Anda di halaman 1dari 13

MUHAMMAD FARHAT UZAIR BIN BAHARUDDIN

AHMED NUR FADZRULUDDIN BIN CHE GHANI


NURUL NABIHAH BINTI AZMI
KONSEP PERGURUAN

 Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan


pengasuh
 Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain
 pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan
mendidik
 perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang
menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat
belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang
mempunyai perkaitan dengan guru.
PEKERJAAN YANG DIANGGAP PROFESSIONAL.

 Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.


 Banyak menggunakan keupayaan intelek.
 Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa
menjalankan tugas.
 Mendapat latihan khusus.
 Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
 Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
 Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.
 Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
DEFINISI ETIKA
 ETIKA bermaksud panduan tentang tingkah laku,adab dan nilai-nilai
positif dalam diri yang kita tunjukkan dalam setiap perbuatan.
 Contoh-contoh etika yang harus wujud dalam diri kita ialah disiplin,nilai-
nilai murni,keadilan,berwibawa,bertanggungjawab dan banyak lagi.
ETIKA PERGURUAN.

 Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. 
 Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk,
serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan
kepada ahli-ahli berkenaan.
 Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah  “Tatasusila Profesion Keguruan”. 
 Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi
oleh semua kakitangan perguruan.
 Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan
tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya.
 
HUBUNGAN PENGHAYATAN TATASUSILA DENGAN PENINGKATAN TARAF PROFESIONALISME KEGURUAN

 Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, “Segala


sesuatu itu bermula daripada diri kita dulu”.
 Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan
tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan.
 Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan
mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh
organisasi pendidikan.
 Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau
meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita.
 sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri
kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. 
AKAUNTABILITI KEGURUAN.

 Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang


harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. 
 Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan
membawa maksud tanggungjawab terhadap
profesionalisme keguruan.   
 Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan,
sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion
keguruan.
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP
 Pelajar
 Diri
 Bangsa dan Negara
 Terhadap Tugas dan Kerja
PELAJAR

 Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah


termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah
dan teknikyang berkesan.
 Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-
murid berbanding hal-hal lain.
 Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama,
faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya.
 Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa
meminta apa-apa bayaran atau hadiah.
 Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas,
berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas
DIRI

 Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat


menjalankan tugas dengan sempurna.
 Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan
jiwa.
 Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
 Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
 Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling
melalui media massa atau elektronik.
 Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di
masa lapang.
BANGSA DAN NEGARA

 Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat


Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara.
 Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri pelajar.
 Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan
mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat.
 Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan
ibu bapa pelajar.
 Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti
sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
TERHADAP TUGAS DAN KERJA

 Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan


berkaitan mata pelajaran yang diajar.
 Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran
yang diajar.
 Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-
kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
 Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya
bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
 Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang
betul dan tepat.
HUBUNGAN AKAUNTABILITI DENGAN PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN.

 Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar


seseorang guru. 
 Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme
keguruan kerana semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan
tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi.
 Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi
bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion
keguruan akan ditingkatkan sekiranya seseorang itu benar-benar
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.
 Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan khususnya di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai