Anda di halaman 1dari 7

4.

0 PENDAHULUAN

Bagi memperolehi kajian yang berkualiti, penulis telah memilih beberapa cara
yang sesuai menurut beliau sebagai langkah untuk menyiapkan kajian ini
dengan lebih berkualiti, tersusun serta berstruktur. Justeru, menerusi method
kaji selidik yang di jalankan oleh penulis ke atas responden sebanyak 150 set
borang telah diedarkan kepada setiap sekolah pengajian.

4.1 LAPORAN SOAL SELIDIK SISWA/I DARI SEGI


LATARBELAKANG SEKOLAH SEBELUM INI.

Melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada responden (siswa/i) Kolej
Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) mendapati bahawa secara
putaranya siswa/i KIPSAS mempunyai latarbelakang yang berbeza dari segi
pembelajaran secara formal sebelum ini1.

Latarbelakang Sekolah Siwa/i Sebelum Menuntut


Di KIPSAS
6%
9%
Sekolah Menengah
Kebangsaan
Sekolah Menengah Agama
Pusat Latihan/ Vokasional
Lain-Lain
55%
30%

1
Setiap 1 peratus (%) mewakili seorang siwa/i (responden).

1
4.2 LAPORAN SOAL SELIDIK SISWA/I DARI SEGI KELANCARAN
MEMBACA AL-QURAN.

Penulis telah meletakkan beberapa tahap bagi memudahkan penilaian dari sudut
kelancaran siswa/i ketika membaca al-Quran. Penilaian itu, dibuat melalui
skala; Sangat Lancar, Lancar, Tidak Lancar dan Sangat Tidak Lancar.

Peratus (%) Kelancaran Membaca Al-Quran Bagi


Siswa.
6%
19%
Sangat Tidak Lancar
Tidak Lancar
Lancar
Sangat Lancar

44%

31%

2
Peratus (%) Kelancaran Membaca Al-Quran Bagi
Siswi.
10% 5%

Sangat Tidak Lancar


Tidak Lancar
26% Lancar
Sangat Lancar

60%

4.3 LAPORAN SOAL SELIDIK SIWA/I DARI SEGI PENGETAHUAN


TENTANG ILMU TAJWID

Dari sudut ini, penulis menilai sejauh mana pengetahuan siswa/i tentang ilmu
tajwid sekaligus dapat melihat sedalam mana kefahaman mereka dalam subjek
Tajwid yang ditawarkan di KIPSAS.

3
Peratus (%) Pengetahuan Siswa Tentang Ilmu
Tajwid
4%
4%
10%
Sangat Lemah
Lemah
16% Sederhana
Kurang Baik
27% Baik
Sangat Baik

39%

Peratusan (%) Pengatahuan Siswi Tentang Ilmu


Tajwid
6% 5%

10% Sangat Lemah


Lemah
22% Sederhana
Kurang Baik
Baik
Sangat Baik
29%

29%

4
4.4 LAPORAN SOAL SELIDIK SISWA/I DARI SEGI PENJAGAAN
ADAB KETIKA MEMBACA AL-QURAN.

Penjagaan adab ketika membaca al-Quran juga adalah salah satu perkara yang
sangat penting dan perlu diambil perhatian yang sewajarnya. Samada, pembaca
al-Quran, penuntut ilmu al-Quran dan juga tenaga pengajar ataupun pensyarah.
Penulis juga telah memasukkan unsur ini sebagai satu titik yang perlu di
perhatikan dengan teliti.

Peratusan (%) Soal Selidik Bagi Siswa Dari segi


Penjagaan Adab Ketika Membaca Al-Quran

7%
Sangat Beradab
Beradab
28% Kurang Beradab
Tidak Beradab
28%

37%

4.2 LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA PENSYARAH TAHFIZ KOLEJ


ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

Penulis telah membuat temubual terhadap pensyarah-pensyarah yang mengajar


subjek Tahfiz di KIPSAS. Penulis mengemukakan beberapa soalan yang
berkaitan tentang subjek Tahfiz dan penerimaan siswa/i terhadapnya.

5
Ustaz Mohd Haizuran Al-Hafiz (2011)2, adalah sangat baik subjek ini
ditawarkan di KIPSAS sebagai subjek major. Ini menunjukkan bertapa
pentingnya al-Quran serta pengamalannya. Bagi saya, secara keseluruhannya
siswa/i KIPSAS ini terbahagi kepada dua golongan iaitu boleh dan tidak boleh
dari sudut penerimaan mereka. Siswa/i yang tidak boleh itu bukanlah sebab
kebodohan, tetapi berpunca daripada latarbelakang mereka.

Beliau juga menyeru kepada siswa/i yang hendak mahir dalam ilmu
tajwid, hendaklah menunjukkan minat yang mendalam dan banyakkan bertanya
kepada pensyarah dan rakan tentang ilmu tajwid seterusnya mahir dalam bidang
ini. Kepada tenaga pengajar dan pensyarah pula haruslah memberikan masa
yang seimbang terhadap siswa/i bukan sahaja ketika waktu kuliah, tapi juga di
luar waktu kuliah dan ketika masa terluang.

Ustaz Mohd Fadzly Ismail Al-Hafiz (2011), secara keseluruhanya agak


baik. Cuma, dari sudut kefahaman siswa/i terhadap tajwid belum berada pada
tahap yang membanggakan. Ini mungkin disebabkan oleh siswa/i yang kurang
berminat terhadap subjek ini dan hanya menganggap sebagai syarat lulus
diploma sahaja. Kemahiran juga penting, dan saya melihat ini berkaitan tentang
latarbelakang mereka sebelum ini. Mungkin ada di antara siswa/i ini tidak
pernah membaca al-Quran di rumah, tidak ditekankan tentang membaca al-
Quran dengan bertajwid di rumah dan ini telah menjadi satu kejutan budaya
bagi siswa/i.

Sebagai salah seorang pensyarah di kolej ini, kami tidak dapat memaksa
siswa/i untuk memaksa mereka dalam subjek ini kerana ini juga berbalik
kepada sikap individu itu sendiri. Cadangan saya sebagai penambahbaikan

2
Ustaz Mohd Haizuran Al-Hafiz adalah salah seorang pensyarah di Sekolah Pengajian Islam
yang mengajar subjek Tahfiz.

6
untuk di masa akan datang, kita perlu menggunakan sistem pembelajaran secara
interaktif, secara audio dan mungkin juga menggunakan visual kerana ini akan
dapat menarik minat siswa/i untuk lebih cenderung kepada al-Quran dan tidak
menganggapnya sebagai sampingan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai