Anda di halaman 1dari 4

BAB1

Aku tersenyum apabila melihat Nadia menghulurkan sebiji gula-


gula kiss me kepada ku,perisa lemon. “Nokuro?,”soalan pendek itu
membuatkan senyuman ku bertambah lebar. “Gula-gula ni
mengingatkan aku pada seseorang,”balasku sambil menyambut huluran
Nadia sebentar tadi. “Boyfriend?,” soalnya lagi,tidak mengendahkan
pertanyaannya sebentar tadi tiada jawapan.Surat khabar tempatan
bahasa Inggeris itu sudah lunyai dibelek sedari tadi namun tidak pernah
jemu Nadia meneliti isi kandungannya. Belum sempat aku membuka
mulut tiba-tiba seorang gadis cilik selekeh pantas memdekati ku dan
bibirnya menuturkan ayat yang tidak ku mengerti.Namun bahasa
tubuhnya sudah cukup dimengerti oleh sesiapa sahaja.Kocek jeans ku
seluk dan apabila ku keluarkan sekeping not merah berada ditangan ku.
“Biar betul?,”Nadia menjegilkan mata kea rah ku namun aku tidak
berfikir dua kali lantas memberikan not itu pada si cilik. “Terima
kasih..thank you,”ucapnya sebelum berlari anak menuju kea rah
seorang kanak-kanak lelaki yang ku kira mungkin adiknya.Mereka
berdua berkongsi cirri yang sama,berambut kerinting halus. “Salah kau
hulurkan gula-gula kiss me tadi,”ucap ku sambil tergelak kecil.Entah
kenapa untuk hari ini fikiran ku begitu senang mengingati kenangan
lama yang ku kira ingin ku padam bertahun lamanya.

