Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Jamboree On The Air, atau ringkasnya JOTA adalah satu aktiviti komunikasi Pengakap
menggunakan radio amatur. JOTA Dunia, yang diadakan setiap tahun dalam bulan
Oktober, disertai lebih 560,000 (angka 2007) pengakap. Ianya merupakan perhimpunan
terbesar para pengakap setiap tahun.

Sejak tahun 1958, JOTA Dunia diadakan setiap tahun selama 2 hari iaitu pada hujung
minggu lengkap kedua dalam bulan Oktober. Pada tahun 2007, sempena JOTA kali
yang ke 50, WOSM telah menetapkan bahawa masa yang diperuntukkan adalah selama
50 jam berbanding dengan 48 jam pada kebiasaan nya. Ianya akan bermula pada jam
10 malam 19 Oktober (Jumaat malam Sabtu) dan berakhir pada jam 12 tengah malam
21 Oktober (Ahad malam Isnin).

Matlamat Jangka Panjang

Matlamat jangka panjang program ini antara lainnya:

• Melahirkan Pengakap yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam


bidang komunikasi radio.
• Mempunyai pasukan Pengakap yang berkemahiran dan Selalu Sedia untuk
membantu kerja-kerja sukarela dalam bidang komunikasi terutama ketika
bencana.
• Memastikan penyertaan aktif Pengakap Malaysia dalam JOTA setiap tahun.
• Menaikkan imej Pengakap Malaysia pada pandangan mata masyarakat dunia.

Kalendar

• JOTA Malaysia 0900hrs 17hb Mei – 1700hrs 18hb Mei 2008.

• JOTA Asia Pacifik 0000hrs 2hb Ogos – 2359hrs 3hb Ogos 2008

• JOTA Dunia 0000hrs 18hb Oktober – 2359hrs 19hb Oktober 2008


Cadangan Aktiviti

Berbagai program dan aktiviti boleh dijalankan sempena JOTA walaupun pada asasnya,
perhubungan radio adalah teras kepada aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh
dijalankan adalah:
• Rumah Terbuka JOTA
o Stesen beroperasi di sekolah atau tempat yang di tetapkan
o Jemputan kepada semua pasukan berunifom yang lain dan juga orang
awam (ibu bapa/ keluarga)
o Adakan Pameran berkenaan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur
o Adakan Ceramah Pengenalan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur
o Adakan permainan berkaitan Radio Amatur
o Tidak Bermalam

• Perkhemahan JOTA
o Adakan perkhemahan.
o Bermalam
o Aktiviti dan permainan berasaskan komunikasi
 Komunikasi Radio Amatur (Kod Q dan lain-lain)
 Komunikasi Bendera Semaphore
 Komunikasi Kod MORSE
 Dan sebagainya
o Pertandingan berasaskan perkara di atas
o Ceramah berkenaan radio amatur
o Tayangan video berkenaan radio amatur
o Perhubungan di setiap waktu (malam, awal pagi, pagi, tengahari, petang)
o Jemputan kepada pasukan berunifom lain
o Jemputan kepada ibubapa dan orang awam
o Aktiviti kepengakapan yang lain – ujian lencana dan sebagainya.

• Lawatan ke stesen radio amatur


o Dalam kumpulan yang kecil
o Membuat temujanji dengan pemegang lesen radio amatur
o Berkunjung ke rumah beliau ketika JOTA berlansung
o Membawa dokumen penerangan ini untuk ditinggalkan sesalinan kepada
beliau
o Mempelajari dengan bertanya kepada beliau tentang radio amatur
o Mencuba berkomunikasi dengan kebenaran beliau
o Bersopan, berunifom penuh dan peka terhadap adap-adap menjadi
tetamu
o Mengucapkan terima kasih, membawa cenderahati
Frekuensi

Frekuensi JOTA yang akan digunakan adalah seperti berikut:

Jalur SSB (phone) CW (Morse code)


80-meter 3.740 MHz 3.590 MHz
40-meter 7.090 MHz 7.030 MHz
20-meter 14.290 MHz 14.070 MHz
17-meter 18.140 MHz 18.080 MHz
15-meter 21.360 MHz 21.140 MHz
12-meter 24.960 MHz 24.910 MHz
10-meter 28.390 MHz 28.190 MHz

Untuk jalur 2m, frekuensi tempatan yang boleh digunakan untuk saluran panggilan
(calling channel) ialah 145.300 (V24) dan Link Kebangsaan kepunyaan MARTS untuk
kommunikasi seluruh negara. Frekuensi pancarulang terdekat dengan kawasan anda
boleh didapati dari laman web http://www.marts.org.my/.

Sila layari laman web kepunyaan persatuan-persatuan radio amatur yang lain untuk
mengetahui frekuensi mereka.

Callsign Stesen

State/Location Callsign

Perak 9M1CSA
Selangor - Sg Besar 9M1CSB
Pahang 9M1CSC
Kelantan 9M1CSD

Johor -Muar 9M1CSF

Johor - Segamat 9M1CSI


Johor - Johor Bahru 9M1CSJ
Kedah 9M1CSK

Melaka 9M1CSM
Negeri Sembilan 9M1CSN

Pulau Pinang 9M1CSP


Sarawak 9M1CSQ
Perlis 9M1CSR
Sabah 9M1CSS
Terengganu 9M1CST
Wilayah Persekutuan 9M1CSW

Selangor - Cyberjaya 9M1CSY


Selangor - Gombak 9M1CSZ

CARA CARA BERKOMUNIKASI


MELALUI PERKHIDMATAN RADIO AMATUR

CARA CARA MEMANGGIL STESYEN

DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA PANGGILAN STESYEN YANG HENDAK


DI PANGGIL (9W2MIE) DAN

BARU LAH MENGENALKAN TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MEMANGGIL


(9M2DA)

CONTOH:

NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO DI SINI NINE MIKE TWO DELTA ALPHA
GANTI

Website Krew komunikasi PPMl: http://www.scouts.my/JOTA/

Website Krew Radio Amatur PPM Johor: http://josrac.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai