Anda di halaman 1dari 30

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Sistem bahasa mengandungi morfem dan penyusunan morfem.

 Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang adalah berasaskan fungsi


dan tindak balas.

 Pernyataan jelas tentang ikatan asas adalah dibenarkan.

 Alat untuk menghasilkan ayat yang betul adalah tidak terbatas.

 Sistem rumus adalah terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas.

 Sistem bahasa salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan
sintaksis sesuatu bahasa.

 Sistem bahasa ialah ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem
yang umum, meliputi bidang morfologi dan sintaksis, iaitu bersifat nalar dalam
sesuatu bahasa.

 Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata,


serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya
terhadap makna kata.

 Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses pembinaan ayat, cara


perkataan itu disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam
ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat.

 KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat terdiri daripada satu kumpulan atau
lebih.

 FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis letaknya antara kata dengan
klausa.

 KATA: Morfem atau gabungan morfem ialah unit terkecil yang berstatus ayat
atau ujaran.

 Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik.

 Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa.

 Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan.


TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem.

 Fungsi rumus tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik.

 Wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya
tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa
ayat selalunya didapati dalam struktur dan sistem yang teratur.

 Ayat sistem ialah ayat atau tutur yang dikeluar dan diasingkan daripada
konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah
ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.

 Hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu


perujukan, kata-kata penghubung (verbindings woorden) dan pengguguran
(ellips). Kesatuan makna dalam wacana akan dilihat dari segi makna logik
dan makna tautan.

 Makna tautan merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan


kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.

 Terdapat persamaan dan perbezaan pendapat tentang definisi wacana yang


diperoleh daripada ahli-ahli linguistik ataupun penulis.

 Wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa
dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan
(cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan
maklumat.

 Unsur-unsur penting dalam wacana adalah seperti satuan bahasa,


terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi,
berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.

 Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Dengan itu kohesi
adalah 'organisasi sintaktik'. Organisasi sintaktik merupakan wadah ayat-ayat
yang disusun secara padu dan padat. Dengan susunan sebegitu, organisasi
tersebut adalah untuk menghasilkan tuturan.

 Kohesi merupakan hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana, tidak


kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Dengan penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang begitu baik akan
dapat menghasilkan wacana yang baik.

 Dalam kohesi, kaedah-kaedah yang digunakan berdasarkan penyampaian


maklumat lama dan maklumat baru. Kaedah-kaedah itu adalah seperti
kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah pengguguran, kaedah
konjungsi dan kohesi leksikal. Wacana juga dicirikan oleh kesinambungan
maklumat yang diertikan sebagai kesatuan makna. Kesatuan makna dalam
wacana ini pula dapat dilihat dari segi makna logik dan makna tautan.

 Tautan (cohesion) berbeza dengan keteraturan fikiran, ini bermaksud bahawa


kohesi ataupun tautan adalah merupakan konsep semantik yang juga
merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang
membentuk wacana. Manakala menurut Halliday dan Hasan (1976), tautan
merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk
menjadikan suatu 'teks' itu berkesatuan.

 Hubungan makna, sama ada makna leksikal mahupun makna nahuan, perlu
diwujudkan secara padu dalam kesatuan yang membentuk teks. Tautan
makna dari dua sudut, iatu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua
nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Tautan ataupun kohesi ini
juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu
teks atau konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung di
dalam unsur. Kaedah pertautan ini lebih dikenali dalam istilah perujukan,
penggantian, pengguguran, konjungsi dan nahuan leksikal.

 Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kesepaduan dan


sebagainya.

 Perujukan ataupun rujukan ini ialah merujuk kepada unsur sebelum atau
selepas yang berkaitan dengan hubungan semantik. Perujukan ini dilihat dari
dua sudut, iaitu perujukan Eksoforik dan Endoforik.

 Perujukan Eksoforik ini digunakan untuk merujuk kepada hal-hal yang


mempunyai kaitan dengan situasi yang berkembang di depan penutur
ataupun pendengar yang menerima mesej ataupun maklumat yang telah
disampaikan kepadanya.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Perujukan eksoforik ini menerangkan tentang situasi yang merujuk kepada


sesuatu yang telah diidentifikasi dalam sesuatu konteks bagi sesebuah
situasi.

 Perujukan eksoforik ini merupakan hal ataupun fungsi yang menunjukkan


kembali kepada sesuatu yang ada di luar daripada sesebuah situasi.

 Suatu wacana mempunyai ciri-ciri koheren (keutuhan wacana), maksud


pengirim, keboleh terimaan, memberikan informasi, situasi pengujaran dan
intertekstualisasi.

 Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanya


susunan gagasan atau konsep; berkat hubungan-hubungan yang
mengetengahkan hal tersebut dan isi teks dapat difahami secara relevan.

 Koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan berikut:

a. Aturan pengulangan;

b. Aturan perkembangan;

c. Aturan hubungan; dan

d. Aturan yang tidak terkandung pertentangan.

 Untuk mempelajari wacana, terlebih dahulu perlu diketahui tentang teori


komunikasi, sama ada unsur-unsurnya mahu pun kaedah komunikasi.

 Wacana merupakan satuan yang terlengkap dan terbesar atas ayat atau
klausa dengan kerapian (koheren) berkesinambungan yang mempunyai awal
dan akhir nyata yang disampaikan secara lisan atau bertulis.

 Kepaduan makna dan kerapian bentuk merupakan faktor penting untuk


menentukan tingkat keterbacaan dan kefahaman wacana.

 Kepaduan dan kerapian merupakan unsur hakikat wacana, iaitu unsur yang
turut menentukan keutuhan wacana.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan


kesinambungan idea yang dikemukakan.

 Pelajar yang tersilap memilih penanda wacana akan mengakibatkan hilang


pertautan isi dalam penulisan. Keadaan ini melemahkan pengolahan dan
seterusnya mengakibatkan penyampaian penulisan menjadi kabur.

 Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang


berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang
semasa menulis ataupun berucap.

 Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana


yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan
tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

 Tiga jenis penanda wacana adalah:

a. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi;

b. Memperjitu organisasi penulisan; dan

c. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain.

 Antara fungsi penanda wacana adalah:

a. Untuk menunjukkan maksud tambahan;

b. Untuk menunjukkan maksud sebaliknya;

c. Untuk menunjukkan sebab; dan

d. Untuk menunjukkan maksud ketika.

 Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang


mengandung format-format tertentu.

 Penulisan tersebut adalah seperti berikut: 

a. Surat kiriman tidak rasmi;

b. Surat kiriman rasmi;


TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

c. Dialog;

d. Syarahan;

e. Ucapan;

f. Laporan;

g. Berita;

h. Catatan harian; dan

i. Perbahasan.

 Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan


berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh
menjejaskan konsep wacana.

 Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah


rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan,
proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud
kesinambungan.

 Peraturan wacana berformat: 

a. Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-


kurangnya tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan
contoh atau bukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasa yang
dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih.

b. Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi.

c. Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi


agar terlihat kesinambungan idea antara ayat.

d. Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.

e. Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar


tidak menampakkan ketergantungan idea.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

f. Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang.


Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh
perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.

g. Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan


bahasa sahaja.

h. Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan


struktur ayat yang betul.

i. Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang


dikehendaki jika penulisan berkehendakkan format.

j. Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulis


agar dapat membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun
isi/idea.

 Proses menulis pula adalah seperti berikut:

a. Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan,


pemahaman dan keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya.
Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi: 

i. Bentuk atau format penulisan

ii. Isi-isi

1. Laras bahasa

iii. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat


membuat pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu
menghasilkan penulisan yang sempurna.

iv. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang


tajuk atau soalan yang diberi, tetapi tidak tahu kehendaknya, ini
juga bukanlah satu pilihan yang baik dan tepat kerana ini akan
memerangkap diri sendiri.

v. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan


kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga


bukan satu pilihan yang tepat.

vi. Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar
difahami dan yakin boleh menguasainya.

vii. Untuk menguasai kemahiran tentang format


karangan dan laras bahasanya, perlu memahami perbezaan
format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya
dan perlulah rajin membuat latihan pelbagai jenis penulisan.

viii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk


penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan, seperti
buku ilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

ix. Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian


simpan dengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat
rujukan pada bila-bila masa.

b. Susunan penulisan berformat ialah:

i. Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan yang


lengkap.

ii. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid


menulis.

iii. Rangka penulisan membantu murid: 

1. Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan


tidak lari/terpesong daripada tajuk atau soalan.

2. Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul.

 Menghasilkan perenggan yang cemerlang.

 Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam


setiap isi yang dihuraikan/diolah.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan


melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki.

 Mengelakkan pengulangan fakta.

3. Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-


baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk
menjimatkan masa.

iv. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri


daripada: 

1. Pendahuluan

2. Isi-isi penting

3. Penutup

v. Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-


perkara berikut:

a. Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-


kurangnya satu isi yang lengkap
dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi.

b. Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau


penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan
sokongan tentang isi-isi tersebut.

c. Struktur perenggan yang baik ialah memulakan


perenggan dengan menyatakan isi pokok, diikuti oleh
huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi
penting.

d. Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak


semestinya tetap. Anda boleh juga memulakan
perenggan itu dengan isi pokok.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

e. Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai


pertalian. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk
mewujudkan kesinambungan isi.

f. Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-


baiknya panjang pendahuluan dan penutup harus
seimbang dengan isi.

ii. Proses penyemakan adalah seperti berikut:

a. Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau


menyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk
memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi.

b. Aspek yang perlu disemak atau disunting


ialah kesalahan bahasa, jumlah
perkataan, pemerengganan.

c. Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang


tertinggal.

d. Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai


contoh atau contoh yang disertakan itu agak lemah,
tambahlah contoh yang lebih tepat.

e. Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda


baca dantatabahasa.

f. Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka


kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut.

g. Penulisan yang disunting dengan baik akan


memudahkan pembaca membaca dan mengesan isi;
oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.

iii. Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi


dan penutup.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Konsep wacana tak berformat dalam bahasa Melayu berfokus kepada


pengujian kefahaman mengenai topik penulisan, pengujian kebolehan,
kemahiran dan keupayaan untuk menarik minat pembaca, pengujian fikiran,
pendapat dan idea-idea dan pengujian tentang pengukuran pembacaan.

 Sebelum membuat sesuatu penulisan, pelajar hendaklah memilih dan


memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan. Selepas itu kita fikirkanlah
pula tentang: 

a. Pengenalan;

b. Isi-isi; dan

c. Penutup.

 Setiap penulisan wacana tak berformat juga mestilah mempunyai pembukaan


atau pengenalan. Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu
perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Pelajar
hendaklah mampu menarik perhatian pembaca supaya ingin membaca
sesuatu penulisan itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja,
memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan penulisan yang menarik akan
meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca. Oleh itu,
pastikanlah terlebih dahulu pembukaan penulisan hendaklah bersih daripada
kesalahan tatabahasa atau ejaan.

 Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu topik. Penulisan perlu mempunyai


sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi masalah, tetapi
mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun
denganteratur dan berkait antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan
dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Setiap isi perlu
dikembang atau dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi bagi
satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiaptiap
perenggan tidak semestinya sama panjang. Mungkin sesuatu perenggan itu
lebih panjang daripada perenggan yang lain. Hal ini demikian kerana sesuatu
isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang
daripada perenggan yang lain.
Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberikan


sesuatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan /
rumusan atau akhiran sesuatu penulisan. Dalam penutup digambarkan juga
pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan
menamatkan penulisan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu, penutup
juga penting dalam tiap-tiap penulisan.

 Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan


sebagai penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format.
Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini banyak berfokus kepada
pencorakan idea dan kesinambungan yang kreatif.

 Ciri-ciri wacana tak berformat berkisar kepada penggunaan kaedah,


penyusunan, proses semasa penulisan dan penyemakan.

 Penyusunan rangka penulisan: 

a. Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk memperoleh isi.

b. Senaraikan semua isi penting secara ringkas.

c. Susun isi mengikut urutan kepentingannya.

d. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan
dihuraikan.

e. Isi penting jangan diulang-ulang.

 Semasa penulisan: 

a. Semasa menulis, mulakan dengan pendahuluan terlebih dahulu dalam


satu perenggan.

b. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta
dengan contoh.

 Bahagian-bahagian penulisan yang ideal: 

a. Perenggan pendahuluan

b. Perenggan isi pertama


TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

c. Perenggan isi kedua

d. Perenggan isi ketiga

e. Perenggan isi keempat

f. Perenggan penutup

 Penyemakan: 

a. Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan


sama ada terdapat tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda
baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek
tatabahasa yang lain.

b. Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisan.

 Murid digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas, tepat dan padat
berbanding ayat yang panjang. Hal ini demikian kerana ayat yang panjang
biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

Biasakan diri untuk mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Aplikasi dalam pengajaran penulisan wacana tak berformat di sekolah rendah
dan menengah kebiasaannya menjurus kepada konteks panduan dan
kerangka.

 Contoh Panduan Penulisan Perbincangan / Pendapat: 

a. Penulisan jenis ini tidak mempunyai format khusus.

b. Lazimnya, penulisan jenis ini menghendaki murid membincangkan


sesuatu topik yang diberikan dengan berdasarkan pengalaman.

c. Bagi menulis karangan jenis ini, murid perlu mempunyai kemahiran


berhujah dan pengetahuan yang luas tentang topik yang dibincangkan.

d. Hujah yang diberi mestilah logik untuk menunjukkan kematangan dan


kebijaksanaan dalam menghuraikan contoh berdasarkan isi.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

e. Murid perlu mempunyai sikap yang rasional untuk membuat


pertimbangan dan menghuraikan isu-isu yang sensitif.

