Anda di halaman 1dari 51

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Negara Malaysia kini memerlukan lebih banyak pakar dalam bidang sains dan teknologi.
Bidang ini memerlukan mereka yang berkebolehan mengasimilasi dan mentafsir
maklumat secara matematik dan statistik. Ini bermakna matematik adalah merupakan satu
mata pelajaran yang sangat penting dalam era menuju kemajuan sains dan teknologi di
samping kehidupan harian dalam ‘survival’ manusia sejagat hari ini.  Matematik boleh
dikatakan kunci kepada peluang pekerjaan dan karier di mana kebolehan menyelesaikan
masalah dalam matematik adalah mustahak sebagai asas pendemokrasian dalam era
teknologi terkini.

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan
bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara
tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran (PPK,
2000). Terdapat tiga aspek penting dalam Matematik yang perlu diperkembangkan dalam
diri pelajar iaitu matematik sebagai penaakulan, Matematik sebagai komunikasi dan
Matematik sebagai penyelesaian masalah. Mempelajari penyelesaian masalah adalah
tujuan utama mempelajari Matematik kerana penyelesaian masalah merupakan satu aspek
dalam kehidupan yang pasti pelajar hadapi. Fokus kepada proses dan kemahiran
penyelesaian masalah harus dititik beratkan.

1.2 Latar belakang masalah

Selain daripada menyeleasaikan masalah rutin, pelajar juga perlu mengetahui cara
menyelesaikan masalah bukan rutin dengan menggunakan strategi penyelesaian masalah.
Salah satu model penyelesaian masalah matematik adalah seperti yang dinyatakan oleh
George Polya iaitu terdapat empat langkah penyelesaian masalah Matematik. Langkah
tersebut adalah memahami masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan
strategi dan menyemak semula. ( Polya, 1957 )

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian yang akan dijalankan adalah untuk:

a) menentukan sejauhmana pelajar menggunakan kreativiti mereka dalam memahami


konsep pecahan.

b) mengenal pasti pelajar yang mampu menyelesaikan masalah matematik dan menjana
pemikiran yang kreatif dan inovatif

c) melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini juga adalah untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut :

a) Sejauhmanakah pelajar menggunakan kreativiti mereka dalam memahami konsep


pecahan?

b) Adakah pelajar mampu menyelesaikan masalah matematik dan menjana pemikiran


yang kreatif dan inovatif?

c) Adakah murid mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis?


1.5 Definisi istilah

a) Masalah

Masalah merupakan satu situasi yang dihadapi oleh seseorang individu yang ingin
atau perlu mencari satu penyelesaian tetapi tidak mempunyai prosedur sedia ada
untuk mencari cara menyelesaikan masalah tersebut.

b) Penyelsaian masalah

Penyelesaian masalah adalah idea-idea atau konsep-konsep matematik yang


disatukan dalam bentuk cerita atau karangan dalam bahasa Matematik. Cerita atau
karangan ini sebenarnya adalah tafsiran daripada kehidupan sebenar pelajar ( PPK,
2001 ). Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pelajar harus mempunyai pengetahuan
Matematik, kemahiran algoritma dan kemahiran dalam proses penyelesaian masalah.

c) Masalah bukan rutin

Masalah bukan rutin berbeza dengan masalah yang biasa diselesaikan atau latihan
yang diberikan kepada pelajar selepas mempelajari sesuatu konsep. Masalah bukan
rutin melibatkan penggunaan konsep, petua atau teorem dengan cara yang tidak
diamalkan sebelumnya. ( Aida Suiraya, 1989 ). Masalah bukan rutin memerlukan
pelajar menggunakan pemikiran secara kritis dan kreatif untuk mendapatkan
penyelesaiannya.
1.6 Kesimpulan

Sikap kesungguhan menuntut ilmu matematik dan juga ilmu-ilmu yang lain perlu dibina
secara beransur dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Kesungguhan ini bukan
bermatlamatkan sekadar memperoleh markah tertinggi dalam ujian sekolah, tetapi wajar
menjadi keperluan harian yang sebati dengan kehidupan harian.

