ZAMAN AWAL
1. Zaman Rasulullah s.a.w
2. Zaman Khulafa al-Rasyidin
Kelahiran Islam di Mekah dan
kemunculan kerajaan Islam pertama di
Madinah = titik bersejarah lahirnya
tamadun baru
Islam berjaya merubah akidah dan cara
hidup masyarakat Arab jahiliyah serta
menyatukan pelbagai bangsa
Zaman Rasulullah s.a.w
Zaman bermulanya ajaran dan tamadun
Islam
Terbahagi kepada 2 period:
Mekah
Madinah
Period Mekah
Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah
berjalan selama 13 tahun. Memberi
tumpuan:
Pembangunan akidah
Pemulihan akhlak
Membenteras maksiat dan kejahilan
Membenteras perhambaan
Pembelaan kaum wanita
Period Madinah
Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib
(Madinah) pada 622M.
Sumbangan baginda terhadap pembinaan
tamadun Islam di Madinah:
Aspek sosial
Mempersaudarakan gol. Ansar dan Muhajirin
Mewujudkan perjanjian antara masyarakat
berbilang kaum
Kedudukan wanita dibela
Membina masjid – pusat ibadah, tempat
bermesyuarat , pusat komuniti dsb.
Aspek Politik
Rasulullah s.a.w menggubal dan membentuk
perlembagaan Madinah bersumberkan al-Quran
Perlembagaan Madinah – 47 fasal:
23 fasal – hubungan sesama umat Islam
24 fasal – hubungan umat Islam dengan bukan Islam
Implikasi perjanjian – memantapkan kedudukan
politik umat Islam dan wujud keamanan.
Baginda melantik gabenor, pemungut cukai dan
hakim dr kalangan sahabat di beberapa wilayah spt.
Yaman, Uman, Najran, Hadramaut.
Rasulullah turut mengasaskan majlis syura berfungsi
sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan
bagi membuat dasar pemerintahan dan menjaga
kepentingan rakyat.
Aspek Ekonomi
Memperkenalkan cukai – zakat, jizyah (cukai kepala),
kharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam
dengan jalan damai) dan ‘usyur (cukai perniagaan)
Menghapuskan amalan riba
Penggunaan matawang dinar (emas) dan dirham
(perak)
Menubuhkan baitulmal bagi mengurus sumber ekonomi
seperti zakat,sedekah, jizyah, ghanimah dsb
Menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam
perniagaan, pertanian dan penternakan
Aspek Dakwah
Rasulullah s.a.w menghantar para pendakwah dari kalangan
sahabat ke seluruh Semenanjung Tanah Arab bagi
menyebarkan ajaran Islam
Aspek Ketenteraan
Rasulullah s.a.w sebagai ketua tentera dan mengetuai
hampir semua peperangan menentang musuh.
Antara strategi ketenteraan yang dilakukan oleh baginda:
Mengadakan perjanjian dengan pihak musuh
Merahsiakan jumlah tentera musuh yang akan dihadapi
Mengenalpasti tempat strategi di medan perang
Penyamaran
Menggali parit
Senibina
Bermula dengan membina masjid
Masjid pertama masjid Quba’
Pendidikan
Masjid telah dijadikan sebagai institusi pendidikan
Rasulullah menggalakkan setiap peringkat masyarakat
menimba ilmu pengetahuan
Beberapa orang guru telah dihantar ke beberapa daerah
untuk mengajar
Baginda pernah meletakkan syarat kepada tawanan
perang yang ingin membebaskan diri dengan mengajar
anak-anak penduduk Madinah sehingga pandai menulis
dan membaca
Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun
632M, tampuk pemerintahan Islam diteruskan oleh
Khulafa’ al-Rasyidin:
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632-634M)
Khalifah Umar al-Khattab (634-644M)
Khalifah Uthman Affan (644-656M)
Khalifah Ali Abi Talib (656-661M)
Mereka meneruskan dakwah baginda Rasulullah
dan meletakkan al-Quran dan al-sunnah sebagai
sumber utama pemerintahan dan pentadbiran
Antara perubahan yang berlaku di
sepanjang zaman khulafa al-rasyidin:
Wujud institusi khilafah
Membentuk institusi al-wazarah
Menambahbaik sistem kehakiman
Pelaksanaan ijtihad dalam sistem perundangan
Meningkatkan peranan majlis syura
Bentuk senibina yang pelbagai
Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
1. Tertumpu kepada menghapuskan gerakan murtad (yang enggan
membayar zakat) dan nabi palsu.11 pasukan tentera ditubuh untuk
memerangi golongan tersebut.
