Anda di halaman 1dari 22

FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

1.0 JANTUNG DAN KITARAN KARDIAK.

Jantung adalah satu pam berotot yang mengedarkan darah ke seluruh sistem. Perkara penting yang

dibincangkan dalam tajuk ini ialah:-

1. Anatomi dan Fisologi jantung.

2. Kitaran kardiak iaitu aktiviti otot jantung yang berlaku secara elektrikal dan mekanikal.

1.1 Anatomi dan Fisiologi Jantung.

Jantung manusia terbahagi kepada 4 ruang iaitu atrium kiri dan kanan dan ventrikel kiri dan kanan.

Biasanya jantung dianggap sebagai dua bahgian pam iaitu jantung kiri yang mengandungi atrium kiri

dan ventrikel kiri dan bahagian sebelah kanan jantung iaitu atrium kanan dan ventrikel kanan.

Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu, bahagian jantung sebelah kiri mengepam darah

melalui sistem peredaran darah ke tisu badan.Seperti otot rangka, jantung kanan mengepam darah ke

paeu-paru melalui ruang pulmonari.

1. Injap jantung dan arah aliran darah.

(Gambarajah 1 - arah peredarah darah ditunjukkkan dengan anak panah gambarajah).

Arah peredaran darah dikawal oleh injap satu hala (undirecttional valve) yang berada secara

strategik dalam jantung. Darah daripada bahagian anggota badan atas dan bawah mengalir kembali

ke bahagian kanan atrium melalui superior dan imperior vena cava. Daripada bahagian kanan

atrium darah mengalir pula ke bahagian kanan ventrikel. Injap trikuspid tertutup apabila darah

memasuki atrium kanan bagi mengelak darah dari kembali semula ke atrium kanan.

Pada masa yang sama injap pulmunari terbuka membolehkan darah mengalir keluar ke arteri

pulmunari ke arah paru-paru. Darah yang mengalir dari paru-paru melalui tiub pulmunari mengalir

ke dalam atrium kiri, kemudian ke ventrikel kiri, Aktiviti yang berlaku di bahgian ini sama seperti

1
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

yang berlaku di dalam ventrikel kanan kecuali nama injap yang berbeza. Injap mitral menghalang

berlaku pengaliran balik darah ke dalam atrium dan injap aortik menghala pengaliran darah ke tisu

badan. Sekiranya berlaku kerosakan injap atau injap tidak tertutup dengan sempurna, menyebabkan

berlaku pengaliran bertentangan arah yang sepatutnya menyebabkan bunyi bising. Kejadian in

dikenali sebgai ‘heart murmur’.

2. Strukutur mikroskopid otot jantung.

Pandangan secara dekat ditunjukkkan dalam gambarajah. Secara umumnya otot jantung

seakan-akan otot rangka, Sebagai contoh otot jantung kelihatan berbelang yang mengandungi

myofibril danactin serta filamen protien myosin. Penyerapan myokardium berlaku berdasrkan

kepada teori penguncupan otot “sliding filemen”. Walau bagaimanapun struktur otot jantung

sedikit sebanyak berbeza dengan otot rangka. Dalam otot kardiak semua fiber individu atau sel

dihubungkan diantara satu sama lain secara anatomik. Ini ditunjukkan dalam gambarajah.

Berbanding dengan fiber myokardium yang dihubungkan secara hujung ke hujung yang dikenali

sebagai ‘intecaleted disc’. Disk ini berfungsi sebagai membransel menyebabkan semua fiber otot

jantung adalah bersambung antara satu sama lain. Jantung berfungsi seolah-olah sebagai satu fiber

yang besar. Secara keseluruhan otot jantung mematuhi hukum ‘all or non’. Susunan seperti ini

dikenali sebagai ‘fungsional synctrium’ yang berfungsi deria . Apabila satu deria menguncup ,

semua fiber akan menguncup. Terdapat dua fungsi syncytium,satu untuk atrium satu untuk

ventrikel. Apa yang dimaksudkan disini ialah atrium pertama menguncup dan kemudian diikuti

oleh ventrikel. Jenis susunan ini paling berkesan untuk menghasilkan kerja mengepam yang

dikehendaki oleh jantung.

2
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

3. Sistem konduksi jantung.

Jantung mempunyai satu rentak penguncupan secara tetap. Ini dapat katakan sekiranya sistem

saraf pada jantung diancam, jantung masih berterusan menghasilkan 'nerverse impulse'

menyebabkan ia menguncup secara serentak. Biasanya keadaan autorythm berlaku khususnya pada

bahgian tisu yang dikenali sebagai sino atrial node (S-A node) dan tisu jantung mempunyai ciri-ciri

ini. S-A node terletak pada bahagian belakang dinding atrium. Oleh kerana degup jantung normal,

ia menunjukkan S-A node, ia kadang-kadang merujuk kepada pacemaker jantung.

