Anda di halaman 1dari 10

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH:
Konfusius

Nama Pelajar:
BOON JIA YUN

No. Matrik :
JEA080009

No. Kumpulan Tutorial :


SELASA - 02.00 PM -03.00 PM

Nama Pensyarah :
PROF. DR. AMRAN MUHAMMAD

Nama Tutor :
CIK FATMAWATI BINTI SIDEK

1
Bil Perkara Muka surat
1. Falsafah Konfusius 3

2. Pengenalan 4

3. Kupasan Falsafah Konfusius 4–8

4. Kesimpulan 9

5. Bibliografi 10

2
“ Kalau orang lain sukses hanya dengan mengerahkan satu upaya, saya akan

mengerahkan seratus kali upaya; kalau orang lain sukses dengan menyerahkan sepuluh

kali lipat upaya, saya akan menyerahkan seribu kali lipat upaya.

3
Konfusius merupakan pengasas falsafah Konfusianisme yang juga disebut

Falsafah Ru China. Konfusius merupakan seorang ahli fikir serta ahli falsafah sosial

yang termasyur di China. Konfusius dilahirkan di zaman Zhou iaitu wilayah Sandong

yang terletak di negeri Lu pada zaman Chungqiu, China. Dalam usia 19 tahun,

Konfusius menikah dengan seorang gadis dari keluarga Kian Kwan dari negeri Song iaitu

Chi Kuan dan kemudian menjadi ayah kepada seoarang anak lelaki dan seorang anak

perempuan. Konfusius menguasai enam seni iaitu tata-krama, musik, mamanah,

menunggang kuda, menulis huruf indah (kaligrafi) dan ilmu menghitung (arifmatika).

Beliau juga menguasai berbagai bentuk tradisi klasik sejarah dan puisi kebangsaan.

Falsafah Konfusianisme dalam ajaran Konfusius menekankan prinsip moral

peribadi dan politik, ketepatan hubangan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai ajarannya

adalah terkenal di dunia berbanding dengan ajaran Daoisme, Moisme, dan juga

Legalisme. Segala pengajaran Konfusius adalah menekankan pengamalan nilai dan sifat

moral yang mulia. Salah satu ajaran yang diujarkan oleh Konfusius ialah (Xiao) iaitu

merujuk kepada ketaatan kepada ibu-bapa. Xiao digambarkan sebagai pengabadian dan

kepatuhan orang yang lebih muda kepada orang tua dalam sesebuah keluarga khususnya

anak kepada ibu-bapa. Hal itu diekspresikan dalam “ The Classic Of Filial Piety”

dengan satu hujahan iaitu sikap kasih dan hormat pada orang tua mestilah ditunjukkan

4
pada saat mereka masih hidup di dunia ini. Jika kita tidak berbuat demikian, kita akan

dianggap menderhaka ataupun mendapat balasan yang setimpalnya apabila ajal kita

sudah sampai. Selain itu, ratapan dan kesedihan luar biasa perlu ada pada jiwa hati untuk

mereka pada saat mereka meninggal dunia. Seperti yang ditunjukkan oleh Konfusius

berkabung sewaktu ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat pada zaman itu, jenazah

ayahnya masih dimakamkan di tempat pemakaman sementara di tepi jalan Ngo Hu. Hal

ini dimaksudkan untuk menanti Konfusius cukup dewasa untuk melakukan kewajipan

pemakaman orang tuanya supaya roh mereka dapat bersemadi dengan tenang. Setelah

ibunya meninggal dunia, jenazah kedua-dua orang tuanya dimakamkan bersama di suatu

tempat yang bernama bukit Hong atau Hong San. Sehubungan dengan itu, Konfusius

melaksanakan perkabungan selama 3 tahun bagi menunjukkan betapa dalamnya taat

setia, sikap kasih sayang, hormat dan kesedihan hati luar biasa kepada ibu-bapa pada saat