2. Menghantar tentera pimpinan usamah b Zaid ke Qudha’ah dan
Abna ke Syria – tujuan : melindungi umat Islam drpd ancaman Rom
dan Parsi
3. Mengumpulkan al-Quran hasil pandangan Saidina Umar akibat
ramai penghafaz gugur syahid di medan perang. Dikumpulkaan
dan disatukan dlam bentuk mashaf dan disimpan dirumah Saidina
Abu Bakar
4. Membelanjakan 6000 dirham setahun untuk rakyat dan negara.
5. Membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada beberapa
wilayah – Madinah, Mekah, Taif, Syria, Yaman, Najran, Hadramaut,
Bahrain dan Daumat al-Jandal. Dilantik seorang gabenor di setiap
wilayah dan Madinah sebagai pusat pentadbiran.
Zaman Khalifah Umar al-Khattab
1. Digelar zaman ‘The Golden Age’
2. Pendidikan :
1. menubuhkan institusi pendidikan di kota2 spt. Basrah, Kufah, Fustat.
2. Menubuhkan kuttab (pra-sekolah)
3. Bentuk pendidikan – membaca, menulis, menghafaz, berenang,
menunggang kuda
3. Politik – perluasan wilayah – Afrika Utara, Asia Minor,
Khurasan. Membahagikan wilayah – 8 : Madinah, Mekah,
Syria, al-Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir, Palestin. Setiap
wilayah dilantik gabenor yang dibantu setiausaha, ketua
tentera, pemungut cukai, hakim, pegawai perbendaharaan.
4. Pentadbiran - menubuhkan jabatan (dewan) – Jab.
Tentera, Jab. Ganjaran dan Agihan, Jab. Pos, Jab. Cukai.
5. Sosial – menubuhkan pelbagai kemudahan. Menubuhkan
baitulmal yang sistematik
Zaman Khalifah Uthman b Affan
4. Senibina
Senibina masjid semakin menyerlah dengan ukiran ayat-
ayat al-Quran yang indah, adanya kubah, arca dan
sebagainya
Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap 2 di Andalusia (756-
1031M):
Penguasaan ke atas Andalusia oleh kerajaan Bani Umayyah mula
berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil 1
Zaman kegemilangan berlaku pada zaman khalifah Abdul Rahman III
dan al-Hakam II
1.Pendidikan
Di zaman al-Hakam II, ramai sarjana Islam dihantar ke beberapa wilayah
misalnya, Cairo, Damacus, Baghdad untuk mengumpul buku-buku dalam
pelbagai bidang
Di zaman beliau terdapat 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia
Pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III
menjadi pusat pengajian terkenal di Eropah.
Pusat pengajian terkenal lain terdapat di Seville, Toledo, Malaga dan Granada
2.Pusat Penterjemahan
Pusat penterjemahan terkenal terletak di Toledo
Kesan kegiatan penterjemahan menjadikan Andulisia pusat kegemilangan
tamadun Islam dan menjadi penggerak kepada kebangkitan masyarakat Eropah.
3. Senibina
Antara senibina terkenal – istana al-Hamra’ dan masjid
jamek Cordova
4. Ekonomi
Sistem kewangan ditubuhkan bg mengimbang
pendapatan dan perbelanjaan.
Sumber pendapatan – zakat, jizyah, kharaj dsb.
Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan
antarabangsa.
Andalusia juga menjadi pusat membuat tembikar,
perhiasan perak dan emas, memproses kulit, mengeluar
senjata
Sektor pertanian dimodenkan
Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah
Pemerintahan Abbasiyah adalah berketurunan daripada al-
Abbas, bapa saudara Nabi s.a.w.
Pengasas kerajaan keturunan al-Abbas ialah Abdullah as-
Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas
Pusat pemerintahan di Baghdad.
Pemerintahan Abbasiyah bermula dari tahun 132H hingga
tahun 656H. Tempohnya ialah selama 524 tahun. Pada
tahun 656H, kaum Tatar melanggar dunia Islam, membunuh
khalifah Abbasiyah serta ramai kaum keluarnya dan dengan
demikian, berakhirlah zaman pemerintahan Abbasiyah.
Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyyah
1. Pendidikan
Pemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmu
Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan
Golongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiah
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pelupor kegiatan intelektual.
Pengasas kota Baghdad dan kolej perubatan. Menjemput Jurjis b
Jibril, pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad sebagai pengarah
kolej perubatan.
Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) yang juga
pengasas ‘Khizanah al-Hikmah’.
Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun Harun
al-Rasyid (813-833M). Lahir ramai sarjana dalam pelbagai bidang
ilmu. Khizanah al-Hikmah dibesarkan dan ditukar nama kepada
‘Baytul Hikmah’. Dilantik Hunayn b. Ishaq sebagai pengarahnya.
2. Penterjemahan
Aktiviti penterjemahan karya klasik Yunani, Parsi dan India
bermula pada pemerintahaan al-Ma’mun. Usaha ini dilakukan
oleh sarjana yang bertugas di ‘Baytul Hikmah’.
Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir
al-Quran giat dijalankan.
Aktiviti penterjemahan ke bahasa Arab membolehkan sarjana
Islam mempelajari ilmu sains zaman sebelum Islam.
5. Kemunculan mazhab
Muncul golongan mujtahid (ulama-ulama Islam yang melakukan
ijtihad dalam usaha menentukan hukum bagi suatu masalah yang
timbul dalam masyarkat). Mereka terdiri dari ahli ‘qias’ atau ahli
hadis.
Ahli ‘qias’ = ulama yang banyak menggunakan fikiran atau qias untuk
menetapkan suatu hukum. Ahli hadis = ulama mengeluarkan hukum
bersandarkan hadis.
Muncul pelbagai mazhab termasuk mazhab Hanafiyah, Malikiyah,
Shafi’iyah dan Hanbaliyah.
Perbezaan pendapat dalam mazhab tidak membawa kepada
perpecahan kerana perbezaan pendapat/fahaman berlaku pada
perbezaan perkara cabang (furu’) bukan perkara asas dalam Islam
Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah (1258-1924)
Nama Uthmaniyah diambil bersempena nama sultan Uthman –
sultan pertama kerajaan Turki Uthmaniyah.
Pengasas kerajaan ini – Uthman bin Sauji Bin Erturgul b. Sulaiman
Shah.
Mula bertapak di Asia Kecil dan kemudian di Istanbul.
Sumbangan Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah
1. Pentadbiran dan Perundangan
Sultan Sulaiman telah memperkenalkan peraturan bagi
kerajaannya – Kanun Sulaiman
Sistem organisasi dan perundangan Islam diwujudkan
Jawatan kadi, mufti dan sheikhul diperkenalkan
2. Ekonomi
Wujud hubungan perdagangan antara Timur dan Barat meliputi
laut tengah, laut Merah, lautan Hindi dan Mediterranean.
Istanbul menjadi pusat perdagangan.
3. Sosial
Menghapuskan sistem berasaskan keturunan dan susu lapis
masyarakat
Peranan Kerajaan Uthmaniyah
1. Kesatuan umat dan dunia Islam
Berjaya menyatukan dunia Islam seperti Iraq, Palestin,
Mesir, Algeria, Sem. Tanah Arab, Tunis sebagai satu
kesatuan dgn semenanjung Balkan dan Turki serta Eropah
Timur bagi menghadapi serangan Portugis dan Sepanyol.
2. Mempertahankan umat Islam dan ajaran Islam
Menyekat kemaraan serangan tentera salib
3. Mempertahankan Tanah Suci Umat Islam
Pertahankan Mekah, Madinah dan Palestin dari serangan
yahudi. Misalnya, Sultan Salim 1 melarang orang2 yahudi
berhijrah ke Sinai.
4. Mengekalkan amalan syura
5. Meneruskan dakwah Islam
Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menawan kota
Constantinopel dan menukar nama kepada Istanbul
6. Membina jaringan keretapi
Membina landasan keretapi dari Syam ke Madinah yang
menghubungkan Hijaz, Turki dan Semananjung Balkan dan
Eropah Selatan. Usaha ini dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid
7. Menjalinkan hubungan baik dengan non-muslim
8. Penguasaan tiga lautan
Iaitu Laut Mediteranean, Laut Merah dan Laut Hitam. Ini
menjadikan kawasan Afrika dan Asia aman dan bebas daripada
pengaruh salibiyah.