Anda di halaman 1dari 2

Cimbuak - Forum Silaturahmi dan Komunikasi Masyarakat Minangkabau

Qudwah Hasanah
Contributed by Dr. H. K. Suheimi
Tuesday, 11 September 2007

Qudwah Hasanah artinya Tauladan yang baik. Tauladan yang baik inilah yang didambakan umat saat ini. Seseorang
yang dapat memberikan contoh dan suri tauladan. Umat selama ini kecewa terhadap perangai pemimpinnya yang tak
memberikan tauladan.

Untuk itu ada baiknya kita simak Fatwa Majelis Ugama Singapura sebagai berikut Qudwah Hasanah. Dalam istilah masa
kini, ia boleh disamakan dengan kepimpinan melalui teladan. Seorang pemimpin Islam, tidak harus hanya berbicara
mengenai keunggulan Islam, tetapi mesti mampu menunjukkannya dengan contoh-contoh dalam kehidupan hariannya.
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu berbuat ?. Amat besar kebencian
di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". (As-Shaf: 2-3) .

Dalam arti yang lebih meluas, qudwah hasanah menuntut seseorang, pimpinan, agar menjadikan dirinya teladan dalam
kehidupan sehariannya seruan-seruan kebaikan yang dia laung-laungkan. Dia harus bartindak sebaik kebaikan yang
dianjurkannya, bukan sebaliknya. Jika dia menyeru dibasmi korupsi, dia sendiri mesti bersih dari segala unsur korupsi.
Jika dia menganjurkan peningkatan ilmu, dirinya mesti menjadi teladan sebagai seorang pencinta ilmu. Jika dia
memanggil kepada kemuliaan akhlak, peribadinya sendiri adalah gambaran akhlak mulia.
Nabi Muhammad s.a.w. ialah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya Aesha ditanya mengenai akhlak
Nabi, beliau menjawab: "Akhlak Nabi ialah Al-Quran!"
Maksudnya, keperibadian Nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bartindak, kehidupannya, semangat
dan perjuangannya - semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan Al-Quran. Apa yang baginda lakukan adalah
melaksanakan anjuran Al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarang Al-Quran. Baginda
menyampaikan Al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat dan isi Al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh
dalam dirinya adalah hasil asuhan Al-Quran. Jadilah baginda seolah-olah Al-Quran yang hidup. Itulah yang dimaksudkan
Aesha bahawa akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran.

Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran dan dalam menghadapi
perjuangannya. Baginda menolak tawaran kemewahan dan kesenangan hidup, dan bersedia menghadapi pelbagai
risiko demi menegakkan kebenaran.
Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda amat meninggikan kedudukan ilmu. Di akhir
Perang Badar, baginda menawarkan keampunan dan kebebasan kepada setiap tawanan perang yang sempurna
mengajarkan bacatulis kepada 10 kanak-kanak di Madinah. Kata baginda,
Artinya: "Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya), adalah separti kelebihanku daripada
orang yang paling rendah dari kamu." (Riwayat Tirmidzi dari Abi Umamah).
Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip persamaan dan persaudaraan. Status seorang
hamba separti Zaid bin Harithah, diangkat dengan mengistiharkannya sebagai kerabat Baginda, keturunan bangsawan
Quraisy. Ketika sebahagian sahabat masih taksub kepada sentimen kebangsaan Arab, Baginda mengistiharkan Salman
dari Farsi sebagai kerabatnya, dan sekaligus melunturkan sentimen sempit tersebut.

Qudwah hasanah juga berlaku dalam kepimpinan para Sahabat.


