Anda di halaman 1dari 14

Dato Maharaja Lela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pandak Lam

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang
pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada
sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari
Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang
ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela
Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Pejuang bangsa
Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang
British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang
Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin,
beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird
Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat
Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-
pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan
J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari
14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman
gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.
Biodata Pengarang “Pahlawan Pasir Salak

Pengarang novel ini “Pahlawan Pasir Salak”, Mohd Ismail Sarbini dilahirkan di kampung
Bukit Kapar, Klang, Selangor pada 5 Mei 1959.  Mendapat pendidikan awal di Klang
sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Setelah bertugas
sebagai guru selama enam tahun, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian
Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama pada
tahun 1991. Kini beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Telok Datok, Banting.

Dalam bidang penulisan, beliau lebih banyak memberi tumpuan dalam penulisaan novel
dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Sehingga kini beliau telah menghasilkan
30 buah novel kanak-kanak dan remaja, dua buah antologi cerpen kanak-kanak
(perseorangan), dua buah antologi cerpen dewasa dan 70 buah antologi cerpen kanak-
kanak  dan remaja(bersama penulis lain).

Mohd Ismail Sarbini pernah beberapa kali memenangi peraduan menulis . Antaranya, 
ialah:-

a)     Hadiah ke-2 dan ke-3 dalam Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains DBP 1980 
(Pulau Berukera dan Berukera dari Planet Ulba).

b)    Hadiah pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah DBP 1981 (Pahlawan Pasir
Salak).

c)     Hadiah ke-2 dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II 1982
(Mendung Semalam).

d)    Hadiah utama (kategori  cerpen remaja) dalam Peraduan Hadiah Sastera Utusan-
Public Bank 1998 (Jalidah Hidayati Nama Untukmu).

e)     Hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Jalinan Kasih).

f)      Hadiah ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen Malayan Banking-DBP 1991 (Api
yang Telah Padam).

Bab 1-Beringat Sebelum Kena

Kisah bermula pada bulan Mac 1875. Suatu hari, ketika hampir senja, Deli membantu
ayahnya, Pak Itam di warung. Ayah Deli menyuruh Deli pulang setelah siap menutup
warung.

Setelah selesai menutup warung, Deli tidak pulang terus ke rumah sebaliknya dia duduk
sebentar di atas bangku kayu bulat dan dia memandang ke arah pangkalan.  Dari situ, dia
melihat sebuah perahu meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahu
itu menarik perhatian  Deli; apatah lagi apabila dia mendengar  jeritan meminta tolong
daripada salah seorang  yang berada di dalam perahu itu.

Tidak lama kemudian, barulah Deli mengenali orang yang berada di dalam perahu itu.
Mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin iaitu Pak Wan. Mereka memberitahu Deli
bahawa mereka telah diserang dalam perjalanan pulalng  dari Durian Sebatang. 
Sesampai sahaja di Bandar Bharu, “anjing penjajah” menahan mereka dan meminta cukai
buah-buahan yang dibawa oleh mereka. Oleh sebab mereka enggan memmbayar cukai
tersebut, Pak Wan telah dipukul.

Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang.

*****

Di rumah, Deli menceritakan apa yang berlaku kepada  ayahnya. Ayah Deli, dan ibunya ,
Mak Mah bersimpati dengan apa yang berlaku keatas Pak wan dan Lamin. Pak Itam
menjelaskan bahawa sejak Inggeris berada di Perak, hidup mereka tidak aman lagi. 
Bagaimanapun , dengan prenuh semangat Pak Itam berjanji enggan membiarkan Pasir
Salak terlepas ke tangan Inggeris. Deli turut bersemangat apabila mendengar kata-kata
ayahnya itu.

Pak Itam memakai pakaian Melayu serba hitam dan pergi ke rumah Datuk Maharaja
Lela. Pak Itam berpesan agar Deli berlatih silat pada malam itu.

Malam itu , Akub datang ke rumah Deli. Mereka pun ke rumah Datuk Maharaja Lela dan
mengajak Lamin bersama-sama . Sesampai sahaja dirumah Datuk Maharaja Lela ,
kelihatan sudah ramai anak-anak muda berada di situ untuk belarja bersilat.

