Anda di halaman 1dari 11

Topik! !

Pemikiran
Sosial Klasik
3
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan isu-isu sosial klasik abad ke-19 di Eropah;
2. Membezakan pemikiran sosial klasik Barat aliran romantisisme
dengan pemikiran sosial klasik Barat aliran positivisme; dan
3. Menerangkan pemikiran sosial klasik Barat aliran historical
materialism.

! PENGENALAN
Topik ini adalah lanjutan daripada Topik 1 dan 2 yang menjelaskan tentang
perkembangan ilmu, khususnya ilmu sosial dan permulaan sains sosial di Barat.
Topik ini menghuraikan isu-isu sosial klasik Barat pada abad ke-19 serta aliran
utama pemikiran sosial pada ketika itu, iaitu aliran romantisisme, positivisme
dan historical materialism. Ketiga-tiga aliran pemikiran ini secara langsung atau
tidak langsung mempengaruhi perkembangan sains sosial, khususnya sosiologi,
antropologi, sains politik dan ekonomi, di Barat. Oleh kerana sains sosial di
Malaysia diambil secara langsung dari Barat, pemahaman tentang
perkembangan ilmu, khususnya ilmu sosial, di Barat adalah perlu untuk
memahami perkembangan sains sosial di Malaysia yang dihuraikan dalam Topik
10. Topik ini bermula dengan menjelaskan isu-isu sosial klasik di Barat yang
mencakupi isu ekonomi, politik, keluarga dan persanakan, nilai dan sistem
kepercayaan. Isu-isu ini kemudiannya dikaitkan dengan aliran pemikiran
romantisisme, positivisme dan historical materialisme.
24 ! TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK

AKTIVITI 3.1
Sebelum anda meneruskan dengan pembacaan anda nyatakan apa
yang anda faham tentang isu-isu sosial klasik di Barat pada abad
ke-19 dan aliran pemikiran sosial yang wujud pada ketika itu.
Bandingkan pandangan anda dengan penjelasan yang diberikan di
bawah.

3.1 ISU SOSIAL KLASIK ABAD KE-19


Abad ke-19 di Barat, khususnya di Eropah, adalah abad yang dicirikan oleh
pelbagai perubahan sosial yang pesat dalam kehidupan sosial, ekonomi dan
politik masyarakat pada ketika itu. Kesan daripada Revolusi Pertanian, Revolusi
Industri dan Revolusi Perancis yang berlaku pada kurun-kurun sebelumnya
mula dirasai secara meluas pada kurun ke-19. Revolusi Pertanian dan Revolusi
Industri yang bermula pada kurun ke-18 dan ke-19 telah menyebabkan ekonomi
Eropah yang berasaskan pertanian dan perdagangan (mercantile capitalism)
bertukar menjadi ekonomi industri di mana kilang-kilang mengganti industri
kampung (cottage industry) dan bertumpu di kawasan bandar dan bukan lagi di
kawasan desa. Maka terbentuklah masyarakat kapitalis industri di Eropah.
Perkembangan ekonomi industri dan kapitalisasi pertanian telah mencetuskan
migrasi desa bandar secara besar-besaran pada abad ke-19 dan ini
mempercepatkan proses urbanisasi dan urbanisme (gaya hidup bandar) menjadi
gaya hidup majoriti penduduk masyarakat Eropah pada ketika itu. Ini bermakna
berlaku perubahan institusi sosial asas yang lain (politik, keluarga dan
persanakan, agama dan pendidikan) dalam masyarakat Barat. Idea-idea yang
tercetus daripada Revolusi Perancis (1789) juga memberi sumbangan yang besar
kepada perubahan sistem sosial yang berlaku di Barat pada zaman tersebut.

