Anda di halaman 1dari 15

PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

1.0 PENGHARGAAN
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia – Nya maka dapat kami
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dalam jangka masa
yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada
dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, kami
merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Mohamad
Arif Bin Abdul Rani kerana memberi tunjuk ajar dan memberi jalan penyelesaian
dalam setiap permasalahan yang kami utarakan. Tanpa beliau, kami tidak
mungkin mampu menyelesaikan tugasan ini.. Beliau sentiasa memberi kata
semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang kami perlukan. Beliau juga
tidak kedekut ilmu dengan berkongsi pendapat dengan kami. Sekiranya kami
mempunyai persoalan mengenai tugasan ini, beliau sentiasa memberi
penjelasan yang jelas sehinggalah kami faham dan tahu menyelesaikan masalah
yang timbul.

Tidak kami lupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea bagi
menyempurnakan tugasan ini. Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya
tugasan ini tidak mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama dan
pengurusan masa yang bijak penting dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Jika
tidak, sesuatu tugas tidak dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan dan
tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Bak kata pepatah, “Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”. Sesungguhnya,hanya Tuhan sahaja yang mampu
membalas jasa kalian. Akhir sekali,kami pohon sejuta kemaafan daripada
semua pihak yang terlibat sekiranya terdapat silap dan salah yang telah kami
lakukan. Sesungguhnya manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan
kesilapan, Yang baik datangnya daripada Tuhan yang buruk datangnya
daripada kelemahan diri kami sendiri.

1
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

2.0 PENGENALAN

Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan


penghujahan atau bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu
kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan untuk menjalankan
sesuatu aktiviti.

Dalam bidang akademik penulisan kertas kerja pada dasarnya tertumpu


kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada
sesuatu penyelidikan. Penghujahan sbegini selalunya ialah reaksi atau pendapat
daipada seseorang yang berpengetahuan dalam sesuatu bidang tertentu.
Penghujahan ini juga menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau
bantahan terhadap penemuan atau hasil kajian orang lain.

2
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

3.0 KERTAS KERJA

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUANTAN,


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT
DAERAH KUANTAN

TEMPAT:
PANTAI BALOK, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR

TARIKH:
25 – 27 MAC 2011

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMU

3
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

MENGADAKAN PERKHEMAHAN BERSEPADU


UNIT BERUNIFORM
ANJURAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN

1.0 PENDAHULUAN

Unit Sukan dan Unit Badan Beruniform merupakan sebuah unit di bawah ko-kurikulum Pada
setiap tahun salah satu daripada aktiviti tahunan unit ini ialah program perkhemahan bersepadu
yang biasanya dilaksanakan di luar kawasan sekolah. Antara objektif utama program ialah
membina jatidiri yang kental dikalangan para pelajar sebagai persediaan menghadapi kehidupan
di luar sekolah serta melahirkan individu yang berkeyakinan serta tahu hala tuju seterusnya
menjadi insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Pada tahun 2011, Program Perkhemahan Bersepadu akan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan,Pahang. Program ini boleh disertai oleh pelajar yang menjadi
ahli-ahli yang terpilih daripada setiap badan-badan unit beruniform sekolah rendah daerah Kuantan
akan diadakan di Pantai Balok, Kuantan, Pahang pada 25 hingga 27 Mac 2011. Pengalaman yang
ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam
kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang
perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji
ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat
kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran
yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan
diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan
pembangunan negara yang mampan.

4
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

3.0 OBJEKTIF

1. Membina jati diri dikalangan ahli-ahli Unit UBB seterusnya membentuk generasi muda
yang cekal hati dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi.
2. Membentuk satu pasukan yang mantap, yang akan menjalankan satu program yang besar
yang memerlukan komitmen padu daripada setiap peserta tanpa mengira agama dan
kaum.
3. Memberikan peluang Kepada setiap peserta untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran
sepanjang program dijalankan.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 25-27 Mac 2011 iaitu pada hari Jumaat sehingga hari
Ahad.
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 2
4.5 Setiap sekolah yang terlibat seperti dalam Lampiran 1 hendaklah menghantar 15
orang peserta mewakili sekolah daripada setiap unit pakaian seragam yang terdapat
di sekolah.