Keperluan menguasai ilmu matematik turut didorong oleh sifat utililitinya yang amat
tinggi. Hampir semua bidang pekerjaan memerlukan pengetahuan matematik. Daripada
mengira mudah sehingga kepada menjalankan analisis kompleks dalam menyelesaikan
masalah peringkat tinggi seperti dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang
diamalkan oleh kebanyakan syarikat besar. Seorang senator di Amerika syarikat
menganggarkan hampir 70 peratus pekerjaan abad kedua puluh satu memerlukan
pengetahuan matematik.

Kepentingan penguasaan ilmu matematik peringkat sekolah sudah menjadi keperluan


mendesak dan memerlukan perhatian sewajarnya daripada semua pihak khususnya ibu
bapa dan sekolah. Tidak hairanlah pusat tuisyen sekarang tumbuh seperti cendawan bagi
memenuhi keperluan ibu bapa yang mencari alternatif selain daripada sumber sekolah
bagi membantu keperluan pendidikan anak-anak mereka.
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Kajian lepas

Hasil Kaji selidik Masalah Matematik di Malaysia

Berdasarkan kajian masalah matematik yang dibuat oleh Clements pada tahun 1970 dan
1983 di Pulau Pinang, didapati bahawa murid Tingkatan 1 di Malaysia tidak menghadapi
masalah mengira yang serius. Namun demikian, didapati ada masalah yang nyata bila
membaca, memahami, dan membuat trasformasi yang betul dalam penyelesaian masalah
matematik. Adalah diharapkan, dengan pendekatan yang telah dibincangkan di dalam
projek ini iaitu menggunakan bahasa murid dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Beberapa orang penyelidik telah menggunakan kaedah 'Newman Error Analysis' untuk
mengetahui bidang kelemahan murid dalam pendidikan matematik. Clements, dengan
bantuan guru-guru yang berkursus di RESCAM telah membuat kajian tentang pengaruh
bahasa dalam murid menjawab soalan yang berbentuk cerita. Semua guru bersetuju
bahawa ayat yang digunakan adalah mudah difahami dan masalah yang dikemukakan
juga tidaklah kompleks atau susah.

Sebanyak 40 soalan diberikan kepada 18 orang murid di tingkatan 1. Ujian ini dijalankan
pada bulan Februari yang memberikan gambaran kepada kita bahawa kemahiran sedia
ada murid adalah setakat kemahiran dan pengetahuan di tahun 6 sahaja.

Temubual dijalankan keatas semua murid sebaik sahaja keputusan ujian itu diperolehi. Di
bawah adalah statistik yang diperolehi daripada temubual tersebut.
Murid Skor Membaca Pemahaman Transformasi K/proses Cuai

1 28 - 3 2 - 7

2 28 - 6 2 2 1

3 27 - 5 3 2 1

4 26 - 4 5 - 5

5 23 - 5 2 6 4

6 21 - 14 2 3 -

7 21 - 9 5 - 5
8 17 - 12 6 4 1

9 17 - 8 11 4 -

10 17 - 9 5 - 9

11 16 - 1 10 1 2

12 16 - 12 9 3 -

13 15 - 14 8 2 -

14 14 - 5 11 - 10

15 13 - 13 10 - 4

16 13 - 20 - 1 6

17 13 - 8 5 2 12

18 13 - 22 3 2 -

Daripada data di atas, jelas kepada kita bahawa peratus yang tinggi dilihat pada
masalah memahami soalan dan membuat transformasi daripada ayat matematik
kepada operasi yang betul. Manakala hanya 18 peratus sahaja yang melibatkan
kemahiran proses pengiraan.