Daripada S-A node kardiak atau denyutan saraf merebak ke seluruh atria. Oleh sebab itu atria

menguncup terlebih dahulu, menghantar kandungan ke ventrikel. denyutan daripada atria

mengaktifkan kawasan khusus lain pada jantung dikenali sebagai atrio ventrikel node (A-V node).

Ia terletak pada atrium kanan.

4. Bekalan darah ke jantung.

Seperti lain-lain tisu otot kardiak juga memerlukan bekalan darah untuk membekalkannya

dengan oksigen dan mengeluarkan bahan kumuhan. bekalan darah kepada jantung merujuk kepada

peredaran pulmunari. otot jantung dibekalkan dengan dua arteri yang utama iaitu arteri koronari

kiri dan kanan. keseluruhannya myokardium dibekalkan dengan banyak rangkaian tisu vaskular.

2.0KITARAN KARDIAK

Kitaran kardiak merujuk kepada perubahan elektrikal (isipadu tekanan) dan mekanikal yang

berlaku di dalam jantung. Semasa denyutan nadi, semua myokardium mengecut. Fasa kengecutan oleh

kitaran kardiak merujuk kepada sistole dan fasa rehat yang dikenali sebagai distole.

3
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

1. Perubahan elektikal - sistem EKG

Pengaliran sistem jantung dan saraf impulse melalui myokardium telah digambarkan.

Aktiviti elektirkal ini boleh menjadi grafik semasa ia berlaku. ia direkodkan dan dikenali

sebagai elektrokardiogram atau lebih mudah EKG. EKG ini direkodkan oleh satu kepingan

logam yang kecil yang dipanggil elektrodes dan diletakkan dipermukaan badan. Elektrodes ini

di sambungkan kepada amplifier dan direkodkan yang dipanggil elektrokardiopraph. Sebagai

contoh,rehat EKG untuk satu denyutan jantung yang sempurna boleh dilihat dalam gambarajah.

Setiap gelombang atau perubahan bentuk EKG berkait rapat dengan perubahan elektrik dalam

jantung. (Lihat gambarajah 2)

a) Gelombang P bermaksud dari penyahkutuban atria

b) GRS - tindakbalas komplekspenyahkutuban oleh ventrikel. Ia berlaku kira-kira 0.15 - 0.16 saat

selepas gelombang P

c) Gelombang t ini terjadi akibat daripada penyahkutuban oleh ventrikel. Bila atria

dinyahkutuban, gelombang itu wujud tetapi ia hanya magnitud rendah dan seperti keputusan

QRS kompleks besar sukar difahami.

Disebabkan elektrodes selalu diletakkan di atas permukaan badan pada posisi biasa, ada

perubahan dalam aktiviti elektrikal akan mengubah fungsi kebolehan jantung. Oleh itu EKG

digunakan di klinik sebagai alat untuk mengesan gangguan jantung.

2. Peristiwa Mekanikal - Tekanan dan Perubahan isipadu

Seperti yang diterangkan sebelum ini jantung sentiasa berdegup secara berterusan dan

stabil disebabkan pertukaran aktiviti elektrikal. Sewaktu kitaran ini, kedua-dua tekanan isipadu

darah dan atria dan ventrikel 'fluctuate'. (Gambarajah 3) ketiga-tiga bahagian yang

4
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

melengkung di 'depict'. tekanan yang berlaku pada Aorta, ventrikel kiri dan kanan. lengkungan

tunggalditunjukkan dalam gambarajah, menunjukkan perubahan isipadu darah yang berlaku

pada ventikel kiri manakala dua lengkungan di bawah menunjukkan catatan EKG dan

phonocardiogram.

Ia merekodkan bunyi yang dibuat oleh jantung sewaktu kitaran kardiak. Bunyi ini

adalah disebabkan oleh getaran yang terjadi oleh kerja yang dilakukan oleh injap jantung.

Terdapat dua jenis bunyi, pertama berlaku bila injap AV tertutup sewaktu permulaan sistole

manakala ke dua berlaku apabila injap aortik tertutup pada perngakhiran sistole.

Perkara yang penting dalam peristiwa kitaran kardiak ini boleh dilihat dalam

gambarajah 1. Perubahan pada jantung boleh dirujuk dari gambarajah 1 hingga 3. Ianya hampir

sama dengan apa yang berlaku di bahagian kanan jantung kecuali tekanan di dalam arteri

pulmunari dan ventrikel kanan adalah lebih rendah iaitu lebih kurang 1/6 daripada apa yang

berlaku di aorta dan ventrikel.

5
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

3.0 Pengeluaran Jantung Sewaktu Senaman

Peningkatan pada pengeluaran jantung yang berlaku semasa latihan ditunjukkan pada

gambarajah 4a, untuk lelaki samada seseorang itu atlit atau bukan atlit. Sebagaimana yang dijangkakan

peningkatan ini berkait rapat dengan VO2. Sepanjang jangkamasa latihan daripada keadaan rehat

sehingga ke latihan maksima. Dalam keadaan rehat terdapat sedikit perbezaan dalam pengeluaran

jantung diantara seorang atlit dan bukan atlit iaitu dalam purata di antara 5-6 liter per minit. Walau

bagaimanapun sewaktu latihan adalah didapati pengeluaran jantung bukan atlit adakalanya sedikit

tinggi atau sama dengan seorang atlit.

Rajah 4a

Pengeluaran jantung maksima atlit lelaki boleh mencecah ke paras 30 liter/seminit. Ini merupakan

peningkatan 5 hingga 6 kali ganda daripada waktu rehat atlit tersebut. Tidak menghairankan jika

seseorang atlit yang menceburi aktiviti sukan lasak memerlukan kapasiti aerobik yang tinggi

mempunyai pengeluran jantung maksima sehingga 40 liter/seminit. Bagi seorang lelaki yang tidak

6
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

berlatih yang mempunyai kadar kerja yang rendah (kurang) dan kapasiti tenaga aerobik yang rendah

mempunyai kadar pengeluaran jantung maksima 20-25 liter seminit. Kesimpulannya secara umum kita

boleh membuat andaian bahawa lebih tinggi kadar pengeluaran jantung maksima lebih tinggi kapasiti

aerobiknya.

Perubahan dalam pengeluaran jantung seperti yang dinyatakan di atas untuk lelaki adalah

hampir sama dengan perempuan. Walaubagaimanapun adalah didapati sewaktu mengenal pasti

perbezaan di antara lelaki dan perempuan , perempuan mempunyai pengeluaran jantung yang sedikit

tinggi daripada lelaki sewaktu melakukan aktiviti yang sama dan menggunakan kadar oksigen (O2)

yang sama. Didapati perbezaan tersebut sebanyak 1.5 liter/seminit. Adalah dipercayai perbezaan ini

berlaku kerana perempuan mempunyai kapasiti aliran darah yang membawa oksigen (O2) yang rendah.

Ini menyebabkan terdapat kekurangan kadar hemoglobin dalam darah. Selain daripada itu pengeluaran

jantung maksima perempuan juga didapati rendah daripada lelaki.

Kadar pengeluaran jantung yang tinggi sewaktu berlatih adalah disebabkan oleh dua faktor

utama iaitu:-

− Pengeluaran jantung (Stroke Volume)

− Kadar denyutan (Heart Rate)

Pengeluaran jantung (Stroke Volume) ini dinilai berdasarkan kepada jumlah darah yang dipam

dalam satu denyutan.

Kadar denyutan (Heart Rate) dinilai berdasarkan kepada jumlah jantung berdenyut setiap satu

minit. Secara matematik, perkaitan antara Kadar Pengeluaran Jantung dapat dilihat berdasarkan kiraan

di bawah:

Pengeluaran Jantung = Stroke Volume X Heart Rate


(Q) = (SV) X (HR)
= 20 liter per minit X 0.15 liter per denyutan
= 133 denyutan perminit.

7
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

3.1 STROKE VOLUME

Pengeluaran Jantung

Rajah 4b

Perkaitan antara Stroke Volume dengan latihan ditunjukkan dalam carta 4b. SV meningkat

sewaktu latihan dijalankan iaitu dari keadaan rehat ke peringkat latihan sederhana.

Walaubagaimanapun peningkatan tidak semestinya berlaku bagi latihan dari aras sederhana kelatihan

aras maksima.

Stroke Volume sewaktu rehat seorang yang bukan atlit berada dalam lingkungan 70−90 ml

sekali denyutan dengan kadar maksima antara 100−120ml sekali denyutan. Bagi seorang atlit yang

menjalani latihan, stroke volume atau kadar denyutan sewaktu membuat latihan dan sewaktu rehat

adalah tinggi, iaitu dalam lingkungan 100−120 ml sekali denyutan sewaktu rehat dan 150−170 ml sekali

denyutan sewaktu berlatih. Untuk atlit yang berlatih dalam kapasiti yang tinggi, stroke volume atlit

tersebut mungkin mencecah 200 ml sekali denyutan.

8
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Bagi seorang perempuan stroke volume mereka adalah rendah jika dibandingkan dengan lelaki

dalam semua keadaan. Sebagai contoh, stroke volume seorang perempuan bukan atlit adalah

50ml−70ml sekali denyutan, manakala bagi seorang atlit perempuan adalah 70ml−90ml sekali denyutan.

Stroke volume maksima bagi perempuan bukan atlit ialah 80ml−100ml sekali denyutan. Dalam

keadaan kerja sederhana, keperluan oksigen (O2) bagi perempuan bukan atlit dan atlit adalah sama.