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Pantai Balok, Kuantan :


5.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi persisiran pantai yang terdekat
dari sekolah.
5.2 Keadaan pantai yang landai dan ombak yang sederhana.
5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.
5.4 Kedudukan sedikit jauh dari kawasan tumpuan pelancong
5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada
peserta dalam aktiviti mereka.

5
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

6.0 PERASMIAN

Program Perkhemahan Bersepadu Peringkat Daerah Kuantan ini akan dirasmikan oleh Yang
Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamed, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang dalam Majlis
Perasmian Penutup Perkhemahan Bersepadu. Perasmian akan berlangsung di perkarangan
khemah yang disediakan berdekatan dengan tapak perkhemahan. Upacara ini akan dilangsungkan
selama 20 minit kerana Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamed akan diberi peluang
memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Ahli unit beruniform daripada setiap sekolah rendah di Daerah Kuantan


Jumlah peserta : 345 orang

8.0 PENILAIAN

1. Jumlah peserta yang mengambil bahagian.


2. Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kaum.
3. Semua peserta berjaya mengikuti program dengan selamat dan berkesan.
4. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta sepanjang program dijalankan.

9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En.Mohamad Redhzwan Ariff Bin Khairul Anwar

Ketua fasilitator : En. Kumarajeevan A/L Darmalingam


Fasilitator : (i) Cik Nur Eliyana Binti Yusof
(ii) Cik Anis Binti Azazi
(iii) En.Muhamad Shazwan Bin Zafarula Khan
(iv) En.Mohamad Fadhli Bin Samsudin

6
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En.Wan Mohamad Khairil Amri Bin Wan Abdul Majid


Naib pengerusi : En.Muhammad Fakhrullah Bin Mat Rahim
Setiausaha : En.Mohamad Dzulwaqar Bin Dzulkarnain
Bendahari : En.Muhammad Aliff Haikal Bin Zaidi
Kem Komandan : En.Mohd Khalis Munzir Bin Khazin

AHLI JAWATANKUASA

AJK Makanan : Cik NurFazila Binti Mohd Zam Zam


Cik Nor Shahidah Binti Hudin
Cik Bilmaljit Kaur A/P Narangan Singh
Cik Jacylin Ho Cye Lin
AJK Kerohanian : En. Muhammad Faiz Bin Mohd Yusof
AJK Keselamatan & Disiplin : En. Kumarajeevan A/L Darmaalingam
En. Nur Azam Firdaus Bin Hamzah
Cik Nuraina Binti Mohd Rizal
En. Nurul Aqmahani Binti Shahid
En. Asrul Izwan Bin Abdul Razak
En. Shassi Kumaran A/L Pachimuttu
Cik Nurzan Binti Abd Jalil
Cik Farahana binti Zawawi
AJK Kebajikan : En. Mohd Saruddin Bin Mat Zin
Cik Noor Anis Syakirin Bt Mohd Affandi
AJK Peralatan : En. Muhammad Najmi Bin Jali
En. Muhammad Farhan Bin Sabireen
AJK Pengangkutan : Cik Noor Faraheen Binti Hamdan
AJK Dokumentasi : Cik Siti Hajar Binti Muhamad Azmi
Cik Siti Najihah Binti Abd Rahman @ Nawawi
Cik Nur Adibah Binti Abdul Latif