Dengan itu, langkah lebih awal perlu dilakukan bagi melatih murid-murid sejak dibangku
sekolah rendah lagi  mengenai kemahiran memahami soalan dan membuat transformasi
daripada ayat matematik kepada operasi yang betul. Ramai pakar pendidikan berpendapat
lebih baik menggunakan pengalaman sedia ada murid untuk memulakan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bermula dengan pengalaman mereka guru
boleh membimbing murid mempelajari sesuatu konsep matematik dengan baik dan
berkesan.

Oleh itu, adalah wajar agar kanak-kanak didedahkan dengan teknik-teknik yang berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami ingin membincangkan bagaimana aktiviti
bercerita dapat meningkatkan kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah Matematik.
Bermula dari peringkat awal persekolahan lagi, guru harus mewujudkan komunikasi yang
berbentuk interaksi sosial di kalangan pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan berbuat sedemikian guru
dapat membantu kanak-kanak yang mulai mengikuti pendidikan formal ini
memperlengkapkan serta memperbaiki pengetahuan matematik yang tidak formal yang
telah terbina sebelum ini.

Mengikut Ginsburg & Baron (1993), satu pendekatan yang dikatakan berguna haruslah yang
boleh merangsangkan, secara spontan, minat dan penglibatan kanak-kanak dalam persekitaran
yang semula jadi dan menolong mereka memperkembangkan dan melengkapi pengetahuan
matematik tidak formal itu. Koehler & Prior (1993: 281-282) menegaskan bahawa interaksi guru
dan pelajar adalah penting dengan mengatakan,

"Most would agree that teaching and learning could occur without texts, blackboards, or
manipulative, but we maintain that the learning process would exist for only a very few
students if classroom interaction with teachers and peers were eliminated. Teacher-
student interactions are indeed the heartbeat of the teaching-learning process."

Petikan di atas menyatakan ramai orang yang setuju bahawa pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku tanpa buku teks, papan tulis, atau bahan manipulatif, tetapi
proses pembelajaran hanya akan wujud bagi beberapa orang pelajar sahaja sekiranya
interaksi pelajar dengan guru dan rakannya dihapuskan. Interaksi pelajar dengan guru dan
rakan sebayanya merupakan ‘denyutan nadi’ proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, interaksi sosial di antara guru dan pelajar, pelajar dan pelajar, secara
individu atau berkumpulan kecil merupakan salah satu proses komunikasi yang harus
diwujudkan dalam bilik darjah bagi pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian
yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990),
menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidak
formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah. Hasil kajian ini boleh kita
lihat dalam aktiviti harian kanak-kanak yang belum mengikuti pendidikan formal.
Semasa bermain, kanak-kanak dalam golongan ini selalunya bersua dengan istilah-istilah
matematik seperti ‘lebih tinggi’, ‘lebih rendah’, ‘segitiga’, ‘bulat’, ‘dua’, ‘tiga’, dan sebagainya.
Proses-proses pembelajaran yang tidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran,
ruang, bentuk geometri, dapat dikatakan berlaku dalam situasi sedemikian.

"Semasa bermain, kanak-


kanak bersua dengan
pelbagai istilah
matematik dalam
persekitarannya, Ini telah
membina pengetahuan
matematik tidak formal
yang bermakna, menarik
dan berguna kepada
mereka."

Dengan menggunakan istilah matematik sedemikian semasa berinteraksi dengan


rakannya, matematik tidak formal dibina dalam minda kanak-kanak kerana ia berguna
kepada mereka atau bermakna bagi mereka. Mengikut Baroody & Ginsburg (1990),
pengetahuan matematik tidak formal ini dibina dan diperkembangkan oleh kanak-kanak
kerana ia bermakna, menarik dan berguna kepada mereka, dan perasaan ingin tahu yang
ada pada kanak-kanak mendesak mereka untuk menjadikan persekitaran bermakna, dan
mempunyai keupayaan untuk menguruskannya.

