Anda di halaman 1dari 10

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA.

1. Latar belakang pendidikan


Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan
formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak
pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran,
tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan
diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang
pertanian, perikanan dan perburuan.
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut
'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang
terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina
di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah
melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini
pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di
bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar
pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah
mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada
campurtangan tentang pendidikan vernacular.
Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar
kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu
hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan
sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan
pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan
atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak
menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan
kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka
mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare
policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau
memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia
ada itu sedikit efisien sahaja.
Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya
tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di
kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural
(plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat
lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural
ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk
yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan
mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

2. PENDIDIKAN AWAL

Pendidikan Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas
membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat
rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan
pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama
sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk
membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga.
Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada
empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak
dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti
menegak di kalangan masyarakat melayu.
Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap
Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model
English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk
golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di
Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah
terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris
telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu
di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk
menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar,
cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

Pendidikan Arab Dan Agama


Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah
sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan
kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian.
Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di
merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah
dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang
menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini
dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah
tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan
kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah
Cina sejak awal abad ke 19.
Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris
dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri
Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks
serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan
dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris,
Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat
sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah
Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang-
undang pada tahun 1920 iaitu
Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan
sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924,
sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.
Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang
Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran
Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara
anak-anak Melayu dan Cina.

Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum
keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan
dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah
tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu
sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa
kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah
ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan
kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.
Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang
undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan
ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh
kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil.
Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga
kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya
nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis
karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua,
program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru
sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja..
Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus
menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu
Melayu, Cina,dan India.

Pendidikan Madrasah
Sistem Pendidikan Madrasah mulai diperkenalkan bagi menyaingi sekolah-sekolah
sekular. Kewujudannya mengekalkan ‘keislaman’ orang-orang Melayu terutamanya pada
waktu orang Melayu menyerah dari segala segi kepada pemerintahan Inggeris1.
Kebanyakkan golongan yang mengasaskan Madrasah terdiri daripada Kaum Muda yang
mendapat pendidikan di Mesir. Kalau diperhatikan terdapat perbezaan yang nyata sistem
pendidikan Madarasah dengan sistem pendidikan pondok terutama dari segi sistem
pembelajaran yang teratur.
Di Madrasah, cara pengajaran lebih berbentuk sekular yang tidak lagi
menggunakan kaedah halaga dan pelajaran tadahan. Antara ciri-ciri sistem pendidikan di
madrasah mempunyai kemudahan seperti pembahagian kelas, kewujudan jadual waktu
dan pelajaran akademik. Sebagaimana dijelaskan oleh kenyataan di bawah ;

.....madrasah mempunyai kurikulum yang tertentu serta struktur


yang hampir menyerupai sekolah sekular. Namun, bahasa Arab
kekal sebagai bahasa pengantar tetapi segala peluang diberikan
bagi pelajar-pelajar mempelajari bahasa Inggeris dan juga subjek-
subjek ‘moden’ seperti sains dan matematik.2

