Anda di halaman 1dari 2

c   


    


5.5.1 Bahasa menjadi rosak


Setelah membincangkan mengenai faktor- faktor pencemaran bahasa di alam siber, kini
diteruskan lagi perbincangan mengenai kesan- kesan pencemaran bahasa di alam siber. Terdapat
lima kesan yang utama. Kesan yang pertama ialah bahasa menjadi rosak. Bahasa menjadi rosak
apabila bahasa tersebut disalah gunakan. Sebagai contoh penggunaan bahasa sms dan bahasa
rojak digunakan dalam laman sosial. Akibatnya, bahasa menjadi rosak dan menjatuhkan
martabat bahasa itu sendiri.Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah
bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya
sendiri. Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswi perlu cakna dalam menggunakan bahasa di
laman sosial.
5.5.2 Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
Disamping itu, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang merupakan kesan kepada
pencemaran bahasa di alam siber. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan
kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi
akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam
kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa
sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah
hilang identiti bahasa tersebut. Impaknya disini, mahasiswa-mahasiswi adalah agen yang perlu
memperbaikki pencemaran bahasa di alam siber ini.
5.5.3 Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa.
Selain itu, antara lain kesan pencemaran bahasa di alam siber ialah akan timbul persepsi buruk
masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar
ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa
bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang
mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk terhadap bahasa tersebut. Mereka
akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan dan ahli keluarga mereka.
Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi menimbulkan minat untuk
belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa juga akan mencerminkan sesebuah negara.

5.5.4 Gejala sosial semakin berleluasa


Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam siber, remaja akan terpengaruh dengan
perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang
individu cenderung untuk menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan
yang lain dalam perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau ayat tersebut akan menjadi
µtrend¶ dalam perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat kasar dan
berbaur lucah tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung
melahirkan remaja yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih
mengejutkan ialah budak-budak yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk
menggunakan ayat-ayat kasar atau perkataan berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan
negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak
dibendung, adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam kalangan
kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.

5.5.5 Mutu kualiti bahasa menurun dalam kalangan pelajar


Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas,
lama ±kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya
pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru
dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan
bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini
bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan
terhadap bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan
demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak
mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun
dan syair.
à 
        à     à