Steffe (1990) pula mengatakan bahawa mengikut pendapat ahli konstruktivisme,


pengetahuan konsep tidak dapat dipindah dari seorang kepada seorang yang lain, tetapi
mesti dibina oleh setiap pelajar berasaskan sepenuhnya kepada pengalamannya.

Jadi, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dengan


persekitarannya yang juga termasuk rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang
kanak-kanak itu yang merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam
minda juga berhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-
kanak memperoleh pengalaman melalui proses berinteraksi dengan persekitarannya iaitu
melakukan pemerhatian, mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan
sebagainya.

Dalam kajian ini, kami ingin menjelaskan tentang pendekatan bahasa murid yang patut
digunakan untuk interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia terbahagi kepada
empat langkah.

Langkah 1: Bahasa Murid

Bahasa Murid ialah bahasa seharian yang biasa digunakan oleh setiap murid untuk
menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam cerita atau situasi yang kita berikan.
Situasi yang dibina akan boleh merangsang murid bercakap dalam bahasa mereka sendiri.
Galakkan mereka bercakap dan mereka-reka cerita berdasarkan situasi. Beri mereka masa
yang cukup untuk tujuan ini. Antara aktiviti yang boleh merangsang mereka untuk turut
serta dalam perbincangan adalah seperti berikut:

 Gunakan gambar yang menarik minat mereka. Umpamanya gambar budak-budak


bermain di padang.
 Adakan cerita. Adakan ilustrasi melalui gambar/grafik yang besar.

 Main peranan berdasarkan tema yang ditetapkan guru.

 Bermain dengan bahan manipulatif.

 Cerita yang direka sendiri oleh murid.

Langkah 2: Bahasa Bahan.

Pada peringkat ini, bahasa dan istilah yang digunakan adalah berkisar di sekitar situasi
cerita yang diberikan oleh guru matematik. Di sinilah sepatutnya konsep matematik
dimulakan. Konsep tolak dalam matematik umpamanya dikenalkan sebagai...asingkan,
jatuhkan, hilang, sudah dimakan, pecah, terbang dan sebagainya. Manakala konsep
tambah dalam matematik pula dimengertikan sebagai....datang lagi, dapat lagi dan
disatukan. Sambil menggunakan bahasa yang sesuai seperti;
"Apa akan jadi jika semua bola ini dihimpunkan sekali"

Galakkan mereka menggunakan bahan manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi,


keadaan bahan dalam cerita mereka. Gunakan teknik menyoal yang baik untuk
merangsang mereka ke arah konsep matematik yang ditetapkan dalam objektif
pengajaran dan pembelajaran. Sambil merujuk kepada gambar, situasi dan cerita, guru
haruslah mencuba membuat soalan berkaitan dengan konsep tambah yang dipelajari
untuk hari berkenaan. Terpulanglah kepada kreativiti seseorang guru matematik itu untuk
membuat soalan-soalan matematik yang boleh membawa kepada sesuatu konsep
matematik yang ingin disampaikan.

Ilustrasi 1: Apakah cerita matematik yang murid boleh buat tentang gambar di atas?

Sebagai sifat semulajadi seorang kanak-kanak yang suka bertanding, mereka akan
berebut untuk bercerita berdasarkan pengalaman masing-masing. Guru harus menerima
dan bersetuju dengan cerita mereka. Di antara perkataan yang akan kita dengar ialah
'kupu-kupu', 'rama-rama', 'katak hijau', 'katak kelabu','katak besar', 'pokok', 'jambatan',
'rumah'' dan mungkin murid nyatakan dalam dalam bahasa Inggeris seperti 'frogs' dan
'butterflies'.
Dalam situasi di atas, guru boleh membuat perbezaan bilangan katak hijau dengan katak
kelabu, bilangan kupu-kupu dan lain-lain lagi. Kemahiran operasi matematik iaitu
menambah dan menolak boleh dipelajari serentak.

Langkah 3: Bahasa Matematik.