3.1.1 Ekonomi
Antara tahun 1750 dan 1850, jumlah penduduk Britain meningkat dua kali
ganda. Walaupun begitu mereka yang bekerja dalam sektor pertanian menurun
dengan pantas. Ini adalah kerana peningkatan import makanan dan teknik
pertanian yang lebih baik telah meningkatkan produktiviti tanpa memerlukan
pekerja yang ramai. Industri yang berkembang dengan pesat menyediakan
peluang pekerjaan untuk penduduk yang semakin ramai. Apabila kuasa wap
menggantikan kuasa air, pengeluaran berpindah dari cottage (rumah) di desa ke
kilang-kilang di bandar. Bandar-bandar telah berkembang dari segi bilangan dan
juga saiz fizikalnya dan saiz penduduknya. Urbanisasi industri jelas kelihatan
pada pertengahan abad ke-19 , bermula di Britain kemudian di keseluruhan
TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK " 25

Eropah. Urbanisasi industri juga membawa perubahan kepada struktur


pekerjaan dalam masyarakat Barat. Peluang pekerjaan tradisional dalam bidang
pertanian dan cottage industry berkurangan dengan pantas dan digantikan
dengan peluang pekerjaan baru di kilang-kilang di bandar. Majoriti pekerja di
kilang-kilang ini adalah wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan kerja-kerja
separa mahir. Kaum lelaki lebih terlibat dengan kerja-kerja mahir seperti
pembuatan jentera (machine-making) dan kerja di lombong arang batu. (Cuff,
Sharrock dan Francis, 1992). Dengan berkembangnya bandar dan industri, maka
timbul pelbagai masalah sosial yang baru. Masalah pendapatan dan kondisi
tempat kerja (working conditions) pekerja-pekerja kilang, perumahan,
kemiskinan, penyakit, jenayah dan lain-lain menjadi tumpuan bukan sahaja
pemikir-pemikir Barat seperti Spencer, Marx, Weber dan Durkheim tetapi juga
penulis-penulis seperti Charles Dickens dan George Orwell.

AKTIVITI 3.2

Mengapakah kita perlu memahami isu ekonomi abad ke-19 di


Barat bagi memahami perkembangan sains sosial? Apakah kaitan
perkembangan ekonomi masyarakat Barat pada abad ke-19 dengan
sains sosial?

3.1.2 Politik
Pertumbuhan modal industri (industrial capital) yang pesat pada abad ke-19
menjadikan pemilik modal bukan sahaja orang kaya baharu (nouveux riche)
tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk memperolehi kuasa politik.
Selepas mereka menjatuhkan pemegang kuasa tradisional (golongan aristokrat
yang memiliki tanah dan pemegang kapitalis kaya), pemilik modal industri
(industrial capitalists) ini dapat mempengaruhi kerajaan supaya tidak
meluluskan dasar dan undang-undang tentang harga, cukai, pekerjaan, import
dan eksport serta industri baru yang tidak mengganggu kepentingan mereka.
Sharrock dan Francis (1992) telah memberi beberapa contoh pencapaian mereka
dalam pembentukan dasar dan undang-undang negara:
26 ! TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK

Úthe dismantling of traditional controls concerned with fair prices and


the employment of apprentices; the 1832 extension of the franchise to
include only well-off property-holders; the persistent checking,
harassment and stunting of the trade union movement through
Parliament and the courts and the use of the agreed forces; the
unwillingness to yield ground on the employment of women and young
children, and on working conditions (in particular the length of the
working day); the successful shifting of the increasing costs of
government onto the shoulders of the poor by using mainly indirect taxes
levied on basic commodities, rather than direct taxes related to incomes

Kebangkitan pemilik modal industri dalam politik dan kerajaan dan penerimaan
doktrin mereka, laissez-faire, oleh kerajaan memaksa kelompok majoriti (pekerja
dan mereka yang tidak memiliki harta dan modal) menerima nilai dan norma
kelompok minoriti. Oleh itu hubungan tegang antara dua kelompok ini terus
menjadi isu dalam masyarakat kapitalis industri Barat.

AKTIVITI 3.3

Mengapa perlu faham isu politik abad ke-19 di Barat dalam usaha
untuk memahami perkembangan sains sosial? Apakah kaitan
antara perkembangan sistem politik masyarakat kapitalis industri
masyarakat Barat pada abad ke-19 dengan sains sosial?

