Anda di halaman 1dari 61

SISA PEPEJAL

Sejarah Pengurusan Sisa Pepejal

Di zaman purba, pengurusan sisa pepejal


adalah melalui cara yang sesuai dengan lokasi,
kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan
teknologi yang ada pada masa itu.

Di Mesir pada 2100 sebelum Masihi, orang


kelas atasan membuang sisa pepejal ke dalam
Sungai Nil manakala orang kelas bawahan
pula, membuang sisa pepejal di hadapan
rumah mereka.

Tempat pembuangan sisa pepejal yang pertama


telah dibina pada tahun 500 SM di Athen dan
Rom (Chisea, 1981). Kedua-dua tempat ini
berfungsi untuk mengumpul sisa pepejal dan
telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Pada penghujung abad pertengahan, sistem


pelupusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan
dan ini telah memberi kesan buruk kepada
alam sekitar. Terdapat binatang
atang peliharaan
seperti khinzir berkeliaran mencari makanan
dari sisa pepejal yang berlonggokan di lorong-
lorong
lorong belakang dan di tepi jalan raya. Keadaan
ini mula berubah apabila terbentuknya undang-
undang
undang pengurusan sisa pepejal yang telah
dikuatkuasakan di negara tersebut.

Negara China pula mempunyai sejarah yang panjang mengenai pengurusan sisa pepejal. Sejak
4000 tahun dahulu, rakyatnya telah menggunakan sisa pepejal sebagai baja di ladang mereka
untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah (Chung, 2002).

Perubahan besar yang pertama ke atas pengurusan sisa pepejal telah dimulakan semasa
Revolusi Perindustrian. Pertumbuhan penduduk yang pesat tanpa sistem pengurusan sisa
pepejal yang bersistematik telah memberi impak yang besar dalam kehidupan seha
seharian mereka.
Bermula 1880-an penduduk-penduduk
penduduk telah mula menitikberatkan isu kebersihan alam sekitar
demi menjamin kesihatan sejagat.
Teknologi baru mula direka untuk menguruskan
sisa pepejal. Tapak pelupusan dan pengasingan
sisa pepejal juga telah diperkenalkan.
Pembakaran sampah secara tertutup telah
dilakukan pada tahun 1885 buat kali pertama
manakala projek kitar semula yang pertama
diperkenalkan di New York pada tahun 1895
(Menke-Gluckert,1985). Pada tahun 1920-an,
bilangan tapak pelupusan sanitari mula
bertambah. Di antara cara untuk mengurus sisa
pepejal ketika itu adalah menebus guna tanah
paya untuk pembuangan sampah.

Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an


membawa perubahan ketara terhadap
penggunaan lori sampah dan kawalan
kebersihan tapak pelupusan sisa pepejal. Pada
tahun 1950-an, masyarakat lebih suka
membuang sisa pepejal tanpa mengasingkannya.
Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bertambah
dengan pesat dan amalan kitar semula semakin
dilupakan. Syarikat-syarikat besar yang
dipertanggungjawabkan terhadap sistem
pengurusan sisa pepejal telah ditubuhkan pada
tahun awal 1960-an.

Kempen kitar semula dan pengurangan sisa pepejal diwujudkan semula sekitar 1970-an.
Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap pengurusan sisa pepejal kerana menyedari
akan kesan buruknya bukan sahaja terhadap alam sekitar malah kepada tahap kesihatan
mereka sendiri.
Definisi
Hirarki Pengurusan Sisa Pepejal

Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang cekap dan berkesan amat penting bagi
memastikan kualiti hidup yang tinggi dan alam sekitar yang bersih, sihat dan selamat.
Sehubungan dengan itu, Pelan Perancangan Strategik Nasional untuk Pengurusan
Sisa Pepejal (2005)menggariskan
menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah berteraskan kepada
hirarki pengurusan sisa pepejal. Hirarki ini terdiri daripada elemen
elemen-elemen
elemen berikut yang
disusun mengikut keutamaan:

Pengurusan alam sekitar


yang efektif melalui
pengurangan penghasilan
sisa pepejal

Bahan atau produk yang


digunakan secara berulang-
kali

Penghasilan bahan-bahan
bahan
berguna daripada sisa
pepejal
Apabila turutan langkah-
langkah
langkah diatas diamalkan,
kuantiti sisa akan dapat
dikurangkan. Baki sisa akan
dihantar ke pusat rawatan
perantaraan di mana
isipadunya akan
dikurangkan/dimam
dikurangkan/dimampatkan.

Lebihan sisa pepejal akan


dihantar ke tapak
pelupusan sanitari

Sumber : Pelan Rancangan Strategik Nasional Untuk Pengurusan Sisa Pepejal


(2005)
Sisa Pepejal Terkawal

Terdapat 8 Jenis Sisa Pepejal Terkawal iaitu ::-

Sisa Pepejal Isi Rumah Sisa Pepejal Awam Sisa Pepejal Import

Sisa Pepejal Komersial


Sisa Pepejal Khas

Sisa Pepejal Pembinaan Sisa Pepejal Institusi Sisa Pepejal Perindustrian


Sisa Pepejal Isi Rumah

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh


sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang
biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan
oleh mana-mana
mana premis apabila dihuni
sebagai rumah kediaman, dan termasuklah
sisa taman.

Contoh Sisa Pepejal Isi Rumah

Sisa makanan,, kertas, kadbod,


plastik, tekstil, kulit, sisa taman,
kayu, kaca, bahan logam seperti tin
aluminium dan sebagainya.
Sisa Pepejal Awam

Definisi (Mengikut Akta 672)


Apa-apa
apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam, yang
di bawah penyeliaan atau kawalan mana
mana-mana
mana pihak berkuasa tempatan.

Contoh Sisa Pepejal Awam

Sampah yang terdapat di jalan-jalan


jalan dibawah
senggaraan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), sisa landskap, sisa dari taman permainan,
pantai dan kawasan rekreasi yang lain.

Punca Sisa Pepejal Awam

Pembersihan jalan Pihak Berkuasa Tempatan, sisa


landskap, sisa dari taman permainan, pantai dan
kawasan rekreasi yang lain.
Sisa Pepejal Import

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa
Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan
oleh negara lain dan diimport ke negara kita untuk
diproses atau dilupuskan.

Contoh Sisa Pepejal Import

Kertas, kadbod, tin, kaca dan lain


lain- lain bahan yang diimport dari luar untuk digunakan oleh
industri pembuatan sebagai bahan mentah dan dikitar semula.

Punca Sisa Pepejal Import

Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport ke Malaysia


Malaysia.
Sisa Pepejal Khas

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa-apa
apa jenis sisa pepejal terkawal yang ditetapkan samada:
samada:-

1. Berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam


2. Sukar untuk diolah, disimpan atau dilupuskan

Contoh Sisa Pepejal Khas

Sisa industri yang merbahaya yang


tidak boleh dilupuskan di tapak
pelupusan biasa.

Punca Sisa Pepejal Khas

Premis perindustrian.
Sisa Pepejal Institusi

Definisi (Mengikut Akta 672)


Apa-apa
apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh ::-

• Mana-mana
mana premis yang diluluskan di bawah mana
mana-mana undang-undang
undang bertulis atau
oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya
bagi maksud sembahyang atau bagi khairat.
• Mana-mana
mana premis yang dihuni oleh mana
mana-mana
mana Jabatan Kerajaan Persekutuan atau
Negeri, mana-mana
mana Pihak Berkuasa Tempatan atau mana
mana-mana
mana badan berkanun.
• Mana-mana
mana premis pendidikan.
• Mana-mana
mana kemudahan jagaa
jagaann kesihatan termasuklah hospital, klinik dan pusat
kesihatan.
• Mana-mana
mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium awam, perpustakaan
awam dan rumah anak yatim
yatim.

Contoh Sisa Pepejal Institusi

apa jenis sisa yang dijanakan hasil


Apa-apa
dari aktiviti harian institusi yang
disebutkan di atas dan ini adalah tidak
termasuk sisa pepejal khas yang
memerlukan cara pelupusan yang
berasingan.

Punca Sisa Pepejal Institusi

Sekolah, universiti, hospital, penjara dan


bangunan kerajaan.
Sisa Pepejal Komersial

Definisi (Mengikut Akta 672)

Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa


apa-apa
apa aktiviti komersial.

Contoh Sisa Pepejal Komersial

Kertas, kadbod, plastik, kayu, sisa makanan,


restoran, kaca, logam dan apa-apaapa jenis sisa yang
terhasil dari aktiviti komersial yang tidak termasuk
dalam sisa pepejal khas.