Malam itu, Datuk Maharaja Lela menyampaikan ucapan kepada semua yang ada di
rumahnya. Ucapannya menyentuh tentang kesan Perjanjian Pangkor. Salah satunya ialah
kutipan cukai keatas penduduk tempatan sedangkan tanahitu milik mereka.Datuk
Maharaja Lela tidak mahu sesiapa pun membayar cukai kepada orang putih. Orang
kampung mesti adakan kawalan yang ketat. Orang ramai yang berada di halaman rumah
Datuk Maharaja Lela bersemangat apabila mendengar ucapan yang penuh semangat itu.

Kemudian , mereka terus berlatih silat.

Bab 2-Senja Berapi.

Mamat tiba di pangkalan dengan sebuah perahu jalur. Mamat terus sahaja ke warung Pak
Itam.

Pak Itam memyambut kedatangan Mamat, anak saudaranya itu. Mamat datang
membawa  perkhabaran tentang keadaan di Bandar Bharu. Menurut cerita Mamat, salah
seorang rakannya iaitu Kamat yang bekerja dengan orang putih memberitahu bahawa ada
orang dari Bandar Bharu akan datang ke Pasir Salak. Mereka ialah orang putih, askar
sipahi dan kuli-kulinya yang ingin membuat pondok untuk mengutip cukai di Pasir Salak.

Pak Itam marah apabila mendengar berita yang dibawa oleh Mamat itu. Mamat meminta
diri untuk  pulang ke Bandar Bharu. Pak Itam berterima kasih kepada Mamat yang
memberi maklumat kepadanya mengenai niat orang putih itu.

Tidak lama selepas itu, Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela bersama-sama Pandak
Endut. Deli disuruh menjaga warung.

*****

Esoknya, tiga buah perahu tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak dengan membawa
orang Inggeris , dua orang askar sipahi dan seorang bangsa Melayu. Perahu di belakang
sekali berisi enam orang lelaki dan sebuah perahu lagi berisi papan, kayu, dan atap.

Setelah mendarat, para pekerja yang terdiri daripada orang Melayu itu sibuk memunggah
kayu, papan, dan atap dan mereka diawasi oleh askar sipahi yang bersenjata. Pondok itu
hendak dibina tidak jauh dari Warung Pak Itm. Seputum hendak menyerang sahaja askar-
askar itu tetapi telah disabarkan oleh Pak Itam.

Ramai orang berkumpul untuk melihat pondok itu dibuat. Tidak lama kemudian, Datuk
Maharaja Lela datang . Datuk Maharaja Lela   kesal  kerana ada orang Melayu yang
sanggup menjadi kuil-kuil Inggeris. Kalau ada orang Pasir Salak yang sanggup berbuat
demikian, Datuk Maharaja Lela   akan mengoyak-ngoyak perut mereka. Seorang pemuda
ingin menghalau orang putih itu dari situ tetapi Datuk Maharaja Lela   menegahnya.
Datuk Maharaja Lela   beredar dari situ dan penduduk kampung berasa hairan melihat
gelagat Datuk Maharaja Lela   itu. Ada yang menganggap Datuk Maharaja Lela   takut
tetapi Pak Itam membela Datuk Maharaja Lela. Pak Itam menegaskan, barangkali Datuk
Maharaja Lela   ada rancanganya yang tersendiri. Penerangan Pak Itam itu membuatkan
orang ramai faham.

Senja itu, pondok itu siap dibina. Sebelum pulang, orang Inggeris dan jurubahasanya,
Mat Arshad menemui orang kampung dan memberitahu tujuan pondok itu didirikan.
Bagaimanapun, orang kampung marah kepada Mat Arshad dan menggelarnya sebagai
“anjing penjajah”.

Selepas orang Inggeris dan orang-orang mereka pulang, Datuk Maharaja Lela   menyuruh
orang-orangnya mengumpul kayu dan daun-daun kering; dilonggokan di sekeliling
pondok itu. Deli pula disuruh mengambil bara api. Apabila bara itu dibawa oleh Deli,
Datuk Maharaja Lela   pun membakar daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang
diletak di keeliling pondok.

Pondok itu dibakar hangus. Tindakan Datuk Maharaja Lela   itu menambahkan lagi
semangat orang kampung. Mereka mahu berjuang bersama-sama Datuk Maharaja
Lela.Mereka bersorak-sorak kegembiraan.
Bab 3-Suara Dari Sungai.

Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Deli,Lamin
dan Akub juga datang dan duduk di bahagian belakang untuk mendengar  ucapan
daripada Datuk Maharaja Lela. Suasana di halaman rumah Datuk Maharaja Lela riuh-
rendah oleh orang ramai yang berkumpul itu.

Suasana tiba-tiba menjadi apabila Datuk Maharaja Lela muncul. Dalam ucapanya, Datuk
Maharaja Lela meningatkan penduduk agar berwaspada setelah pondok orang putih
dimusnahkan. Datuk Maharaja Lela beranggapan orang Inggeris akan membalas dendam.
Datuk Maharaja Lela menasihatkan agar penduduk menbuat lebih banyak pondok
kawalan dan orang kampung terpaksa bertugas secara bergilir-gilir. Penduduk luar juga
mesti diawasi kalau-kalau mereka ‘’anjing orang putih” yang mahu menyiasat.

Penduduk kampung bersemangat apabila mendengar ucapan Datuk Maharaja Lela   itu.
Malah mereka ingin menpertahankan Pasir Salak daripada serangan dan ancaman musuh.

Selepas selesai membuat ucapan, penduduk kampung pun pulang kecuali anak-anak
muda yang hendak berlatih silat. Antaranya ialah Deli, Akub dan Lamin. Pada malam itu,
mereka bertiga bersumpah mahu berjuang menentang orang putih. Datuk Maharaja Lela
gembira apabila mendengar sumpah ketiga-tiga anak muda itu. Malam itu, mereka dilatih
bersilat oleh Pak Itam  dan pembantu-pembantunya.

*****

Pagi itu, Deli, Akub, Lamin dan Pak Wan membina sebuah pondok di pinggir Sungai
Perak. Apabila siap mengatap pondok itu, Pak Wan berehat sebentar di pangkal pokok
kemudian menyambung semula kerja-kerjanya dengan dibantu oleh Lamin, Akub dan
Deli. Pondok itu siap dibina sebelum tengah hari.

Pak Wan gembira bekerja bersama- sama Lamin, Akub dan Deli kerana ketiga-tiga anak
muda itu rajin dan kuat bekerja. Pak Wan teringat akan anaknya, Mat Nor yang sudah
meninggal dunia setahun lalu kerana dipatuk ular. Kalau Mat Nor masih ada, tentu Mat
Nor bersama- sama Deli dan rakan- rakannya yang lain bersatu tenaga mempertahankan
Pasir Salak.

Sebelum mereka ke tempat lain pula, tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong
dari arah sungai. Mereka berempat terkejut.

Bab 4- Orang dari Luar.

Pak Wan,Deli,Akub dan Lamin pergi ke tebing sungai dan melihat seorang lelaki berpaut
pada kayu bakau tambatan perahu. Lelaki itu dalam keadaan menyedihkan dan meminta
tolong. Deli, Akub,Lamin, dan Pak Wan menolong lelaki itu dengan menganakatnya ke
tebing.
Lelaki itu bernama Lamsah dan usianya lebih kurang dua puluh lima tahun. Dia dipukul
dan ada kesan-kesan lebam pada mukanya. Dia dirawat dengan sewajarnyaoleh Deli,
Lamin, Akub, dan Pak Wan. Lamsah dari Kota Lumut dan hendak pulang ke Pulau Tiga
tetapi dia telah ditahan di Bandar Bharu ketika membawa buah-buahan. Dia dipukul
kerana enggan membayar cukai.

Datuk Maharaja Lela sampai di situ dan bersoal-jawab dengan Lamsah. Datuk Maharaja
Lela agak curiga pada Lamsah. Bagaimanapun, apabila Lamsah meminta kebenaran
untuk tinggal sehari dua di Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela membenarkan.

*****

Lamsah gembira kerana dibenarkan tinggal buat sementara waktu di kampung itu.
Apabila tinggal di situ beberapa har, Lamsah memuji penduduk kampung itu yang baik
hati.

Akhirnya Lamsah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung itu. Alasannya
ialah dia berasa gembira dengan keadaan hidup di kampung itu seperti amalan gotong-
royong   terutamanya ketika membuat pondok kawalan dan mengawal kampung. Lamsah
juga bersemangat dan ingin berjuang bersama-sama penduduk kampung itu untuk
menetang penjajah.

