Anda di halaman 1dari 8

Soalan ulangkaji HBML3203 Da,a 2011

1. Jelaskan maksud morfologi?


Morfologi ialah ilmu yang membincarakan struktur,bentuk dan golongan kata serta
cara perktaan diwujudkan pd bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata.

2. Jelaskan maksud sinbtaksis.


Sintaksis ilah ilmu yg membicarakan proses pembinaan ayat,cara perkataan itu
disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat iaitu dalam
membentuk frasa,klausa dan ayat.

3. Bincangkan golongan perkataan.Golongan kata terdiri daripada :


i. Kata nama- nama khas,nama am,ganti nama
ii. Kata kerja – kata yg menjadikan inti dlm frasa kerja,samada yg berlaku atau
dilakukan. Contoh ,berjln,makan memakan,dimakan dsb.
iii. Kata adjektif – kata yg menjadi dlm frasa adjektif spt manis sekli,sudah lama
sungguh,masih lebat
Kata2 dlm golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu
nama atau frasa nama.Blh dibahagikan kpd 9 sub golongan
iv. Kata tugas - hadir dlm ayat utk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis
tertentu.
v. Kata hubung- bertugas utk menghubungkan klausa,ayat,frasa atau perkataan
utk membentuk ayat majmuk. Dlm bhasa melayu terdapat dua ayat majmuk
iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu kata
hubung dpt dibahagikan kpd 2 jenis iaitu kata hubung pancangan dan kata
hubung gabungan.
a. Kata hubung gabungan : menghubungkan klausa yg sama tarafnya :-
dan,atau serta,tetapi,malahan,sambil sementara,sebaliknya,seterusnya.
b. Kata hubung pancangan :-pancangan relatif- menghubungkan klausa
utama dgn klausa pancangan(kecil) yg menggunakan kata ‘ yang’.
pancangan komplemen,-menghubung satu klausa komplimen kpd satu
klausa utama. (pelengkap klausa utama) kata hubung yg berperanan
begitu adalah bahawa dan untuk.
pancangan keterangan – menghubungkan klausa keterangan dgn klausa
utama:- kerana,atau meskipun,sekiranya dsb.

4. Kenal pasti dua tujuan wacana.


i. Memilih teknik penyampaian wacana
ii. Menentukan bentuk wacana
iii. Utk mdptkan maklumat
iv. Untuk menyampaikan maklumat
Soalan ulangkaji HBML3203 Da,a 2011

5. Jelaskan maksud kohesi dalam wacana.


Kohesi merupa aspek formal dlm wacana. Kohesi merupakan hubungan di antara
ayat di dlm sesebuah wacana samada dr segi strata gramatikal atau strata leksikal
terterntu.

6. Terangkan konsep tautan.


Tautan berbeza dgn keteraturan fikiran,ia merupakan konsep semantic yg juga
merujuk kpada perkaitan kebahasaan yg didapati pada satu ujaran yg membentuk
wacana. Menurut Halliday dan Hassan (1976) tautan adalah satu set kemungkinan yg
wujud dlm bahasa utk menjadikan sesatu teks itu berkesatuan.

7. Mengapakah kohesi penting dalam wacana?


Kohesi sngt penting kerana ia merupakan organisasi yg sintatik yg meruipakan
wadah ayat yg disusun secara padu dan padat yg menghasilkan tuturan.Wacana yang
baik dihasilkan melalui penguasaan kohesi yg baik.

8. Bincangkan istilah kohesi dalam wacana.


Kohesi yang bermakna tautan merupakan aspek formal dalam bahasa
wacana.Tautan berbeza dgn keteraturan fikiran. Kohesi atau atautan merupakan
konsep semantic yg juga merujuk kepada perkaitan kebahasaan yg di dapati pada
suatu ujaran yg membentuk wacana.

