Anda di halaman 1dari 8

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011

PERATURAN

PERTANDINGAN

SEPAK TAKRAW

PERINGKAT

PKG TELOK KECHAI

2011
Undang-undang dan Peraturan Pertandingan / Permainan SEPAK TAKRAW

SEPAK TAKRAW
1
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011

01. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dikenali dengan nama Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Pusat
Kegiatan Guru Telok Kechai 2010. Singkatannya disebut sebagai
“ PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011 ” .

02. PENGELOLAAN

2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Telok Kechai.
2.2 Urusan Pengelolaan Pertandingan dikelolakan oleh SK Wan Sulaiman Sidiq.

03. JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN

3.1 Tarikh :20 dan 21 MAC 2011 ( AHAD dan ISNIN)


3.2 Masa :08.30 pagi – 05.00 petang
3.3 Tempat :Gelanggang Sepak Takraw Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

3.4 Jadual dan masa pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola
dan akan diedarkan kepada semua pasukan yang akan mengambil bahagian
pada masa Pendaftaran pada jam 08.00 pagi 20 Mac 2011 (Ahad).
3.5 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak bagi menangguhkan mana-
mana pertandingan dari pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian.

04. JENIS PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini akan dipertandingkan dalam acara berikut:-

Undang-undang dan Peraturan Pertandingan / Permainan SEPAK TAKRAW

SEPAK TAKRAW
2
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011

4.1.1 Antara Regu Bawah 12 Tahun ( minima 1 regu & maksima 2 regu )

05. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Bagi semua kategori, pertandingan akan dijalankan secara Liga Kumpulan (Round
Robin) pada pusingan pertama dan kalah-mati pada pusingan seterusnya atau secara
kalah-mati.
5.2 Johan dan naib johan setiap kumpulan adalah layak menyertai pusingan Suku Akhir
setelah tamat pusingan pertama.
5.3 Pusingan Suku Akhir dan seterusnya akan dijalankan secara KALAH-MATI.

06. BOLA RASMI PERTANDINGAN

6.1 Bola rasmi untuk pertandingan ini adalah Bola Gajah Emas 311 bagi
Bawah 12 Tahun.

07. KELAYAKAN ( STATUS ) PEMAIN

7.1 Semua murid atau pelajar yang bersekolah di PKG Telok Kechai di bawah
Pejabat Pelajaran Kota Setar, Kedah Darul Aman.
7.2 Seorang pemain HANYA layak menyertai pertandingan di bawah satu regu sahaja
berdasarkan borang pendaftaran pemain dan TIDAK BOLEH mewakili regu yang
lain.

08. PENYERTAAN / PENDAFTARAN

8.1 Terbuka kepada semua murid atau pelajar di PKG Telok Kechai di bawah
Pejabat Pelajaran Kota Setar, Kedah Darul Aman.
8.2 Setiap sekolah HANYA dibenarkan menyertai sebanyak 2 ( DUA ) REGU
Maksima bagi Bawah 12 Tahun. Setiap kategori dengan 4 ( EMPAT ) orang pemain
termasuk pemain simpanan bagi setiap regu yang didaftarkan.
8.3 Pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pemain yang telah

Undang-undang dan Peraturan Pertandingan / Permainan SEPAK TAKRAW

SEPAK TAKRAW
3
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011

disahkan oleh GURU BESAR sahaja yang layak bertanding.


8.4 Pemain yang telah didaftarkan dalam regu tertentu tidak layak bertanding dalam
regu yang lain.
8.5 Senarai nama pemain atau regu hendaklah diserahkan kepada PENGADIL
RASMI 30 ( TIGA PULUH ) minit sebelum pertandingan bermula pada hari
Pertama pertandingan.
8.6 Setiap pemain yang didaftarkan bertanding MESTILAH disertakan dengan
Salinan Surat Lahir atau Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh
Guru Besar masing-masing bersama-sama borang pendaftaran kepada PENGADIL
RASMI sebelum bermula pertandingan pada hari pertama Pertandingan.

09. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

9.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Permainan ISTAF


( Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa ) yang berkuatkuasa di masa ini dan
Peraturan Am MSSK/MSSM.
9.2 Kejadian yang berlaku diluar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan dan
undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
9.2.1 Sebarang kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
9.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan / Pengerusi Pengadil.
9.2.3 Semua keputusan yang dibuat adalah muktamad.