Deli gembira dengan semangat yang Lamsah itu. Hari itu Lamsah menolong Deli
memetik tiga biji kelapa muda dan dia minum air kelapa itu bersama-sama Lamsah.

Lamsah bertanyakan Deli mengenai keadaan rumah Datuk Maharaja Lela sama ada
terdapat pengawal atau tidak. Apabila Deli bertanya tujuan Lamsah bertanya begitu,
Lamin, Lamsah tidak memberitahu Deli.

Lamsah juga diberitahu oleh Deli bahawa pondok yang dibina oleh orang Inggeris di
kampung itu telah dibakar oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja
Lela.

Lamsah memuji keberanian Datuk Maharaja Lela itu.

Pak itam datang dan menyuruh Deli mengganti emaknya menjaga warung. Pak Itam
ingin ke rumah Datuk Maharaja Lela. Lamsah ingin tahu tujuan Pak Itam ke rumah
Datuk Maharaja Lela tetapi Deli tidak tahu.

Deli dan Lamsah berpisah pada hari itu apabila Deli ke warung dan Lamsah pulang ke
rumah.

Bab 5- Peristiwa di warung

Tiga orang  lelaki tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak. Ketiga-tiga lelaki itu ialah
wakil Residen Birch. Mereka bersoal-jawab dengan Deli dan meminta Deli membayar
cukai kerana membuka warung di tanah jajahan Inggeris tetapi Deli enggan
membayarnya. Lelaki berkumis tebal berasa marah dan dia menungkit mengenai
peristiwa pondok Inggeris yang dibakar. Lamin masuk campur dan menegaskan bahawa
penduduk tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.

Lelaki berkumis tebal hilang sabarn menendang bangku kayu warung Deli. Deli
menerajang lelaki itu sehingga jatuh terguling. Lamin dan Akub membuka langkah silat
untuk menghadapi dua orang lagi.

Ketika itu, dua buah perahu jalur sampai di pangkalan. Empat orang pemuda datang dan
membantu Deli, Lamin,Akub. Akhirnya, ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditangkap. Mereka
ingin memukul ketiga-tiga lelaki itu tetapi ditegah oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu
menyuruh mereka menyerahkan ketiga-tiga lelaki itu kepada Datuk Maharaja Lela
sahaja.

Kemudian ketiga-tiga lelaki itu dibawa ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja
Lela marah akan ketiga-tiga lelaki itu kerana mereka sanggup menjadi ‘anjing Inggeris’.
Datuk Maharaja Lela membebaskan ketiga-tiga lelaki itu dan Datuk Maharaja Lela
menyuruh ketiga-tiga lelaki itu memberitahu Residen Birch bahawapenduduk Pasir Salak
tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.

Datuk Maharaja Lela menyeru agar penduduk Pasir Salak mengawal kampung dengan
lebih ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan mempertahankan Pasir Salak.

*****

Pak Wan duduk di bangku kayu bulat di dalam pondok. Deli berbual-bual sekejap dengan
Pak Wan. Tidak lama kemudian, Lamin dan Akub datang. Mereka bertukar-tukar
membuat rondaan dan kawalan. Tiba-tiba,Deli dan Pak Wan mendengar suara orang
bercakap. Pak Wan mengamati suara yang datang dari arah sungai itu.

Akhirnya, Lamsah muncul dari celah-celah pokok senduduk. Lamsah memberitahu dia
seorang sahaja walaupun Deli mengesyaki Lamsah bersama orang lain.

Deli mencurigai Lamsah.

Bab 6-Api Dalam Sekam.

Suatu malam, Akub, Lamin, dan Deli,menuju ke rumah Datuk Maharaja Lela. Tidak
lama selepas itu, mereka bertiga sampai di rumah Datuk Maharaja Lela dan mereka
dapati sudah  ramai penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di situ. Lamsah juga ada
di situ tetapi menyisihkan diri daripada orang ramai.

Lamsah,Akub, dan Deli berasa kurang senang dengan sikap Lamsah akhir-akhir ini.
Lebih-lebih lagi setelah Deli terserempak dengan Lamsah di pinggir sungai beberapa hari
lalu.
Datuk Maharaja Lela muncul di serambi bersama Pak Itam. Datuk Maharaja Lela mula
berucap dan menjelaskan kepada penduduk kampung mengenai Residen Birch yang
mengawal sultan dan menyuruh sultan menandatangani surat membenarkan orang
Inggeris mengutip cukai di negeri itu. Mendengar penjelasan itu, orang kampung yang
hadir berasa marah dan sepakat tidak akan membayar cukai kepada pihak Inggeris.

Datuk Maharaja Lela memberitahu bahawa lebih banyak kubu pertahanan akan dibina di
kampung itu untuk menjag keselamatan kampung.

*****

Pagi itu, kerja-kerja membina kubu pertahanan mula dijalankan oleh penduduk kampung.
Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Deli, Akub, dan Lamin meronda dari satu tempat ke satu
tempat untuk memberi semangat kepada orang-orangnya agar bergotong-royong. Datuk
Maharaja Lela gembira melihat kerjasama itu. Bagi Datuk Maharaja Lela, ketahanan
kubu itu akan dapat menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang. Datuk
Maharaja Lela juga gembira melihat ketahanan kubu yang dibina oleh Deli, Akub dan
Lamin.

Tidak lama selepas itu, Amat datang dan memberitahu bahawa ada sebuah pondok
terbakar. Datuk Maharaja Lela bergegas ke tempat itu tetapi pondok itu sudah hangus.
Wahab dan Ahad gagal menyelamatkan pondok itu  kerana api cepat membakar pondok
itu.

Amat menjelaskan bahawa dia dan Lamsah mengawal di pondok itu. Apabila dia sakit
perut, dia ke sungai dan apabila dia kembali, pondok itu terbakar. Datuk Maharaja Lela
mengesyaki Lamsah yang terlibat membakar pondok itu. Sejak mula lagi, Datuk
Maharaja Lela tidak begitu percaya pada Lamsah. Penduduk di situ ingin mencari
Lamsah tetapi Datuk Maharaja Lela berpendapat sudah terlewat. Datuk Maharaja Lela
mencadangkan agar sebuah pondok baru dibina.

Deli geram akan sikap Lamsah. Kalau dia tahu dari awal sikap Lamsah demikian rupa,
tentu dibunuhnya Lamsah sejak dulu lagi.

Berita mengenai kebakaran pondok pengawal itu tersebar luas di kampung itu. Semua
orang berasa geram dan marah.

Pada malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai di  pondokkawalan
berhampiran pangkalan. Ahad bertugas di situ. Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi air
berkocak dari arah pangkalan. Mereka melihat dua orang di dalam perahu tetapi kedua-
duanya meninggalkan pangkalan dan terus hilang dari pandangan mereka.

Bab 7-Berita dari Bandar Bharu.


Apabila matahari terbenam, Deli menutup warungnya. Sebaik sahaja keluar dari warung ,
Mamat(abang saudaranya) berdiri di depannya. Deli gembira sekali dengan kedatangan
Mamat dan menjemput Mamat pulang ke rumahnya.

Selepas mahgrib;Mamat,Deli dan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela. Mamat
disambut baik oleh Datuk Maharaja Lela. Mamat menjelaskan bahawa dia membawa
berita penting tetapi berita itu kurang baik. Mamat pun menunjukkan surat kenyataan
mengutip cukai bagi pihak Inggeris. Menurut Mamat lagi, surar-surat itu ditampal di
Bandar Bharu siang tadi dan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak dua puluh satu das.
Esok atau lusa,Residen Birch dan orang-orangnya akan datang ke Pasir Salak untuk
menampal surat itu.

Datuk Maharaja Lela marah apabila mendengar berita itu. Surat yang dibawa oleh Mamat
itu dikoyak oleh Datuk Maharaja Lela lalu dicampak ke luar tingkap. Kertas-kertas itu
kemudian dibakar.

Datuk Maharaja Lela berterima kasih kepada Mamat yang membawa berita itu. Malam
itu,Mamat bermalam di rumah Deli. Sebelum itu, Mamat dibawa oleh Deli ke pondok
kawalan berhampiran pangkalan.

Sementara itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, dan beberapa orang pengawal meronda di
sekitar Kampung Pasir Salak.Berita megenai orang-orang Inggeris yang akan menampal
surat kenyataan diberitahu kepada sesiapa sahaja yang mereka temui. Datuk Maharaja
Lela  dan pengikut- pengikutnya sampai di pondok kawalan tempat Deli dan rakan-
rakanya bertugas.

