan banyak lagi. Contohnya, ‘Secondly,

there was the question of land sales to the growing Jewish population.’ Dengan

menggunakan penanda wacana tersebut, maka pembaca tidak akan tertanya-tanya

tentang fakta yang cuba disampaikan oleh penulis. Pembaca juga boleh mengikuti

urutan isi yang cuba disampaikan oleh penulis tanpa perlu merasa bingung dan

tercari-cari.
Terdapat banyak lagi jenis penanda wacana yang digunakan oleh penulis dari

pelbagai fungsi seperti penanda wacana tambahan, penyataan semula, contoh,

rumusan, tempat, waktu, sebab dan kesan, bandingan, pertentangan dan

pengesahan. Ianya disertai dengan contoh yang sesuai. Contohnya, ‘However,

Chapter 13 of the Shaw Report entitled ‘Analysis of the Causes of the outbreak of

August 1929’ suggested that the fundamental causes of the growing dispute

between Jews and Arabs in British controlled Palestine went much deeper than a

dispute over control over their respective holy places.’ Penggunaan penanda wacana

ini menunjukkan perkaitan antara satu isi dengan isi yang baru.

Disamping itu, kelebihan jurnal ini turut terletak pada aturan penulisan yang

sistematik dan tersusun. Penulis cuba membuat kronologi terhadap penulisan beliau

supaya pembaca boleh mengikuti cerita tersebut dan tidak lari daripada mesej atau

tema yang cuba disampaikan kepada pembaca. Misalnya, penulis menceritakan

mengenai faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan Surat Hitam. Penulis turut

menceritakan tentang Laporan Shaw dengan menyertakan sekali artikel yang

berkaitan supaya dapat meyakinkan pembaca untuk mempercayai fakta yang

diberikan. Walaupun bagi pandangan saya aturan penulisan jurnal tersebut kurang

sistematik, namun penulis cuba dan berusaha untuk menjadikan ianya mudah

difahami dan dibaca.

Pada pandangan saya, salah satu cara untuk menjadikan jurnal itu sebagai

penulisan yang berkesan dan menarik ialah dengan pemilihan dan penggunaan

sumber-sumber yang berkesan. Penulis jurnal ini ada menggunakan pelbagai jenis

sumber iaitu sumber pertama dan juga sumber kedua. Penulis juga bijak dalam
memasukkan sumber supaya selaras dengan isi. Contohnya, ‘ According to the report

produced by Sir Walter Shaw’s commission of inquiry into the disturbances that led

to 113 Jewish and 116 Arab deaths (here after referred to as the Shaw Report), the

initial disturbance was caused when an officer of the Palestinian government

removed a screen from in front of the wall that had been placed there to separate

male and female Jewish worshippers but which the Moslems claimed was an

innovation in practice.’ Dalam permulaan ayat tersebut penulis menyatakan ianya

merujuk kepada (according to) laporan oleh Sir Walter Shaw. Ini menunjukkan

penulis merujuk kepada hasil laporan dalam laporan Shaw tersebut.

Dalam sesuatu penulisan, apabila penulis menggunakan atau merujuk kepada

sumber lain iaitu hasil kajian orang lain, maka penulis harus memberi penghargaan

kepada penulis yang dirujuk dengan menyertakan rujukan di akhir ayat yang diambil

atau digunakan. Selain itu, penulis boleh menyenaraikan sama ada tajuk, nama

penulis, tahun, atau tajuk penulisan tersebut sebagai rujukan. Dalam jurnal ini, Paul

Goalen juga ada menyertakan pendapat dan idea penulis lain. Contohnya, ‘It goes a

long way towards denying the rights and sterilising the hopes of the Jewish people in

regard to the National Home in Palestine’ (Dresner 1978a: 388). Sememangnya,

adalah logik dan adil jika kita memberikan penghargaan kepada penulis yang dirujuk

supaya penulisan tersebut tidaklah sia-sia.

Masih lagi dalam aspek rujukan, penulis ada menyertakan laporan akhbar

sebagai rujukan untuk menyokong fakta yang diberikan. Laporan akhbar adalah

antara satu contoh rujukan yang paling baik dan berkesan. Ini kerana akhbar adalah

laporan kepada kebenaran sesuatu kejadian. Contohnya, ‘Also in The Times on 23

October, it was reported that Lloyd George in a speech in Cowbridge had described
the White Paper policy as a breach of national faith.....’ Ini membuktikan bahawa

kejadian dan peristiwa itu adalah betul dan pernah berlaku suatu masa dahulu

mengikut tarikh yang dinyatakan. Pada pendapat saya, rujukan menggunakan

akhbar adalah berkualiti dan terbukti kebenarannya yang tidak boleh dipersoalkan.

