Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT JABATAN SEJARAH

KALI KEDUA SESI 2011

TARIKH : 22 Mac 2011

HARI : Selasa

MASA : 4.00 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan

KEHADIRAN : Pn Norzila binti Idris


Pn Hamizan binti Hashim
Pn Arbinah Bt Abd Gani

BIL PERKARA
1.0 Ucapan Aluan Pengetua
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru pada mesyuarat kali
kedua ini.

2.0 Pengurusan Panitia


2.1 Pengerusi memaklumkan guru perlu memasukkan markah Ujian Bulan Mac ke dalam
Headcount , fail p&p dan fail Sejarah.
Tindakan : Makluman

2.2 Beliau juga memaklumkan guru boleh meminjam LCD di pejabat untuk P&P di bilik
kuliah dan tempahan Makmal Bahasa juga boleh dibuat.
Tindakan : Ketua Jabatan
2.3 Beliau juga memaklumkan kepada ketua Jabatan agar jadual penyediaan soalan
ujian dan peperiksaan serta perlu diambil perhatian oleh guru Sejarah.
Tindakan : Ketua Jabatan

3.0 Strategi Peningkatan Prestasi Akademik


3.1 Pn Arbinah memaklumkan kelas tambahan Sejarah akan dimulakan pada Bulan
April.Guru juga akan masuk kelas untuk program latihan pengukuhan secara
intensif menggantikan waktu R&D dan MUET.

3.2 Pn Hamizan mencadangkan teknik menjawab soalan perlu diadakan pada bulan Julai
sebagai pendedahan kepada pelajar tentang format peperiksaan.

3.3 Puan Hamizan mencadangkan target yang dibuat oleh guru perlu dibincangkan
bersama pelajar.

4.0 Program dan Aktiviti Jabatan


4.1 Pn Arbinah menyatakan aktiviti Jabatan Sejarah yang akan diadakan ialah Kuiz
Sejarah.

5.0 Belanjawan
6.1 Baki belanjawan Jabatan Sejarah bagi sesi 2011 ialah RM6.00. Peruntukan yang
diberi pada tahun 2011 ialah sebanyak RM 101.10 . Jadi jumlah PCG pada tahun
ini ialah sebanyak RM 107.10.Bagi sesi 2011 pembelian buku latihan akan
dilakukan sebaik sahaja peruntukan PCG 2011 diterima.
Tindakan : Makluman
6.0 Hal-hal lain
6.1 Pn Norzila menyatakan perancangan taktikal yang dibuat perlulah dilaksanakan
seperti yang dirancang.
Tindakan : Makluman
6.2 Pengerusi juga memaklumkan fotostat boleh dibuat di pejabat untun tujuan latihan
pelajar.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang

Disediakan Oleh:

(Pn Arbinah Bt Abd Gani)


Ketua Jabatan Sejarah SMK Seri Perpatih

Anda mungkin juga menyukai