Anda di halaman 1dari 1

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

MAKTAB SABAH
PETI SURAT 10548
88806 KOTA KINABALU
SABAH MALAYSIA
____________________________________________________________
Rujukan kami: MS(KK)/P/01/010

Tarikh : 30 September 2009

Puan Fatimah Shara bt. Ahmad Noor


YDP PIBG Maktab Sabah
Kota Kinabalu,

Assalamualaikum Warahmatullah

Puan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM SOLAT HAJAT PMR, SPM DAN STPM 2009

Saya dengan hormatnya ingin merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa panitia Pendidikan Islam Maktab Sabah dengan kerjasama PIBG
Maktab Sabah telah merancang untuk menganjurkan program di atas bagi anak-anak yang bakal
menduduki PMR, SPM dan STPM 2009.

3. Pihak sekolah memohon jasa baik pihak PIBG untuk memberi sumbangan untuk jamuan makan guru
dan ibu bapa sebanyak RM 600. Maklumat program tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 1 Oktober 2009 ( Khamis )


Masa : 6.00 petang- 9.00 malam
Tempat : Dewan Solat, Masjid Negeri Sabah
Tentatif Program: Solat Maghrib, Solat hajat, bacaan surah Yasin, Solat Isyak
dan jamuan

4. Pihak sekolah berbesar hati dengan kerjasama dan sumbangan yang diberi oleh pihak PIBG dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

DATIN DEWILFIKRI HAJI SIRAT


Ketua panitia Pendidikan Islam
Maktab Sabah

s.k: Fail.

Anda mungkin juga menyukai