 Bagi sesuatu topik, murid perlu bergantung kepada kehendak penulisan. 

a. Sesuatu topik selalunya menghendaki murid: 

i. mengemukakan hujah daripada satu pihak sahaja; atau

ii. mengemukakan hujah daripada dua pihak.

b. Contoh topik yang memerlukan murid mengemukakan hujah daripada


satu pihak ialah: Bincangkan keburukan kedatangan pekerja asing ke
negara ini.

c. Contoh topik yang memerlukan murid mengemukakan hujah daripada


kedua-dua pihak ialah: Bincangkan kebaikan dan keburukan kehadiran
pekerja asing ke negara ini.

d. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, padat dan ringkas. Elakkan


daripada menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan terlalu
panjang.

e. Penulisan mesti mengikut kebiasaan format penulisan sebenar, iaitu


terdapatnya pendahuluan, isi dan penutup, iaitu: 

i. Pendahuluan - Membayangkan perkara yang ingin dibincangkan


selanjutnya.

ii. Isi - Mengandungi hujah, ulasan dan pendapat tentang isu yang
dikemukakan. Sertakan contoh yang sesuai.

iii. Penutup - Kesimpulan tentang isu yang dibincangkan.

 Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima


pesan (adressee) agar melakukan perubahan sikap dan tindakan. Di dalam
wacana ini, yang terpenting adalah fungsi ajakan (appeal) yang terdapat pada
mana-mana model organon Bühler, iaitu disebut sebagai
aspek signal bahasa, iaitu penerima pesan mengesan sesuatu daripada
pesanan.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai wacana
persuasif yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan
dengan lebih berkesan.

 Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk


propaganda, wacana persuasif adalah wahana dalam penulisan untuk
mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.

 Secara umumnya, kemahiran dalam wacana persuasif melibatkan: 

a. Penguasaan tatabahasa

b. Penggunaan pelbagai ragam bahasa

c. Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik(

d. Penguasaan corak dan bentuk penulisan

 Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi seseorang, wacana yang


terhasil merupakan manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana
berkenaan. Di samping itu, struktur wacana persuasif pula dipengaruhi oleh
niat dan hasrat wacana. Wacana persuasif dikembangkan kepada empat
cara,
iaitu naratif (penceritaan),deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan)
atau penghujahan.

Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk


Induktif khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau
rumusan.

Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti


Deduktif
oleh fakta dan maklumat yang khusus.

Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk


Analogi menunjukkan persamaan atau perbezaan antara dua
perkara atau senario.
 Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Dalam penulisan
pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, persuasif
adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

orang ramai. Secara umumnya, kemahiran persuasif melibatkan penguasaan


tatabahasa, penggunaan pelbagai ragam bahasa, penyampaian pemikiran
secara teratur dan sistematik dan penguasaan corak dan bentuk penulisan.

 Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam


penggunaan persuasif. Yang pertama, seseorang penghasil wacana perlu
menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Kedua, penghasil wacana mestilah
tahu akan perkara atau tajuk yang hendak disampaikan dengan bahasa
tersebut.

 Persuasif pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas


kepada khalayak seperti dalam pelukisan.

 Dalam persuasif pemerian, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan


perhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej,
hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian
seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.

 Untuk menghasilkan wacana dengan persuasif pemerian, penghasil wacana


boleh memberikan gambaran secara realistik atau impresionistik. Selain
bentuk prosa, persuasif pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi.

 Persuasif pemujukan dikenal juga sebagai persuasif pengaruhan.

 Dalam persuasif pemujukan, penulis atau penutur berusaha untuk mengubah


dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atau
pendengar.

 Persuasif pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan


menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan
keburukan.

 Salah satu ciri penting dalam persuasif pemujukan ialah penghasil wacana
akan memainkan emosi penerima wacana.

 Dengan memanipulasikan emosi khalayak, penghasil wacana berharap


pendirian penerima wacana akan berubah, lalu bertindak mengikut kehendak
penghasil wacana.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Persuasif pemujukan juga sering menggunakan bahasa yang manis dan


menarik. Penggunaan bahasa yang demikian terdapat dalam iklan yang
menggunakan persuasif pemujukan.

 Persuasif pemujukan memberikan penerangan tentang sesuatu perkara


dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.
Persuasif penerangan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada
penguna wacana.

 Persuasif pemujukan dikatakan bersifat informatik.

 Dalam lisan, persuasif penerangan menyampaikan maklumat dan mesej


tertentu dengan intonasi dan nada yang menarik.

 Persuasif penerangan menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan


bernas supaya orang yang diberi penerangan mengetahui dan memahami
maklumat yang dsampaikan.

