Qudwah Hasanah
Qudwah Hasanah
Qudwah Hasanah
Contributed by Dr. H. K. Suheimi
Tuesday, 11 September 2007
Qudwah Hasanah artinya Tauladan yang baik. Tauladan yang baik inilah yang didambakan umat saat ini. Seseorang
yang dapat memberikan contoh dan suri tauladan. Umat selama ini kecewa terhadap perangai pemimpinnya yang tak
memberikan tauladan.
Untuk itu ada baiknya kita simak Fatwa Majelis Ugama Singapura sebagai berikut Qudwah Hasanah. Dalam istilah masa
kini, ia boleh disamakan dengan kepimpinan melalui teladan. Seorang pemimpin Islam, tidak harus hanya berbicara
mengenai keunggulan Islam, tetapi mesti mampu menunjukkannya dengan contoh-contoh dalam kehidupan hariannya.
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu berbuat ?. Amat besar kebencian
di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". (As-Shaf: 2-3) .
Dalam arti yang lebih meluas, qudwah hasanah menuntut seseorang, pimpinan, agar menjadikan dirinya teladan dalam
kehidupan sehariannya seruan-seruan kebaikan yang dia laung-laungkan. Dia harus bartindak sebaik kebaikan yang
dianjurkannya, bukan sebaliknya. Jika dia menyeru dibasmi korupsi, dia sendiri mesti bersih dari segala unsur korupsi.
Jika dia menganjurkan peningkatan ilmu, dirinya mesti menjadi teladan sebagai seorang pencinta ilmu. Jika dia
memanggil kepada kemuliaan akhlak, peribadinya sendiri adalah gambaran akhlak mulia.
Nabi Muhammad s.a.w. ialah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya Aesha ditanya mengenai akhlak
Nabi, beliau menjawab: "Akhlak Nabi ialah Al-Quran!"
Maksudnya, keperibadian Nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bartindak, kehidupannya, semangat
dan perjuangannya - semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan Al-Quran. Apa yang baginda lakukan adalah
melaksanakan anjuran Al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarang Al-Quran. Baginda
menyampaikan Al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat dan isi Al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh
dalam dirinya adalah hasil asuhan Al-Quran. Jadilah baginda seolah-olah Al-Quran yang hidup. Itulah yang dimaksudkan
Aesha bahawa akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran.
Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran dan dalam menghadapi
perjuangannya. Baginda menolak tawaran kemewahan dan kesenangan hidup, dan bersedia menghadapi pelbagai
risiko demi menegakkan kebenaran.
Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda amat meninggikan kedudukan ilmu. Di akhir
Perang Badar, baginda menawarkan keampunan dan kebebasan kepada setiap tawanan perang yang sempurna
mengajarkan bacatulis kepada 10 kanak-kanak di Madinah. Kata baginda,
Artinya: "Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya), adalah separti kelebihanku daripada
orang yang paling rendah dari kamu." (Riwayat Tirmidzi dari Abi Umamah).
Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip persamaan dan persaudaraan. Status seorang
hamba separti Zaid bin Harithah, diangkat dengan mengistiharkannya sebagai kerabat Baginda, keturunan bangsawan
Quraisy. Ketika sebahagian sahabat masih taksub kepada sentimen kebangsaan Arab, Baginda mengistiharkan Salman
dari Farsi sebagai kerabatnya, dan sekaligus melunturkan sentimen sempit tersebut.
yang mula-mula.
Sebaliknya, di suasana kepimpinan tidak menghidupkan qudwah hasanah, sering timbul percanggahan antara aspirasi
dengan realiti. Yang hendak dicapai berlawanan dengan pencapaian sebenarnya. Suasana begini pasti mengelirukan
orang ramai. Orang akan keliru tentang nilai apakah yang hendak dipegang? Kekeliruan ini menjadi hambatan kepada
usaha-usaha menyemai dan menumbuhkan unsur-unsur kebaikan dalam kehidupan masyarakat. Firman Allah
"Mengapakah kamu menyuruh orang mengerjakan kebajikan, sedang kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu
membaca Kitab. Tidakkah kamu mengarti ?".