Anda di halaman 1dari 6

Panduan Penggunaan Kit Pengajaran Bahasa Melayu

Pengenalan

Kit ini dibina berdasarkan dua kemahiran iaitu pra bacaan dan membaca. Tema
yang digunakan dalam kit ini adalah warna. Kemahiran membaca yang ditekankan
dalam penggunaan kit ini adalah membatangkan suku kata dan menyebut perkataan
berasaskan warna. Di dalam huraian seterusnya akan diterangkan cara penggunaan kit
pengajaran ini.

Prosedur penggunaan

Langkah 1

Guru menunjukkan kad berwarna kepada para pelajar. Sebagai contoh, guru
menunjukkan kad berwarna biru kepada pelajar dan menyebut biru secara
berulang kali.
Penekanan diberi ketika guru menyebut biru. Sebutan dan intonansi suara
hendaklah jelas dan terang.

Kad Berwarna (Biru)


Langkah 2

Seterusnya guru mengeluarkan kad perkataan dan menunjukkan kepada para


pelajar
Guru menyebut dan mengajar pelajar mengeja perkataan.
Sebagai contoh guru menunjukkan pelajar kad perkataan “biru” seterusnya
mengajar murid-murid mengejanya.
Suku kata “biru” diwarnakan dengan warna yang berlainan bagi menampakkan
bahawa terdapat 2 suku kata dalam perkataan biru.

Kad Perkataan (Biru)


Langkah 3

Guru menggunakan kad bingkai dan melekatkan kat berwarna dan kad
perkataan di atas kad bingkai tersebut,
Guru melekatkan kad bingkai tadi di papan putih dan menunjukkan kepada para
pelajar.
Kemudian guru mengajar murid mengeja lagi berpandukan kad bingkai dalam
rajah di bawah.

Kad bingkai yang telah siap dilekatkan kad


berwarna dan kad perkataan.
Langkah 4

Aktiviti pengukuhan dilakukan. Guru mencabut kat perkataan dan


menggantikannya dengan kad suku kata.
Pelajar dikehendaki mengisi suku kata yang tertinggal dengan memilih kad suku
kata yang diselerakkan kemudian melekatkannya di tempat yang sepatutnya.
Rujuk gambar di bawah.

Kad suku kata


Contoh
dilekatkan
kad suku
(1 suku
katakata
yang telah
sahaja)
dicantumkan oleh pelajar.

Langkah 5

Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan warna yang lain.


Cantumkan kesemua kad bingkai dan menggantungkanya di papan putih (Rujuk
rajah di bawah).
Mengulangi semula mengeja semua warna dan membatangkan suku kata
perkataan warna secara keseluruhan.
Menampal kad berwarna sahaja di atas kad bingkai dan menyuruh pelajar
mengambil suku kata yang betul kemudian menampalnya di atas kad bingkai.
(Rujuk rajah di bawah).

Rantaian keseluruhan Mencabut kad perkataan

Penutup Kad suku kata yang telah


disusunkan secara rawak
Setelah siap mengajar mengikut kesemua langkah yang ditetapkan, guru boleh
memberi sedikit aktiviti pengukuhan kepada para pelajar. Guru juga boleh
menggunakan idea kreativiti sendiri untuk mengajar menggunakan kit pengajaran ini.
Aktiviti Pengukuhan (contoh lembaran kerja)

Padankan perkataan mengikut warna yang betul.

HITAM

BIRU

PUTIH

Anda mungkin juga menyukai