Selepas murid mengambil bahagian dengan aktif dalam perbincangan menggunakan


Bahasa Murid, guru bolehlah membimbing murid menggunakan istilah atau bahasa
matematik yang betul. Umpamanya, jumlah katak kelabu dengan katak hijau itu boleh
dikatakan sebagai:

"Tiga katak hijau tambah dengan empat katak kelabu bersamaan dengan tujuh"

Begitu juga jika mencari perbezaan. Jumlah katak ialah tujuh dan tiga berwarna hijau
dikatakan sebagai tujuh tolak tiga berbaki empat. Pada peringkat ini, guru dengan murid
masih lagi secara lisan dan memanilupasi bahan konkrit yang ada bersama mereka.

Langkah 4: Simbol (Perwakilan)

Langkah berikutnya ialah guru menggunakan perwakilan berbentuk bahan manipulatif


untuk mewakilkan situasi seperti di atas. Contoh:

3 ekor katak hijau diwakilkan dengan dan ditambah dengan 4 ekor

katak kelabu yang diwakilkan dengan . Jumlahnya ialah


tujuh (7).

Situasi ini boleh dituliskan dengan ringkas seperti  3 + 4 = 7.


Setelah melalui EMPAT langkah tersebut, adalah diharapkan murid dapat menguasai
sesuatu konsep matematik berdasarkan kemahiran mereka sendiri. Membina kefahaman
melalui perbincangan yang dibimbing oleh guru secara terancang dan mengamalkan
prinsip pembelajaran matematik yang bermakna, berguna, seronok dan mencabar.

Langkah-langkah ini juga boleh membiasakan murid dengan masalah bercerita dan boleh
membantu mereka memahami masalah bercerita dengan mudah. Kebiasaan itu nanti akan
menolong mereka mahir untuk memetik maklumat dan data yang relevan untuk membuat
pengiraan dan mendapat jawapan.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bahagian ini menghuraikan tentang reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian,

prosedur kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. Reka bentuk kajian

menjelaskan tentang bahagian kajian, skop kajian dan kaedah kajian yang digunakan. Bahagian

sampel kajian menunjukkan bilangan sampel yang digunakan untuk kajian. Bahagian instrumen

menerangkan tentang bentuk alat kajian yang digunakan. Tatacara pengumpulan data

menjelaskan prosedur yang digunakan untuk memperoleh data maklumat kajian.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Kajian ini menggunakan

proses temu bual kerana ia lebih bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan sampel
menghuraikan apa yang difikirkan oleh penyelidik. Temu bual yang dijalankan adalah temu bual

tidak berstruktur di mana soalan tidak diberikan terlebih dahulu kepada responden. Pengkaji

akan bertanyakan soalan berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina dan soalan lanjutan

berdasarkan jawapan yang dijawab oleh responden.

Pemerhatian terlibat (participant observation) juga akan digunakan untuk memerhatikan

tingkah laku murid di dalam kelas semasa P&P dijalankan. Skop kajian pula adalah terhad

kepada pendapat guru-guru yang mengajar matematik di tiga buah sekolah berlainan negeri

sahaja.

Huraian bagi setiap kaedah adalah seperti berikut;

3.2.1 Kaedah Temu Bual

Temu bual akan dijalankan terhadap murid-murid terpilih di tiga buah sekolah di tiga negeri

yang berlainan. Bilangan murid yang ditemu bual adalah sebanyak enam orang murid terpilih.

Tujuan temu bual dijalankan adalah ingin mendapatkan maklumat, pandangan dan pendapat

murid tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik yang dijalankan sama ada dapat

mencungkil atau meningkatkan kecerdikan (kreativiti, kemahiran berfikir dan menyelesaikan

masalah) murid .

