Anda di halaman 1dari 7

Sunday, March 28,

2010
Masalah bahu terlepas

YATI (bukan nama sebenar) baru


berusia 27 tahun membuat
pemeriksaan di klinik sukan di sebuah Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar menunjukkan
sendi bahu.
hospital untuk membetulkan bahu
yang sering terlepas sejak setahun
lalu. Dia yang baru setahun bermain
badminton dengan tangan kanan, tiba-tiba mengalami kesakitan pada
tangan tersebut yang mengeluarkan bunyi ‘pop’.

Menurut Pakar Ortopedik dan Pembedahan Sukan dari Pusat Perubatan


Kelana Jaya (KJMC), Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, bahu yang sering
terlepas atau dikenali sebagai recurrent shoulder dislocation adalah
komplikasi yang sering berlaku selepas dislokasi bahu (sendi bahu terkeluar
selepas berlakunya kecederaan).

“Dislokasi bahu boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Ia


selalunya terjadi berikutan trauma atau jatuh dan boleh menjadi sakit.

Dislokasi bahu yang tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan


ketidakstabilan pada sendi tersebut menyebabkannya sering tercabut atau
dislokasi berulang-ulang.

Keadaan ini dikenal pasti sebagai ketidakstabilan bahu. Bila ini berlaku,
pesakit mempunyai kesukaran untuk bermain atau melakukan aktiviti berat
menggunakan bahu tersebut,” ujarnya.

Dislokasi boleh berlaku tanpa sebarang trauma dan spontan selepas


melakukan pergerakan abduksi dan pusingan luaran (external rotation) pada
bahu.

Pesakit dinasihatkan mengelak kedudukan pergerakan tersebut bagi


mencegah dislokasi daripada berulang.

Tambah Dr. Ezam, ketidakstabilan sendi bahu atau sendi bahu yang longgar
berlaku dalam dua keadaan iaitu traumatik dan atraumatik. Traumatik
berlaku apabila kecederaan serius pada struktur sokongan sendi bahu
menyebabkan sendi tersebut mudah tercabut dan dislokasi berlaku secara
berulang-ulang.

Keadaan ini berlaku lazimnya pada golongan muda yang aktif bersukan.
Pesakit yang lebih muda dan lebih aktif ketika berlakunya dislokasi pertama
lebih berisiko untuk mendapat ketidakstabilan bahu.

Sementara itu, autraumatik berlaku pada individu yang memiliki struktur


sokongan sendi yang longgar sama ada secara genetik atau keturunan.

Bukan sahaja sendi bahu individu tersebut longgar malahan turut melibatkan
sendi-

sendi lain. Dislokasi yang berlaku selalunya tidak sakit dan individu tersebut
mudah untuk memasukkan sendi tersebut ke keadaan asal.

“Ketidakstabilan sendi bahu yang berlaku disebabkan oleh trauma bermula


apabila dislokasi sendi bahu yang pertama menyebabkan kecederaan pada
struktur ligamen sokongan pada sendi tersebut,” ujarnya.

Dr. Ezam menjelaskan, sendi bahu terbentuk daripada artrikulasi pangkal


tulang humerus dengan bahagian glenoid tulang skapula. Glenoid atau soket
sendi bahu mempunyai permukaan yang rata dan ia dikelilingi oleh labrum
(mangkuk rawan) yang turut menyelaputi tulang humerus,” jelasnya.
Apabila dislokasi berlaku, labrum terkoyak daripada glenoid menyebabkan
sokongan dari ligamen hilang. Koyakan tersebut menyebabkan labrum
menjadi rata dan tidak dapat mengadang tulang humerus terkeluar daripada
soket glenoid.

Ini menyebabkan ketidakstabilan yang serius pada sendi tersebut dan


dislokasi mudah berlaku.

Justeru itu, tulang bahu yang terkehel atau teralih kedudukannya perlu
dirawat segera.

“Bagi kes-kes yang lebih kompleks, pesakit perlu dibawa menjalani beberapa
prosedur terlebih dahulu. Ini untuk memastikan sama ada terdapat
komplikasi lain seperti keretakan tulang, kecederaan tisu lembut seperti
ligamen yang terkoyak, mahupun kemungkinan urat saraf yang tertekan,”
katanya.

Untuk itu, imbasan sinar-X atau teknik MRI boleh digunakan untuk
mengesan kecederaan pada labrum (tulang rawan) atau mana-mana
struktur yang menyambung antara sendi tulang.
Memandangkan bahagian sendi tersebut akan membengkak dan bertambah
sakit, maka lebih baik rawatan tersebut dipercepatkan. Sejurus tulang
tangan dimasukkan semula ke dalam soket bahu, sebahagian daripada rasa
sakit itu akan hilang. Bagi kes yang berulang, klinik atau hospital boleh
menawarkan beberapa jenis rawatan. Antaranya adalah pemulihan Bankart
iaitu pembedahan membaik pulih kecacatan dalam kaviti glenoid.
Pembedahan baik pulih itu boleh disertakan dengan prosedur atroskopik. Ia
mengenal pasti, memantau, dan mendiagnosis kecederaan sendi
menggunakan instrumen optik serat untuk melihat terus ke dalam bahagian
yang cedera.

Selepas menjalani rawatan mengikut keperluan, pesakit disarankan berehat


daripada melakukan kerja-kerja berat khususnya yang melibatkan
pergerakan tangan.

Selain pembedahan yang disarankan pada pesakit yang mempunyai


ketidakstabilan bahu yang tidak dapat dikawal oleh terapi fizikal dan
pengubahsuaian aktiviti, pesakit juga akan menjalani rawatan bukan
pembedahan.

Ia melibatkan terapi fizikal bertujuan menguatkan otot sekitar sendi bahu


dan ini akan meningkatkan kestabilan sendi tersebut.
mohd nor izwan bin sulaiman

blog aki tom berkilat

Monday, May 25, 2009

SISTEM RANGKA

SISTEM RANGKA
JENIS-JENIS SENDI
Sendi adlah tempat penemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan
tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi
fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh
digerakkan (sinatrosis), sendi yang boleh digerakkan sedikit (amfiartrosis) dan
sendi yang boleh bergerak bebas (diartrosis).
Jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi:

Rajah 2.20 Jenis-jenis sendi


Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi.
Rajah (a) jenis sendi tanpa gerak (sinatrosis).
Rajah (b) dan (c) jenis sendi gerakan terhad (amfiartrosis)
Rajah (d), (e)vdan (f) jenis sendi gerakan bebas (diartrosis)

JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR


Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada
titik pertemuan semakn kuat sendi itu walaupun pergerakan sendi tersebut
agak terbatas atau terhad.
Sebaliknya, sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan,
semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti
ini mudah mengalami dislokasi atau terkehel.Pergerakan sendi, ditentukan oleh
kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligament,
otot dan tendon.

Jadual 2.1 jenis-jenis sendi berdasarkan struktur


Jenis sendi Struktur Contoh

Sendi fibrous Pada sendi fibrous tulang bercamtung dengan tisu fibrous atau
kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan.

Sendi cartilangenous Pada sendi cartilangenous tulang-tulang disambung


dengan kartilej atau diikat oleh ligament. Jenis sendi ini hanya membenarkan
pergerakan yang terhad.

Sendi sinovial Sendi synovial diselaputi oleh membrane synovial yang


merembeskan cecair synovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk
membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara
dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas
antar tulang-tulang.

Rajah 2.21 jenis-jenis sendi sinovial


Terdapat beberapa jenis sendi yang dikategorikan sebagai sendi synovial.
Sendi-sendi tersebut ialah:
a) Sendi gelungsur (sendi antara karpal dan tarsal)
b) Sendi engsel (sendi siku)
c) Sendi paksi (sendi antara radius dan ulna)
d) Sendi kondil (sendi antara metacarpal da falang)
e) Sendi pelana (sendi antara metacarpal pada ibu jari berartikulasi dengan
karpal)
f) Sendi lesung (sendi bahu)
JENIS - JENIS PERGERAKAN
Terdapat dua posisi rujukan bagi pergerakkan iaitu kedudukan biasa dan
kedudukan anatomi. Kedudukan biasa merujud kepada subjek berdiri dalam
keadaan lurus dan tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula
rapat ke sisi dan tapak tangan menghala ke badan seperti yang ditunjukkan
gambar foto 2.3 dibawah.

Gambar foto 2.3 kedudukan biasa


Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus
da tegak dengan kedua-dua tapak menghala ke kanan dank ke kiri seperti
gambar foto 2.4 di bawah.

Gambar foto 2.4 kedudukan anatomi


Kedudukan anatomi merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan
satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan.
i. Pergerakan linear
Pergerakan linear ialah pergerakan yang belaku secara mendatar ke hadapan
atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan. Sebagai contoh, pergerakan
gelongsor.
ii. Pergerakan Putaran
Pergerakan putaran adlah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek
bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran.
Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada
bahagian lengan.

Gambar foto 2.5 Pergerakan-pergerakan putaran.


iii. Pergerakan Bersudut
Pergerakan bersudut merupakan suatu prgerakan yang berkeadaan lurus tetapi
masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari
satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah
fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi dan sirkumduksi.

Gambar foto 2.6 Pergerakan-pergerakan bersudut.

iv. Pergerakan Khusus


Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua
sendi sahaja. Antara pergerakan khusus ialah inverse, eversi, depresi, evelasi,
dorsi-fleksi dan plantar-fleksi.

Gambar foto 2.7 Pergerakan-pergerakan khusus.

Posted by mohd nor izwan sulaiman at 5:02 PM

Labels: SISTEM RANGKA


0 comments:
Post a Comment

Anda mungkin juga menyukai