peninggalan mereka. Kita mesti menjadi anak yang bukan hanya perlu memenuhi

keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian untuk orang tua kita malah kita juga

perlu memberi kasih sayang yang mendalam kepada mereka. Menurut Konfusius, “

Selama orang tuamu masih hidup, taatilah adat istiadat dalam mengasihi mereka, setelah

mereka meninggal, taatilah adat istiadat dalam menguburkan mereka, taatilah adat

istiadat dalam memberikan persembahan mereka. Berdasarkan kajian yang telah saya

buat, saya berpendapat bahawa seseorang pemuda harus menjadi anak yang baik dan taat

dalam rumah dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan kedua-dua orang tua kita.

Apa yang ditekankan dalam ajaran Konfusius ialah anak-anak seharusnya tidak membuat

ayah dan ibu khuatir, kecuali kita mempunyai masalah kesihatan yang serius. Selain itu,

Konfusius telah menegakan bahawa hal tersebut merupakan tugas paling fundamental

5
bagi semua manusia. (Max Mueller, ed; Sacred Books Of The East, Krishua Press,

1879-1910, Vol III, hal 448).

Ajaran kedua yang ditekankan oleh Konfusius ialah cara menjalani kehidupan

yang harmonis dengan mengutamakan kebajikan iaitu (Jen). Kebajikan didefinisikan

dapat menguasai diri serta mengikuti adat istiadat telah bererti berbuat baik. Konfusius

di dalam Lunyu beranggapan bahawa (Li) dan kebajikan (Jen) adalah dua hal yang tidak

boleh dipisahkan. Li pula adalah sangat penting dalam mengatur hubungan di antara

manusia. Seseorang dilahirkan untuk menjalani hubungan tertentu sehingga setiap orang

mempunyai kewajipan tertentu. Sebagai contoh, kewajipan terhadap negara, terhadap

orang tua, sentiasa menolong teman kita, dan juga sesuatu kewajipan umum terhadap

manusia. Menurut Konfusius, jika seseorang dapat mengamalkan kelima-lima nilai

moral iaitu kerendahan hati, kemurahan hati, ketulusan hati, kerajinan dan juga kejujuran.

Pada pendapat saya, kita akan disukai dan didekati oleh orang ramai jika kita bersifat

murah hati. Manakala jika kita mempunyai ketulusan hati yang nyata dan mendalam,

kita akan sentiasa dipercayai oleh orang ramai. Prinsip “kebajikan” inilah yang paling

mulia menurut cara hidup Konfusius, jika prinsip ini dapat diamalkan oleh manusia,

maka kita akan dapat mencapai mencapai kedamaian dan keharmonian. Berdasarkan

kajian yang telah saya buat, setiap individu seharusnya bertanggungjawab terhadap

institusi keluarga masing-masing. Terdapat lima hubungan dalam institusi keluarga yang

perlu ditekankan ialah bapa dan anak, antara saudara muda dengan saudara tua, raja

dengan pegawai dan juga di antara sahabat.

Ajaran ketiga pula ialah sifat-sifat mulia yang diajarkan oleh Konfusius bertujuan

untuk menciptakan manusia yang berbudi pekerti luhur yang disebut Budiman (Cun zi).

6
Jika seseorang telah menguasai keseluruhan sifat yang luhur seperti kebenaran, budi

pekerti, kebijaksanaan, kepercayaan, bakti, persaudaraan, kesetiaan dan kesedaran diri.

Maka orang itu layak digelar sebagai Budiman. Budi lahir dari akal pemikiran, hati, dan

perasaan yang mahukan sesuatu yang dianggap kebaikan dari seseorang. Melalui budi

itu, dapat menyatakan kecantikkan, kehalusan, dan kebaikan.