 Persuasif ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada
dalam bentuk penulisan mahupun lisan. Selain itu, gaya naratif ini boleh
ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah
syarahan yang menerangkan sesuatu.

 Persuasif penceritaan menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan


beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik.

 Persuasif penceritaan digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi,


lipur lara, hikayat dan sebagainya. Persuasif ini mengandung empat prinsip
yang bertalian iaitu kesatuan, pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang
menarik.

 Persuasif pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang


menampakkan sesuatu perkara atau topik sehingga perkara atau topik
tersebut dapat diketahui dan difahami oleh khalayak. Selain pendedahan,
persuasif ini juga dikenali sebagai persuasif penjelasan.

 Hal ini demikian kerana tujuan persuasif adalah untuk memberikan


pemahaman kepada khalayak.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Dalam persuasif pendedahan, penghasil wacana berusaha memindahkan


ideanya kepada khalayak secara berkesan. Biasanya idea sering dijelaskan
adalah dengan menggunakan persuasif pendedahan, iaitu idea yang
berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis,
proses dan dasar tertentu.

 Sama seperti persuasif pemujukan, persuasif penghujahan juga tergolong


sebagai persuasif pengaruh.

 Persuasif penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.

 Perbezaan lain antara persuasif pemujukan dengan persuasif penghujahan


adalah dari segi pendekatan. Dalam hal ini, persuasif pemujukan agak agresif
sehingga menghendaki khalayak bertindak mengikut kemahuan penghasil
wacana.

 Persuasif penghujahan hanya memerlukan khalayak bersetuju dan yakin


akan pendapat yang dikemukakan.

 Khalayak dianggap orang yang sangat bijak, objektif dan berkemampuan


membuat penilaian sendiri terhadap sesuatu usul.

 Terdapat tiga unsur penting dalam persuasif penghujahan, iaitu kenyataan


tesis, premis dan khalayak.

 Umumnya, persuasif penghujahan boleh memanfaatkan teknik penyampaian


idea secara deduksi dan induksi. Persuasif penghujahan sering digunakan
dalam perbahasan, perbicaraan, forum, tesis, kertas kerja dan latihan ilmiah.

 Prinsip-prinsip persuasif ini adalah berlandaskan Sistem Teoritikal Koheren,


iaitu segala bentuk pendapat, penyusunan dan gaya penyampaian adalah
berkaitan.

 Berkaitan antara satu idea merupakan satu proses pemikiran yang penting
untuk melahirkankesinambungan dalam penulisan. Setiap pendapat adalah
saling berhubungan dengan simbolik penjelmaan dalam proses berfikir.
Proses pemikiran yang tidak logik juga penting dalam proses penulisan.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Proses penulisan adalah satu proses yang murni. Murni jika penulisan
mengikut ketepatan tajuk.

 Proses menulis bermula daripada satu pergerakan idea yang tidak dikenali
keseluruhannya kepada yang diketahui keseluruhannya. Pengulangan dalam
proses perubahan adalah daripada bentuk terhad kepada luas. Pembentukan
wacana adalah penting dalam setiap bahagian penulisan.

 Analisis sintagmatik dan paradigmatik juga sangat penting untuk


mengembangkan wacana dalam proses penulisan.

 Dalam memperkatakan persuasif penulisan, aspek yang utama adalah frasa


penghubung dan kata rujukan.

 Dalam kemahiran menulis, terdapat beberapa subkemahiran yang perlu


sekiranya mahu menghasilkan penulisan yang berkualiti baik. Antara
subkemahiran yang penting adalah kemahiran sintaksis pada peringkat ayat
yang merupakan perkara utama dan paling asas dalam ekspresi dan
penyampaian idea.

 Perenggan-perenggan yang baik tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang


efektif untuk menyampaikan hasrat dan maksud penulis.

 Satu gejala universal wujud dalam berbahasa sesuatu sama ada tentang
manusia, benda atau hal tidak akan dipergunakan berulang kali dalam
konteks yang sama.

 Pengulangan kata yang sama tanpa satu tujuan yang jelas akan
menimbulkan rasa kurang selesa.

 Kata ganti tersebut timbul untuk menghindari pengulangan dalam ayat


berikutnya. Dengan demikian, kata rujukan atau kata ganti dapat berfungsi
untuk menjadi kesepaduan yang baik dan teratur antara ayat-ayat yang
membina sesuatu penulisan.

 Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh penghasil wacana untuk


menyampaikan idea dengan berkesan dalam sesebuah penulisan. Antaranya
ialah takrifan, pencerakinan, analogi, petikan, deduksi dan induksi.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Pendekatan persuasif menggunakan asas pemujukan sebagai elemen


penting dalam sesuatu penulisan.

 Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisan terletak kepada


input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logik serta
kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini akan
merangkumkan perenggan-perenggan penulisan.

 Kemahiran persuasif merupakan kemahiran menulis yang diperlukan oleh


seseorang penulis sebelum dapat menghasilkan penulisan yang berkesan
serta idea yang jelas dan tepat.

 Kemahiran persuasif memerlukan latihan yang sistematik dan berterusan.


Penulis yang telah dapat menguasai kemahiran persuasif pastinya akan
dapat menghasilkan penulisan yang bermutu dan menarik. Dalam penulisan
surat rasmi, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, iaitu
persuasif yang menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas
supaya orang yang diberikan penerangan mengetahui dan memaklumi
maklumat yang disampaikan.

 Dalam penulisan rencana, persuasif yang digunakan ialah persuasif


penerangan, pendedahan dan penghujahan. Persuasif tersebut digunakan
dalam rencana adalah untuk menyampaikan maklumat dan mesej tertentu
dengan intonasi dan nada yag menarik, memberi pemahaman dan hujah
yang logik.

 Bagi penulisan laporan dan minit mesyuarat, persuasif yang digunakan


adalah persuasif penerangan untuk memberikan maklumat kepada pembaca,
sekali gus bersifat informatif. Dalam persuasif jenis ini, bahasa formal yang
jelas dan tepat digunakan untuk memberikan penerangan terhadap maklumat
yang disampaikan. Ulasan dan komentar juga menggunakan persuasif
penerangan dalam penulisannya.

 Pengumuman dan pengacaraan majlis menggunakan persuasif penerangan


dan pendedahan.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Persuasif penerangan bertujuan memberikan maklumat kepada pendengar


dan mesej serta maklumat disampaikan dengan nada dan intonasi yang
menarik.

 Persuasif pendedahan pula berfungsi untuk memberikan pemahaman kepada


khalayak supaya khalayak dapat memahami sesuatu topik.

 Beberapa definisi dan pendapat daripada pakar-pakar bahasa tentang


wacana deskriptif. Dalam pengertian linguistik, wacana deskriptif adalah
kesatuan makna (semantik) antara bahagian dalam sesuatu binaan bahasa.

 Wacana deskriptif berfungsi sebagai kesatuan makna dan dilihat sebagai


pembina bahasa yang utuh. Hal ini demikian kerana setiap bahagian dalam
wacana tersebut saling berhubungan dan padu kedudukannya. Selain dibina
atas hubungan makna antara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikat
dengan konteks.

 Kontekslah yang dapat membezakannya dengan wacana lain yang digunakan


dalam pemakaian bahasa komunikasi dan bahasa yang bukan untuk tujuan
komunikasi.

 Wacana deskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai


pertukaran antara penutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal,
iaitu bentuknya ditentukan oleh tujuan sosial.

 Wacana deskriptif adalah komunikasi lisan dan tulisan yang dilihat daripada
penghayatan, nilai dan kategori dalamannya. Wacana deskriptif juga sebagai
bidang daripada semua pernyataan. Kadangkala turut dikenali sebagai
kelompok pernyataan atau praktik kebiasaan dan dilihat daripada sejumlah
pernyataan.

 Wacana deskriptif sebagai cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka
kepada awam sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar
luas.

 Wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual, konteks


penggunaan dan kaedah penjelasan.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan, iaitu


semua ujaran atau teks yang mempunyai makna dan kesan dalam dunia
nyata. Wacana deskriptif menurut konteks penggunaannya merupakan
sekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam kategori teoritikal
konseptual tertentu. Menurut kaedah penjelasannya, wacana deskriptif
merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah
pernyataan.

 Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan


yang dinyatakan secara lisan ataupun tulisan serta memiliki hubungan makna
antara satuan bahasanya serta terikat kepada konteks. Dengan demikian,
apapun bentuk pernyataan yang disalurkan melalui pelbagaian media, makna
konteks dikatakan sebagai sebuah wacana deskriptif.

 Klasifikasi wacana lain berdasarkan fungsi bahasa, seperti dijelaskan berikut:

o Wacana ekspresif – wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau


penulis sebagai saranan ekspresi, seperti wacana pidato.

o Wacana fatis – wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan


komunikasi.

o Wacana informasi – wacana ini bersumberkan pesanan atau


informasi, seperti wacana berita dalam media massa.

o Wacana estetik – wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan


keindahan, seperti wacana puisi dan lagu.

o Wacana direktif – wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi


daripada mitra penutur atau pembaca, seperti wacana khutbah.

 Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan atas wacana


lisan dan tulisan. Wacana lisan memiliki ciri, iaitu adanya penutur dan mitra
penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaran pertuturan dengan bermula
daripada giliran bicara.