7
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

10.0 BIDANG TUGAS

- mengasdakan mesyuarat AJK


1. Pengerusi - memastikan program berjalan lancar
- menjadi tempat rujukan semua peserta

- menguruskan segala urusan surat menyurat


2. Setiausaha - menyediakan segala maklumat
- berhubung dengan penyelaras

- merekod wang masuk dan wang keluar


3. Bendahari - memastikan semua wang keluar mempunyai
resit dan nombor rujukan.

4. Makanan - memastikan bekalan makanan mencukupi

- memastikan semua pelajar menyerahkan


borang kebenaran ibubapa
- menguruskan insurans berkelompok
5. Keselamatan & Disiplin - menyediakan perubatan yang lengkap dan
Sesuai
- Memastikan para peserta mengiku arahan

6. Kerohanian - menguruskan aktiviti kerohanian

- menguruskan tempahan pengangkutan


7. Pengangkutan
pergi dan balik untuk setiap sekolah

- mengambil gambar / video


8. Dokumentasi - menyediakan laporan bertulis
- berhubung dengan setiausaha

8
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

11.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA PERINCIAN RM CATATAN


1 MAKAN DAN MINUM RM 35 X 345 ORG 12075.0
0
2 SEWAAN KHEMAH DAN RM 15 X 345 ORG 5175.00
TAPAK PERKHEMAHAN
3 SEWAAN PERALATAN RM 10 X 345 ORG 3450.00
AKTIVITI
4 SEWAAN PERALATAN RM 5 X 345 ORG 1725.00
5 PENCERAMAH RM 200 X 4 ORG 800.00
6 INSURANS RM 3 X 345 ORG 1035.00
7 T`SHIRT RM 20 X 345 ORG 6900.00
8 KAIN RENTANG RM 60 60.00
JUMLAH 31220.0
0

SUMBER PENDAPATAN

BIL PERKARA PERINCIAN RM CATATAN


1 YURAN PESERTA RM 10 X 345 ORG 3450.00
2 PIBG 8000.00
3 KO-KO 20000.0
0
JUMLAH 31450.0
0

Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran perbelanjaan yang
disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan dalam melaksanakan Program
Perkhemahan Bersepadu Peringkat Daerah Kuantan ini.

9
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

12.0 PENUTUP

Pihak pengelola program benar-benar mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Sebarang permasalahan yang timbal diharapkan dapat diatasi dengan baik agar program
dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama dari semua pihak samaada pihak pentadbir, guru,
kakitangan dan pelajar serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung amatlah
diharapkan bagi menjamin keberkesanan program.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………......... ..............................................................
(Mohamad Dzulwaqar Bin Dzulkarnain) ( En. Gason A/L Manoharan)
Setiausaha, Pegawai Pelajaran,
Perkhemahan Unit Beruniform, Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan,
Peringkat Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur
Pahang Darul Makmur

10
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

LAMPIRAN 1

SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM PERKHEMAHAN BERSEPADU PERINGKAT


DAERAH KUANTAN

1.  SK PERMATANG BADAK


2.  SK BALOK BARU
3.  SK (P) METHODIST
4.  SK ASUUNTA CONVENT
5.  SK  WIRA
6.  SK SUNGAI TALAM
7.  SK FAKEH ABDUL SAMAD
8.  SK BUKIT SEKILAU
9.  SK LEPAR HILIR 1
10. SK BUNUT RENDANG
11. SK PANDAN
12. SK BUKIT RANGIN
13. SJK (T) LADANG KUALA REMAN
14. SK MAT KILAU
15. SJK (C) PEI CHAI
16. SJK (T) BANDAR INDERA MAHKOTA
17. SK SEMAMBU
18. SK PELINDUNG
19. SK TERUNTUM
20. SK BALOK
21. SK BALOK MAKMUR
22. SK BUKIT SETONGKOL
23. SK CHENDERAWASIH

11
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

2
JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU
UNIT BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH
ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
Masa 6.00 8.00 13.00 14.00 16.00 17.00 18.00 20.00
8.00 13.00 14.00 16.00 17.00 18.00 20.00 22.00

