Anda di halaman 1dari 2

Peredaran darah

Jantung adalah organ utama peredaran darah. Aliran darah dari ventrikel kiri melalui arteri,
arteriola dan kapileri kembali ke atrium kanan melalui vena disebut peredaran darah besar atau
peredaran sistemik. Aliran dari ventrikel kanan, melalui paru-paru, ke atrium kiri adalah
peredaran kecil atau peredaran pulmonari.

Peredaran sistemik

Definisi

Darah meninggalkan ventrikel kiri jantung melalui aorta, iaitu arteri terbesar dalam tubuh.

Penerangan

Aorta ini bercabang menjadi arteri menjadi arteri lebih kecil yang menghantar darah ke pelbagai
bahagian tubuh. Arteri-arteri ini bercabang dan beranting lebih kecil lagi hingga sampai pada
arteriola. Arteri-arteri ini mempunyai dinding yang sangat berotot yang menyempitkan
salurannya dan menahan aliran darah. Fungsinya adalah :

 Mengekalkan tekanan darah arteri


 Mempelbagaikan saluran
 Mengatur aliran darah dalam kapilari

Dinding kapilari sangat nipis sehingga dapat berlaku pertukaran zat antara plasma dan tisu
interstitial. Kemudian kapilari-kapilari ini bergabung dan membentuk pembuluh lebih besar yang
disebut venul, yang kemudian juga bersatu menjadi vena, untuk menghantar darah kembali ke
jantung. Semua vena bersatu dan bersatu lagi hingga terbentuk dua batang vena, iaitu vena
kava interior yang mengumpulkan darah dari badan dan anggota gerak bawah, dan vena kava
superior yang mengumpulkan darah dari kepala dan anggota gerak atas. Kedua pembuluh
darah ini mengumpulkan isinya ke dalam atrium kanan jantung.

Peredaran pulmonari

Definisi
Darah dari vena tadi kemudian masuk ke dalam ventrikel kanan yang mengecut dan mengepam
ke arteri pulmonari.

Penerangan

Arteri ini bercabang dua untuk menghantar darahnya ke paru-paru kanan dan kiri. Darah tidak
sukar memasuki pembuluh-pembuluh darah yang mengaliri paru-paru. Di dalam paru-paru
setiap arteri membelah menjadi arteriol dan akhirnya menjadi kapilari pulmonari yang mengitari
alveoli dalam tisu paru-paru untuk memungut oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

Kemudian kapilari pulmonari bergabung menjadi vena dan darah dikembalikan ke jantung oleh
empat vena pulmonari dan darahnya dimasukkan ke dalam atrium kiri. Darah ini kemudian
mengalir masuk ked ala ventrikel kiri. Ventrikel ini mengecut dan darah dipam masuk ke dalam
aorta untuk memulakan peredaran sitemik.

Edema pulmonari menyertai kegagalan jantung sisi kiri. Cecair tisu berkumpul dalam paru-paru
dan paru-paru ini menjadi lemah. Edema pulmonari juga terjadi pada pesakit yang terlebih
hidrat, paru-paru menjadi penuh air dan ada kemungkinan ia ‘tenggelam’ dalam edema paru-
parunya sendiri.

Sistemperedaran darah secara polmunari dan sistemik

Anda mungkin juga menyukai