Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN BENDAHARI FESTIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

ANJURAN 5PISMP RBT

Tarikh : 7 FEBUARI 2011 (ISNIN)


Masa : 2.00 petang – 5.30 petang
Tempat : PADANG IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA
LUMPUR
Penglibatan 1. Guru Pelatih PISMP semester 5
: PISMP RBT 1 - 19 orang
: PISMP RBT 2 - 20 orang
: PISMP RBT 3 - 20 orang

2. Para pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan.

Pada tanggal 7 Febuari 2011, seramai 59 orang guru pelatih telah


melibatkan diri dalam Festival Permainan Tradisional yang dianjurkan oleh
5PISMP Ssendiri. Penganjuran festival permainan kecil ini merupakan salah
satu komponen wajib kerja kursus bagi subjek Pengurusan dan
Pendtadbiran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Melalui penganjuran festival ini, hampir keseluruhan objektif


pertandingan telah dicapai. Walaupun terdapat beberapa kekangan ia
merupakan pengalaman supaya kami dapat belajar daripada kesilapan.
Selain itu, sebagai warga belia, pemeliharaan permainan tradisional yang
merupakan khazanah yang tidak ternilai ini menjadi keprihatinan kami
untuk memikul tanggungjawab tersebut untuk merealisasikannya.
Memandangkan permainan konda-kondi merupakan antara permainan yang
hampir dilupakan banyak orang, penganjuran festival ini berjaya mencapai
standardnya tersendiri , sesuai dalam zaman moden ini disamping melalui
aktiviti yang menguji kekuatan fizikal dan mental, semangat kerjasama dan
toleransi dapat dipupuk dalam kalangan peserta.

Saya sebagai bendahari Festival Permainan Tradisional ini telah


mengutip kepada setiap ahli kelas kami sebanyak Rm 5.00 untuk membeli
hadiah dan cendrahati serta makanan dan minuman untuk disediakan pada
hari pertandingan. Jumlah yang terkumpul hasil dari ketiga-tiga kelas adalah
sebanyak Rm 295.00 . Di samping itu, atas jasa baik pensyarah pembimbing
kami iaitu Pn Noreha Bt Sarkawi telah menyumbang sebanyak RM 50.00
untuk membantu kami supaya tidak kekurangan bajet. Oleh itu jumlah
keseluruhan bajet adalah RM345.00. Berikut merupakan kenyataan
pengguanaan wang tersebut mengikut Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

Perbelanjaan Ahli Jawatan Kuasa Makanan.

Ahli Jawatankuasa Makanan yang diketuai oleh saudara Mazfahmi B


Marzuki daripada RBT3 bertugas untuk menyediakan makanan serta
minuman untuk dihidangkan semasa festival di jalanankan, berikut
merupakan perbelanjaan yang telah dibuat oleh AJK ini.

Bil Item Harga Kuantiti Jumlah


seunit (RM)
(RM)
1 Kuih 0.30 217 65.00 Diskaun 10sen
2 Ais 6.00 1 6.00
3 Gula 2.00 4 8.00
4 Kordial 4.00 2 8.00
5 Cawan plastik 5.00 1 paket 5.00
Jumlah 92.00

Perbelanjaan Ahli Jawatan Kuasa Hadiah dan Cendrahati

Ahli Jawatan Kuasa Hadiah dan Cendrahati ini di ketuai oleh saudari
Nadia Bt .. daripada RBT1 bertugas untuk menyediakan Cendrahati kepada
pensyarah-pensyarah serta pemenang-pemenang dalam setiap
pertandingan permaianan yang dijalankan. Wang sumbangan daripada Puan
Noreha telah ditambah dengan hasil kutipan wang Kelas RBT1 untuk
membeli keperluan dalam AJK ini. Berikut merupakan perbelanjaan yang
telah dibuat oleh AJK ini.
Bil Item Harga Kuantiti Jumlah
seunit (RM)
(RM)
1 Mug besar berserta 2.90 27 78.30
sudu
2 Mug sederhana 1.00 27 27.00
3 Cawan kecil 0.70 27 18.90
4 Pasu kecil 5.00 2 10.00
Jumlah (RM) 134.20

Perbelanjaan lain-lain.

Selain daripada perbelanjaan di atas, AJK yang bertugas untuk


membeli keperluan-keperluan tersebut telah menggunakan RM10.00 untuk
digunkan membeli minyak kereta, di mana AJK yang membeli keperluan
tersebut menuntut daripada saya setelah menggunkan duit sendiri.

Baki yang tinggal.

Berikut merupakan baki yang tinggal setelah ditolak daripada bajet asal:

RM345.00 – RM 92.00 – RM134.20 – RM 10.00 = RM108.80

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada


rakan-rakan seyang telah sudi menyumbangkan duit bagi menjayakan
program kita ini. Ribuan terima kasih juga kepada individu-individu yang
telah banyak menyumbang tenaga, wang ringgit serta idea-idea yang bernas
lagi boleh diguna pakai terutamanya kepada Pn Noreha untuk melancarkan
lagi majlis ini.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

Penganjuran Festival Permainan


........................................................ Tradisional.
...............
(HERIANSYAH B HAMSYAH)
Bendahari