HARI TAKLIMAT PENGURUSAN LDK 1


PERTAMA MENGEMAS BARANG DIRI ICE BREAK
25.3.2011 DAN SOLAT MINUM PEMBENTUK
MENDIRIKAN KHEMAH PETANG KUMPULA

HARI PENGURUSAN PERBARISAN REPELLING PENGURUSAN KEYAKINAN DI PENGURUSAN LDK 2


KEDUA DIRI ORIENTERING FLYING FOX DIRI SOLAT AIR DIRI SOLAT PERANAN
26.3.2011 SOLAT MINUM PETANG SNORKLING MINUM PETANG SEORANG BE
SENAMAN PAGI PEMIMPIN
SARAPAN PAGI

HARI PENGURUSAN PERBARISAN IKATAN DAN PERASMIAN PENGURUSAN MENGEMAS ALATAN, REFLEKSI, BRE
KETIGA DIRI KAYAK SIMPULAN PENUTUP DIRI SOLAT DAN PERJALANAN BALIK
27.3.2011 SOLAT DAN MINUM PETANG
SENAMAN PAGI PENYAMPAI
SARAPAN PAGI HADIAH DAN
SIJIL

12
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

RUJUKAN
 Kertas Cadangan Kunjungan Muhibbah JPP IPBMM ke Institut Perguruan Sultan Mizan,
Besut
 Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan IPBMM 2007
 Kertas Cadangan Program Sukan Rekreasi Pendidikan Jasmani Akademik PPISMP 3A
dan 3E 2007
 Kertas cadangan XPDC KINABALU 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi
Ibrahim, Labis

13
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

4.0 REFLEKSI

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohmad
Arif Bin Abdul Ranin selaku Pensyarah Pembimbing kami kerana memberi sokongan dan tunjuk
ajar kepada kami semasa tugasan ini dilaksanakan.

Kami diberi amanah menjalankan tugas ini dan kami berasa gembira dan teruja untuk
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Semasa menjalankan tugasan ini, kami menimba
pelbagai ilmu dan pengalaman dalam kehidupan kami. Tugasan ini memberi kami kemahiran untuk
menulis kertas kerja pada masa akan datang .Perkara yang sukar bagi kami disini ialah apabila
hendak mencari maklumat kerana kemudahan jalur lebar sering terputus namun kami tidak
berputus asa untuk meneruskan usaha mencari maklumat.

Sudah terang lagi bersuluh, melalui tugasan ini, kami dapat menimba pelbagai ilmu dan
pengalaman yang mampu memberi seribu erti dalam diri kami. Maka selesailah sudah tugasan
Kerja Kursus Pendek kami ini. Kami telah berjaya memahami dan mengetahui teknik menulis
kertas kerja dengan lebih mendalam . Hubungan kami bersama ahli kumpulan dan pensyarah
juga semakin akrab kerana kami saling bekerjasama antara satu sama lain. “ Bumi mana yang
tidak ditimpa hujan” oleh itu , ribuan kemaafan dipohon kepada semua sekiranya berlaku
perselisihan faham dan kesilapan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Semoga restu dan
redha ini dapat memberikan kami satu lagi peluang untuk memperbaiki diri yang serba
kekurangan ini . InsyaAllah.Akhir kata , kami berharap agar tugasan yang telah kami siapkan ini
menepati kriteria tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak institut dan para pensyarah.

14
PISMP PS/PJ/BM SEM 3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108)

5.0 RUJUKAN
1. Kertas Cadangan Kunjungan Muhibbah JPP IPBMM ke Institut Perguruan Sultan Mizan,
Besut
2. Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan IPBMM 2007
3. Kertas Cadangan Program Sukan Rekreasi Pendidikan Jasmani Akademik PPISMP 3A
dan 3E 2007
4. Kertas cadangan XPDC KINABALU 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi
Ibrahim, Labis

15

Anda mungkin juga menyukai