Kaum Muda memainkan peranan penting mengembangkan sistem pendidikan


madrasah. Mereka merupakan golongan konservatif yang mahu mengekalkan amalan
tradisi orang Melayu dalam bidang agama3. Antaranya tokoh-tokoh yang berpendidikan
Arab seperti Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin merupakan tokoh-tokoh
berpengaruh dalam Kaum Muda. Madrasah al-Iqbal merupakan madrasah pertama
didirikan di Singapura pada tahun 1907. Pada tahun 1917, Syed Sheikh al-Hadi
menubuhkan Madrasah Al-Hadi di Melaka dan pada tahun 1919, beliau berpindah ke
Pulau Pinang menubuhkan Madrasah al-Masyhor dengan kerjasama beberapa orang
Arab4. Peranan Kaum Muda dalam majalah Al-Imam ada menerangkan betapa
pentingnya pendidikan Islam dalam masyarakat Melayu terutama dalam pendidikan
madrasah, iaitu mengusulkan suatu pembaharuan pada Sistem Pendidikan Islam.
Menurutnya Sistem Pelajaran Islam haruslah didasarkan pengajaran rukun dan hukum
1
Lihat Andaya, Sejarah Malaysia, Hlm.272.
2
Lihat Andaya, Sejarah Malaysia.,Hlm272
3
Abdullah Haji Jaafar,“ Sejarah Masyarakat Melayu Moden”, Khoo Kay Kim (ed), Al- Imam, Kuala
Lumpur, Penerbitan Universiti Malaya, 1985, Hlm
4
Roff, W.R.,(terj) Ahmad Boestamam, Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur, Penerbitan Unversiti
Malaya, 2003, Hlm.83.
yang benar dan dengan dasar ini mata-mata pelajaran bahasa, Arab, Bahasa Inggeris dan
lain-lain yang bersangkutan dengan pelajaran moden hendaklah diajarkan5
Di Kelantan, Pendidikan madrasah didokong oleh pendidikan bersifatkan
keislaman dan tidak menghalangi mempelajari ilmu-ilmu moden dari Barat, kerana
menganggap keseluruhan ilmu-ilmu itu berasal dari orang-orang Islam. Ini bermakna,
peningkatan pemikiran orang-orang Melayu terhadap pendidikan agama dan duniawi
diselaraskan dalam pendidikan madrasah mula diterima, pada hal, awal sistem pendidikan
agama iaitu pendidikan pondok mula mencurigai pendidikan moden diterima pakai dalam
pendidikan Melayu. Penubuhan Madrasah Muhammadiah pada tahun 1917 merupakan
sokongan kepada pendidikan madrasah di Kelantan. Madrasah Muhammadiah
melancarkan progaram pendidikan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1915, dengan pengajaran tiga bahasa iaitu Melayu,
Arab dan Inggeris6.
Pembaharuan sebenar dalam pendidikan Madrasah telah berkembang apabila
pemikiran Za’ba7 diketengahkan oleh pemerintahan British. Saranan beliau supaya setiap
negeri-negeri di Malaya perlu menubuhkan madrasah dalam pendidikan mereka.
Kepentingan ini dilihat, sifat madrasah ini bersifat maju dan moden dari kurikulum dan
pentadbiran berbanding dengan sistem pondok. Inilah di antara faktor-faktor yang
mendorong Za’ba mengalu-alukan penubuhan Madrasah Muhammadiah di Kelantan8.
Perkembangan pendidikan Melayu dalam agama diperluaskan melalui madrasah yang
memiliki kesempurnaan ilmu-ilmu agama dan dunia ketika itu. Dalam kerangka tersebut,
keseimbangan kedua-dua ilmu dapat dipelajari oleh orang-orang Melayu selain
pendidikan aliran Inggeris dan kolej-kolej dikelola oleh British.
Perkembangan pendidikan madarsah di negeri-negeri Melayu merupakan hasil
usaha Kaum Muda dalam memperjuangkan konsep bangsa Melayu dalam pendidikan.
5
Ibid.Hlm.64.
6
Lihat Andaya, Sejarah Malaysia, Hlm.272.
7
Za’ba adalah nama pena Zainal Abidin bin Ahmad merupakan warganegara Melayu yang memiliki
semangat kesedaran dalam menaikkan taraf hidup orang-orang Melayu terutama dalam kemunduran
pendidikan dan kemiskinan. Beliau bermula sebagai seorang guru di Johor Bahru (1916-1918),kemudian
berpindah ke Maktab Melayu Kuala Kangsar,(1918-1923), ke Jabatan Pelajaran, Kuala Lumpur (1923) dan
berikutnya ke Maktab Penguruan Sultan Idris, Tanjong Malim(1924-1939), Jabatan Penerangan Singapura
(1939-1942), School of Oriental and African Studies, London (1947-1951)dan Universiti Malaya
Singapura(1954-1959). Sumbangan penulisan Za’ba seperti dalam rencana dalam akhbar Utusan
Melayu,Lembaga Melayu, Majalah Pengasoh, Al-Ikhwan dan Majalah Guru.
8
Adnan Hj. Nawang. Za’ba dan Melayu, Kuala Lumpur, Berita Publishing Sdn.Bhd, 1998, Hlm.101.
Kerangka tersebut merupakan pembaharuan dan kemajuan dalam pendidikan Melayu,
terutamanya pelajaran orang-orang Melayu dapat dipertingkatkan serta dapat meneruskan
ke peringkat yang tinggi, ini dapat memenuhi hasrat perjuangan Za’ba dalam
memertabatkan orang-orang Melayu dalam pendidikan, sebagaimana yang dinyatakan
oleh Adnan Hj. Nawang :
.....Perkembangan tersebut menggembirakan Za’ba. Apabila
terdapat pembaharuan dan kemajuan dalam pendidikan Melayu,
khususnya dari segi cukup pelajaran dalamnya, Za’ba yakin akan
terbukalah sedikit peluang untuk membolehkan anak Melayu
melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi
kemudiannya..9
Pada hakikat itu, orang-orang Melayu sistem pendidikan Islam terjamin serta
pendidikan dikembangkan lebih peringkat tinggi sebagaimana perjuangan Za’ba mahu
anak-anak muda Melayu maju dalam pendidikan. Penubuhan madrasah ini, bukan hasil
keseluruhan usaha Kaum Muda, malahan peranan kerajaan-kerajaan negeri menganggap
kepentingan pendidikan Islam harus di ubah mengikut aliran zaman, pembaharuan dari
sistem pendidikan lama bercorak pondok ke sistem pendidikan bari bercorak madrasah.

Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School
ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu
menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di
kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak
Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai -
pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British.
Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan
menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal
dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907.
Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles
College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical
School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar
menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun
1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.
9
Lihat Adnan Hj. Nawang, Za’ba dan Melayu,Hlm.102
Pendidikan Zaman Jepun.
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia
telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem
pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera
Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya
tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri
Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan
sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara
hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah.
Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan
beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim",
perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar
digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera
Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-
kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab
dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun.
Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan
perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.

Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka


Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran
banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah
kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di
sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran,
Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini
diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah
kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara
beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan.
Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.
Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah
Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah
Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang
pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa
Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

Laporan Pendidikan
Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah
pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-
a) Laporan Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung
dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang
penting terkandung dalam laporan ini ialah :-
# Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .
# Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
# Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat


yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan
sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga
di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran
yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan
alam Malaysia.
b) Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-
cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan
Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini
iaitu:-
# Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
# Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan
bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
# Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan
tenaga mahir .
# Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan
kerohanian sebagai teras.
c) Laporan Kabinet (1979 )
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib
dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut
cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam
Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :-
# Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
# Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira ) dan
pengajaran pemulihan.
# Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.
# Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
# Pendidikan kerohanian yang kukuh.
# Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai