Anda di halaman 1dari 5

Budaya 

Membaca
30/06/2008
tags: buku, membaca
by Abu Umair

Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu
Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk
membeli buku.

Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara
puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli
buku.

RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan
jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari?

Hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada
1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang
tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti
majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!!

Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih
ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Sebagai orang Islam, kita mesti peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan
mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah
SAW ialah: “Bacalah…”.

Sejarah kehidupan sarjana awal Islam mendedahkan mereka adalah masyarakat yang banyak
membaca. Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi
ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa
beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan
bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim
mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca
muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya.
Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan
tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat
membaca.
Begitulah budaya minat membaca yang tersemai dalam diri sarjana Islam satu ketika dahulu.
Bagaimana pula dengan kita? Marilah sama-sama kita menghitung berapa buah bukukah yang
kita baca dalam seminggu, atau sebulan atau setahun. Selamat membaca!!

 
5 Votes

 Share this:
 Share

from → Menuntut Ilmu


← Gelatin Dalam Vitamin
“Saya Tidak Tahu…” →
8 Comments leave one →

1.

albaruhiyy permalink

01/07/2008 12:22 am

Salah seorang pensyarah yang bertugas sebagai pengetua kolej di salah sebuah universiti
Malaysia pernah menceritakan kepada saya, beliau pernah melakukan “spot check” ke
bilik-bilik pelajar di sini dan amat terkejut bila mendapati, buku yang paling banyak
ditemui ialah majalah-majalah hiburan, komik, majalah picisan. Sangat kurang pelajar
yang mempunyai buku-buku motivasi, ilmiyyah dan akademik. Ini adalah situasi pelajar
IPTA Malaysia. Bagaimana pula masyarakat awam di luar sana?

Reply

2.

sahabat madinah permalink

01/08/2008 5:17 pm

Ustaz abu umair, boleh anta kongsi pengalaman anta di sini, sudah berapa ratus buku
yang anta baca dan khatamkan? Dan apa nama buku2 tu.
Bukan apa…. sajer untuk bangkitkan semangat ana untuk mebaca dan supaya ana tahu
kitab2 apa yang anta baca sehingga menjadikan anta lebih hebat dari mufti2 di
Malaysia :-)

Reply

3.

abuumair1 permalink*

01/08/2008 5:31 pm

Syeikh sahabat madinah..

Tak payahlah ana cerita diri ana yg serba kekurangan. Sebab cerita diri ana tak layak
dijadikan panduan orang lain. Sebagai ganti, ana cerita kisah ustazuna Dr Zulkifli
Mohammad Bakri.

Sewaktu beliau datang umrah, selama berada di Mekah dalam seninggu, beliau
memberitahu sempat khatam sebanyak lebih kurang 10 buah kitab.

Dan ketika di Madinah, beliau sempat membaca kitab Muzakkirah Syeikh Syanqiti dan
khatam di hadapan seorang anak murid Syeikh Amin, dalam masa 3 hari sahaja.

Reply

4.

sahabat madinah permalink

01/08/2008 5:39 pm

MasyaAllah, hebat tu. Semoga Allah swt pilih kita untuk menjadi lebih hebat dari tu.

Iqrak wa rabbukal akram…. bacalah dan Tuhan kau paling mulia….. Tuhan yang paling
mulia akan memberi kemulian kepada yang selalu membaca lagi dan lagi. Sesiapa yang
metadabbur ayat ni pasti akan jumpa rahsia yang ajaib di sebalik ayat ni.

wa man yuktal hikmata faqod uutiya khairon kathiiraa

Reply
5.

umaralkhattab permalink

30/07/2009 9:47 am

Terima kasih saudara…ana amat berminat dengan pandangan anta….bolehkah anta


jelaskan bagaimanakah kita hendak meningkatkan budaya membaca dikalangan generasi
muda selain:1.mewujudkan suasana ilmu dalam keluarga (seperti kata syed Naqaib Al
Attas) 2. mengalakan orang cintakan ilmu suka membaca (memberikan galakan dengan
memperbanyakan bahan bacaan untuk mereka) 3. Mewujudkan perpustakaan di rumah 4.
Selalu ke kedai-kedai buku..dan membelikan buku0buku yang sesuai…apa pandangan
anta…tq

Reply

6.

Anonymous permalink

29/03/2010 3:04 pm

this is not a karangan

Reply

7.

Sharena Abdullah Fennessy permalink

30/03/2010 1:25 pm

Ingin saya berkongsi cerita tentang anak saya.


Apabila dia masuk darjah 1, memang dia langsung tidak boleh membaca, walaupun satu
patah perkataan pun. Keadaan ini berterusan selama 7 bulan. Tapi, saya yakin dia mampu
membaca tetapi pada masa yang dia sendiri mempunyai keinginan untuk membaca.
(memang saya sediakan terdahulu persekitaran yang memupuk budaya membaca dalam
keluarga saya)
Sejurus selepas dia melalui hari jadinya yang ke-7, saya masuk ke ruang tamu dan
terkejut anak saya sedang asyik membaca…sebuah buku ensiklopedia! Dia tidak belajar
membaca melalui buku belajar membaca seperti BAWAL atau Ladybird Peter and Jane.
Anak kedua saya pun begitu.

Bagi saya, budaya membaca buku pengetahuan (berbanding dengan komik, majalah) di
kalangan kanak-kanak tidak/ jarang wujud kerana anak-anak dipaksa belajar membaca
untuk tujuan utama iaitu memenuhi syarat kemasukan sekolah rendah. Jadi, mereka tidak
belajar meminati membaca buku kecuali dalam keadaan terpaksa e.g. bersedia untuk
periksa, ulang kaji.

Ibubapa, guru serta mereka yang terlibat dalam pendidikan harus mengubah cara mereka
memperkenalkan budaya membaca ini kepada anak-anak dan menjadikannya sesuatu
yang seronok dan bermanfaat dan tidak memaksa.

Anda mungkin juga menyukai