3.1.3 Keluarga dan Persanakan


Urbanisasi yang melanda masyarakat Barat pada abad ke-19 meninggalkan
kesan yang drastik pada hubungan keluarga dan persanakan. Apabila penduduk
desa pindah ke bandar dan melibatkan diri mereka dengan ekonomi bandar,
keluarga tidak lagi menjadi unit pengeluaran tetapi unit penggunaan semata-
mata. Ini adalah kerana mereka tidak lagi terlibat dalam proses pengeluaran
(pertanian atau cottage industry) untuk penggunaan atau jualan. Mereka
memperolehi pendapatan dengan menjual tenaga kerja mereka kepada pemilik
modal industri dan mengguna gaji mereka untuk membeli barangan yang
diperlukan oleh keluarga mereka. Selain daripada itu, wanita dewasa dan kanak-
kanak (lelaki dan perempuan) juga bekerja di kilang-kilang ini untuk menjamin
pendapatan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan keluarga. Ini telah
mewujudkan kehidupan keluarga yang tidak stabil. Seperti yang dinyatakan
oleh Cuff, Sharrock dan Francis (1992):
TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK " 27

With a working day of about sixteen hours, with the women and
children in a family working in one factory and the adult males
working (or looking for work) elsewhere, the home came to be no more
than a dormitory for six days in the week. And as the home tended to
be jerry-built, overcrowded and ill-lit, with atrocious sanitation and
other ÂamenitiesÊ, most workers in their sparse leisure time tried to seek
entertainment and diversion elsewhere.

Tanpa sokongan ekonomi daripada sanak saudara dan hasil dari ladang mereka,
ekonomi keluarga menjadi tidak stabil. Untuk menjamin ekonomi keluarga yang
lebih stabil, ahli keluarga terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada usaha
memperolehi pendapatan, sehingga hubungan keluarga terabai dan struktur
keluarga yang kukuh tidak dapat dicapai oleh kebanyakan keluarga bandar pada
ketika itu.

AKTIVITI 3.4

Mengapakah kita perlu memahami isu keluarga dan persanakan


abad ke-19 di Barat dalam usaha untuk memahami perkembangan
sains sosial? Apakah perkaitan antara perkembangan keluarga dan
persanakan bandar masyarakat Barat pada abad ke-19 dengan
sains sosial?

3.1.4 Nilai dan Kepercayaan


Pada kurun ke-19 nilai-nilai baru mula muncul. Nilai-nilai yang dikaitkan
dengan tradisi masa lampau dan tradisi desa digantikan dengan nilai dan
kepercayaan baru dalam kalangan penduduk bandar. Rasionaliti dan tindakan
rasional, dan individualisme mula muncul sebagai asas tindakan sosial. Cuff,
Sharrock dan Francis (1992) misalnya menghuraikan nilai rasionaliti seperti
berikut:
28 ! TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK

A good reason for engaging in social action like, for example, obeying
the political authorities, or cultivating the fields in a certain manner,
or bringing up the children in a certain way, could no longer be
accepted, taken for granted and justified on the grounds of tradition,
that is, it had always been done like this. Instead, rationality involves
a search for reasons and criteria to demonstrate that of all the
alternative ways of doing anything, the ÂbestÊ way or means has been
chosen. Thus, the relative stability of traditional thinking was
replaced by rational thinking ! the perpetual quest for best means to
achieve a given end of goal ! thereby tending to open up social life to
more scrutiny and questioning than hitherto. Traditional practices
could no longer serve as a bulwark against the rapid change that can
result from an unchecked appeal to reason, an unceasing search for
criteria, for good, clear and logical grounds for action.

Penekanan kepada rasionaliti dan individualisme diperkukuhkan lagi oleh idea-


idea Revolusi Perancis yang tertumpu kepada perubahan, bahawa yang
tradisional perlu diganti dengan yang baharu untuk memenuhi kehendak dan
memelihara kepentingan rakyat, bahawa manusia boleh membentuk semula
masyarakat malah manusia sepatutnya membentuk semula masyarakat. Oleh itu,
pada abad ke-19 pemeliharaan tradisi semata-mata kerana ianya tradisi tidak lagi
menjadi asas kepada tindakan sosial. Secara ringkas jika sesuatu tindakan itu tidak
rasional dan tidak menjamin pemeliharaan individualisme, tindakan itu perlu
diketepikan. Ini berlainan dengan nilai yang wujud pada zaman pra-kapitalis, di
mana anggota masyarakat percaya bahawa semua tindakan perlu berasaskan
tradisi.