*********10 tahun yang lalu***************

“Jun!budak baru..budak baru!!,”jerit Lakista sambil berlari ke


kelas. “Lelaki? perempuan?,”soalku,teruja dengan perkhabaran itu.
“Perempuan lah..tapi macam hitam ja aku tengok tu.Rambut
pun..ohunggut,goriting..anak PTI kali,”ujar Lakista sambil mencebik dan
rakan-rakan lain termasuk aku tergelak melihat reaksinya. “Kista..Cikgu
bilang jangan cakap momogun kalau disekolah bilang itu,”sampuk
Johnny tiba-tiba. “Eleh..jangan cakap bilang kata Cikgu tu..main tegur
orang sendiri pun buat salah,”protes Lakista pula,wajahnya merah
padam.Namun suasana tiba-tiba senyap kala Cikgu Hilmi melangkah
masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar perempuan bertubuh
kurus kering.
“Okey pelajar semua..Hari ni kamu ada teman baru lagi,okey sila
perkenalkan diri kamu,”seusai Cikgu Hilmi bersuara pelajar baru itu
tersenyum sambil menundukkan wajahnya seketika. “Salamat
pagi..Nama sia Ajijah Binti Gitom..,”dan saat itu aku tidak dapat
menahan tawa lantas bunyi tawa kecil terlepas dari bibir ku.Semua
mata kearah ku.
“ Haa..Cik Judinda Hijron,ada apa-apa masalah?,”soal Cikgu Hilmi
sambil matanya tajam menatapku.Ku rasakan semua mata kea rah ku
dan terasa darah mula menyirap naik ke wajah ku. “Err..tiada apa
Cikgu..saya Cuma terbatuk saja tadi,”ucap ku terasa payah untuk
menyusun bahasa sebaku itu dan sempat ku dengar Lakista berdehem
halus disebelah ku.Aku tahu dia mentertawakan aku,pasti.
Entah kenapa sejak hari itu aku kurang menyenangi kehadiran
Ajijah ataupun lebih dikenali sebagai Jijah di kalangan rakan-rakan
sekelas.Aku begitu benci dengan uniform sekolahnya yang berwarna
kuning dan lusuh itu.Aku meluat melihat kakinya yang kering
beralaskan selipar jepun yang kukira sudah terlalu nipis unutk
dipanggil selipar.Aku juga berasa loya melihat rambutnya yang tebal
keriting itu dibasahi minyak,seolah dijirus sebotol minyak masak .
“Adin,bapa dengar kau selalu cari pasal dengan pelajar baru
tu,”ujar ayah ku sambil matanya tertumpu di pada surat khabar.Aku
yang sedang leka membaca cerpen yang ku pinjam tadi segera
terhenti.Manakala mama hanya memandangku sekilas,seolah-olah
sudah tahu apa yang akan diperkatakan oleh ayah nanti. “Betul kamu
membuli si Ajijah tu?,”
“Dia yang degil,Pa.Adin cakap tidak boleh cakap melayu pasar
dalam kelas tapi dia degil.Dia cakap juga melayu pasar..Kalau Adin
tidak larang nanti Cikgu marahkan Adin pula,”ujar ku cuba
mempertahankan diri. “Okey..cuba bagitahu Bapa,apa perkataan yang
kamu selalu dengar dia cakap?,”ujarnya sambil memandang ku dengan
pandangan mencabar. “Dia cakap..saya pun sia..dia ckap campur-
campur melayu dengan momogun lah,”balasku ,tidak berniat unutk
melihat matanya. “Jadi sebab tu..Adin buang beg dia ke dalam tong
sampah?Tuang minuman di atas baju dia?Ataupun mengejek bahasa
dia?Begitu?,”suara ayah mula tinggi.Terasa seram sejuk tubuh ku
mendengarnya dan terbayang tali pinggang yang bakal meninggalkan
medal pada kulit-kulit ku. “Adib memang tak suka dial
ah..Hitam..selekeh!busuk!bodoh..pendek kata Adib memang tidak suka
lah!,”bentakku.
“Amboi,pandainya kutuk orang.Cuba cakap dengan mama sudah
berapa kali kamu dapat nombor satu?Si Liah yang dulu kau cakap
mengeja rumah pun tidak pandai boleh pula kalahkan Adin.Siap
nombor satu dalam peperiksaan baru-baru,kau makan tahi dia
sajalah,”sindir Mama juga merupakan antara sindiran yang paling aku
tidak suka. Bapa pula mendiamkan diri apabila mama mula bersyarah
panjang tentang itu dan ini,lebih tepat lagi dia berleter dengan Sikap
ku.Aku benci!
BAB 2

Suasana petang yang suram langsung tidak mempengaruhi mood


ku malah senyuman yang lebar tertera. “Heii..apasal senyum lebar?
Menang loteri ?,”tegur Jenny seraya mengetuk pen d meja ku. “Menang
lah sangat..kau rasa ada berapa kali aku masuk kedai loteri?Once?
twice?,”balasku. “Never..Alaa,releks lah.I’m just curios what is in your
mind.Memang pemandangan yang luar biasa bila tengok Juadinda
tersenyum sorang-sorang.Yelah,kalau bukan surfing internet,main
game..tak pun makan,” dan dia tergelak apabila melihat memek
wajahku. Aku tidak berbuat apa namun sudah menjadi tabiatku
mememekkan wajah sebagai reaksi kepada komen atau tingkah
mereka.Jenny mendekati ku seraya mencuit bahuku apabila soalannya
tadi tidak berjawap.Wajah gadis keturunan sino kadazan itu ku tatap
dan aku tahu dia tidak akan berdiam diri selagi aku tidak
memberikannya jawapan.

“I saw him,” “Oh my God!,”dan dia pantas menekup bibirnya


apabila menyedari reaksi sebentar tadi mengundang perhatian yang lain.
“Dia nampak kau tak?Dia..,” “Tak,dia tak nampak aku pun.Tapi
nampak dia pun sudah cukup buat hati aku tenang dan
gembira,”jelasku. “Kau puas hati sebab nampak dia ja?Aku tidak puas
hatilah.Kalau aku nampak ex yang aku masih suka,aku mesti tegur
dia,”ujar Jenny penuh yakin.Sebegitu mudah?Ya,mngkin aku patut
bertindak begitu dan berlagak tenang.Menegurnya sambil tersenyum
lebar seperti aku menegur rakan lelaki yang lain.Bukanya aku tidak
biasa malah dengan selambanya aku menegur Haikal,rakan sekelas
yang sudah lapan tahun tidak berjumpa.Kurang asam,aku hampir
sahaja termalu dan lebih hebat lagi aku menegurnya di kaunter
pembayaran.Ketika itu Haikal juga seperti pelanggan yang
lain,memandangku dengan penuh hairan.