Kemudian Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itamke rumah Seputum kerana ada hal
yang hendak dibincangkan. Mamat  mengagumi Datuk Maharaja Lela  yang
bertanggungjawab.Mamat juga mengagumi Deli yang mahu mempertahankan Kampung
Pasir Salak. Bagaimanapun, Mamat menyesali keadaan di Bandar Bharu yang kini penuh
dengan surar-surat kenyataan yang ditampal oleh orang Inggeris dan orang Melayu yang
menjadi tali barut Inggeris. Deli turut menceritakan mengenai Lamsah kepada Mamat.
Lamsah pada mulanya baik tetapi sebenarnya dia menjadi tali barut penjajah. Deli
menyesal kerana cepat mempercayai Lamsah.

Mamat menduga bahawa jika Inggeris datang ke Pasir Salak, peperanganakan berlaku.
Deli memberitahu bahawa penduduk Pasir Salak tidak gentar akan Inggeris. Mamat
kagum akan keberanian anak saudaranya itu.

Bab 8-Pasir Salak Berdarah.

Pada 1 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit berlabuh di tengah
sungai setentangan dengan pangkalan di Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela dan pengikut-
pengikutnya melihat keadaan itu dari jauh. Datuk Maharaja Lela meng arah pengikut-
pengikutnya supaya tidak terburu-buru. Lagipun ketiga-tiga perahu itu tidak menghampiri
tebing.
Datuk Maharaja Lela pulang diikuti oleh beberapa orang tua-tua. Pak Itam dan beberapa
orang kampung masih mengawasi ketiga-tiga perahu dan rumah rakit itu. Ada yang
mempertikaikan kenapa mereka tidak boleh bertindak terhadap perahu-perahu itu tetapi
Pak Itam menasihatkan agar pesanan Datuk Maharaja Lela dipatuhi.

Hampir pukul lima pagi,barulah ketiga-tiga buah perahu dan rumah rakit itu mula
bergerak ke tebing. Mereka yang menunggu di tebing sudah mula gelisah dan ada yang
mula mengeluarkan senjata. Pak Itam menasihatkan agar jangan bertindak terlebih
dahulu.

Pagi 2 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit rapat ke tebing
bertentang ke kedai emas. Penduduk Pasir Salak memerhatikan sahaja perahu-perahu dan
rumah rakit itu. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana mematuhi pesanan Datuk Maharaja
Lela.

Dari atas perahu itu, beberapa orang askar sipahi turun bersenjatakan senapang. Seorang
anak muda Melayu  iaitu Mat Arshad juga turun.    Sementara itu, Deli ternampak
Lamsah. Akub marah dan ingin bertindak terhadap Lamsah tetapi Deli menegah.

Sebaik sahaja sampai di tebing, Mat Arshad memberitahu orang ramai bahawa dia ingin
berjumpa dengan Datuk Maharaja Lela. Askar-askar sipahi mengiringi Lamsah dan Mat
Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Akub dan Lamin serta beberapa orang permuda
turut mengekori mereka ke rumah Datuk Maharaja Lela.

Datuk Maharaja Lela menyambut kedatangan adalah untuk memberitahu bahawa Residen
Birch ingin berjumpa Datuk Maharaja Lela. Residen Birch di sungai ketika itu. Datuk
Maharaja Lela enggan pergi sebaliknya Residen Birchlah yang patut datang menemui
Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela sempat bertanya tujuan Residen Birch datang
ke Pasir Salak. Mat Arshad menjelaskan bahawa Residen Birch ingin menampal surat
kenyataan cukai mengenai cukai. Datuk Maharaja Lela melenting dan memberitahu
bahawa beliau enggan menurut arahan Residen Birch itu. Datuk Maharaja Lela menyuruh
mereka balik sahaja dan memberitahu perkara itu kepada Residen Birch.

Sebelum mereka beredar, Datuk Maharaja Lela dan Deli sempat menyindir Lamsah. Deli
juga mahu bertindak terhadap Lamsah tetapi ditegah oleh Datuk Maharaja Lela. Apabila
orang-orang Inggeris itu bergerak, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya ke
singai iaitu tempat Residen Birch dan orang-orangnya berlabuh. Sekiranya ada sebarang
surat ditampal, surat itu mesti dikoyak. Datuk Maharaja Lela sempat berkata sesuatu
kepada Seputum dan Pandak Endut kemudian kedua-duanya berlari ke sungai.