Paul Goalen turut menggunakan rujukan berbentuk quotation atau suntingan

petikan yang diambil dalam sesuatu penulisan. Contohnya;

‘... which His Majesty’s Government cannot but regard as going far beyond the

clear intention of the Mandate. Moreover, attempts have been made to argue,

in support of Zionist claims, that the principal feature of the Mandate is the

passages regarding the Jewish National Home, and that the passages

designed to safeguard the right of the non-Jewish community are merely

secondary considerations qualifying, to some extent, what is claimed to be the

primary object for which the Mandate has been framed.’ (Passfield White

Paper, pp. 10-11)

Selain kelebihan yang terdapat dalam jurnal ini, saya juga dapat mengenal

pasti beberapa kelemahan dan kekurangan hasil penulisan Paul Goalen ini. Pertama

ialah kerana ketiadaan key words atau kata kunci. Jurnal yang agak baik dan lengkap

selalunya akan menyediakan kata kunci selepas perenggan abstrak atau pengenalan.

Kata kunci ini penting untuk menggariskan perkara utama dan perkara penting yang

cuba ditekankan oleh penulis dalam penulisan terutama yang berbentuk jurnal.

Apabila penulis tidak meletakkan kata kunci, maka pembaca akan sukar untuk

mencari point utama mengenai artikel yang dibaca. Ini menjadikan pembaca merasa
bingung dan seterusnya menunjukkan bahawa penulisan tersebut kurang berjaya

kerana penulis sendiri tidak mampu untuk mengenal pasti kata kunci utama

penulisan tersebut.

Seterusnya, kelemahan jurnal ini ialah banyak menggunakan ayat yang

panjang dan berputar belit. Ayat yang panjang akan membuatkan pembaca cepat

merasa bingung dan bosan. Penulis jurnal ini kurang bijak dalam menghasilkan ayat

yang mantap dan padat. Cuma terdapat beberapa ayat sahaja yang betul-betul

ringkas, padat dan mudah difahami. Contoh ayat yang ditulis dengan panjang lebar

ialah ‘The dispute quickly escalated into a conflict over the control of the Moslem and

Jewish holy places and the fires were fanned by the creation of the Moslem society

for the Protection of the Holy Places and by an open letter to the Yishuv from Chaim

Weizmann in November 1928 which suggested that the only feasible solution to the

problem of access to the wall was to ‘pour Jews into Palestine’ and gain control of

their ancient homeland.’ Pada pandangan saya, ayat yang panjang langsung tidak

menarik kerana ianya hanya lebih mengelirukan kerana pembaca terpaksa membaca

berulang kali untuk memahami sesuatu isi tersebut. Secara keseluruhannya, saya

dapat melihat bahawa penulis ini gemar menggunakan ayat yang panjang-panjang.

Selain itu, penulis jurnal ini turut menggunakan perkataan yang agak rumit

dan sukar difahami. Penulis menggunakan bahasa Inggeris yang mendalam

menyebabkan pembaca kurang faham dan terpaksa merujuk kepada kamus untuk

mencari maksud perkataan tersebut. Dengan ayat yang panjang, penggunaan

bahasa yang rumit, menyukarkan proses pemahaman pembaca. Contohnya, ‘In the

opinion of the authors of the report, there was ‘incontesable evidence’ that there had

been a ‘serious departure’ from the principle that ‘immigration should be regulated
by the economic capacity of Palestine to absorb new arrivals’. Penggunaan perkataan

yang mendalam menunjukka kemahiran penulis namun memberi kesan kepada

pembaca. Penulis yang ingin menggunakan perkataan yang rumit perlu

memendekkan ayat supaya pembaca tidak rasa terbeban.