Punca Sisa Pepejal Komersial

Stor, restoran, pasaraya, hotel, rumah


tumpangan,
kedai percetakan, stesen-stesen
stesen perkhidmatan,
dan sebagainya.
Sisa Pepejal Pembinaan

Definisi (Mengikut Akta 672)

Merupakan apa-apa
apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa
apa-apa
apa
aktiviti pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan,
penyediaan, pembaikan atau pengubahan.

Contoh Sisa Pepejal


Pembinaan

Kayu, papan lapis, konkrit,


besi, drywall,, permaidani, kadbod,
gentian kaca, tanah dan lain-
lain lain
sisa yang dihasilkan dari aktiviti di
atas.

Punca Sisa Pepejal Pembinaan

Kawasan pembinaan baru, kerja--kerja


pengubahsuaian atau perobohan bangunan
dan sebagainya.
Sisa Pepejal Perindustrian

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa
Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan
daripada apa
apa-apa aktiviti perindustrian.

Contoh Sisa Pepejal


Perindustrian

Sisa yang terhasil dari


proses pengilangan tidak
termasuk sisa pepejal
khas.

Punca Sisa Pepejal


Perindustrian

industri fabrik, industri


pembuatan makanan,
industri ringan, industri berat
dan sebagainya.
Jenis-Jenis Tong Sampah
Jenis-Jenis
Jenis Tong Kitar Semula

Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh
dikitar semula. Tong-tong
tong ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan
yang berbeza. Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan
660 liter.
Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

Sehingga tahun 1998, pengurusan sisa


pepejal di Malaysia telah diuruskan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
masing-masing. Kepesatan
pembangunan negara yang berterusan
turut meningkatkan kuantiti sisa
pepejal yang dijana
ana setiap tahun,
menyebabkan kos pengurusan sisa
pepejal turut meningkat. Keadaan ini
amat membebankan sebahagian besar
PBT dengan meningkatnya kos kutipan
dan pembinaan fasiliti untuk merawat
dan melupus sisa pepejal. Pada masa
yang sama, masyarakat semakin kin peka
ke atas isu-isu alam sekitar
menyebabkan masalah sisa pepejal
mendapat perhatian umum.

Pada bulan Oktober 1994, Kerajaan


menyarankan kepada syarikat
swasta untuk membuat tawaran
bagi penswastaan pengurusan sisa
pepejal bagi meningkatkan kualiti
pengurusan sisa pepejal. Pada 6hb
September 1995, Kabinet telah
bersetuju untuk menswastakan
pengurusan sisa pepejal di
Semenanjung Malaysia. Pada
Disember 1995, Kerajaan
Persekutuan telah menawarkan
kontrak secara interim kepada 4
buah syarikat. Penswastaan
Penswasta
interim pengurusan sisa pepejal
dibuat mengikut kawasan geografi
iaitu Kawasan Tengah dan Timur,
Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan. Penswastaan secara interim telah dilaksanakan mulai pada 8 April 1998 sebelum
penswastaan sepenuhnya dikuatkuasakan.
Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan
sisa pepejal daripada PBT kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah
mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif berhubung dengan
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung Malaysia. Jabatan Pengurusan
Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah diwujudkan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk
membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangka pelan perancangan strategik,
mengeluarkan lesen, dan seumpamanya.

Pada tahun 2007 juga, Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
(Akta 673) telah diwartakan bagi menubuhkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan
Pembersihan Awam (PPSPPA). PPSPPA ditubuhkan sebagai agensi untuk menguatkuasakan
Akta 672 serta peraturan-peraturan di bawahnya, melaksanakan pelan perancangan strategik,
mengawalselia perjanjian konsesi serta operasi fasiliti-fasiliti pengurusan sisa pepejal di seluruh
negara.
PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Elemen Pengurusan Sisa Pepejal

Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakan sistem yang menggabungkan 6 elemen penting
yang sejajar dengan konsep pembangunan mapan dari segi kesihatan awam, ekonomi,
kejuruteraan, pemuliharaan, nilai artistik, kesedaran awam serta persekitaran. Elemen yang
dimaksudkan adalah seperti di bawah:

1) Penjanaan
2) Penstoran
3) Kutipan
4) Pengangkutan
5) Rawatan Perantaraan
6) Pelupusan
Penjanaan Sisa Pepejal

Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006


2006-2010,
2010, jumlah sisa pepejal yang dijana
di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan m metrik
etrik sehari pada tahun 2001
kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada
30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia
menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal seh
sehari. (Sumber : Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2008).

Komposisi sisa pepejal

Kadar komposisi sisa pepejal adalah berbeza di antara kawasan kerana ia dipengaruhi oleh
beberapa faktor, di antaranya sosio ekonomi dan gaya hidup seseorang. Secara puratanya
komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia adalah seperti berikut:

( Sumber : Rancangan Malaysia Ke - 9)


Penstoran

Penstoran sisa pepejal yang sistematik adalah penting bagi mengelakkan gangguan dari
binatang seperti anjing dan kucing serta mengelakkan pembiakan lalat, tikus atau serangga-
serangga yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan persekitaran. Selain itu,
ianya juga bertujuan memudahkan kutipan sisa pepejal tersebut.

Terdapat pelbagai jenis penstoran digunakan di premis kediaman pada masa ini:

Rumah Kediaman

Bagi premis atas tanah biasanya tong sampah digunakan sebagai penstoran di setiap premis.

Rumah Bertingkat Kos Rendah Dan Sederhana

Tong communal digunakan di rumah bertingkat kos rendah dan sederhana sebagai tempat
penstoran berpusat. Penghuni perlu membawa sisa yang dikumpul ke tempat penstoran.
Pangsapuri dan kondominium

Rumah sampah disediakan di pangsapuri dan kondominium untuk menempatkan


Tong communal. Penghuni pangsapuri perlu membawa sisa masing-masing ke tempat
penstoran manakala bagi kondominium kebuk sampah disediakan di setiap tingkat. Sisa akan
dipungut oleh pihak pengurusan bangunan dan dikumpulkan di rumah sampah. Pintu rumah
sampah dibina berhampiran jalan bagi membolehkan kutipan sisa pepejal dilakukan. Berikut
merupakan contoh pusat pengumpulan sampah yang terdapat di Malaysia.

Spiral Waste Bin (SWB)

Merupakan salah satu tong penstoran sisa pepejal berkapasiti tinggi dimana sisa pepejal akan
dimampatkan. Dengan cara ini kapasiti sisa pepejal boleh disimpan adalah lebih banyak. Ia
sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai kuantiti penjanaan sisa pepejal yang tinggi
seperti di kondominium dan pangsapuri.

Gambarajah skematik SWB


Deep Collection System

Sistem ini menggunakan ruang bawah tanah untuk menyimpan sisa. Sebahagian besar tong
ditanam di bawah tanah dan sebuah karung yang diperbuat daripada HDPE diletakkan di dalam
tong tersebut untuk menyimpan sisa. Karung ini akan diangkat menggunakan kren untuk
memindahkan sisa ke dalam kenderaan pemungut. Sistem ini dapat mengelakkan keperluan
membina rumah sampah dan menjimatkan penggunaan ruang, serta kos pembinaannya lebih
murah. Ia sesuai ditempatkan di kawasan bebendul jalan dan direkdirekabentuk
abentuk supaya sesuai
menjadi sebahagian daripada landskap. Suhu bawah tanah yang rendah dapat melambatkan
pereputan sisa. Sistem itu juga mempunyai penutup yang dapat melindungi sisa yang disimpan
dari air hujan. Sistem ini telah digunakan secara meluas d
dii luar negara tetapi di Malaysia sistem
ini masih dalam peringkat pembangunan.

Kedalaman tong dari aras lanta


lantai
Sistem Vakum

Sistem Vakum adalah satu sistem automatik yang menggunakan sesalur buangan (refuse chute)
dan kaedah sedutan. Bukaan disediakan di setiap tingkat untuk membuang sisa ke dalam
sesalur buangan. Sisa pepejal yang dibuang disedut melalui sistem sesalur bawah tanah
menggunakan vakum untuk dikumpulkan di pusat pengumpulan. Sisa akan dikutip oleh lori
dari pusat pengumpulan. Kos bagi membina sistem ini adalah tinggi tetapi ia lebih bersih dan
efisien. Ia sesuai digunakan di kondominium dan kompleks komersial. Di Malaysia sistem ini
telah digunakan di KLIA, Kompleks Kastam Kelana Jaya dan Kompleks Maju Junction.

Gambarajah menunjukkan bagaimana pengutipan sisa pepejal dilakukan


menggunakan sistem vakum.
Gambarajah menunjukkan trak yang digunakan untuk menyedut sisa
sisa.