 Wacana tulisan dicirikan dengan adanya penulis dan pembaca, bahasa yang
ditulis dan penerapan sistem ejaan.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkan cara pemaparannya, iaitu


yang terdiri daripada wacana naratif, wacana ekspositoris, wacana hortatoris
dan wacana prosedural.

 Setiap wacana memiliki tema sebab.

 Tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang isi wacana. Tema menjadi
acuan atau ruang lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak
menyimpang. Sebelum menulis wacana, seseorang harus terlebih dahulu
menentukan tema, setelah itu barulah tujuan.

 Tujuan ini berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema wacana
akan diungkapkan dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung pada
tujuan dan keinginan si penulis.

 Kerangka penulisan bermanfaat adalah seperti berikut:

o Pedoman agar penulisan dapat teratur dan terarah.

o Menggambarkan pola susunan dan kaitan antara pemikiran pokok /


topik.

o Membantu penulis melihat adanya pokok kebahasaan yang


menyimpang daripada topik dan adanya pemikiran pokok yang sama.

o Menjadikan gambaran secara umum tentang struktur idea penulisan


sehingga membantu pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan.

 Kaedah penyusunan kerangka penulisan supaya efektif, iaitu seperti berikut:

o Menentukan tema/topik penulisan.

o Menghayati tema dalam topik-topik/subtema.

o Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik.

o Mengintegrasikan beberapa subtopik.

o Menyelaraskan topik dan subsubtopik.

o Menentukan pola pengembangan penulisan.


TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Kerangka Penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk, iaitu seperti berikut:

o Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yang disusun dalam


bentuk kalimat lengkap yang menggarap idea-idea pokok penulisan.

o Kerangka topik adalah kerangka penulisan yang digarap dalam bentuk


frasa dan klausa sehingga tampak lebih praktik.

 Narasi adalah cerita yang didasarkan pada urutan suatu kejadian atau
peristiwa. Narasi dapat berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang),
riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisah pengalaman.
Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris.

 Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah:

o Kejadian

o Tokoh

o Konflik

o Alur / plot

o Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana.

 Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya


huraian secara kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang
menyatakan waktu atau urutan, seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya,
atau setahun kemudiankerap digunakan.

 Tahap menulis narasi, iaitu sebagai berikut:

o Menentukan tema cerita.

o Menentukan tujuan.

o Mendaftarkan topik atau gagasan pokok.

o Menyusun gagasan pokok menjadi kerangka penulisan.

o Secara kronologis atau urutan waktu.


TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

o Mengembangkan kerangka menjadi penulisan.

 Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola


urutan waktu. Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang
didasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu ini
sering digunakan pada cerpen, novel, cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah
dan sebagainya.

 Tahap penulisan eksposisi:

o Menentukan objek pengamatan

o Menentukan tujuan dan pola eksposisi

o Mengumpulkan data atau bahan

o Menyusun kerangka penulisan

o Mengembangkan kerangka menjadi penulisan

 Pengembangan kerangka penulisan berbentuk eksposisi yang berpolakan


penyampaian berikut:

o Urutan topik yang ada:


Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutan bahagian-bahagian bagi
sesuatu benda, hal atau peristiwa tanpa mengecualikan yang
terpenting. Semua bahagian dianggap bernilai sama.

o Urutan klimaks dan antiklimaks:


Pola persembahan dimulai dari hal yang mudah / yang sederhana
menuju kepada hal yang semakin penting atau puncak peristiwa dan
sebaliknya bagi antiklimaks.

 Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan
mempunyai perkara yang ditetapkan, iaitu pengenalan, isi yang lebih daripada
tiga dan penutup.

 Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika
penulisan mengandungi wacana yang mantap, selain tidak melakukan
sebarang kesalahan.
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3


markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan.

 Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya 5 markah sahaja diberi.

 Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha


menghasilkan penulisan yang baik.

 Fahami kehendak soalan dan format penulisannya (jika karangan berformat).

 Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.

 Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup.
Pelbagai cara mencatat isi, antaranya menggunakan konsep peta minda dan
penomboran.

 Menulis berdasarkan isi/kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).

 Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.

 Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau


keterangan lanjut serta contohnya. Memadai dengan tiga atau empat ayat.

 Penutup juga ringkas sebagai rumusan atau kesimpulan. Memadai dengan


satu atau dua ayat.

 Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama
semak pelbagai perkara, iaitu:

o Format

o Isi / Huraian

o Imbuhan

o Struktur Ayat

o Ejaan

o Tanda Baca

o Perbendaharaan Kata
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.

 Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk


mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberi
suatu kepuasan kepada pembaca.