AKTIVITI 3.5

Mengapakah kita perlu memahami isu nilai dan kepercayaan


masyarakat Barat abad ke-19 dalam usaha untuk memahami
perkembangan sains sosial? Apakah kaitan antara perubahan nilai
dan kepercayaan masyarakat Barat abad ke-19 dengan sains sosial?

3.1.5 Agama (Gereja)


Peranan gereja dalam kehidupan spiritual dan politik negara Barat pada ke-19
juga mula menurun kepentingannya dengan perkembangan masyarakat
kapitalis. Petugas gereja (clergy) seperti juga golongan aristokrat terpaksa
TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK " 29

tunduk kepada kekuasaan pemilik modal atau borjuis. Ini mula berlaku seawal
kurun ke-17 lagi apabila pengaruh pedagang kapitalis mula meningkat. Hakisan
kuasa petugas gereja berterusan sehinggalah kurun ke-19 apabila idea rasionaliti
dan individualisme bersama kekuasaan pemilik modal industri menjatuhkan
kekuasaan gereja bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam kehidupan
sosial masyarakat barat kerana sesetengah golongan mengganggap agama
sebagai tidak rasional dan ada juga yang mengganggap agama sebagai persoalan
individu. Oleh itu gereja atau organised religion tidak diperlukan. Pemikir-
pemikir abad ke-19 seperti Marx, Spencer dan Darwin juga menyumbang kepada
hakisan kekuasaan gereja dalam kerajaan dan kehidupan masyarakat.

AKTIVITI 3.6
Mengapakah kita perlu memahami isu agama dan gereja dalam
masyarakat Barat abad ke-19 dalam usaha memahami
perkembangan sains sosial? Apakah kaitan isu hakisan kekuasan
agama dan gereja dalam kerajaan dan kehidupan masyarakat
dengan sains sosial?

3.2 ALIRAN PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK


Romantisisme, positivisme dan historical materialism adalah tiga aliran utama
dalam pemikiran sosial klasik Barat. Tiga aliran ini adalah usaha oleh pelbagai
pemikir Barat pada era tersebut untuk menganalisis dan menjelaskan isu-isu
sosial utama pada zaman itu serta mencadangkan strategi untuk menghadapi isu
tersebut dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Aliran romantisisme
menganggap isu-isu yang dijelaskan dalam bahagian 3.1, sebagai bukan isu,
bahawa manusia itu mulia (noble), sementara bahagian manusia yang baik (the
good side of man) akan menyelesaikan segala masalah dengan adil dan saksama
tanpa penindasan. Aliran positivisme pula menekankan the scientific method
dalam menganalisis isu-isu sosial. Fenomena sosial dilihat sebagai „benda‰ dan
perlu dianalisis secara objektif tanpa dipengaruhi oleh nilai pengkaji. Hasil
daripada kajian yang saintifik itu cadangan yang objektif boleh diutarakan untuk
menyelesaikan masalah yang dikaji itu. Sementara itu historical materialism pula
menekan kepentingan sejarah dan gabungan antara idealisme (dunia boleh
diubah melalui perubahan cara berfikir) dan materialisme (dunia objek material
atau fizikal boleh membentuk idea dan pemikiran) dalam menganalisis isu-isu
sosial atau fenomena sosial.
30 ! TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK

3.2.1 Aliran Romantisisme


Romantisisme biasanya digunakan untuk merujuk kepada hasilan pelukis,
penyajak, penulis, ahli muzik serta pemikir politik, falsafah dan sosial di Eropah
pada pertengahan kurun ke-18, sehingga pertengahan kurun ke-19. Ia juga
digunakan untuk merujuk kepada trend artistik, intelektual dan sosial pada
zaman tersebut. Romantisisme adalah suatu gerakan artistik, literatur dan
intelektual yang bermula pada pertengahan kurun ke-18 di Eropah Barat dan
berkembang semasa Revolusi Industri. Ia juga sebagai suatu „pemberontakan‰
terhadap norma sosial dan politik golongan aristokrat Zaman Pencerahan (Age
of Enlightenment) serta sebagai reaksi terhadap rasionalisasi sains tentang alam
semula jadi (scientific rationalisation of nature). Gerakan ini menekankan emosi
sebagai sumber pengalaman estetik terutama sekali emosi yang muncul apabila
berhadapan dengan alam semula jadi yang indah dan tidak terkawal (untamed
nature and its picturesque qualities). Ia mengangkat seni dan adat tradisional ke
tahap yang tinggi yang dianggap mulia. Ia menyarankan epistomologi „semula
jadi‰ tentang aktiviti manusia di mana bahasa dan adat ditentukan oleh alam
semula jadi. Ahli sains sosial (khususnya ahli antropologi dan sosiologi) yang
dipengaruhi oleh idea-idea gerakan ini pada ketika itu sering menggambarkan
hubungan yang rapat ini, iaitu antara manusia dan budayanya dengan alam
semula jadi dalam penulisan mereka. Ahli-ahli antropologi awal seperti Frazer
(Golden Bough) dan Tylor (Primitive Culture) menggambarkan hubungan ini
dalam penulisan mereka tentang the noble savage. Trend ini berterusan dalam
penulisan ahli antropologi sehingga akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20
seperti Malinowski (1884-1942) yang menekankan hubungan rapat antara
budaya dan alam semula jadi dalam kalangan masyarakat primitif.

SEMAK KENDIRI 3.1


Apakah fokus utama aliran Romantisisme? Mengapa perlu kita
memahami pengaruh idea-idea yang dicetuskan oleh aliran
Romantisisme dalam usaha memahami perkembangan sains sosial?

3.2.2 Aliran Positivisme


Positivisme adalah suatu doktrin dalam falsafah sains yang menegaskan bahawa
pengetahuan sebenar adalah pengetahuan yang diperolehi hanya daripada
pengalaman pancaindera (sensory experience), iaitu sesuatu yang boleh
diperhati dan diukur. Hanya fakta yang boleh dibuktikan kesahihannya melalui
pancaindera sahaja yang boleh dianggap sebagai pengetahuan sebenar. Kaedah
sains fizikal dianggap sebagai satu-satunya cara yang tepat untuk
mempengaruhi pengetahuan. Auguste Comte (1798-1857), bapa sosiologi moden,
TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK " 31

adalah pengasas aliran positivisme. Beliau menegaskan bahawa sains sosial juga
perlu mengguna kaedah sains fizikal untuk memperolehi pengetahuan tentang
kehidupan sosial manusia dan sains sosial. Sosiologi khususnya mesti mengikut
model sains fizikal dalam kajiannya tentang masyarakat manusia. Emile
Durkheim (1858-1917) yang melaksanakan kajiannya pada penghujung abad
ke-19 dan awal abad ke-20 adalah ahli sosiologi yang tergolong dalam aliran ini.
Buku beliau, Suicide, dianggap sebagai suatu contoh yang baik tentang sosiologi
saintifik dan telah mempengaruhi perkembangan sosiologi di Amerika Syarikat
pada tahun 1930an dan tahun-tahun awal selepas Peperangan Dunia Kedua.
Walau bagaimanapun dalam sosiologi masa kini, aliran positivisme telah dikritik
hebat oleh sekolah pemikiran atau aliran lain seperti Sekolah Frankfurt
(The Frankfurt School) dan aliran fenomenologi (Abercrombie dan Turner, 1984;
Theodorson, 1969). Walau bagaimanapun sosiologi saintifik yang bermula
dengan positivisme masih lagi mempengaruhi amalan sosiologi pada masa kini.

AKTIVITI 3.7

Apakah fokus utama aliran positivisme? Sejauh manakah


doktrin positivisme mempengaruhi perkembangan dan amalan
sains sosial pada abad ke-20 dan masa kini?