Kutipan
Kutipan merupakan proses mengutip atau mengumpul sisa pepejal domestik, sisa pukal atau
bahan kitar semula di tong setiap premis atau punca janaan sisa pepejal dan dimasukkan ke
dalam kutipan.Kenderaan kutipan kemudiannya akan membawa sisa pepejal ini samada ke
stesen pemindahan, insinerator, Kemudahan Bahan Api Terbitan (Refuse Derived Fuel (RDF),
Kemudahan Perolehan Semula Sumber (Material Recovery Facilities (MRF) atau terus ke
Tapak Pelupusan.
Kaedah Kutipan

Kaedah kutipan terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

i. Kutipan di bebendul jalan – Kutipan yang dilakukan ke atas tong yang diletakkan di
tepi jalan sebagai contoh tong sampah di perhentian bas dan tempat awam.

ii. Kutipan berpusat – Kutipan dilakukan di kawasan yang dikhaskan untuk pengumpulan
sisa contohnya rumah sampah dan tong komunal. Pengguna perlu membawa sisa ke
rumah sampah atau tong komunal. Kaedah ini digunakan di pangsapuri, kondominium,
pasar, premis komersial dan seumpamanya.

iii. Kutipan Dari Premis Ke Premis – Pekerja akan mengutip sisa dari premis ke premis
dan dibuang ke dalam kenderaan kutipan. Ini merupakan cara yang paling banyak
diamalkan di Malaysia.
Pengangkutan Bagi Kutipan Sisa Pepejal

Pengangkutan merupakan satu aktiviti mengangkut sisa pepejal dari tempat penstoran untuk
dihantar ke pusat rawatan perantaraan atau terus ke tapak pelupusan dengan menggunakan
kenderaan kutipan yang dikhaskan.

jenis lori yang biasa digunakan untuk kutipan sisa di Malaysia:


Berikut adalah jenis -jenis

1. Lori Kompaktor
2. Lori Terbuka (Open Lorry)
3. Lori RORO(Roll On Roll Off Lorry)
4. Long Haulage Vehicle
5. Motorsikal beroda tiga (Tricycle)

1. Lori Kompaktor

Lori Kompaktor digunakan untuk mengutip sisa pepejal di kawasan perumahan, komersial,
institusi dan industri kecil dan sederhana. Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kapasiti
yang mampu dibawa oleh h lori tersebut sebagai contoh kompaktor 4 tan, 7 tan dan 12 tan. Lori
ini mempunyai sistem pemampatan yang membolehkan lebih banyak sisa dapat dimuatkan ke
dalam lori tersebut. Selain itu ia juga mempunyai tangki leachate bagi mengelakkan tumpahan
ketika aktiviti pengutipan dan pengangkutan.
2. Lori Terbuka (Open Lorry)

Lori terbuka sesuai digunakan mengangkat bahan kitar semula, sisa kebun dan sisa pukal (bulky
waste). Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kemampuan sisa yang dapat dimuatkan ke
dalam lori tersebut sebagai contoh lori 3 tan, 5 tan dan 10 tan. Lori ini mempunyai pintu pada
bahagian belakang yang memudahkan proses mengutip dan membuang sisa. Ia perlu ditutup
dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir
tercicir.

3. Lori RORO(Roll-On Roll --Off)

Lori RORO digunakan untuk mengangkat tong RORO yang biasanya digunakan di pangsapuri,
kondominium, pasar, industri dan kawasan pembinaan. Ia menggunakan sistem hidraulik bagi
mengangkat tong RORO dan membuang sisa. Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas
pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.
4. Motor beroda tiga (Tricycle)

Motor beroda tiga sesuai digunakan untuk mengutip sisa di kawasan yang mempunyai laluan
yang sempit di mana kenderaan pengangkutan lain tidak boleh melaluinya, sebagai contoh di
kawasan kampung. Kenderaan ini akan mengutip sisa dari premis ke premis dan membawanya
ke pusat pengumpulan yang kebiasaannya terletak di tepi jalan utama.

5. Long Haulage Vehicle

Long Haulage Vehicle digunakan untuk mengangkat sisa yang telah dimampatkan daripada
stesen pemindahan ke tapak pelupusan seperti yang digunakan oleh Stesen Pemindahan TamTaman
Beringin yang bermuatan bersih 20 tan dapat memuatkan sisa daripada 5 buah lori kompaktor
4 tan. Ia dapat menjimatkan kos pengangkutan sisa bagi kawasan yang terletak jauh daripada
tapak pelupusan. Selain daripada itu masa yang dijimatkan oleh kompaktor untuk menghantar
sisa secara terus ke tapak pelupusan boleh dimanfaatkan untuk membuat kutipan di kawasan
lain.
Rawatan Perantaraan

PENGKOMPOSAN

MEMANTAU PROSES PENGKOMPOSAN| MENGENALPASTI MASALAH PENGKOMPOSAN |

Pengkomposan merupakan salah satu cara untuk mengitar semula sisa organik (dari tumbuh-
tumbuhan dan haiwan) bagi mengurangkan kuantiti sisa yang perlu dilupuskan di tapak
pelupusan, oleh itu jangkahayat tapak pelupusan dapat dipanjangkan. Ia adalah proses
penguraian semulajadi oleh mikrob ke atas bahan-bahan organik (dari tumbuh-tumbuhan dan
haiwan) menjadi bahan yang menyuburkan tanah dipanggil kompos.

FAEDAH PENGKOMPOSAN

1 Mengubah bahan organik yang boleh reput menjadi bahan yang stabil
2 Membunuh mikrob pathogen, telur serangga dan organisma lain
3 Menyediakan nutrien yang boleh menyuburkan tanah

ASAS PENGKOMPOSAN

Pengkomposan yang baik dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan
mikrob seperti bakteria dan fungus. Semasa proses pengkomposan mikrob memerlukan air,
udara danmakanan. Perkembangan sains membolehkan kita mengawal ramuan bahan yang
hendak dikompos, memantau perubahan suhu, nilai pH, kandungan kelembapan serta
keperluan udara semasa proses pengkomposan bagi menjamin kualiti kompos yang terhasil.

Air
Kelembapan bahan-bahan organik yang hendak dikompos mestilah sesuai supaya mikrob-
mikrob tersebut dapat hidup dan melakukan proses pengkomposan. Walaubagaimanapun
kandungan air yang terlalu tinggi, akan menyebabkan partikel kompos berkenaan menjadi
lembap dan akan mengurangkan kandungan udara. Oleh itu, proses pengkomposan menjadi
perlahan. Pekara yang sama akan berlaku jika tahap kelembapan terlalu rendah. Kelembapan
optima biasanya adalah pada kadar 50%- 60% daripada berat bahan yang dikompos.

Udara
Kandungan air dan udara yang seimbang adalah penting untuk proses pengkomposan. Udara
diperlukan oleh mikrob untuk melakukan penguraian. Bahan-bahan yang dikompos perlu
mempunyai banyak rongga (tidak mampat) untuk membolehkan udara meresap ke dalamnya.
Pada peringkat permulaan, kandungan oksigen yang diperlukan pada kadar 15% - 20% daripada
rongga udara ( pore spaces ). Sekiranya kandungan purata oksigen kurang daripada 5%,
bakteria anerobik akan membiak dan ia akan membebaskan gas berbau busuk. Untuk proses
pengkomposan aerobik, kandungan udara optima yang diperlukan adalah melebihi 10% .
Makanan
Mikrob memerlukan bahan-bahan
bahan yang mengandungi karbon (C) dan nitrogen (N) sebagai
makanannya. Bahan organik mengandungi C yang tinggi dinamakan sebagai bahan perang
(brown) dan N sebagai bahan hijau (green). Bahan perang membekalkan tenaga kepada mikrob
manakala bahan hijau membekalkan nutrien. Untuk menghasilkan kompos, nisbah di antara C
dan N adalah penting, iaitu pada kadar 30:1. Apabila bahan
bahan-bahan
bahan organik berkenaan menjadi
kompos C:N berubah menjadi 10:1 hingga 20:1.

Contoh bahan perang — jerami, rumpai, daun kering, kertas, serpihan kayu atau serbuk kayu.
Bahan- bahan ini mengandungi molekul gula yang menjadi sumber tenaga kepada mikrob.
Contoh bahan hijau — rumput hijau, sisa makanan dapur,(buah
dapur,(buah-buahan, sayur-sayuran
sayuran dan
ikan), daun hijau, kopi,teh dan sisa binatang. Bahan
Bahan-bahan
bahan ini mengandungi protein yang
menjadi sumber nutrien kepada mikrob.

Apa Yang Sesuai DiKompos DiRumah?


Najis binatang ternakan

Kertas

Kopi dan teh

Kain kapas

Kulit telur

Abu kayu

Serbuk kayu

Buah-buahan, sayur-sayuran
sayuran dan kekacang

Rumput, lalang, daun, jerami, sekam, ranting kayu dan serbuk kayu

Rambut, kulit binatang yang kering dan bulu binatang.

Apa Yang Tidak Sesuai DiKompos DiRumah?


Arang batu atau abu kayu arang

- boleh mengandungi bahan-bahan


bahan yang berbahaya kepada tumbuh
tumbuh- tumbuhan

Bahan Tenusu

- boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Tumbuh-tumbuhan
tumbuhan berpenyakit

- penyakit pada tumbuh-tumbuhan


tumbuhan mungkin tidak musnah dan boleh berjangkit kepada
tumbuhan lain.
Lemak, minyak dan gris.

boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Daging

- boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Najis binatang peliharaan (anjing, kucing dan sebagainya)

- kemungkinan mengandungi parasit bakteria patogen dan virus yang berbahaya kepada
manusia

Sisa tumbuh-tumbuhan
tumbuhan yang telah disembur dengan racun.

- boleh membunuh mikrob yang penting untuk proses pengkomposan.

Pelupusan

Dalam Proses Pembangunan…

Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik

Kebanyakan sisa pepejal mempunyai kesan yang negatif kepada alam sekitar. Pencemaran dari
sisa pepejal terjadi daripada pengurusan yang tidak cekap. Tanpa pengurusan yang sistematik,
kita akan berdepan dengan masalah yang memberi kes kesan
an buruk kepada alam sekitar, kesihatan
manusia dan sosial(komuniti). Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik:

1. Impak kepada alam sekitar


2. Impak terhadap sosial
3. Impak kepada kesihatan manusia

Impak Kepada Alam Sekitar

1. Pencemaran udara

• Pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara. Pembakaran


terbuka melepaskan gas dioxin yang merbahaya ke persekitaran.
• Gas dari tapak pelupusan (hasil daripada proses pereputan sampah) boleh meletup jika
dibiarkan berkumpul dalam permuka
permukaan tertutup.
• Metana (salah satu daripada gas tapak pelupusan) lebih efektif dari karbon dioksida
sebagai gas rumah hijau yang boleh membawa kepada peningkatan suhu dunia.
• Pembakaran di tapak pelupusan boleh mengakibatkan pencemaran udara dan
pengurangan jarak penglihatan semakin berkurangan. Letupan dan kebakaran boleh
merebak ke kawasan berdekatan.

2. Pencemaran air bawah tanah atau permukaan air

• Air tercemar (leachate) yang mengalir dari tapak pelupusan sampah mengakibatkan
pencemaran sumber air yang serius. Sisa kimia (terutamanya organik yang tidak terurai)
boleh membawa maut dan mempunyai kesan yang serius jika disentuh atau dihidu.

3. Pencemaran tanah

• Pencemaran tanah terjadi apabila bahan kimia atau bahan — bahan lain yang mangubah
komposisi semulajadi tanah. Jenis pencemaran ini terjadi apabila air tercemar daripada
tapak pelupusan atau membebaskan secara terus sisa industri seperti petroleum
hidrokarbon, cecair, racun serangga, plumbum dan logam berat yang lain ke dalam
tanah.

Impak Kepada Sosial

• Penimbusan secara terbuka atau pembuangan sampah secara haram di tempat yang
tidak dibenarkan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada komuniti setempat dan
seterusnya mengundang penyakit.
• Sisa atau sampah yang tidak dibuang atau diuruskan dengan sempurna akan
meninggalkan kesan yang kurang selesa seperti bau yang busuk dan keadaan
persekitaran yang kotor.
• Sisa atau sampah yang tidak dikutip selalunya akan tersumbat di longkang — longkang
lalu mengakibatkan banjir.
• Meningkatkan kos penyelenggaraan.
• Tapak pelupusan yang tidak mencukupi.

SUMBER:

• Waste - Wikipedia, the free encyclopedia.htm


• Health impacts of solid waste.mht
• Solid waste management.mht (SKAT)
• Integrated Solid Waste Management (Engineering Principles And Management
Issues), McGraw-Hill, Inc. (1993)
Impak Kepada Kesihatan Manusia

Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mengalami gangguan kesihatan terdiri


daripada populasi yang tidak mempunyai pengurusan sisa yang sistematik.
Terutama sekali kanak — kanak, pekerja, pengangkut sampah dan pekerja kilang
bahan toksik dan bahan mudah berjangkit. Kumpulan berisiko tinggi yang lain
adalah populasi yang menetap berhampiran kawasan tapak pembuangan sampah
serta sumber air yang telah tercemar akibat pembuangan sampah sarap atau
tapak pelupusan yang bocor.

Jangkitan penyakit

• Jangkitan penyakit kulit dan darah terjadi akibat daripada sentuhan secara langsung
dengan sisa (sampah).
• Jangkitan mata dan pernafasan terjadi apabila terdedah kepada debu terutama sekali
ketika operasi tapak pelupusan.
• Vektor pembawa penyakit yang mengakibatkan wabak penyakit :
a. Lalat yang membiak di kawasan ini merupakan vektor yang efektif dalam penyebaran
penyakit
b. Nyamuk yang membiak di air takungan bekas-bekas sampah menyebarkan penyakit
malaria dan denggi
c. Tikus yang tinggal dan mencari makanan di tapak pelupusan menyebarkan penyakit
dan merosakkan kabel elektrik

Penyakit kronik

Terdapat gas-gas yang dilepaskan semasa proses penguraian sisa pepejal di tapak pelulusan
sampah seperti SO2 , NOX , Dioxin ,Sulfur ,CO ,Amonia dan lain-lain.Gas ini apabila masuk ke
dalam tubuh manusia akan bertindakbalas dengan kimia yang terdapat dalam organ manusia
dan mengghasilkan toksin yang merbahaya kepada manusia. Ini seterusnya akan berpotensi
menyebabkan penyakit kronik seperti berikut :-

• Hepatotoxicity
Hepatotoxicity (daripada hepatic toxicity) terjadi akibat daripada kerosakan hati akibat
tindakan bahan kimia. Hati merupakan organ penting yang memainkan peranan untuk
menapis bahan kimia di dalam badan mudah mengalami kerosakan akibat bahan ini.
• Nephrotoxicity
Nephrotocity (dari perkataan greek : nephros “ginjal”) terjadi akibat kesan keracunan
beberapa jenis bahan kimia atau ubat yang merosakkan ginjal. Terdapat pelbagai jenis
ketoksidan dan tidak harus dikelirukan dengan kesan sampingan pengambilan ubat
untuk merawat gangguan renal (heparin).
• Pulmonary toxicity
Pulmonari toxicity bermaksud kerosakan pada paru — paru. Kebanyakan kes ini berlaku
akibat bahan kimia dan bahan-bahan zarah.
• Neurotoxicity
Neurotoxity terjadi apabila terdedah kepada bahan toksid buatan ataupun semulajadi
yang dikenali sebagai neurotoxin yang mampu mengubah fungsi aktiviti normal sistem
saraf. Penyakit ini akan memusnahkan neuron dan sel-sel yang paling penting di dalam
fungsi otak dan bahagian saraf yang lain. Simptom — simptom yang ketara ialah lemah
anggota badan atau rasa kebas, hilang ingatan, penglihatan atau pemikiran, sakit kepala,
masalah perlakuan kognitif dan masalah sikap dan masalah seksual. Individu dengan
penyakit tertentu mudah dijangkiti neurotoxin.
• Immunotoxicity
Immunotoxin adalah sejenis bahan kimia yang menyebabkan kegagalan sistem imun
apabila berlakunya pendedahan. Apabila sistem imun lemah risiko jangkitan penyakit
dan kanser adalah tinggi. Immunotoxin boleh menyebabkan autoimmune disease, satu
penyakit dimana sistem imun berada pada tahap terlebih aktif dan mula memusnahkan
sel-sel badan.

*Penyakit kronik terjadi apabila leachate mengandungi logam berat mencemarkan sumber air
dan secara tidak langsung menganggu rantaian makanan manusia.

Pemantauan Alam Sekitar

Dalam Proses Pembangunan

Penilaian Impak Alam Sekitar(EIA)

Pengenalan
Aktiviti yang tertakluk kepada kajian EIA
Permulaan kepada kajian EIA
Pemilihan Tapak Projek
Keperluan Prosedur dalam EIA

Pengenalan

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) diperkenalkan di US pada tahun 1970. Semenjak itu, EIA
diamalkan hampir seluruh dunia dan menjadi satu trend yang memfokuskan impak-impak
utama terhadap alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Malaysia mendefinisikan EIA sebagai satu
penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan menyampaikan
maklumat tentang impak terhadap alam sekitar bagi setiap projek yang akan dijalankan dan
penjelasan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi memastikan kesan terhadap
alam sekitar diminimumkan setelah sesuatu projek diluluskan.