Sebagai Khalifah, Abu Bakar, yang telah menghabiskan hampir seluruh hartanya membantu perjuangan Islam, terus
hidup sederhana, dan tidak punya istana.
Umar bin Khattab, yang dengan kehebatan kepimpinannya membolehkan Islam berkembang ke Syria, Iraq dan Mesir,
terus dengan amalan hariannya yang sederhana baik dari pakaiannya ataupun makanannya. Ketika jazirah Arab dilanda
kebuluran, Umar langsung tidak makan daging, minyak sapi, ikan atau makanan lazat, sambil tidak putus-putusnya
berdoa, "Ya, Allah! Jangan Engkau hancurkan umat Muhammad dengan dosa-dosaku." Sifat sederhana itulah yang
membolehkan beliau melihat dan merasakan sendiri masalah dan kesulitan rakyat, kemudian mengambil langkah-
langkah memberikan bantuan yang diperlukan.
Ketika sedang solat dan didatangi peminta sedekah, Khalifah Ali bin Abu Talib, tanpa tangguh-tangguh lagi telah
memberikan cincin perak yang dipakainya kepada peminta sedekah tersebut. Itulah cara memberikan makna secara
unggul kepada arti kedermawanan dan kebajikan.
Demikianlah beberapa contoh qudwah hasanah, iaitu berbuat baik bagi menghidupkan unsur-unsur kebaikan yang
dianjurkan, dan tidak bercanggah antara apa yang diperkatakan dengan yang dikerjakan. Dengan melaksanakan dalam
bentuk amali apa yang diperkatakan, sesuatu nilai yang baik itu akan lebih mudah difaham. Dan kesannya akan lebih
mendalam. Apa yang dikata, dikota. Yang samar (abstract) menjadi nyata (concrete). Inilah proses pembelajaran yang
mudah, dan paling berhasil.
Tidak sukar bagi semua orang memaham makna sesuatu dengan cara melihat dan meniru sesuatu yang terang dan
nyata. Faktor qudwah hasanah yang dipakai dan dihidupkan oleh para pemimpin Islam di peringkat awal itulah yang
memberikan semangat dan isi Al-Quran menjadi mudah difaham, dihayati, dan dikembangkan oleh generasi umat Islam
http://www.cimbuak.net Powered by Joomla! Generated: 16 March, 2011, 05:16
Cimbuak - Forum Silaturahmi dan Komunikasi Masyarakat Minangkabau

yang mula-mula.
Sebaliknya, di suasana kepimpinan tidak menghidupkan qudwah hasanah, sering timbul percanggahan antara aspirasi
dengan realiti. Yang hendak dicapai berlawanan dengan pencapaian sebenarnya. Suasana begini pasti mengelirukan
orang ramai. Orang akan keliru tentang nilai apakah yang hendak dipegang? Kekeliruan ini menjadi hambatan kepada
usaha-usaha menyemai dan menumbuhkan unsur-unsur kebaikan dalam kehidupan masyarakat. Firman Allah
"Mengapakah kamu menyuruh orang mengerjakan kebajikan, sedang kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu
membaca Kitab. Tidakkah kamu mengarti ?".

Bayangkan kesan-kesan negatif jika berlaku keadaan berikut :


Pemimpin yang gigih memajukan amalan demokrasi, enggan bersikap toleransi kepada pandangan-pandangan yang
tidak sehala atau serasi dengan pandangannya.
Pemimpin yang menyeru berjimat-cermat dalam perbelanjaan agar mampu menabung untuk membangunkan ekonomi
bangsa, menyampaikan perutusannya itu di sebuah majlis makan malam yang lumayan di sebuah hotel paling mahal.
Pemimpin yang diberi tanggungjawab membawa perpaduan di kalangan jemaah, mengamalkan kepimpinan yang
menyebabkan wujud prasangka dan kecenderungan berkelompok-kelompok.
Ataupun, pemimpin yang mendorong rajin membaca, sedangkan diri mereka sendiri tidak membaca. Mereka
menyatakan Islam sangat menggalakkan ilmu sains modern, sedangkan diri mereka sendiri tidak berusaha memahami
bagaimana manusia boleh sampai ke bulan, bagaimana berlaku empat musim di setengah-setengah tempat di dunia,
atau kurang peduli dengan kesan kejuruteraan baka dalam kehidupan umat.
Percanggahan begini pasti menambahkan kekeliruan. Nilai-nilai manakah yang benar, mesti diikut dan dihidupkan?
Kejahilan merupakan satu sebab mengapa qudwah hasanah tidak terjelma pada setengah-setengah kepimpinan. Oleh
itu, sesiapa jua yang bersedia mengambil tugas kepimpinan harus memperlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu
pengetahuan. Satu daripada usaha yang boleh dibuat ialah dengan cara banyak membaca.
Bagaimanapun, mempunyai ilmu pengetahuan sahaja belumlah mencukupi. Nilai-nilai kebaikan daripada ilmu itu
mestilah pula dapat diserapkan dan disebatikan dalam jiwa sehingga mampu melahirkan tindakan-tindakan yang baik
secara spontan dan bersengaja, iaitu tanpa dipaksa-paksa dan tanpa mengira tempat, masa dan suasana.
Mudah-mudahan dengan kesadaran menjalani proses melatih dan membina akhlak separti ini, dunia kepimpinan dalam
masyarakat kita akan menjadi lebih kuat. Dan sesiapa jua yang mengambil tugas kepimpinan, baik di rumah, dalam
masyarakat, dan seterusnya pada peringkat negara, akan berbuat sejajar dengan apa yang dianjurkan, iaitu kepada
menghidupkan qudwah hasanah.

http://www.cimbuak.net Powered by Joomla! Generated: 16 March, 2011, 05:16

Anda mungkin juga menyukai