Selain itu, ajaran politik yang diujarkan oleh Konfusius ialah pemerintahan pada masa

itu adalah berasaskan paternalistic( kebapaan), terjalin sikap saling menghormati dan

menghargai antara pemerintah dan rakyat. Pemimpin negara haruslah menciptakan

kesempurnaan moral dengan cara memberikan contoh yang benar dan baik kepada

rakyat. Dalam ajaran Konfusius, beliau menekankan sistem pemerintahan secara

pembahagian kuasa dan juga pemusatan kuasa bagi mengelakkan berlakunya pergolakan

politik. Sifat kerjasama bukan sahaja perlu tersemai di kalangan pegawai bahkan perlu

juga melibatkan rakyat yang paling pentinglah dalam memelihara keharmonian dan

kedamaian dalam sesebuah mansyarakat. Pemimpin negara seharusnya mempunyai

semangat perjuangan yang kuat demi membangunkan nusa dan bangsa yang berakhlak

mulia dan juga segala kelebihan yang harus dimiliki oleh semua manusia. Salah satu

ujaran yang ditekankan oleh Konfusius dalam menjadi seorang pemerintah yang

berwibawa ialah seorang pemerintah harus menyemai nilai-nilai “ Te” dalam jiwa. Kata

Te secara harfiah bererti “ kekuatan”, namun konsepnya memiliki makna yang jauh lebih

luas. Kuasa ini diperlukan untuk memerintah. Menurut Konfusius, sangat penting untuk

seorang pemimpin menjadi orang yang bijak yang dapat menginspirasikan warganya

untuk patuh melalui teladan. Jikalau semua pemimpin mempunyai komitmen dan juga

kebijaksanaan yang tinggi, maka keruntuhan sesebuah pemerintahan tidak akan berlaku.

7
Sebagai contoh, jika sejarah pemerintahan mengikuti teladan pada masa lalu, maka

masyarakat pada masa kini juga akan meneladaninya.

Secara garisnya, Konfusius membahagikan proses ajaran kepada 4 tahap iaitu:

mangarahkan fikiran kepada cara, mendasarkan diri kepada kebajikan, melaksanakan

kebajikan untuk mendapatkan dukungan, dan juga mencari rekreasi dalam seni.

Konfusius juga menggariskan lapan prinsip belajar iaitu menyelidik hakikat segala

sesuatu, bersikap jujur, mengubah fikiran kita, membina diri sendiri, mengatur keluarga

sendiri, mengelola negara dan juga membawa perdamaian kepada dunia.

8
Berdasarkan kajian yang telah saya kaji, saya memilih Konfusius sebagai tokoh

falsafah adalah disebabkan kesemua ajaran yang disampaikan olehnya adalah menepati

falsafah yang perlu ditepati oleh manusia sebagai insan mulia yang dicipta oleh Tuhan.

Kesemua ini adalah disebabkan manusia pada zaman kini semakin runtuh moral kerana

semakin jauh dari nilai-nilai moral. Oleh sebab itu, etika Konfusianisme sangat relevan

untuk diterapkan oleh semua orang. Dalam ujaran Konfusius yang terkenal iaitu

Konfusianisme, ia bukanlah satu agama tetapi ia lebih menekankan kepada pengajaran

falsafah untuk mempertingkatkan moral dan juga menjaga etika manusia. Pada lazimnya,

ajarannya telah membawa kehidupan masyarakat dan juga sosial yang harmoni dan aman

kepada manusia. Berdasarkan kajian yang telah saya buat, saya berpendapat bahawa kita

perlu mengamalkan sikap hormat-menghormati, kejujuran, amanah, berbudi pekerti yang

tinggi, berhati mulia, dan juga bertanggungjawab untuk mencapai keharmonian dalam

kehidupan.

9
Qu, Chunli, 2005. Riwayat Hidup Konfusius. Institusi Kajian Dasar (IKD) .hlmn 817

http:// af.wikipedia.org/ wiki/ konfusius

http:// id. Wikipedia.org/ wiki/ analek konfusius

10