Mekanisma di mana stroke volume meningkat sewaktu latihan adalah disebabkan “Hukum

Jantung Starling”. Hukum ini menerangkan bahawa stroke volume (SV) meningkat disebabkan

jumlah darah yang dipam ke ventrikel jantung sewaktu “distole” (keadaan rehat ventrikel).

Peningkatan pada “Jumlah Distole” menyebabkan pemanjangan kepada fiber otot jantung. Ini

mengakibatkan tekanan kepada ventrikel sistole (meregang). Ini akan menyebabkan darah disalurkan

dengan lebih banyak, stroke volume akan meningkat.

Walaubagaimanapun didapati, jumlah distolik tidak meningkat sewaktu latihan. Ini

menyebabkan “Hukum Jantung Starling” dipersoalkan oleh segelintir ahli fisiologi. Sebenarnya

Hukum Jantung Starling ini lebih menerangkan mengenai tugas ventrikel kiri dan kanan mengepam

darah melalui peredaran sistematik dan pulmonari sewaktu rehat dan latihan.

Oleh yang demikian, persoalanya ialah bagaimana stroke volume meningkat sewaktu latihan ?

Jawapannya dapat dilihat sewaktu rehat di mana 40%−50% jumlah distole dipam sewaktu ventrikel

sistole. Ini bermakna tanpa peningkatan jumlah distole, penguncupan yang kuat akan meningkatkan

stroke volume dua kali ganda. Ini akan mengosongkan ruang ventrikel. Pengucupan ventrikel yang

kuat ini dinamakan "Myocardial Contractility” yang merangsangkan sistem saraf dan pengeluaran

hormon.

9
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

3.2 Heart Reat

Kadar Denyutan Jantung

Rajah 4c

Rajah 4c menunjukkan kadar denyutan jantung bergerak selari dengan peningkatan jumlah

kerja samada sewaktu berlatih atau tidak/rehat. Walaupun di dalam sesetengah kes peningkatan ini

mungkin rendah sebelum mencapai tahap maksimun. Perlu dingatkan apabila stroke volume mencapai

maksimun (biasanya pada kadar kerja yang sederhana) terdapat peningkatan pada pengeluaran jantung

melalui peningkatan kadar denyutan jantung. Apa yang menarik di sini dalam waktu yang sama

pengaruh sistem saraf dan pengeluaran hormon menyumbang kepada peningkatan stroke volume dan

10
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

heart rate. Latihan memberikan kesan yang besar kepada heart rate walaupun dalam keadaan rehat

aktif. Sebagai contoh atlit yang menjalani latihan lasak atau individu yang melakukan hubungan seks,

kadar denyutan jantung sewaktu rehat adalah serendah 40 denyutan/seminit. Bagi seorang normal

yang tidak berlatih ianya mungkin mencapai 90 denyutan/seminit. Ini menunjukkan kadar denyutan

jantung sewaktu rehat seseorang yang berlatih adalah lebih rendah.

Sewaktu latihan kadar denyutan jantung seseorang atlit adalah rendah berbanding dengan yang

bukan atlit. Walaupun dalam keadaan yang sama atlit perempuan mempunyai kadar denyutan jantung

yang lebih tinggi. Ini disebabkan atlit wanita mempunyai pengeluaran jantung yang tinggi dan stroke

volume yang rendah dalam pengambilan oksigen yang sama. Sebagai tambahan, latihan mengurangkan

kadar denyutan jantung maksima daripada 200 denyutan/minit ke sekitar 185-190 per/minit. Walau

bagaimanapun ianya tidak konsisten iaitu bergantung kepada kadar kerja dan kadar kerja pengambilan

oksigen. Ini kerana latihan menyebabkan penambahan bebanan dan penambahan pengambilan oksigen.

Kadar denyutan jantung yang rendah adalah seiring dengan kadar stroke volume (SV) yang

tinggi melalui sistem peredaran yang efektif. Ini adalah benar kerana untuk setiap pengeluaran jantung,

jantung tidak semestinya berdenyut. Dalam keadaan rehat jumlah pengeluaran jantung adalah seperti

berikut iaitu lagi kurang jantung berdenyut dan lagi tinggi stroke volume (SV) memerlukan kurang

oksigen.

Cara untuk menentukan kadar denyutan jantung boleh dilakukan dalam makmal dengan

menggunakan alat Electrocardiograph. Sewaktu di padang cara termudah ialah dengan mengambil

kadar denyutan nadi di arteri brasial. Perlu dijelaskan sekali kadar denyutan jantung setiap individu

adalah berbeza sama ada sewaktu rehat atau berlatih atau bekerja.