9. Bagaimana anda mencerakinkan kohesi dalam wacana?

10. Jelaskan ciri2 kohesi dalam wacana.


Ciri2 kohesi dalam wacana :

11. Bincangkan keutuhan wacana dalam penulisan.

keutuhan wacana adalah untuk:

 Menentukan sama ada sesebuah wacana itu berkualiti ataupun tidak.


 Hubungan dilihat dalam bahagian-bahagian wacana, iaitu dari segi semantik,
fonologi, leksikal dan gramatikal.

12. Terdapat 7 unsur komunikasi dalam wacana.Nyatakan empat daripada unsur tersebut.

i.satuan bahasa 2. Terlengkap 3. Mengatasi ayat/klausa

4. teratur/tersusun rapi 5. Berkesinambungan

6. Kohesi lisan/tulisan awal/akhir yg nyata.


Soalan ulangkaji HBML3203 Da,a 2011

13. Analisis maksud penanda wacana berdasarkan 3 contoh.

14. Berikan empat perbezaan antara format surat kiriman tidak rasmi dan format surat

kiriman rasmi.

Surat kiriman tidak rasmi

1. Alamat di sebelah kiri

2. Tidak ada garisan memanjang

3. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.

4. Tidak ada tajuk

Surat kiriman rasmi

1. Alamat di sebelah kanan

2. Tdpt garisan memanjang di bawah alamat pengirim

3. Tarikh ditulis di sebelah kanan sebaris dengan baris dengan alamat penerima

4. Tarikh ditulis dgn huruf besar

5. Ada tajuk surat

15. Huraikan morfem bebas dan morfem terikat beserta contoh yang sesuai.

a. morfem bebas- berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri.

cth: minum,makan,cuti,periksa

b.morfem terikat - btk imbuhan iaitu mem,pem,per,kan dan ber…tidak mempunyai makna
tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu yg blh mengubah makna sesuatu kata
seterusnya makna ayat.

16. Jelaskan jenis-jenis penanda wacana.

.  Tiga Jenis Penanda Wancana


i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi.

   ii. Memperjitu organisasi penulisan.

iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.
b
 Menunjukan pertautan dari segi kronologi
.
   i. Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu. 
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari
Soalan ulangkaji HBML3203 Da,a 2011

esoknya dan sebagainya.

ii. Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas.


c. Memperjitu organisasi penulisan
i. Berfungsi untuk menghubungkan bahagian wacana dengan bahagian wacana yang lain.

ii. Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat / didedahkan kepada bahagian tertentu.

Contoh:
sebagai kesimpulan

untuk merumuskan

contohnya

tegasnya

dapat dinyatakan bahawa pertama

akhir sekali

dengan kata lain

dalam hal ini


  
dalam hubungan ini

untuk menjelaskan lagi

Nota: Bagi seperti contoh-contoh di atas, diwajibkan bagi anda meletakkan tanda koma selepas setiap frasa
(rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Tanda koma berfungsi sebagai jeda


Sumber: www.sochurch.org/newabout.html
d
 Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain
.
  Leman Ahmad (1984) membahagikan jenis penanda wacana kepada tiga bahagian, iaitu:

i. Menambah atau memperluas idea

Contoh:

dan

selanjutnya

di samping itu

selain itu
Soalan ulangkaji HBML3203 Da,a 2011

lebih-lebih lagi

tambahan pula

begitu juga

seterusnya

satu lagi

dan sebagainya
ii. Menunjukkan pertentangan idea

Contoh: 

tetapi

sebaliknya

pada masa yang sama

walaupun

walau bagaimanapun

walaupun demikian

sama ada

sebenarnya

dan sebagainya
iii.

iv. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat

Contoh:

jadi

oleh sebab itu

disebabkan

oleh yang demikian

untuk tujuan itu

maka (kata pangkal ayat)

berikutan itu

dengan demikian

kecuali

dengan syarat
 tetapi – Sekiranya tetapi terletak pada permulaan ayat, penggunaannya mestilah diikuti
dengan tanda koma.

Contoh: “Tetapi, buku itu bukan buku saya.”


Soalan ulangkaji HBML3203 Da,a 2011

 sebaliknya – Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma sebelum perkataan 'sebaliknya'.