“Do I know you?,”soalnya dan aku terpaksa memperkenalkan diri


sekali lagi.Saat itu mahu sahaja aku meninggalkan kaunter pembayaran
dan menghilangkan diri.Malu pada seisi manusia yang ada di kompleks
itu.Namun rasa panik itu lenyap apabila dia terjerit kecil seperti dulu
dan pantas menggenggam tangan ku.Ya,sikap lembutnya tidak pernah
berubah.

“Hello?Umandak..umandak..kau dimana sudah ni?,”ujar Jenny


sambil melambaikan tangannya di wajahku. “Sah memang
angau,”tambahnya apabila melihat ku yang terpinga buat seketika.
“Hemm,mungkin aku tegur dia lain kali Jen.Confirm!,”ujarku dan
bangkit menuju ke pantri.

******7tahun yang lalu*****

Suasana kelas 4Ekonomi begitu riuh walaupun waktu pulang


masih 30 minit ke belakang. “Heii..Adin,kau baca apa?Khusyuk betul
aku tengok kau ni.Orang panggil pun tidak dengar,”tegur Lily sambil
menepuk bahuku.Aku tersentak namun pantas tersengih apabila
menyedari orang itu adalah sahabat baikku. “Tidak mahu makan?Tadi
ada majlis kelas ERT,si Trish bawa ole-ole untuk kita,”ujar Lily sambil
memuncung ke arah Trish yang tersenyum lebar sambil menunjukkan
bungkusan plastik kuning ditangannya.
“Jom..lapar ni perut,”ujarku sambil meletakkan majalah remaja ke
dalam laci ku. “Ohh..kau baca majalah rupanya ingatkan buku rujukan
eko tadi,”ujar Lily sambil mencuit pinggang ku.Aku sememangnya tidak
boleh dientuh dibahagian itu lantas terjerit dan automatik melompat
menjauhi Lily.Beberapa rakan yang lain melihat tergelak dan aku segera
berpusing unutk membalas perlakuan Lily.Namun belum sempat aku
berbuat apa-apa terasa kepala ku melanggar sesuatu.Sakitnya,itulah
perkataan pertama iaitu reaksi ku atas insiden tersebut.
“Aduhh..,” “Eh..kenapa lah melompat-lompat kalau berjalan
tu.Pandang depan lah,”suara lembut namun tegas menerjah
pendengaran ku.Aku mendongak dan pandangan kami bersatu,bisu
buat seketika. “Heii..Adin,kau oke ka?,”Lily dan Trish segera mendekati
ku. “Haa..oke..oke..sorry,sempat ku lontar kata maaf pada lelaki itu
sebelum aku beredar bersama dua shabat ku itu.
“Sakit ooo..Bangkak lagi..,”rungut ku ambil menyapu dahi
berulang kali. “Nopuhunan..Tosiaan,”ujar Trish sambil tergelak sebaik
sahaja melihat bengkak di dahi ku. “Bogima..bah,makan lah cepat itu
kinulat nanti kau ophunan lagi,”tambah Lily lagi juga tergelak kecil.
Mengingatkan kejadian tadi membuatkan aku sendiri tergelak,walaupun
kejadian melanggar buku yang dibawa oleh si nerd itu tidaklah selucu
mana.
“Entah buku apalah juga si sipik itu bawa,punya keras.Itu lah
kau,kalau kau tidak cucuk pinggang ku tidaklah juga terlanggar si
sipik,”rungutku. “Eleh..cakap kalau suka,bukan kau minat ka si sipik
tu?,”ujar

Anda mungkin juga menyukai