 Penutuplah yang menjadi wacana kesimpulan / rumusan atau akhiran


sesuatu penulisan.

 Dalam penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu


perbincangan atau tajuk.

 Menulis atau menghasilkan karangan merupakan satu kemahiran yang


penting dalam penguasaan bahasa. Sesebuah karangan atau wacana itu
sendiri didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan,
rangkai kata atau frasa dan ayat.

 Pengajaran penulisan secara umum meliputi pengajaran dan pengaplikasian


aspek-aspek bahasa yang lain seperti pengajaran tatabahasa, fonetik,
fonologi dan semantik.

 Melalui pengajaran penulisan di sekolah-sekolah sama ada di peringkat


rendah mahupun di peringkat menengah, pelajar sebenarnya dilatih untuk
mengungkapkan gagasan, buah fikiran dengan tepat dan jelas tentang segala
macam perkara, baik yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan
harian dan pengalaman dalam berbagai jenis tulisan.

 Pengajaran penulisan bagi pelajar sekolah mempunyai beberapa konsep: 

o Membolehkan pelajar:

 Bercerita; dan

 Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau


tajuk perbincangan

o Membolehkan pelajar mengarang:

 Pengalaman sendiri;
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

 Cerita;

 Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri;

 Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah mengenai


beberapa perkara yang sesuai; dan

 Surat kiriman formal dan tidak formal.

 Penulisan lisan adalah satu aktiviti latihan bercakap untuk menulis dengan
menggunakan bahasa yang diajarkan lalu mempraktikkannya di dalam bilik
darjah. Antara aktiviti-aktiviti dan teknik-teknik pengajaran yang dapat
dijalankan dan digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran
penulisan jenis ini ialah:

o Bersoal jawab tentang perkara-perkara yang telah dialami oleh pelajar


dalam kehidupan sehari-hari;

o Menceritakan semula cerita yang didengar daripada ibu bapa, guru,


individu lain atau buku dan majalah yang pernah dibaca;

o Penulisan bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar (atau


carta aliran) yang disediakan oleh guru; dan

o Ucapan-ucapan yang disediakan oleh pelajar berkaitan dengan


pengalamannya.

 Penulisan biasa adalah kesinambungan daripada penulisan lisan. Lazimnya


penulisan jenis ini dilakukan selepas pelajar menjalani latihan-latihan praktikal
dalam bahasa lisan yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian:

o Penulisan terkawal; dan

o Penulisan bebas. 

 Penulisan terkawal ialah penulisan yang segala isi dan bahasanya dikawal
oleh guru.

o Pendekatan Terkawal;

o Pendekatan Bebas;
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

o Pendekatan Pola-Perenggan; dan

o Pendekatan Komunikatif.

 Menerusi pendekatan ini, guru memandu dan mengawal pelajar daripada


melakukan kesalahan. Pada peringkat permulaan, kawalan yang diberikan
guru adalah secara menyeluruh. Pada peringkat seterusnya semakin
berkurangan. Bagaimanapun pelajar masih diberi kebebasan untuk memilih
perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.

 Melalui pendekatan ini, pelajar diberi kebebasan untuk menyuarakan


pendapat mereka mengenai tentang sesuatu tajuk penulisan. Walau
bagaimanapun pendekatan ini hanya sesuai digunakan kepada pelajar yang
sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.

 Pendekatan bebas menegaskan bahawa seseorang yang sudah mempunyai


pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat
yang gramatis tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik
dan berkesan. Memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu
juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya seperti
aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.

 Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik


dalam sesebuah karangan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan
untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur.

 Method atau kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah


bagaimana seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya dengan
kehendak dan cita rasa pelajarnya, di samping mencapai objektif pengajaran.

 Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dibuat bagi membantu mencapai
objektif pengajaran dan menjayakan kaedah pengajaran. Dalam pengajaran
bahasa terdapat pelbagai teknik pengajaran dan biasanya penggabungjalinan
teknik-teknik pengajaran kerap dilakukan.

 Kaedah komunikatif dapat diaplikasikan dalam pengajaran karangan dengan


pelbagai cara, antaranya:
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

o Menjelaskan tujuan setiap latihan atau aktiviti pengajaran


pembelajaran karangan yang dijalankan;

o Mengadakan aktiviti perbincangan, sumbang saran atau bersoal jawab


untuk memastikan pelajar mengikuti dan memahami (isi-isi) karangan;

o Mempelbagaikan latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


seperti lakonan, simulasi, drama, main peranan dan sebagainya yang
mewujudkan unsur-unsur komunikasi di kalangan pelajar.

 Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan ialah


berdasarkan gambar yang dilihat dan ditunjukkan.