Anda di halaman 1dari 1

Petua tangan kiri fleming

Keelektromagnetan dihasilkan apabila pengalir membawa arus elektrik dan sebaliknya arus
elektrik dapat dihasilkan apabila berlaku gerakan relative antara pengalirdengan magnet.

Apabila pengalir yang membawa arus elektrik diletakkan di dalam medan magnet,
terdapat dua medan yang saling bertindak iaitu antara medan magnet di sekeliling pengalir
dengan medan magnet kutub. Saling tindakan antara kedua-dua medan magnet ini
mewujudkan suatu medan elekstik yang menghasilkan suatu daya tak seimbang, F. Daya ini
merupakan daya tolakan pengalir ke bawah jika arus mengalir keluar dari pengalir seperti
ditunjukkan dalam Rajah 1(a). Jika arus mengalir masuk menerusi pengalir, daya tolakan
pengalir yang terhasil menghala ke atas seperti ditunjuk dalam Rajah 1(b). Arah tolakan F ini
dapat ditentukan dengan melukis fluks magnet dan arahnya di sekeliling pengalir yang
membawa arus dan fluks kutub magnet. Bahagian fluks yang padat berupaya menolak
pengalir tersebut. Keadaan ini di dalam motor elektrik, iaitu apabila tenaga elektrik
ditukarkan kepada tenaga mekanik.

Arah daya tolakanpengalir, arah arus elektrik yang mengalir di dalam pengalir dan
arah fluks magnet kutub dapat ditentukan dengan mudah menggunakan Petua Kanan Kiri
Fleming seperti ditunjukkan dalam Rajah 2. Petua Tangan Kiri Fleming digunakan untuk
menentukan arah putaran motor elektrik.

Rujukan: buku teks pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan 4. Muka surat
114.