3.2.3 Aliran Historical Materialism


Historical materialism yang diperkenalkan oleh Karl Marx (1818-1883) adalah
berasaskan idea materialisme. Di dalam sosiologi, materialisme merujuk kepada
teori-teori yang menyatakan bahawa hubungan ekonomi adalah penyebab asas
fenomena sosial. Ia dibezakan daripada idealisme yang menyatakan bahawa
idea, bukan hubungan ekonomi, sebagai penyebab utama (ultimate cause)
hubungan sosial. Jadi historical materialism adalah interpretasi materialis
sejarah, bahawa fenomena sosial, budaya dan politik ditentukan oleh mod
pengeluaran barangan material (material things). Ini bermakna penyebab utama
dalam proses sejarah ialah ekonomi dan bukan idea. Ini dirumuskan dalam base-
superstructure distinction di mana manusia dalam menghasilkan keperluan
hidupnya mewujudkan perhubungan yang tertentu, iaitu hubungan
pengeluaran yang berbentuk struktur ekonomi (base) dan di atasnya terdapat
budaya undang-undang dan politik (superstructure). Cara manusia
menghasilkan keperluan hidupnya (base atau ekonomi) akan menentukan
kehidupan sosial dan budayanya dan juga sistem politiknya. (Fatimah Daud,
1992; Abercrombie dan Turner, 1984). Aliran historical materialisme adalah asas
pembentukan teori konflik, Neo-Marxist dan Marxist sociology dalam
perkembangan sains sosial (dan sosiologi khususnya) pada masa kini.
32 ! TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK

AKTIVITI 3.8
1. Apakah fokus utama aliran historical materialism? Apakah
sumbangan historical materialism kepada perkembangan
ilmu sains sosial?
2. Pengetahuan dan pemahaman tentang perkembangan
pemikiran sosial klasik di Barat adalah perlu dalam usaha
memahami ilmu sains sosial di Malaysia pada masa kini.
Pada pendapat anda sejauh manakah pandangan ini benar?

" Isu-isu sosial klasik abad ke-19 di Barat (khususnya Eropah) mencakupi isu-isu
ekonomi, politik, keluarga dan persanakan, nilai dan kepercayaan dan agama.

" Isu-isu sosial tersebut mempengaruhi perkembangan ilmu sains sosial di


Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20

" Pemikir sosial Barat dalam usaha untuk menganalisis dan seterusnya
menangani isu-isu sosial tersebut membentuk tiga aliran utama pemikiran
sosial iaitu aliran Romantisisme, positivisme dan historical materialism, iaitu
apa yang dikenali sebagai pemikiran sosial klasik.

" Aliran Romantisisme yang bermula pada pertengahan abad ke-18 hingga
pertengahan abad ke-19 menekankan nobility seni dan budaya (adat) rakyat
dan hubungan rapat antara pembentukan seni dan budaya rakyat dengan
alam semula jadi.

" Aliran positivisme yang dikemukakan oleh Auguste Comte pada suku kedua
abad ke-19 menegaskan bahawa pengetahuan sebenar (true knowledge)
hanya boleh diperolehi melalui pengalaman pancaindera, sesuatu yang dapat
diperhati, diukur dan dibuktikan kewujudannya.

" Aliran historical materialism yang diperkenalkan oleh Karl Marx pada
pertengahan abad ke-19 menegaskan bahawa fenomena sosial, budaya dan
politik ditentukan oleh mod pengeluaran barangan material dan penyebab
utama proses sejarah ialah ekonomi, bukan idea.
TOPIK 3 PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK " 33

Aliran Historical Materialism Isu Keluarga dan Persanakan


Aliran Positivisme Isu Nilai dan Kepercayaan
Aliran Romantisisme Isu Politik
Isu Agama Isu-isu Sosial
Isu Ekonomi

Abercrombie, N. H. S., & Turner, B. S. (1984). Dictionary of sociology.


Hammondsworth, Middlesex: Penguin Books Ltd.

Cuff, E. C., Sharrock, W. W., & Francis, D. W. (1992). Perspectives in sociology.


London: Routledge.

Fatimah Daud. (1992). Pengenalan teori-teori sosiologi. Kuala Lumpur: Penerbit


Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Schaefer, R. T. (2006). Sociology. New York: McGraw Hill, Inc.

Theodorson, G. A., & Theodorson, A. G. (1969). A modern dictionary of


sociology. London: Methuen & Co. Ltd.

Anda mungkin juga menyukai