11
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

4.0PENYEBARAN ALIRAN DARAH

Rajah dalam lampiran 1 dan 2 (a) menunjukkan anggaran peratusan keseluruhan pengeluaran jantung

yang disebarkan ke otot skelatal berbanding organ-organ lain sewaktu rehat dan semasa melakukan

aktiviti. Pada waktu rehat, lebih kurang 20% daripada aliran sistematik keseluruhan dihantar ke otot.

Kebanyakkannya dihantar ke organ viseral (gastrointestinal tract, limpa dan ginjal), hati dan otak.

Walaubagaimana pun, semasa melakukan aktiviti terdapat penghantaran semula aliran darah

yang membolehkan otot-otot yang aktif menerima sebaran yang paling besar daripada kadar

pengeluaran jantung. Sebenarnya semasa melakukan aktiviti yang maksimum, otot yang bekerja boleh

menerima 85% ke 90% daripada aliran darah keseluruhan.

Sementara itu dalam rajah di lampiran 2(b) pula menunjukkan pecahan volume aliran darah

melalui organ-organ seorang dewasa dalam keadaan rehat Seperti yang dapat dilihat, empat organ

utama iaitu ginjal, hati, jantung dan otak menerima aliran darah/minit/100 g tisu yang tinggi

berbanding dengan otot rangka, kulit dan tisu-tisu lain. Walau bagamanapun, pembahagian

pengeluaran jantung ini tidak tetap dan boleh berubah. Misalnya, semasa senaman yang agresif, aliran

darah ke hati dan ginjal berkurangan, sedangkan ke otot rangka dan jantung bertambah. Keadaan ini

dikendalikan melalui perubahan garis pusat arteriol dan seterusnya resistans terhadap aliran darah.

Apabila arteriol mengecut, garis pusatnya mengecil, resistans terhadap aliran darah meningkat dan

jumlah darah yang mengalir melaluinya berkurangan. Sebaliknya, apabila arteriol melebar, resistans

menurun dan aliran darah pun bertambah.

Sebagaimana yang diberitahu dalam Bab Bekalan Darah, penghantaran semula aliran darah

didapati daripada:-

12
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

− Vasoconstriction reflek daripada arterioles supplying bahagian badan tidak aktif

terutamanya bahagian organ viseral dan kulit;

− Vasodilation reflek daripada arterioles supplying otot-otot skeletal yang aktif khususnya

sebelum dan pada permulaan melakukan aktiviti; dan

− Vasodilation di otot aktif yang disebabkan oleh peningkatan suhu sekitaran, karbon

dioksida dan tahap asid laktik. Oksigen akan berkurangan apabila seseorang itu

melakukan latihan secara berterusan.

Seperti yang dijangkakan, tindak balas saraf berkaitan dengan saraf dan tindak balas hormon

seperti yang kita sedia maklum di mana peningkatan stroke volume, heart rate dan venous return.

Aliran darah ke hati (di mana ia juga otot aktif) dan peningkatan semasa melakukan latihan sebagai

hasil daripada vasodilation, di mana otak berada dalam keadaan rehat. Boleh disimpulkan di sini

bahawa apabila kepanasan atau suhu rectal mencecah ke tahap kritikal, aliran darah yang besar ke kulit

akan berlaku dan jumlah darah yang terdapat di otot yang bekerja akan berkurangan.

Dalam Bab Pertukaran dan Pengangkutan Gas telah dinyatakan bahawa perbezaan di dalam

kandungan oksigen di antara arteri dan vena (a- O2 diff) mewakili jumlah oksigen yang

digunakan oleh tisu-tisu. Lebih banyak oksigen digunakan, lebih besar perbezaannya. Magnitud

a- O2 diff boleh dipengaruhi oleh pengagihan aliran darah. Ini adalah benar kerana tisu-tisu

yang lebih aktif secara metabolik akan menarik lebih banyak oksigen daripada darah jika

dibandingkan dengan tisu-tisu yang kurang aktif. Jika lebih banyak darah dialirkan ke tisu yang

kurang oksigen maka a- O2 diff akan meningkat.

Latihan untuk mengarah kepada a- O2 diff yang lebih besar bagi lelaki muda terutamanya

semasa latihan yang maksimum. Tetapi bagi perempuan muda dan lelaki serta perempuan yang agak

berumur atau tua, a- O2 diff tidak meningkat dengan melakukan latihan. Penyebab bagi perkara ini

13
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

tidak diketahui. Peningkatan kepada lelaki muda adalah disebabkan oleh penarikan oksigen yang

banyak oleh otot yang bekerja.

Kepentingan penyebaranan semula aliran darah dengan pengangkutan gas sungguh

menakjubkan. Contohnya, ia boleh dinilai sebanyak 540 ml oksigen tambahan boleh dihantar kepada

otot bekerja per minit semasa melakukan latihan maksimum tanpa peningkatan tambahan di

pengeluaran jantung.

4.1 ALIRAN DARAH KE MYOCARDIUM

Telah dinyatakan aliran darah ke otot skaletal akan meningkat 22 liter bebih banyak daripada nilai

semasa berehat iaitu lebih kurang 1.2 liter per minit. Ini menunjukkan betapa pentingnya oksigen

kepada otot yang bekerja. Walau bagaimanapun di otot hati (myocardium), aliran darah meningkat dari

tahap rehat sebanyak 250 ml ke 1000 ml semasa melakukan kerja secara maksimum. Otot jantung juga

mempunyai a- O2 diff sebanyak 150 ml/liter darah semasa rehat.

Dengan kata lain, otot jantung menarik lebih kurang 70% hingga 75% oksigen yang ada semasa

rehat sementara otot skaletal menarik hanya 25% oksigen yang ada dengan a- O2 diff sebanyak 50

ml/liter darah. Bukan hanya aliran darah meningkat secara mendadak di otot skeletal semasa latihan,

penariakan oksigen juga akan bertambah dengan banyak.. Otot jantung pula menentukan tahap

penarikan oksigen yang diperlukan dan peningkatan aliran darah. Daripada rajah di lampiran 1 dan

2(a), peratusan menunjukkan pengeluaran jantung dihantar ke myocardium daripada penghantaran

keseluruhan.

14
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

4.2 Perkara-perkara lain yang berkaitan tentang penghantaran darah

Merujuk rajah di lampiran 1 dan 2(a), dapat diperhatikan bahawa terdapat perkara-perkara lain yang

berkaitan tentang penyebaran aliran darah semasa melakukan latihan seperti:-

+ Aliran darah ke otak tidak berubah semasa rehat dan semasa melakukan pelbagai latihan

sama ada ringan atau berat.

+ Aliran darah ke buah pinggang berkurangan tetapi tidak terhenti.

+ Aliran darah ke kulit meningkat apabila latihan meningkat tetapi aliran darah menurun

semasa latihan pada tahap maksimum.

Jika kita lihat di sini bahawa pemerhatian ini mempunyai hubung kait yang sangat penting

dengan tekanan darjah kepanasan badan.

5.0SISTEM PENGANGKUTAN OKSIGEN

Peningkatan dalam pengeluaran jantung dan penghantaran semula aliran darah semasa latihan boleh

disimpulkan sebagai Sistem Pengangkutan Oksigen.

Hubung kaitnya boleh dilihat sebagai:-

VO2 = SV x HR x a- O2 diff


(pengangkutan (stroke volume) (heart rate) (perbezaan kandungan
oksigen) O2 di arteri dan vena)

Perlu diingat bahawa stroke volume didarabkan dengan heart rate bersamaan dengan

pengeluaran jantung. Dinyatakan juga bahawa a- O2 diff menggambarkan berapa banyak oksigen

yang ditarik oleh tisu-tisu dan penghantaran semula darah di antara otot yang aktif dan tidak aktif.

15
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Beberapa contoh berkaitan sistem ini ketika rehat dan semasa latihan maksimum bagi lelaki

yang terlatih dan tidak terlatih serta atlit ditunjukkan dalam rajah di lampiran 3. Dapat dilihat di sini

setiap satu menyumbang kepada peningkatan jumlah oksigen yang dihantar ke otot. Dengan

mengambil lelaki yang tidak pernah menjalani latihan sebagai contoh, pengangkutan oksigen semasa

latihan yang maksimum adalah 10 kali sebih tinggi berbanding dalam keadaan rehat. Ini melibatkan

peningkatan dalam stroke volume sebanyak 1.5-fold, 2.4-fold pada kadar degupan jantung dan 2.8-fold

pada a- O2 diff (1.5 x 2.4 x 2.8 = 10). Jelas di sini bahawa terdapat perbezaan antara individu yang

terlatih dengan atlit.

Aliran darah akan berubah terhadap seseorang individu yang terlatih sekiranya mereka

mengikuti latihan selama 16 minggu, 3 kali seminggu. Dengan kata lain, atlit antarabangsa yang diuji

ialah atlit jarak jauh, pelari marathon dan pelumba basikal. Ahli kumpulan dari Swedish National yang

telah dilatih beberapa tahun. Perbezaan yang paling ketara adalah di stroke volume magnitude. Latihan

selama 16 minggu tersebut menyebabkan peningkatan sebanyak 13% dalam stroke volume. Walau

bagaimanapun, stroke volume atlit adalah 70% lebih tinggi daripada individu yang tidak terlatih.

Perbezaan yang besar ini menunjukkan bahawa komponen yang penting dalam pengangkutan

oksigen ialah stroke volume.

6.0 HEMODINAMIK EDARAN PERIFERI

Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung dan rangkaian salur darah. Aliran darah melalui

salur-salur ini berlaku akibat daya yang dihasilkan oleh pengecutan jantung. Sebaliknya mekanik

pengaliran darah atau hemodinamik edaran periferi pula merujuk kepada faktor-faktor yang terlibat

dalam aliran darah melalui salur darah. Volum serta kadar aliran darah melalui sesuatu organ atau tisu

bergantung kepada faktor-faktor fizikal seperti garis pusat salur darah, cerun tekanan ,resistans

terhadap aliran, ketumpatan serta kelikatan darah dan lain-lain.

16
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

6.1 ANATOMI

Salur darah yang berbentuk lengkaran edaran periferi berbeza dari segi struktur dan fungsi dan

dapat dibahagikan kepada:-

6.1.1 Arteri Kenyal

Arteri kenyal (elastic artery) adalah salur yang menerima darah secara langsung dari ventrikel

(aorta dan arteri pulmunari). Dindingnya tebal, berotot dan mengandungi banyak gentian kenyal

(elestic fibres) . Salur-salur ini teregang semasa sistole dan rekoil (recoil) semasa diastole. Dengan

demikian , arteri-arteri kenyal berfungsi sebagai “damping vessels” yang mengubah aliran darah

yang terputus-putus dari ventrikel ke aliran licin.

6.1.2 Arteri Berotot

Arteri kenyal membahagi kepada arteri yang lebih kecil yang membawa darah ke organ-organ

yang disebut sebagai arteri berotot (muscular artery). Arteri berotot mengandungi lebih otot-otot

tetapi kurang tisu kenyal pada dindingnya berbanding dengan arteri kenyal . Semasa pengaliran

melalui arteri berotot , halaju aliran darah menjadi lambat sedikit walaupun tekanannya banyak

berubah.

6.1.3 Arteriol

Dalam semua organ dan tisu arteri berotot bercabang kepada salur yang lebih kecil disebut

arteriol .Salur ini mempunyai garis pusat 40 – 80 um dan hampir semua dindingnya terdiri otot licin.

Arteriol amat banyak dibekalkan dengan serat saraf vasokonstriktor simpatetik dan merupakan

kaeasan utama resistans terhadap aliran darah.. Perubahan yang kecil pada garis pusatnya

menyebabkan perubahan besar pada resistans periferi. Arteriol merupakan tempat di mana tekanan

17
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

darah menurun dengan paling banyak dalam edaran sistemik. Arteriol membahagi kepada salur kecil

dan berdinding otot disebut metarteriol dan seterusnya kapilari.

Pada beberapa kawasan di dalam badan , arteriol membentuk hubungan langsung dengan vena

dan membenarkan darah mengalir terus ke vena tanpa menempuhi sebarang kapilari. Hubungan ini

dikenali sebagai anastomosis arteriovena ( AV anastomosis)

6.1.4 Kapilari

Kapilari pula membentuk satu jaringan luas yang menyambung arteriol dengan venul. Dari

kapilari, darah mengalir kembali ke jantung melalui venul. Di sinilah darah yang membawa oksigen

berlakunya pertukaran gas pernafasan sel-sel atau organ-organ dalam badan.

6.1.5 Venul Dan Vena

Pada keseluruhannya, struktur venul dan vena adalah serupa dengan arteri, cuma dindingnya

tidak setebal atau berotot atau sekenyal dinding arteri kerana venul dan vena tidak mengalami

tekanan tinggi. Namun begitu, di bawah pengaruh sistem saraf simpatetik dan beberapa hormon dan

bahan kimia, vena dapat mengecut sekuat arteri. Halaju darah yang sangat perlahan dalam kapilari

menjadi sangat cepat dalam venul dan vena. Vena mengandungi injap yang hanya menbenarkan

aliran darah ke arah jantung sahaja dan mencegah aliran retrogred (retrograde flow). Aliran darah

melalui vena dibantu oleh pergerakan otot-otot rangka pada kaki dan proses pernafasan.

18
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

6.2 Pembahagian Volum Darah

Seseorang dewasa dengan berat badan 70 kg mempunyai volum darah kira-kira 5 liter. Dalam

keadaan rehat , dua pertiga daripada volum ini terkandung dalam vena-ena sistemik. Pembahagian

volum darah pada berbagai bahagian sistem edaran adalah seperti berikut:-

Ventrikel kiri 200 ml 4%

Arteri-arteri sistemik 800 ml 16 %

Kapilari sistemik 200 ml 4%

Vena-vena sistemik 3200 ml 64 %

Ventrikel kanan 200 ml 4%

Edaran Pulmonari 400 ml 8%

Volum darah total 5000 ml 100 %

6.3 Aliran Laminar Dan Aliran Gelora

Aliran darah melalui salur darah mungkin berlaku secara laminar atau gelora (turbilent).

Biasanya, aliran darah melalui hanpir semua salur darah dalam sistem edaran darah adalah laminar.

