Anda di halaman 1dari 2

Milling merupakan suatu proses yang dijalankan untuk membuang atau

menarah logam atau bahan dari bahan kerja dengan membuat suapan kea rah
pemotong peraut. Proses milling yang dijalankan di dalam bengkel biasanya
menggunakan Mesin peraut jenis lutut dan turus.
Kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh mesin peraut ialah seperti meaut rata,
permukaan bersudut, menggerudi, menggerek, melurah kunci, memotong gigi gear,
memotong lurah heliks, kerja-kerja khas dan lain-lain.
Namun demikian, dalam projek kali ini hanya melibatkan operasi meraut rata
dan membuat permukaan bersudut sahaja. Objektif projek ini dijalankan adalah
untuk ;
i)Melatih para pelajar untuk mempelajari cara-cara meraut bahan yang berbentuk
selinder agar menghasilkan sesuatu bahan kerja yang mempunyai 6 bucu yang
berbentuk heksagon.
ii)Melatih para pelajar menggunakan mesin peraut dengan cara yang betul dan lebih
cekap disamping mengutamakan keselamatan diri, rakan-rakan dan mesin.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, objektif yang hendak dicapai dalam projek ini adalah
tercapai. Projek meraut logam adalah bertujuan untuk melatih para pelajar tentang
cara-cara menjalankan proses meraut dengan betul dan menghasilkan rautan yang
cantik dan kemas.

Kebanyakan pelajar mengalami masalah semasa menjalankan proses


membuat 6 bucu berbentuk heksagon tersebut ini kerana semasa proses ini
dijalankan kita kena teliti pada putaran memebuat sudut tersebut. Namun
demikian,semuanya dapat diatasi dengan bantuan dari pensyarah dan juga kawan-
kawan.Secara tidak langsung,para pelajar dilatih untuk menjalankan sesuatu projek
dengan lebih teliti mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Disamping itu,para pelajar juga dapat memahirkan lagi cara-cara


menggunakan alat peralatan tangan seperti kikir dan banyak lagi alatan tangan yang
lain yang digunakan untuk membuat kemasan pada benda kerja supaya kelihatan
cantik dan kemas. Malahan,para pelajar dapat menggunakan mesin ini dengan cara
yang betul disamping mengutamakan keselamatan diri dan juga rakan.

Akhir sekali,dengan adanya kemahiran yang telah dipelajari sepanjang


menyiapkan projek milling ini, para pelajar tidak lagi perlu bimbang apabila menjalani
latihan industri ataupun apabila berada di alam pekerjaan kelak.