Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Pingpong atau juga dikenali sebagai Tenis Meja adalah sejenis permainan yang

diperkenalkan pada tahun 1898.Beberapa perubahan juga telah berlaku sejak ia mula

diperkenalkan iaitu dari segi undang-undang permainan, jenis dan warna bola, bentuk

dan permukaan bet, pakaian pemain dan teknik permainan. Pingpong adalah

permainan yang patut digalakkan di setiap sekolah atau mana-mana institusi kerana ia

dapat menambah dan memperluaskan lagi kemahiran asas kesukanan pelajar. Selain

daripada itu, permainan ini hanya mengunakan peralatan asas seperti bet, jaring dan

bola yang harganya adalah murah dan tahan lama berbanding dengan alatan

permainan lain.Permainan pingpong ini juga tidak memerlukan kawasan yang besar

untuk dijadikan tempat bermain.

2.0 RASIONAL

Karnival Sukan Kolej-Kolej Kediaman merupakan salah satu aktiviti tahunan

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Pelbagai acara yang dipertandingkan

seperti bola tampar, bola jaring, hoki, catur dan juga termasuklah permainan ping pong.

Karnival sukan ini diadakan bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus PISMP

Semester 5 berdasarkan subjek PJM 3112, Pengurusan Pendidikan Jasmani dan

Sukan dimana kami dikehendaki untuk merancang dan mengelolakan salah satu

permainan di dalam Karnival Sukan ini. Di samping itu juga, karnival diharapkan dapat

mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili Institut ke peringkat lebih tinggi.


3.0 OBJEKTIF

I. Untuk member pendedahan dan pengalaman langsung kepada

guru pelatih dalam merancang dan mengendalikan sesuatu

kejohanan/ pertandingan.

II. Untuk melahirkan pelatih guru yang sihat dan cergas fizikal.

III. Untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta yang

mengambil bahagian

IV. Untuk memilih wakil IPGM KSM ke Kejohanan KAGUM.

V. Untuk menggalakkan semangat kesukanan dan persaingan yang

sihat di kalangan peserta.

VI. Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan

kebolehan masing-masing.

VII. Untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta yang

bertanding.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

KARNIVAL SUKAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN MIZAN


SESI 2010 (PERTANDINGAN PING PONG)

Tarikh : 27 Februari 2010

Tempat : Gelanggang Ping Pong IPGM KSM

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Penyertaan : Semua guru pelatih IPGM KSM

5.0 TENTATIF PROGRAM


6.0 BELANJAWAN
7.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : En Lukman Bin Sa’adon

Pengerusi : Wan Nadia Farhana Binti Wan Mohd Norudin

Setiausaha : Nur Farah Hani Bt Isa

Bendahari : Aina Nabila Bt Othman

AJK :

Urusetia : Muhammad Aziz B. Che Nordin

Nurul Amalia Husna Yusof

Shamel Ameri Bin Sabtu

Ketua Referee : Muhammad Fakhruzzaman Bin Abd Razak

Mohamad Hadi Fakhrullah Bin Mohd Zain

Badruddin Bin Abu Bakar

AJK Teknik dan Alatan : Muhamad Faiz B. Abu Ashaari

Muhamad Afif B. Mohd Aris

AJK Statistik : Muhammad Fakhrulrazi B. Abd Wahab

Norhusyiah Bt. Mohammed Nor

AJK Makanan/Minuman : Nurliyana Bt. Sarip


Siti Mursyidah Bt. Ahmad Sabri

AJK Hadiah : Noor Ain Binti Mat

Nur Azia Bt. Ramli


8.0 LAMPIRAN

UNIT PISMP SAINS SEMESTER 5,


9.0
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
10.0
KAMPUS SULTAN MIZAN.

PERTANDINGAN PING PONG SEMPENA KARNIVAL SUKAN

BORANG PENYERTAAN

KATEGORI :

NAMA PASUKAN

NAMA KETUA PASUKAN

NO. H/P

UNIT
PERSEORANGAN LELAKI

NAMA :

NO. K/P :

UNIT :

NO H/P :

PERSEORANGAN PEREMPUAN

NAMA :

NO. K/P :

UNIT :

NO H/P :

BEREGU LELAKI

NAMA :

NO. K/P :

UNIT :

NO H/P :

NAMA :

NO. K/P :

UNIT :

NO H/P :
BEREGU PEREMPUAN

NAMA :

NO. K/P :

UNIT :

NO H/P :

NAMA :

NO. K/P :

UNIT :

NO H/P :

BEREGU CAMPURAN

NAMA :

NO. K/P :

UNIT :

NO H/P :

NAMA :

NO. K/P :

UNIT :

NO H/P :
PENGAKUAN DIRI

Kami akan mematuhi segala peraturan, undang-undang dan syarat yang ditetapkan

dalam pertandingan ini. Kami bersetuju membenarkan sebarang pindaan atau

perubahan dibuat dari semasa ke semasa sebelum atau semasa pertandingan

dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Kami mengakui semua butiran yang

diberikan adalah benar dan jika penipuan dilakukan, kami bersedia permohonan kami

ditolak. Kami tidak akan menuntut atau mendakwa Jawatankuasa Pertandingan jika

berlaku sebarang musibah ke atas diri kami (seperti nama yang diberikan) sebelum,

semasa atau selepas pertandingan diadakan.

TANDATANGAN
KETUA PASUKAN : TARIKH:
PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

1. PERATURAN AM:

1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan

dijalankan mengikut Undang-undang PERSEKUTUAN PINGPONG

ANTARABANGSA ( ITTF ).

1.2. Peserta dikehendaki membawa kayu pemukul ( bat ) sendiri.

2. TARIKH PERTANDINGAN:

27 Februari 2010

3. TEMPAT PERTANDINGAN:

Dewan Bendahara Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

4. PENYERTAAN:

Terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan .

Yuran penyertaan bagi satu pasukan ialah RM30.00.

5. PENDAFTARAN PEMAIN:

Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar pemain seperti berikut;

Pemain Lelaki - 4 orang

Pemain Wanita - 4 orang


8 orang

6. TARIKH TUTUP PENYERTAAN:

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Februari 2010

7. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN:

7.1. Pertandingan Ping Pong akan dijalankan dalam kategori berpasukan sahaja

dengan acara-acara seperti berikut;

7.1.1. Perseorangan Lelaki

7.1.2. Perseorangan Wanita

7.1.3. Beregu Lelaki

7.1.4. Beregu Wanita

7.1.5. Beregu Campuran

7.2. Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan

peringkat awal manakala peringkat suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir

secara kalah mati.

8. MENARIK DIRI:

8.1. Pasukan atau pemain yang terlewat 15 minit dari masa yang telah

dijadualkan bermain akan dianggap menarik diri serta kemenangan akan

diberikan kepada pihak lawan.


8.2. Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya

berlaku maka pasukan atau pemain akan dianggap menarik diri dari keseluruhan

pertandingan.

9. BANTAHAN:

9.1. Bantahan hendaklah dibuat melalui Ketua Pasukan dalam masa 15 minit

dari perlawanan tamat dengan disertakan wang tunai RM 50.00 sebagai

pertaruhan.

9.2. Wang pertaruhan tersebut akan luput sekiranya bantahan tersebut ditolak.
9.0 PENUTUP

Diharapkan semoga Karnival Sukan Kolej-kolej Kediaman IPG Kampus Sultan Mizan

2010 akan mendapat sokongan penuh oleh pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan. Sehubungan itu juga diharapkan agar kertas kerja ini

dipertimbangkan serta diluluskan. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan

ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Disokong oleh,


_____________________ ___________________

(Nur Farah Hani Bt. Isa) (En. Lukman B. Sa’adon)

Setiausaha, Penasihat

Karnival Sukan Kolej-kolej Karnival Sukan Kolej-kolej

Kediaman 2010 Kediaman 2010

(Pertandingan Ping Pong) (Pertandingan Ping Pong)

Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan. Kampus Sultan Mizan.

Diluluskan oleh;

_________________________________

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

22200, Besut Terengganu.