Aliran laminar merujuk kepada gerakan darah dalam lapisan-lapisan selari dengan salur darah. Pada

aliran corak ini, satu lapisan tipis yang bersentuhan dengan dinding salur darah tidak bergerak.

Sebaliknya, lapisan yang berikutnya bergerak dengan halaju yang lambat, lapisan selanjutnya lebih

cepat dan seterusnya sehingga aliran di pusat salur darah mempunyai halaju yang paling tinggi

sekali. Halaju purata aliran darah (Mean velosity of blood flow) adalah sama dengan nilai purata

halaju lapisan-lapisan tersebut.

19
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Berhubung dengan aliran gelora, darah mengalir bukan sahaja selari dengan dinding salur darah

tetapi juga lurus kepada paksinya. Akibatnya, darah pada jarak yang sama dari paksi salur darah

mempunyai halaju yang berlainan.

Dalam sistem edaran, aliran laminar akan berubah ke aliran gelora jika halaju puratanya

melebihi satu nilai kritikal. Kemungkinan terjadinya aliran gelora jika dipengaruhi oleh garis pusat

salur darah, graviti spesifik serta kelikatan darah. Hubungan antara faktor-faktor ini menentukan

angka Reynolds seperti berikut:-

R = ρ DV
η
di mana R = angka Reynolds
ρ = graviti spesifik darah (g/ml)
D = garis pusat salur darah (cm)
V = halaju purata aliran (cm/ minit)
η = kelikatan darah (sentipoise, centipoise)

Lazimnya, pada hampir keseluruhan sistem edaran edaran seseorang yang sedang berehat,

angka Renolds bernilai lebih kurang dari 2000 dan darah mengalir secara laminar. Jika angka

Reynolds melebihi 3000, aliran darah berubah ke aliran gelora. Aliran gelora disertai oleh getaran

darah berfrenkuensi tinggi yang didengari sebagai desiran pada tempat di mana corak aliran ini

berlaku.

6.4 Kelikatan dan Graviti Spesifik Darah

Kelikatan (viscosity) darah bergantung terutama pada jisim sel darah merah. Protien plasma

juga menyumbang kepada kelikatan darah tetapi dalam keadaan normal, pengaruhnya tidak begitu

20
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

penting. Apabila bilangan sel darah merah berkurang, misalnya anemia, kelikatan graviti spesifik darah

menurun dan halaju aliran darah meningkat. Oleh kerana kelikatan dan graviti spesifik adalah faktor-

faktor yang menentukan halaju aliran darah, aliran gelora sering terjadi dalam anemia, terutamanya

dalam jantung. Inilah sebab mengapa desiran sistolik kadangkala didengari dalam keadaan ini.

Sebaliknya, bilangan sel darah merah yang keterlaluan, misalnya polisitemia, berhubung kait dengan

kelikatan dan graviti spesifik darah yang tinggi dan darah mengalir dengan pelahan melalui arteri kecil

dan kapilari.

GAMBAR RAJAG 21.4 MS 173.

6.5 Hubungan Antara Aliran, Tekanan Dan Resistans

6.5.1 Aliran Dan Tekanan

Seperti bendalir lain, darah mengalir dari satu kawasan bertekanan tinggi ke kawasan

bertekanan rendah. Faktor utama yang menentukan aliran ialah perbezaan tekanan di antara kedua-dua

hujung. Dengan kata lain aliran berkadar terus dengan perbezaan tekanan, iaitu;

21
FISIOLOGI LATIHAN PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Q = AP

di mana Q = aliran darah (ml / minit)


AP = perbezaan tekanan (mm Hg)

6.5.2 Aliran Dan Resistans

Aliran darah melalui suatu salur darah juga ditentukan oleh resistans (rintangan) terhadap

aliran. Semakin tinggi resistans, semakin berkurang aliran darah dan sebaliknya. Dengan kata lain,

aliran berkadar songsang dengan resistans yang menentangnya iaitu;

Q= 1
R

di mana Q = aliran darah (ml minit )


R = resistans (mm Hg/ ml/ minit )

Hubungan antara faktor-faktor di atas telah dikaji buat pertama kali pada tahun 1844 oleh

Poiseuille, seorang doktor berbangsa Perancis. Dari penyelidikannya, Poiseuille menunjukkan bahawa

aliran satu bendalir melalui sebatang tiub boleh dinyatakan sebagai satu persamaan berikut.

Q = ApΠ r4
8η L

di mana Q = aliran bendalir (ml/minit)


AP = perbezaan tekanan (mm/Hg)
R = jejari tiub (cm)
η = kelikatan bendalir (sentipoise)
L = panjang tiub (cm)

Persamaan ini dikenali sebagai Persamaan Poiseuille – Hagen.

22

Anda mungkin juga menyukai