Contoh: “Buku itu bukan buku saya, sebaliknya ia adalah buku Ariff.”

 pangkal ayat – Antara contoh-contoh pangkal ayat seperti berikut: hatta, arakian,
sebermula dan alkisah.

17. Mengapakan penanda wacana penting dalam penulisan?

18.Tunjukkan tiga contoh perenggan pendek yang terdapat kepelbagaian penanda wacana.

19.Bincangkan fungsi-fungsi penanda wacana.

  FUNGSI-FUNGSI PENANDA WACANA

Terdapat empat fungsi penanda wacana.

Fungsi menunjukkan maksud:

 Tambahan;
 Sebaliknya;

 Sebab; dan

 Ketika.

 
a. Penanda Wacana untuk Menunjukkan Maksud Tambahan
Antara penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah:

i. Ini bererti;
ii. Sejajar dengan ini;
  
iii. Pendek kata;

iv. Justeru; dan

v. Sebagai tambahan.

b.  Penanda Wacana untuk Menujukkan Maksud Sebaliknya


Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah:

i. Sungguhpun;
   ii. Berbanding dengan;

iii. Dalam masa yang sama;

iv. Sebaliknya; dan Walau bagaimana sekalipun.


Soalan ulangkaji HBML3203 Da,a 2011

c.  Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab


Antara penanda wacana bagi menunjukkan sebab ialah:

i. Berdasarkan;
ii. Berpegang pada;
  
iii. Sekiranya begitu;

iv. Akibatnya; dan

v. Kesudahannya.

d.  Penanda Wacana yang Menunjukkan Maksud Ketika


   Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah:

i. Merujuk;
ii. Berbalik kepada;

iii. Akhirnya;

iv. Sementara itu; dan

v. Sejenak kemudian.

Keterangan:

 Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum ini dengan idea yang
berikutnya.

Contoh: “Oleh itu, haruslah kamu berdua bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini.”

 Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan untuk melanjutkan idea. 

Contoh: “Dengan itu, tamatlah upacara kita pada pagi ini.” 

 Dengan demikian ialah penanda wacana yang melanjutkan idea. 

Contoh: Dengan demikian, karikatur politik menjadi lebih pedas, kasar, keterlaluan dan langsung
terkena batang hidung tokoh berkenaan selepas krisis politik tahun 1998. 

 Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan kecil bagi keseluruhan


gagasan atau idea dalam perenggan tersebut.

Contoh: “Akhirnya, dapat juga aku petik bunga harum mekar malam ini.”

 Penanda wacana yang terakhir ialah Sebagai kesimpulannya yang merupakan simbol atau


tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan menamatkan perbincangan bagi keseluruhan
idea atau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk.

Contoh: Sebagai kesimpulannya, sehingga kini, belum ada iklan yang boleh dikatakan berjaya
menyampaikan mesej yang cuba mengangkat bahasa Melayu dan mempertahankan
kedaulatannya dengan tepat. 

 Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasan sekali lagi idea keseluruhan yang terdapat


dalam perenggan pertama. Penegasan ini pula diikuti dengan huraian lanjutan.

Contoh: Jelaslah, pada era siber ini, bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda dunia yang lain
terdedah dengan pelbagai ancaman dan cabaran.

 Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan pertentangan idea atau gagasan antara frasa
Soalan ulangkaji HBML3203 Da,a 2011

’kelihatan orang di negara maju seronok’ dengan ’keseronokan mereka tidak berpunca daripada
ketenangan jiwa’.

Contoh: Sugguhpun begitu, hal ini tidak bermakna satu-satu bahasa tersebut adalah lebih kaya
atau lebih miskin daripada bahasa yang lain dari segi dalamannya. 

 Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan yang kedua.

Contoh: Maka itu, karikatur penghinaanm khususnya yang melibatkan soal akidah dan
kepercayaan, penerbitannya tidak patut dibenarkan sama sekali.

Anda mungkin juga menyukai