10. PAKAIAN

10.1 Semua jersi atau baju mestilah bernombor di belakang dengan nombor
yang dibenarkan ialah 1 hingga 15 sahaja.
10.2 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor yang sama sepanjang
Pertandingan kecuali jika mempunyai masalah dengan jersi atau baju
sedia ada.

Undang-undang dan Peraturan Pertandingan / Permainan SEPAK TAKRAW

SEPAK TAKRAW
4
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011

11. MENARIK DIRI

11.1 Menarik diri pada saat akhir selepas jadual pertandingan dikeluarkan sama
sekali tidak dibenarkan.
11.2 Setiap REGU yang bertanding mestilah berada di tempat pertandingan 15
MINIT sebelum waktu perlawanan bermula.
11.3 Jika mana-mana regu tidak melaporkan diri 15 MINIT selepas waktu yang
telah dijadualkan tanpa sebarang sebab yang kukuh,maka regu berkenaan
dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada lawannya dengan
keputusan 2-0 ( 21-0 , 21-0 ) dan semua keputusan perlawanan regu sebelum
itu akan dibatalkan.

12. PENGADIL DAN PEMBANTU PENGADIL

12.1 Pengadil dan Pembantu Pengadil dalam pertandingan ini akan dilantik oleh
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Sepak Takraw PKG Telok Kechai.
12.2 Penjaga garisan terdiri daripada pelajar-pelajar (peringkat kumpulan dan suku
akhir) dan terdiri daripada Pengadil semasa perlawanan separuh akhir dan akhir
sahaja.
12.4 Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil dan pembantu pengadil yang
berkaitan dengan undang-undang pertandingan adalah MUKTAMAD.

13. HADIAH DAN CENDERAMATA

13.1 Semua hadiah dan sijil dalam pertandingan ini akan disediakan oleh pihak
PKG Telok Kechai.

14. PEMILIHAN PEMAIN

14.1 Pemilihan pemain bagi menyediakan pasukan PKG Telok Kechai ke peringkat

Undang-undang dan Peraturan Pertandingan / Permainan SEPAK TAKRAW

SEPAK TAKRAW
5
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011

MSSD akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik.


14.2 Pemilihan pemain akan dilaksanakan berdasarkan kepada beberapa kriteria
seperti berikut:-
14.2.1.Regu yang menjadi johan dan naib johan akan mewakili pasukan PKG Telok
Kechai ke peringkat daerah Kota Setar.
14.2.2 Pemain-pemain daripada sekolah lain boleh diserapkan ke dalam pasukan
PKG untuk memperkuatkan pasukan jika perlu.
14.2.3 Kebolehan atau kemahiran individu
14.2.4 Semangat kesukanan yang tinggi.
14.2.5 Disiplin dan sikap yang terpuji.

15. LATIHAN PUSAT

15.1 Latihan pusat bagi persiapan ke peringkat daerah Kota Setar akan dijalankan di
sekolah yang memenangi pertandingan peringkat PKG Telok Kechai

16. BANTAHAN / RAYUAN

16.1 Sebarang bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh
Pengurus Pasukan sahaja kepada pihak Juri Rayuan tidak lewat daripada 30
minit selepas perlawanan tersebut tamat.
16.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan bayaran wang tunai
sebanyak RM100.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja ).
16.3 Wang bantahan atau rayuan ini akan luput jika bantahan atau rayuan itu
didapati tidak wajar.

17. JURI RAYUAN

17.1 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam setelah menerima bantahan

Undang-undang dan Peraturan Pertandingan / Permainan SEPAK TAKRAW

SEPAK TAKRAW
6
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011

atau rayuan yang dibuat dan segala keputusan yang dikeluarkan adalah
MUKTAMAD.
17.2 Juri Rayuan dianggotai oleh:-
17.2.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau Wakil.
17.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.
17.2.3 Pengerusi Teknik Permainan.
17.2.4 Pengerusi Pengadil.
17.2.5 3 ( tiga ) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat.

18. AM

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang berkenaan. Semua keputusan yang
telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan adalah MUKTAMAD.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
Permainan Sepak Takraw PKG Telok Kechai 2011.

Undang-undang dan Peraturan Pertandingan / Permainan SEPAK TAKRAW

SEPAK TAKRAW
7
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG TELOK KECHAI 2011

Undang-undang dan Peraturan Pertandingan / Permainan SEPAK TAKRAW

SEPAK TAKRAW
8

Anda mungkin juga menyukai