EIA sangat diperlukan sebagai mekanisma kawalan untuk mengelakkan masalah alam sekitar
yang mungkin disebabkan oleh pelaksanaan sesuatu projek. EIA memastikan yang masalah
yang berkemungkinan akan timbul dilihat secara proaktif dan dinilai daripada awal pelaksanaan
projek. Justeru, keadaan ini dilihat sebagai satu peluang untuk mengelakkan kesilapan besar
daripada berlaku sewaktu pelaksanaan projek, sama ada disebabkan oleh kemungkinan
masalah-masalah alam sekitar timbul ataupun disebabkan perubahan yang diperlukan bagi
memininmumkan kesan terhadap alam sekitar. EIA apabila diaplikasikan dalam perancangan
dan struktur penyelesaian masalah, memberikan maklumat tambahan untuk membuat
keputusan yang lebih baik.
Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 1985 telah menyatakan keperluan
undang-undang untuk EIA bagi aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan. Walaubagaimanapun,
Menteri berhak menentukan mana-mana aktiviti yang mungkin mempunyai impak yang
signifikan kepada alam sekitar untuk disenaraikan dalam aktiviti yang memerlukan kelulusan
EIA. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang telah
disenaraikan, mestilah menghantar laporan EIA kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
sebelum mendapat apa-apa kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa yang relevan.
Laporan tersebut harus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan
harus mengandungi penilaian terhadap kehadiran impak aktiviti tersebut kepada alam sekitar.
Laporan tersebut juga harus mempunyai cadangan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengelakkan, mengurangkan atau mengawal impak tersebut kepada alam sekitar.

Aktiviti yang tertakluk kepada kajian EIA

Didefinisikan mengikut saiz projek (ikut keluasan) atau kuantum dan semua yang tidak boleh
dinilai mengikut unit pengukuran.

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Tersenarai)(Penilaian Impak Alam Sekitar 1987)
menyenaraikan 19 kategori major yang mensyaratkan EIA dilakukan sebelum menjalankan
aktiviti. Antara aktiviti tersebut adalah :

• Pertanian
• Lapangan Terbang
• Perikanan
• Industri
• Janaan dan Pemindahan Kuasa
• Rawatan dan Pelupusan Sisa
• Pengangkutan
• Taman Rekreasi dan resort
• Infrastruktur
• Petroleum
• Penggunaan tanah
• Perhutanan
• Perumahan
• Perparitan dan Saliran
• Kuari
• Bekalan Air
• Landasan Keretapi
• Pelabuhan
• perlombongan
Permulaan kepada kajian EIA

Konsep Projek.

Pemaju harus memastikan konsep projek pembangnan mestilah tidak bercanggah dengan
mana-mana pelan pembangunan, polisi ataupun apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan
melalui Kajian EIA, antaranya ialah (tidak tertakluk kepada yang dibawah sahaja):

1. Pelan Pembangunan Nasional.

2. Pelan Struktur.

3. Pelan Tempatan.

4. Pelan Bersekutu (antara negeri)

5. Persetujuan antara Kerajaan dengan Kualiti Alam Sdn. Bhd untuk pelupusan bahan
buangan berkala.

6. Persetujuan antara Kerajaan Malaysia dan Pantai Medivest Sdn Bhd, Faber Mediserve Sdn
Bhd., dan Radicare Sdn Bhd untuk proses pelupusan bahan sisa klinikal daripada
hospital- hospital kerajaan.

7. Garis panduan pembangunan di kawasan tinggi.

8. Garis panduan untuk zon pendudukan industry.

Pemilihan Tapak Projek

Kriterian untuk pemilihan tapak baru biasanya merangkumi aspek kejuruteraan, alam sekitar
dan ekonomi. Pada kebiasaannya, kriteria-kriteria ini menghadkan pilihan tapak yang sesuai
kepada bilangan yang sedikit. Pun begitu, tapak-tapak ini masih perlu dikaji dan disiasat untuk
memastikan kesesuaian melalui kaedah lawatan ke tapak dan analisis maklumat sedia ada. Pada
tahap ini, langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan pnyelesaian masalah
sosioekonomi juga diambil kira. Sekiranya projek terletak berhampiran dengan petempatan
awam ataupun laluan sumber air bersih, pengguna akan mendapat kesan langsung daripada
projek tersebut. Jadi, isu pampasan dan pelaburan sifar juga diambil kira dalam EIA.

Pemaju juga tidak digalakkan untuk memilih kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Sensitif
(ESA) ataupun berhampiran; sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Nasional (April 2005). ESA harus diintegrasikan dalam perancangan dan pengurusan tanah dan
sumber alam bagi memastikan pembangunan yang lestari. Pengurusan ESA harus mengikut
criteria berikut :
Ranking 1 ESA — Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan boleh dilakukan
kecuali untuk tujuan eko-pelancongan, kajian dan pembelajaran

Ranking 2 ESA — Tiada pembangunan dan pertanian. Pembalakan secara lestari dan
eko-pelancongan dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu.

Ranking 3 ESA — Pembangunan terkawal boleh dilakukan dengan kawalan ketat


bergantung kepada masalah-masalah yang mungkin timbul.

Keperluan Prosedur dalam EIA

Bermula 1hb Jun 2007, hanya jururunding EIA yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar
dibawah satu skim baru iaitu Skim Pendaftaran jururunding EIA yang boleh melakukan kajian
EIA (sebelum jni, pemaju projek yang mempunyai kemampuan dalaman atau mana-mana
jururunding EIA boleh melakukan kajian EIA).

Ini berlaku kerana Jabatan Alam Sekitar ingin memastikan hanya profesional yang
berpengalaman dan kompeten shaja boleh melakukan kajian EIA. Senarai jururunding EIA
berdaftar dipaparkan di laman web Jabatan Alam Sekitar dalam tiga (3) kategori :

• Jururunding EIA
• Jururunding Mengikut Subjek
• Pembantu Jururunding

Dua prosedur yang diamalkan di Malaysia adalah Penilaian Awal dan Penilaian Teliti.

Penolakan laporan EIA yang diterima adalah disebabkan oleh kegagalan pihak perunding
menyediakan laporan EIA mengikut kehendak Seksyen 34A(4), Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 berdasarkan kepada asas — asas berikut :

• Langkah tebatan dan kawalan pencemaran yang dicadangkan tidak mencukupi atau
tidak merangkumi aspek-aspek kritikal yang dikenalpasti;
• Gagal menyediakan maklumat yang mencukupi berkaitan isu-isu kritikal yang
dikenalpasti.
• Penentuan sempadan projek yang masih belum dimuktamadkan;
• Cadangan konsep pembangunan yang belum dimuktamadkan;
• Penyediaan garis dasar kualiti alam sekeliling yang tidak memuaskan dan tidak
mengikut keperluan yang ditetapkan; dan
• Ketidaksesuaian tapak pembangunan dan persekitaran dengan cadangan pembangunan
yang hendak dilaksanakan.
PEMBERSIHAN AWAM

Definisi

Definisi Perkhidmatan Pembersihan Awam Mengikut Akta 672

• Membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awam dan longkang awam.
• Membersihkan :

i. Pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyai dan disenggarakan secara
persendirian dan
ii. Pasar kecuali pasar yang dipunyai dan di senggarakan secara persendirian.
• Membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang-undang
undang di
atas jalan awam dan di tempat awam.
• Membersihkan pantai.
• Memotong rumput di tepi bebendul jalan awam.
• Memotong rumput ditempat awam.
• Mengalihkan bangkai.

tetapi tidak termasuk pelandskapan dan penyenggaraan jalan awam dan tempat awam.

Membersihkan Jalan Awam Mengikut Akta 672

Jalan Awam bermaksud:-

mana jalan awam yang sedang diperbaiki atau disenggarakan oleh Pihak Berkuasa
a) mana-mana
Tempatan tetapi tidak termasuk mana
mana-mana
mana jalan persekutuan, jalan negeri, lebuh raya,
jambatan, terowong atau apa-apa
apa yang bersambung kepada jalan itu yang disenggarakan dan
dijaga oleh mana-mana
mana Pihak Berkuasa Persekutuan atau Negeri atau mana
mana-mana
mana orang
persendirian atau badan persendirian.

b) Yang telah dipindahkan hak milik kepada atau telah terletak hak pada Pihak Berkuasa
Tempatan di bawah mana-manamana undang
undang-undang bertulis, termasuklah mana-mana mana jalan,
medan, halaman, jalan kecil, lorong, jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, jalan
lalu, terowong, hentian sebelah, persimpangan, bulatan, pulau pembahagi lalu lintas,
pembahagi jalan, lorong lalu lintas, llorong
orong memotong, lorong perlahan, bahu jalan, jalan
median, laluan atas, laluan bawah, jalan tuju, tanjakan masuk atau keluar sama ada jalan
tembus atau tidak, yang orang awam berhak lalu.

