Anda di halaman 1dari 1

REKABENTUK

Dalam pra-pembinaan, rekabentuk merupakan bahagian yang perlu diambilkira dalam agihan
kos. Aspek-aspek yang harus dipertimbangkan adalah dari segi kos modal dan kos
penyelenggaraan pada masa depan dan melibatkan ‘cost in use’ untuk memastikan pilihan
yang dibuat lebih menguntungkan dalam jangkamasa yang lama. Pada peringkat rekabentuk,
faktor-faktor yang mempengaruhi kos timbul hasil daripada kehendak-kehendak untuk
memuaskan keperluan-keperluan pemilik dan pengguna dan termasuk juga kombinasi antara
keperluan estetika dan keperluan struktur.

Implikasi kos dari segi variasi rekabentuk meliputi Structural Form (Pilihan antara
pembinaan berangka ataupun pembinaan struktur membawa beban (load bearing), Bentuk
Pelan (nisbah ukur keliling dengan keluasan lantai) , Saiz iaitu dalam banyak keadaan
sekiranya saiz bangunan adalah besar, jumlah purata kos pembinaan per kaki persegi akan
rendah, Seterusnya aspek ketinggian yang mana meningkat dengan meningkatnya kos per
kaki persegi bangunan, Ruang Sirkulasi dan Perhubungan (ruang ini adalah perlu
diminimumkan), Ketebalan lantai dan beban yang mana semakin tebal lantai, semakin tinggi
kos. Selain itu, pemilihan terhadap ketebalan lantai akan mempengaruhi struktur tiang dan
rasuk struktur bangunan, Jarak antara tiang dengan pertambahan jarak antara tiang akan
meningkatkan kos kerana rasuk yang lebih tebal diperlukan untuk menanggung beban.

Anda mungkin juga menyukai