Sementara itu, sesampai sahaja di rumah rakit, Mat Arshad menjelaskan kepada Residen
Birch enggan datang. Residen Birch menyuruh Mat Arshad menampal surat-surat itu.
Walaupun tidak dibenarkan oleh Datuk Maharaja Lela, Residen Birch berani menyuruh
berbuat demikian kerana telah diberi kuasa oleh sultan untuk mengutip cukai di situ.
Selepas itu, berlaku kekecohan antara Mat Arshad dan orang kampung. Mat Arshad
ditikam oleh Pandak Endut. Kekecohan itu membuatkan Residen Birch menjengah
keluardari rumah rakit dan terjun ke sungai setelah melihat beberapa bilah lembing
melayang ke arahnya.lm juga terjun ke sungai untuk menyelematkan diri. Askar-askar
sipahi dan tukang dayung naik ke perahu dan melarikan diri.

Seputum pula naik ke atas rumah rakit dan menunggu Lamsah dan Residen Birch timbul
di permukaan air. Tidak lama kemudian, Residen Birch muncul di permukaan dan
Seputum terus menetaknya. Air sungai menjadi merah bercampur darah. Seputum
menjerit kegembiraan kerana berjaya membunuh Residen Birch. Seputum menunggu
Lamsah muncul tetapi Lamsah tidak muncul di permukaan. Deli,Akub,dan Lamin turut
menunggu kemunculan Lamsah untuk membalas dendam. Mereka cepat-cepat ke tebing
iaitu ke arah hilir tetapi Lamsah tidak ditemui juga.

Apabila sudah lama menungu dan tidak menemui Lamsah, mereka pun balik. Sementara
itu, tukang dayung disuruh membawa mayat Mat Arshad ke Bandar Bharu di samping
memberitahu tentang kematian Residen Birch dan Lamsah. Kedua-dua penday6ung itu
pun pulang tergesa-gesa.

Datuk Maharaja Lela berbangga dengan kejayaan pengikutnya membunuh Residen Birch.
Surat-surat yang dibawa oleh Mat Arshad dikumpul dan dibakar. Datuk Maharaja Lela
menggesa penduduk agar kawalan diketatkan kerana penjajah akan menuntut bela di atas
kematian Residen Birch. Penduduk bersetuju dan berjanji akan mempertahankan Pasir
Salak

Bab 9-Tiba Masanya.

Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah supaya semua
orang bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua lelaki berkawal siang dan
malam dengan bersenjata.

Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang dari Bandar
Tua setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu pertahanan Bandar dibina agak
besar dan kukuh. Akub agak hairan mengapa kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi
menurut kata Deli, untuk  menyerang Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar
Tua terlebih dahulu. Barulah Akub faham kedudukan sebenarnya.

Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang  berkumpul di situ.
Di tengah sungai, kelihatan  beberapa buah perahu yang  dinaiki oleh orang-orang 
suruahan  Inggeris dan askar sipahi sedang  mencari mayat Residen Birch tidak akan
ditemui.

Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai supaya jangan
terlalu ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja mengawal kampung. Datuk
Maharaja Lela percaya askar-askar itu tidak akan naik ke darat memandangkan bilangan
mereka sedikit.
*****

Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah pondok. Jamung
digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu. Ahad datang ke situ dan
turut bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka melihat cahaya api jamung ke arah
mereka dalam keadaan terburu-buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli,
Mamat yang datang ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang
Inggeris akan menyerang  Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk
Maharaja Lela. Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja Lela
sedang berbincang sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu Kampung 
Gajah. Mamat memberitahu Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris akan dibantu oleh
askar dan mata-mata Pulau Pinang; Nahkoda Orlong dan Raja Mahmud di Selangor. 
Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu. Deli dan orang ramai yang ada di situ
kagum akan keberanian Datuk Maharaja Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan
membantu Datuk Maharaja Lela.

Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk kampung. Pemuda-
pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk
Maharaja Lela menjelaskan kedudukan sebenar kepada penduduk kampung yang datang
ke rumahnya. Datuk Maharaja Lela mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti
dilawan. Tentang senjata, walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja
Lela tidak gentar. Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka.
Ucapan Datuk Maharaja Lela yang bersemangat itu diberi tepukan gemuruh oleh
penduduk yang ada di situ. Selepas itu, Deli ke pondok kawalan bersama Lamin

Bab 10-Sumpah Pahlawan.