Membersihkan Tempat-Tempat
Tempat Awam

Ianya bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dari


sampah sarap di tempat-tempat
tempat awam seperti kawasan
rekreasi, stesen bas, kawasan pantai dan sebagainya.

Membersihkan Tandas-Tandas
Tandas Awam

tandas awam selamat digunakan serta memberi keselesaan


Ianya bagi memastikan tandas-tandas
kepada orang ramai yang menggunakannya. Tahap kebersihan tandas awam yang tinggi adalah
penting untuk memberi imej yang baik kepada negara.

Longkang Awam
Membersihkan Longkang-Longkang

Ianya bagi memastikan longkang


longkang-longkang awam
bersih daripada sisa pepejal termasuk sisa
sisa-sisa
makanan dan tumbuh-tumbuhan,
tumbuhan, supaya air dapat
mengalir dengan lancar untuk mengelakkan
berlakunya banjir kilat serta mencegah pembiakan
vektor yang boleh menyebabkan penyakit.
Membersihkan Pusat Penjaja Dan
Pasar Awam

Ianya bagi memastikan persekitaran yang


bersih dan selamat di pusat penjaja dan
pasar awam supaya dapat mencegah
pembiakan vektor yang boleh
mendatangkan penyakit berjangkit serta
memberi keselesaan kepada pengguna.

Membersihkan Sisa Pepejal Terkawal Yang


Dibuang Dengan
engan Menyalahi Undang
Undang-Undang

Pembuangan sisa pepejal terkawal yang menyalahi


undang-undang,
undang, dipanggil juga sebagai sampah
haram. Sampah-sampah
sampah haram perlu dibersihkan
untuk mengelakkan berlakunya pencemaran ke atas
alam sekitar, pembiakan penyakit serta
kemungkinan berlakunya kebakaran. Ia juga bagi
mewujudkan suasana yang bersih serta
pemandangan yang elok untuk menjaga imej negara.

Membersihkan Pantai

Kawasan pantai sering menjadi tumpuan


orang ramai dan pelancong dan perlu
sentiasa berada dalam keadaan yang
bersih dan selamat. Selain daripada
membersihkan kawasan pantai daripada
sampah sarap di atas tanah, objek-objek
objek
berbahaya yang tertanam di dalam pasir
seperti kaca, besi, dan seumpamanya
yang boleh menyebabkan kecederaan
kepada pengunjung ng perlu dibuang.
Pembersihan pantai dilakukan dengan
kaedah manual atau jentera/mesin.
Memotong Rumput Di Tepi Bebendul Jalan
Awam Dan Di Tempat Awam.

Pemotongan rumput adalah untuk memastikan


persekitaran yang bersih dan selamat daripada
binatang berbahaya seperti ular, kala jengking dan
seumpanya. Selain itu untuk memberi keselesaan
kepada pengguna di tempat awam contohnya di
taman rekreasi, padang bola dan seumpanya. Ia juga
bagi memelihara pemandangan dan landskap di
bebendul jalan.

Mengalihkan Bangkai

Bangkai yang terdapat di tempat awam


biasanya adalah :-

binatang peliharaan - anjing dan kucing


binatang ternakan - lembu, kambing,
ayam, dan itik
binatang liar - monyet, musang, ular, babi
hutan dan biawak

Bangkai-bangkai di atas perlu dialih dan


dilupuskan di tempat yang selamat untuk
mewujudkan persekitaran yang bersih,
mengelakkan pencemaran serta
ketidakselesaan kepada orang awam
seperti bau busuk. Terdapat kemungkinan
bangkai binatang berpenyakit yang boleh
memudaratkan orang ramai. Bangkai-
Bangkai
bangkai yang dibiarkan di tempat awam
juga boleh menimbulkan gangguan
kepada lalulintas.
Pengenalan Rumput

Bahagian Utama Rumput

Perbandingan Jenis Rumput Turf Utama Di Malaysia

Grwoth Kadar Tahan Tahan


Jenis Kelasakan
Habit Pertumbuhan Kemarau Teduhan
Cowgrass Stolon Baik Sederhana Sangat Baik Sangat Baik
Stolon &
Bermudagrass Sangat Baik Sangat Baik Amat Lemah Cemerlang
Rhizom
Seraggoongrass Stolon Baik Baik Sederhana Sangat Baik
Stolon &
Zoysiagrass Lambat Sangat Baik Baik Cemerlang
Rhizom
Cowgrass

Axonopus compressus (ada sebahagian pendapat mengatakan Paspalum conjugatum). Rumput


jenis ini popular di Malaysia dan mudah di jaga.Ia tidak perlu banyak baja dan kurang
bermasalah (serangga atau penyakit). Ia agak lambat panjang kecuali jika ia terlalu banyak
diberikan baja atau terlalu banyak lindungan. Ia berakar pendek, hal ini menyebabkan ia tidak
tahan kemarau. Pearlgrass merupakan suatu cultivar dari Cowgrass. Ia berwarna hijau pekat,
dan tumbuh lebih rapat dari Cowgrass Ia juga lebih rapat ke tanah dan satu sama lain

Bermudagrass

Cynadon dactylon atau dalam kata lain hasil dari “perkahwinan” diantara Cynodon dactylon dan
Cynodon transuaalensis.

Bermudagrass terus hijau sepanjang tahun dalam keadaan cuaca di negara kita. Ia mempunyai
keperluan cahaya yang tinggi.Jika ia kurang mendapat cahaya, maka ia akan menghasilkan
daun yang kurus dan panjang.Namun apabila kemarau dan juga hujan yang keterlaluan ia tetap
bertahan. Bermudagrass adalah sesuai untuk ditanam di kawasan seperti padang golf, bola,
taman permainan yang kurang perabot dan sebagainya.
Serangoongrass

Digitaria didactyla.Ia adalah tumbuhan yang biasa hidup di kawasan tropika dan subtropika.Ia
merupakan jenis tahan dilitupi air untuk jangkamasa pendek atau dalam erti lain ia tahan banjir
dan ia juaga boleh bertahan pada musim kemarau dengan mengecut atau menggugurkan
daun.Ia juga tahan lindungan dan amat sesuai di tanam di sekeliling bangunan.Petumbuhan ia
lambat panjang dan kurang perlukan baja.Tetapi dengan warnanya yang hijau muda
menjadikannya kurang diminati.

Zoysiagrass

Terdapat beberapa jenis iaitu rumput Zoysia matrella atau kekadang Zoysia
japanica atauZoysia tenufolia dan beberapa hybrid dari Zoysia japanica dan Zoysia
tenufolia.Ia berwarna hijau muda sama seperti Serangoon grass tetapi ia lebih kurus.Tumbuh
menegak lebih dari tumbuh mendatar .Ia juga lambat tumbuh rapat.Rumput jenis ini
memerlukan lebih baja dan kerana ia tumbuh menegak dan ia juga perlu lebih kerap dipotong.
Zoysia matrella mempunyai ketahanan lindungan yang baik walaupun tidak seperti
Cowgrass.Rumput ini juga digunakan di padang bola/golf dan atau taman permainan.
Penyakit-Penyakit Rumput

Kebanyakan penyakit rumput adalah disebabkan oleh kulat. Organisma seni ini tidak
mempunyai klorofil oleh itu tidak dapat membuat makanan sendiri. Sesetengah kulat adalah
lebih kecil dari bakteria dan yang lainnya contohnya cendawan boleh dilihat diatas atau
dibawah permukaan tanah. Kulat boleh dipindahkan melalui tiupan angin, air yang mengalir,
serangga atau haiwan, peralatan, ataupun manusia.

Sangat sedikit bakteria yang menyebabkan penyakit rumput turf.Yang relevan untuk kita
hanyalah kepada Bermudagrass yang disebabkan oleh bacterium; Clavibacter xyli sub.
sp. cynodontis. Tanda-tandanya ialah bulatan-bulatan rumput mati.Pada daun boleh dilihat
symptom klorosis. Ia membiak di bawah stress kurang cahaya. Kebanyakan penyakit bakteria
boleh dikawal dengan mengelakkan kecedraan yang membenarkan bakteria masuk ke dalam
tumbuhan

Sangat sedikit penyakit rumput disebabkan oleh virus.Para saintis tidak muafakat samada virus
ialah suatu makhluk yang hidup atau tidak. Pentingnya ia adalah ejen penyakit berjangkit. yang
boleh membiak dalam sel hidup yang spesifik. Diluar sel tersebut; mereka adalah ibarat bahan
kimia.Virus menyebabkan penyakit dengan merosakkan proses kehidupan biasa sel tumbuhan.
Oleh kerana sel tersebut lemah, ia akan lebih mudah untuk dijangkiti penyakit lain. Penyakit
virus sering dikelirukan dengan kekurangan zat, masalah genetik, kecederaan kimia dan lain-
lain.

Faedah Utama Rumput

• Menghalang hakisan tanah.Kawasan yang berumput akan mengurangkan hakisan air


berbandingtanah lapang yang botak.
• Mengurangkan habuk.Tanah lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca
kering.
• Mengelakkan larian permukaan.Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang
tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya. Kawasan
berumput juga boleh membantu kawasan sekitaran untuk lebih lambat 'banjir kilat'
berbanding kawasan yang di litupi bahan-bahan yang tak menyerap air seperti konkrit,
tar, jubin dan sebagainya, kerana ia mampu menyerap dan memperlahan kan
pergerakan air.
• Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir
melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik
dan sebagainya. Ini relevan untuk kawasan yang mempunyai masalah bahan kimia atau
lain-lain cemaran berbentuk cecair.
• Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap
sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar. Ia akan
menghalang dari partikel tersebut naik semula menjadi cemaran.
• Membekalkan oksigen. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap
karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).
• Penyejukkan.Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan
yang sama, rumput turf akan menyerap haba dan seterusnya menyejukkan kawasan
sekelilingnya.
• Kecantikkan. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang
panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata.
• Nilai hartanah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain
atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai (atau
mengadap) kawasanrumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester
United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding di
penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.
• Kawasan sukan dan rekreasi.Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan
rekreasi ataupun padang sukan.

PERUNDANGAN

Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah diwartakan pada
30 Ogos 2007. Akta 672 digubal bagi memastikan keseragaman undang-undang dalam
pengawalan dan pengawalseliaan perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah
Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Akta 672 memperuntukkan bahawa semua semua pengusaha bagi perkhidmatan pengurusan
sisa pepejal, pengusaha bagi perkhidmatan pengurusan pembersihan awam serta pengendali
apa-apa apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal dikehendaki membuat permohonan
kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi mendapatkan lesen
sebelum perkhidmatan dapat diberikan. Terdapat juga peruntukan yang mengkehendaki semua
pembinaan atau pengubahan dan penutupan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang
ditetapkan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan
Sisa Pepejal Negara terlebih dahulu.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam adalah sebuah badan berkanun
di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Ia ditubuhkan melalui Akta
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673). Perbadanan ini
merupakan organisasi yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir dan menguatkuasa Akta
Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Akta 672 telah memberikan kuasa untuk Kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh
Semenanjung Malaysia dan Wilayah – wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Pelaksanaan
Akta 672 dan peraturan – peraturan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan
pembesihan awam akan mencetuskan satu perubahan besar dalan modus operandi pengurusan
sisa pepejal dan pembesihan awam di Malaysia.
Selepas Akta 672 dikuatkuasakan, semua kerja – kerja pengurusan sisa pepejal dan pembesihan
awam akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Perbadanan. Perubahan ini melibatkan
pengambilalihan dengan serta merta tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembesihan
awam daripada semua PBT. Ini adalah kerana PBT tidak mempunyai kuasa dari segi undang –
undang untuk mengendalikan kerja – kerja kutipan dan pelupusan sampah serta perkhidmatan
pembersihan awam seperti membersihkan jalan, tempat awam, tandas awam dan longkang.
Perbadanan akan mengambil alih pengurusan dan operasi semua tapak pelupusan yang
diuruskan oleh PBT termasuk mengenalpasti dan menilai tapak pelupusan sanitari, stesen
pemindahan, teknologi insinerator dan pengurusan loji.

KITAR SEMULA

3R

Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di
Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat
Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah
dan sebagainya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11


November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar
kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan
dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % )
dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan
pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi
memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan
sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan),


Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1
dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian
daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat
secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada
dilupuskan ke tapak pelupusan.

Pengurangan:
• Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah
sisa pepejal yang dihasilkan.

Penggunaan semula:
• Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang
mana masih boleh digunakan lagi.
Kitar semula:
• Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran.

Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang


efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan
diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula”.

Pengurangan

DEFINISI

Pengurangan bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak
diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber
dimana penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah :

• Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak,


• Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan bebas toksik,
• Mereka bentuk produk supaya mengurangkan penggunaan bahan mentah, mempunyai
jangka hayat yang panjang atau boleh diguna pakai semula.

MENGAPA KITA PERLU MENGURANGKAN SISA?

Pengurangan sisa sebenarnya adalah satu cara untuk mengelakkan penghasilan sisa, jadi ianya
merupakan kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa serta dapat memelihara alam sekitar.

CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA.

a) Mengurangkan penggunaan plastik. 1/3 daripada komposisi sisa ialah bahan plastik
pembungkus.

o Beli barangan dengan pembungkus yang boleh di kitar semula atau yang
diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.
o Penggunaan beg plastik tidak digalakkan jika anda membeli barang dalam
kuantiti yang sedikit.

b) Apabila anda membuat sedikit perubahan pada senarai pembelian, secara tidak langsung
anda mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dari rumah atau sekitarnya.

c) Anda boleh mengurangkan jumlah sisa yang terhasil dengan memilih jenis sisa yang dibuang.
Ini adalah satu proses yang senang dan mudah dimana anda hanya perlu mengikuti panduan
mudah seperti di bawah bagi mengurangkan sisa anda di rumah, sekolah ataupun di tempat
kerja.

Beli apa yang anda perlu


Elakkan pembelian barang yang tidak diperlukan untuk mengurangkan penghasilan sisa.
Barang-barang yang jarang digunakan boleh dipinjam atau dikongsi dengan orang lain.

Beli barang yang boleh digunakan semula


Beli produk berasaskan botol kaca atau tin dan bateri yang boleh dicas semula. Barang — barang
seperti ini boleh digunakan berulang kali, seterusnya mengurangkan penghasilan sisa.

Beli pembersih rumah serba guna


Ianya lebih menjimatkan dan menguntungkan daripada membeli banyak jenis pembersih
rumah.

Beli barangan dalam bungkusan yang sedikit


Ia dapat mengurangkan pembuangan bungkusan dalam tong sampah anda. Untuk barang yang
selalu digunakan, beli dalam kuantiti yang banyak kerana ianya dapat menjimatkan wang anda
serta mengurangkan pembungkusan.

Jual atau derma barang — barang yang tidak diperlukan


Menderma/memberi barang-barang yang tidak perlu kepada keluarga, kawan atau jiran dapat
mengurangkan sampah. Anda juga boleh menjual barang kepunyaan anda melalui jualan car-
boot untuk memperoleh wang tambahan.

Mengurangkan penggunaan kertas dengan membatalkan surat yang tidak diperlukan


Kita dapat mengurangkan penggunaan kertas dengan membayar bil secara on-line.

Mengurangkan pembelian produk yang mengandungi bahan-bahan merbahaya


Kebanyakan barang-barang berbahaya seperti racun perosak tidak boleh dikitar semula kerana
mengandungi bahan kimia. Kurangkan membeli barang-barang berbahaya seperti ini.

Sebolehnya beli barang yang tidak bertoksik


Kebanyakan barang yang bertoksik seperti minyak motor dan racun pemusnah serangga tidak
boleh digunakan semula.

Cari kaedah selamat bagi barangan rumah yang merbahaya


'Baking soda' dan cuka boleh digunakan sebagai bahan pencuci di rumah. Minyak zaitun dan jus
limau adalah alternatif bagi penggilap perabot kimia dan penggunaan lilin wangi sebagai ganti
kepada alat penyegar udara kimia.
Penggunaan Semula

DEFINISI

Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam


mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam
kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap
pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas
semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang
tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta
memelihara sumber asli semula jadi.

MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING?

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan
semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan,
pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran
bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke
atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah :

• Pemeliharaan sumber semula jadi


Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak
diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan
kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang
dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian
barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang
di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan
barang baru.

• Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.


Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen
lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya
dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk
membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia
berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan
menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa
berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

• Menjimatkan kos
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan
sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah
dan pengguna-pengguna individu.

o Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi dengan


amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang
yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat
dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah
keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk
harga barang yang rendah.
o Pengguna. Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada
pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan
yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada
penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda!
Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu
bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan
bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan
kehidupan seharian kita.

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu,
sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh
digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula
barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

APAKAH BAHAN YANG DAPAT DIGUNAKAN SEMULA?

Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan
semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas
pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer.
Sampul surat. Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan
semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas
untuk membuat nota.
Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh
menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang – barang lebihan
yang tidak diperlukan.
Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan
untuk membungkus barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang –
barang yang mudah pecah.

Pakaian lama. Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kusyen ataupun sarung tangan dapur.

Bungkusan. Bahan logam dan bekas telur boleh didermakan ke sekolah dan taman asuhan kanak –
kanak, supaya dapat digunakan dalam kelas seni atau untuk projek kraftangan.

Kertas-kertas terpakai. Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk
mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya lagi!

Tayar. Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di
taman permainan kanak-kanak.

Kayu-kayu terpakai. Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak
rempah atau sangkar burung atau juga boleh digunakan sebagai kayu api.
Kitar Semula

DEFINISI

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar
semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang
bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah
sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan
dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif
kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula
jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang
oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

• Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli


lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
• Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang
menghasilkan sisa .
• Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana
kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak
biodegradasi).
• Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan
yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat
besar kepada alam sekitar semula jadi.

• Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang
dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat
membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
• Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan.
Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber
asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
• Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar
semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat
membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.
KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di
dalamnya.

• Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan
tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan
sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
• Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah
lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
• Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula
mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding
pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk
generasi yang akan datang.

Apa Yang Boleh Anda Bantu

PENGURANGAN

Fikir Dulu Sebelum Buang

Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi
pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.

Cadangan:

• Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk
tujuan pembungkusan.
• Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan
bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
• Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan
tuala pakai buang.
• Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasa
lambak.
• Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah
halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
• Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
• Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik.
PENGGUNAAN SEMULA

Antara barang yang boleh digunakan semula :

• Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.


• Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan
nota.
• Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan
bungkusan kertas atau kertas aluminium.
• Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan
kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
• Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak
patung yang tidak digunakan lagi.

Cara-cara untuk menggunakan semula

• Gunakan cawan kopi yang tahan lama.


• Gunakan kain lampin atau tuala.
• Isian semula botol.
• Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
• Guna semula kotak.
• Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
• Membeli pen dan pensil isian semula.

KITAR SEMULA

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah
awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya
semula.

Kitar semula mengikut jenis barang


Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti
perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang pe
untuk memulakannya.

Beli produk yang boleh dikitar semula


Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin
bekas plastik dan bekas kaca.

Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula


Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya


Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi
masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.
Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi
memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

Kitar semula di kawasan taman | Kitar semula di kalangan komuniti

Kitar semula di kawasan taman

Dengan melakukan proses kitar semula dari ranting-ranting kayu dan daun-daun serta penanaman
pokok-pokok baru, kita dapat memperbaiki kawasan persekitaran taman.

Pengkomposan
Pengkomposan adalah proses yang digunakan untuk membantu menyuburkan kawasan taman. Cara
terbaik untuk membuat pengkomposan adalah dengan mengitar semula bahan-bahan buangan dari
dapur contohnya seperti sisa-sisa makanan yang tidak diperlukan lagi.

Penguraian rumput
Penguraian rumput adalah cara terbaik untuk mengitar semula rumput yang telah dipotong dengan
membiarkan rumput-rumput itu di atas laman dan terurai menjadi nutrien dan baja kepada tanah.

Penanaman pokok
Penanaman pokok membantu memelihara alam sekitar dengan mengurangkan suhu global.

Kitar semula di kalangan komuniti

Kemudahan kitar semula sedia ada


Kemudahan kitar semula telah disediakan untuk kegunaan masyarakat di negara ini. Dapatkan
maklumat kemudahan kitar semula yang berdekatan dengan kediaman anda.

Sekolah dan perniagaan


Memainkan peranan penting untuk mempromosikan aktiviti kitar semula. Ikut panduan yang
disediakan oleh pihak sekolah atau pejabat dan fikirkan cara-cara mudah untuk meningkatkan aktiviti
kitar semula.

Projek kemasyarakatan
Libatkan diri di dalam projek komuniti yang berkaitan dengan kitar semula dengan mendermakan
barang-barang kitar semula atau memberikan idea-idea yang bernas.

Data Kutipan Kitar Semula

Bilangan Syarikat Kitar Semula


Jumlah Tong Kitar Semula & Pusat Kitar Smula
Buangan Kitar Semula mengikut Jenis
BILANGAN SYARIKAT KITAR SEMULA DI SELURUH MALAYSIA

Bil Negeri Jumlah


1 PERLIS 0
2 KEDAH 0
3 PULAU PINANG 32
4 PERAK 6
5 SELANGOR 59
6 NEGERI SEMBILAN 5
7 MELAKA 3
8 JOHOR 12
9 PAHANG 1
10 TERENGGANU 2
11 KELANTAN 5
12 SABAH 3
13 SARAWAK 10
14 WILAYAH PERSEKUTUAN 27
Jumlah Keseluruhan 165

BILANGAN TONG KITAR SEMULA, BILANGAN PUSAT PENGUMPULAN DI


SELURUH MALAYSIA

Bilangan Pusat
Bil Negeri
Tong Pengumpulan
1 PERLIS 30 5
2 KEDAH 144 59
3 PULAU PINANG 71 20
4 PERAK 532 92
5 SELANGOR 343 55
NEGERI
6 35 53
SEMBILAN
7 MELAKA 27 30
8 JOHOR 519 97
9 PAHANG 260 83
10 TERENGGANU 0 0
11 KELANTAN 0 0
12 SABAH 166 47
13 SARAWAK 243 56
WILAYAH
14 100 2
PERSEKUTUAN
Jumlah
2,470 599
Keseluruhan
Syarikat Kitar Semula

Syarikat Kitar Semula

Syarikat-syarikat yang terlibat dengan kitar semula :

UMUM
Zon Utara:Penang
PRODUK
TEKNOLOGI/PERALATAN Zon Utara:Perak
Zon Utara:Perak
Zon Utara:Perak Zon Utara:Kedah
Zon Utara:Kedah
Zon Tengah:Kuala Lumpur Zon Tengah:Kuala Lumpur
Zon Tengah:Kuala Lumpur
Zon Tengah:Selangor Zon Tengah:Selangor
Zon Tengah:Selangor
Zon Tengah:Pahang Zon Tengah:Kelantan
Zon Tengah:Pahang
Zon Selatan:Johor Zon Tengah:Pahang
Zon Selatan:Negeri
Zon Selatan:Melaka Zon Tengah:Terengganu
Sembilan
Zon Malaysia Timur:Sabah Zon Selatan:Johor
Zon Selatan:Johor
Zon Selatan:Negeri Sembilan
Zon Selatan:Melaka
Zon Malaysia Timur:Sabah
Zon Malaysia Timur:Sarawak

TEKNOLOGI/PERALATAN Zon Tengah:Pahang


1. B.I.N.S PEST CONTROL
Zon Utara:Perak
1. BCR SYTEM SDN BHD Zon Selatan:Johor
1. ASHLAB TECHICAL SERVICES
Zon Tengah:Kuala Lumpur 2. PROTOLIMA SDN BHD
1. PLASMA RENEWABLE ENERGY
SDN BHD Zon Selatan:Melaka
2. RAPAT NUSANTARA SDN BHD 1. CHAMCO INC.
3. SEGAR PRIMA SDN BHD 2. TA WV STEEL ENTERPRISE SDN BHD
4. SERVPRO (M) SDN BHD
5. UNIT PERUNDINGAN UNIVERSITI Zon Malaysia Timur:Sabah
MALAYA 1. REPROGRAPHIC BUSINESS MACHINES (S)
6. BOARDING ENGINEERING SDN SDN BHD
BHD

Zon Tengah:Selangor
1. ENVIROSOURCE SDN BHD
2. EVERLAST EQUIPMENT SUPPLIES
3. ROTOGRAF INDUSTRIES (M) SDN
BHD
4. TROPIKA SPEKTRA FARM
5. THREE R TRADING /SCREENING&
CRUSHING SYSTEMS
LTD.CHERISTCURCH,NZ

Zon Tengah:Pahang
1. B.I.N.S PEST CONTROL

Zon Selatan:Johor
1. ASHLAB TECHICAL SERVICES
2. PROTOLIMA SDN BHD

Zon Selatan:Melaka
1. CHAMCO INC.
2. TA WV STEEL ENTERPRISE SDN
BHD

Zon Malaysia Timur:Sabah


1. REPROGRAPHIC BUSINESS
MACHINES (S) SDN BHD

Vendor Kitar Semula

Kuala Lumpur
Johor
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Selangor

SEMUA DI ATAS ADALAH DI DALAM LAMAN WEB -


http://www.sisa.my/cmssite/content.php?cat=207&pageid=785&lang=bm