Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Majlis ‘Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010’ merupakan aktiviti jamuan yang julung-julung kalinya
diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jambatan Putih 2010. Antara objektif program ini
dijalankan adalah untuk merapatakan hubungan antara guru-guru dan kakitangan bukan mengajar
dengan para pelajar SMK Jambatan Putih Tawau. Program yang pertama kali diadakan di sekolah ini
memainkan peranan sebagai kayu pengukur bagi aktiviti-aktiviti pada masa akan datang. Hal ini
demikian kerana program ini merupakan tempoh percubaan sahaja dan rencaman aspek perlu
ditinjau agar majlis seumpamanya pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih
sistematik dan terancang.
LAPORAN PERJALANAN AKTIVITI

Majlis ‘Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Jambatan Putih
telah diadakan julung-julung kalinya pada 01 Oktober 2010. Sebanyak 20 buah kelas terlibat dalam
menjayakan program ini manakala 4 buah kelas tidak terlibat dalam jamuan tersebut. Program ini
bermula pada pukul 0900 pagi iaitu para pelajar hendaklah mengemas dan menghias kelas masing-
masing agar dapat memeriahkan suasana Aidilfitri walaupun aktiviti ini dijalankan pada minggu
terakhir pada bulan Syawal.

Seterusnya,para guru serta kakitangan bukan mengajar telah diundang seawal pukul 0930
pagi untuk ‘menziarahi’ kelas-kelas yang terdapat di sekolah ini. Kelas-kelas yang mengadakan
jamuan hari raya tersebut telah menyediakan pelbagai masakan serta juadah yang lazat kepada
guru,KTBM atau pelajar yang singgah ke kelas tersebut. Antara masakan yang dihidangkan adalah mi
goreng,nasi goreng dan sosej. Selain itu,masakan-masakan tradisional seperti burasak,gado-
gado,kuih lapis Sarawak,satay dan kuih muih tradisional seperti bahulu juga menjadi tarikan utama
para guru,KTBM dan pelajar untuk bertandang ke kelas.

Dalam acara tersebut,guru serta para pelajar juga menikmati makanan bersama-sama. Hal
ini izharnya menunjukkan kemesraan yang terjalin serta ikatan silaturahim yang sangat kukuh
terbentuk antara dua pihak ini. Malah,tema integrasi masyarakat Malaysia yang heterogen
dititikberatkan dalam program ini. Hal ini jelas tertonjol apabila pelajar yang terdiri daripada
pelbagai etnik,suku kaum dan agama yang berbeza berganding bahu dalam menyediakan variasi
makanan dan menghias kelas bersama-sama tanpa sebarang permasalahan. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa program seperti ini dapat memupuk semangat 1 Malaysia seiring dengan hasrat
Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setelah satu jam tiga puluh minit acara berlangsung,tepat pada pukul 1100 pagi,para pelajar
telah ditugaskan untuk meyusun semula meja yang telah dialihkan,mencuci pinggan dan gelas yang
telah dipakai serta melakukan gotong royong di kawasan kelas dan blok sekolah. Dalam masa yang
sama,para guru telah membuat undian untuk ‘Kelas Pilihan Guru’. Antara aspek yang dinilai ialah
kemeriahan kelas dan keenakan juadah yang disajikan kepada para guru,KTBM dan pelajar.
Hasilnya,kelas 5D menjuarai undian ini sebanyak 8 undian,diikuti oleh kelas 6AO dengan 6 undian
manakala tempat ketiga disandang oleh 6AI dan 5B yang masing-masing berkongsi 4 undian.

Majlis berakhir pada pukul 1130 pagi.


KEKUATAN PROGRAM

 Pelbagai juadah serta masakan disediakan kepada para guru,KTBM dan pelajar.
 Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri dapat dirasakan.
 Kebanyakan guru bertandang ke kelas untuk menikmati makanan yang disajikan.
 Suasana majlis secara keseluruhannya terkawal.
 Di samping guru-guru mejamah makanan,mereka juga memantau keadaan agar tidak
berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
 Majoriti pelajar menghadirkan diri dan menepati masa yang telah disusun atur.
 Kawasan sekolah bersih seperti sebelum program berlangsung.

KELEMAHAN PROGRAM

 Segelintir pelajar tidak member kerjasama,khususnya pelajar Tingkatan 6 Rendah kerana


lokasi jamuan sepatutnya diadakan di Dewan Terbuka SMK Jambatan Putih tetapi akhirnya
diadakan di kelas masing-masing.
 Tiada pelajar yang mengiringi guru-guru ke kelas.
 Guru-guru tidak ke kelas mengikut urutan.

PENAMBAHBAIKAN

 Program ini dijalankan dengan lebih meriah dan besar-besaran


 Pemakaian para pelajar ialah pakaian Melayu tradisional. Pelajar bukan Muslim pula
dibenarkan memakai pakaian biasa atau kostum tradisional mengikut kaum masing-masing.
 Para pelajar mengiringi guru-guru untuk ke kelas atau ke Dewan Terbuka.
 Program ini perlu diadakan lebih awal agar kemeriahan suasana Aidilfitri masih dapat
dirasakan.
 Pelbagai aktiviti yang lebih menarik seperti ‘Fashion Show’ busana muslimin dan
muslimah,sesi karaoke bersama guru dan ‘request’ lagu raya boleh dijalankan semasa bulan
Syawal.
PENUTUP

Kesimpulannya, Majlis ‘Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010’ merupakan aktiviti yang banyak
mendatangkan kebaikan kepada sekolah dan masyarakat sekeliling. Oleh itu,sinergi daripada semua
pihak adalah diperlukan agar majlis ini dapat diadakan pada masa akan datang seterusnya menjadi
suatu budaya dalam sekolah yang tercinta ini.

Anda mungkin juga menyukai