Kelemahan lain yang saya dapat kenal pasti dalam jurnal yang bertajuk

MacDonald’s ‘Black Letter’ ini ialah tiadanya footnote atau nota kaki. Paul Goalen

tidak menggunakan dan meletakkan nota kaki sebagai rujukan sebaliknya hanya

menggunakan rujukan di akhir ayat sahaja. Misalnya, ‘One thing the Jews will never

forgive is to be fooled’ (Dresner 1978a: 290). Pada pendapat saya, nota kaki atau

nota bawah ini penting kerana ianya menunjukkan sama ada penulis benar-benar

ada membuat rujukan ataupun tidak. Selain itu, nota kaki ini membantu sekiranya

terdapat perkataan yang tidak difahami atau perkataan yang baru, fungsi footnote ini

ialah menerangkan perkataan tersebut di akhir setiap halaman. Ianya juga

merupakan rujukan yang lebih lengkap. Penulis jurnal ini tidak meletakkan footnote

menunjukkan beliau tidak teliti dan bersikap agak malas dalam membuat rujukan

yang agak lengkap.

Masih merujuk kepada kelemahan rujukan, saya mendapati bahawa Paul

Goalen ini kekurangan sumber, bahan dan rujukan. Ini kerana beliau asyik

menggunakan sumber yang sama sahaja dengan berulang-ulang. Ini menunjukkan

beliau tidak sistematik kerana terikat kepada beberapa rujukan sahaja. Misalnya,

penulis sering menggunakan rujukan dari Dresner dengan lebih lima kali. Melihat

kepada rujukan di akhir halaman jurnal ini, terdapat hanya dalam 17 rujukan sahaja

yang digunakan. Dan terdapat beberapa buku yang penulisnya adalah sama. Saya

melihat penulis kurang menggunakan rujukan dari buku yang lain sebaliknya banyak
merujuk kepada Dresner sahaja. Ini jelas membuktikan beliau tidak mementingkan

rujukan ilmiah.

Tambahan pula, penulis banyak menggunakan fakta sahaja. Kebanyakan isi-isi

semuanya berbentuk akademik dan lebih kepada fakta yang terikat. Penulis seolah-

olah mengharap kepada rujukan buku sahaja. Saya juga mendapati, penulis kurang

memberi pandangan dan pendapat beliau sendiri. Sebaliknya, asyik menerangkan

fakta sahaja. Seharusnya penulis mesti memberi kritikan, cadangan atau pandangan

beliau sendiri sama ada menyokong atau menolak pendapat daripada rujukan yang

beliau perolehi. Oleh itu, menyebabkan penulisan beliau ini sama seperti membaca

buku teks sahaja. Ini menunjukkan penulis kurang mahir dalam melahirkan

pemikiran sendiri dan menunjukkan penulis bergantung sepenuhnya kepada nota

rujukan. Penulis boleh memberi pendapat atau mengkritik mengenai banyak topik

misalnya, hak orang Arab yang disisihkan.

Seterusnya, kelemahan penulis dalam penyampaian isi. Saya dapat melihat

bahawa penulis kurang menceritakan tentang Black Letter tersebut sebaliknya lebih

banyak menumpukan kepada topik yang lain. Tajuk jurnal ini ialah Black Letter oleh

MacDonald, tetapi isi mengenainya sangat kurang. Penulis lebih banyak

menceritakan tentang Laporan Shaw, White Paper dan Balfour Declaration. Tetapi

penulis tidak menyatakan secara terperinci mengenai Black Letter tersebut. Adapun

tetapi di akhir-akhir ayat jurnal tersebut. Pembaca akan tercari-cari sehingga merasa

bosan kerana isinya tidak menepati tajuk utama. Penulis sepatutnya memperihalkan

dengan lebih teratur dan dengan lebih sistematik tentang Black Letter tersebut.

Terdapat banyak perkara yang boleh disentuh, misalnya ciri-ciri, dasar, pelaksanaan

serta kesan-kesan yang timbul. Penulis juga seharusnya memberi penerangan lebih
terperinci mengenai Perdana Menteri MacDonald supaya pembaca dapat mengenali

beliau secukupnya. Sebenarnya penulis ada menyentuh perkara ini tetapi dalam

lingkungan yang agak kecil dan tidak tersusun menyebabkan ianya kurang jelas.

Kesimpulannya, jurnal hasil penulisan Paul Goalen ini menjelaskan kewujudan

MacDonald’s Black Letter tersebut. Ianya juga mengaitkan perkara yang membawa

kepada pengucapan Black Letter oleh Perdana Menteri masa itu. Jurnal ini juga

menunjukkan beberapa kelebihan dan kelemahan penulisan oleh Paul Goalen.

Namun, sememangnya jurnal ini banyak memberi ilmu pengetahuan dan hasil

pembelajaran yang penting kepada golongan yang membacanya.

Anda mungkin juga menyukai