7 November 1875- pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela menunggu kedatangan


angkatan Inggeris dalam kubu pertahanan di Bandar Tua tetapi angkatan itu tidak muncul
juga. Datuk Maharaja Lela menyuruh Deli, Akub,Lamin dan Seputum serta kawan-
kawanya meninjau keadaan di bahagian depan.

Sesampai di tempat itu, Seputum mengajak Deli, Lamin dan Akub memanjat untuk
meninjau keadaan. Apabila mereka memanjat pokok, mereka tidak dapat melihat
angkatan orang putih yang dikatakan ingin menyerang itu.

Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnyamasih menunggu di kubu pertahanan


Bandar Tua. Ada antara pengikut Datuk Maharaja Lela tidak sabar menunggu
kemunculan musuh. Akhirnya, Deli, Lamin dan Akub, dan Seputum memberitahu
bahawa angkatan musuh sudah sampai dan kini berada Deli di Pasir Panjang dan mereka
berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan mengikut jalan darat dan satu
kumpulan mengikut jalan sungai.

Apabila mengetahui berita itu, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya berpecah
kepada dua kumpulan iaitu satu berhampiran dengan kubu dan satu lagi di tepi sungai.
Pak Itam dan Pandak Endut menyertai kumpulan di tepi sungai manakala Datuk
Maharaja Lela mengetuai angkatan di kubu pertahanan.

Lamin, Deli dan Akub bersama-sama Datuk Maharaja Lela di Bandar Tua. Semuanya
sudah siap dengan senjata seperti lembing, parang, pedang, bedil pemuras, dan leta
rentaka. Tidak lama kemudian angkatan Inggeris tiba dan seorang pemuda Melayu
berjalan di depan mereka. Datuk Maharaja Lela dapat mengecam bahawa penduduk itu
ialah Lamsah. Deli pula berazam hendak melakukan sesuatu terhadap Lamsah dan Datuk
Maharaja Lela mengizinkanya.

Di belakang Lamsah diikuti oleh seorang Inggeris. Di belakang mereka pula terdapat
beberapa orang sedang menolak meriam dan diikuti oleh aaskar-askar sipahi dan orang-
orang Melayu yang memihak kepada Inggeris. Pengerakan tentera-tentera Inggeris ini
dilihat oleh berpuluh-puluh mata yang sedang memerhatikan mereka dari atas bukit kecil.

Lamsah yang menyertai pasukan penjajah itu telah sampai di kaki bukit. Meriam yang
dibawa akan ditolak beramai-ramai. Bagaimanapun, pasukan itu diserang oleh Datuk
Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya dengan menggunakan lembing, lela rentaka dan
juga bedil pemuras.

Semasa berlaku pertempuran, Deli mencari Lamsah untuk membalas dendam tetapi
Lamsah menghilangkan diri. Bagaimanapun, akhirnya Lamsah mati tertikam lembing di
dadanya.

Dalam pertempuran itu juga, Deli berjaya membunuh seorang askar Inggeris yang hendak
membunuh Datuk Maharaja Lela. Pihak penjajah mula berundur.penduduk Pasir Salak
gembira dengan kemenangan mereka itu. Tidak ada seorang pun yang terkorban dalam
pertempuran itu tetapi hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Datuk Maharaja Lela kesal juga dengan kematian Lamsah kerana Lamsah merupakan
anak Melayu yang memihak kepada Inggeris. Mayat Lamsah dibawa balik oleh mereka.
Pasukan yang dipimpin oleh Pak Itam dan Pandak Endut yang berkubu di tepi sungai
juga berjaya mengalahkan penjajah. Datuk Maharaja Lela gembira atas kejayaan itu.

Kemudian mereka pulang ke Pasir Salak dan berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela.
Datuk Maharaja Lela memyampaikan ucapan dengan penuh semangat di hadapan
penduduk Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela tetap meminta agar penduduk berwaspada
akan penjajah kerana mungkin mereka akan menyerang kampung itu lagi.

Semua penduduk berjanji akan melawan penjajah dan mempertahankan Pasir Salak.

Anda mungkin juga menyukai