Temu bual yang dijalankan adalah temu bual tidak berstruktur di mana soalan tidak

diberikan terlebih dahulu kepada sampel. Pengkaji akan bertanyakan soalan berdasarkan

persoalan kajian yang telah dibina dan soalan lanjutan berdasarkan jawapan yang dijawab oleh

responden.
3.2.2 Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian dibuat dengan melihat tingkah laku murid semasa guru menjalankan P&P sama ada

mereka menggunakan elemen kecerdikan (kreativiti, kemahiran berfikir dan menyelesaikan

masalah) atau tidak. Juga melihat P&P yang menggunakan penyelesaian masalah berayat dan

kesannya terhadap murid-murid. Bilangan kelas yang akan dibuat pemerhatian ialah sebanyak

tiga buah kelas di mana bilangan minima murid adalah sebanyak lima belas orang dan jumlah

maksima adalah sebanyak empat puluh orang.

Kaedah pemerhatian yang dijalankan ialah dengan menjalankan pemerhatian terlibat

(participant observation). Pengkaji akan membuat pemerhatian sambil menjalankan P&P. Ini

bermaksud pengkaji takan terlibat secara langsung dalam P&P murid itu. Pengkaji tidak

menggunakan pita rakaman bagi mengelakkan perasaan tidak selesa di kalangan murid-murid.

Tetapi pengkaji menggunakan kamera untuk mengambil gambar dan nota lapangan untuk

mencatat peristiwa dan tingkah laku sepanjang pemerhatian dijalankan.

3.3 SAMPEL

Teknik pensampelan yang digunakan ialah pensampelan bertujuan. Sampel yang diambil adalah

murid-murid yang belajar di tiga buah sekolah di tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Bilangan murid yang digunakan adalah seramai enam orang bagi tujuan temu bual. Manakala

bagi proses pemerhatian terhadap kelas dan murid-murid pula adalah sebanyak tiga buah kelas

yang diperhatikan yang mempunyai bilangan murid minimum lima belas orang.
3.4 INSTRUMEN

Instrumen yang digunakan untuk merakam proses temu bual adalah dengan menggunakan

perakam audio melalui telefon bimbit jenama Nokia. Catatan pemerhatian pula menggunakan

nota lapangan dan senarai semak tingkah laku dan kamera digital.

Berikut adalah jadual instrumen yang digunakan dalam kajian mengikut pecahan persoalan

kajian.

Jadual 1 : Instrumen Kajian Mengikut Persoalan Kajian.

Bil Persoalan Kajian Kaedah Instrumen

1 Sejauhmanakah pelajar menggunakan  Temu bual  Perakam audio

kreativiti mereka dalam memahami  Pemerhatian  Nota lapangan

konsep pecahan?  Senarai semak

tingkah laku.
Adakah pelajar mampu menyelesaikan
2
masalah matematik dan menjana

pemikiran yang kreatif dan inovatif?

Adakah murid mempunyai kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis?


3

3.5 PENGUMPULAN DATA


Dalam kajian kualitatif ini, pengkaji menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian.

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah dengan menggunakan perakam audio

bagi tujuan merekodkan perbualan dan temu bual yang dijalankan. Manakala nota lapangan dan

kamera pula digunakan untuk mencatat rentetan peristiwa dan tingkah laku yang diperhatikan

sepanjang pemerhatian dijalankan.

3.6 ANALISIS DATA

Data temu bual akan direkodkan dan dikumpulkan bagi membuat perbandingan pendapat dan

pandangan daripada setiap murid. Temu bual lebih berfokus melihat pandangan murid tentang

tahap pengetahuan mereka serta aplikasi dalam P&P. Proses temu bual akan dijalankan

sepanjang masa dan berterusan sehingga maklumat yang lengkap diperoleh.

Proses pemerhatian pula akan dijalankan bagi melihat kesanggupan atau tidak seseorang

murid itu untuk menggunakan elemen kreativiti dalam P&P. Juga melihat reaksi murid-murid

yang belajar dalam suasana biasa berbanding dengan belajar menggunakan masalah matematik

berayat. Pemerhatian boleh dilihat dengan merujuk kepada tingkah laku yang dihasilkan oleh

murid-murid tentang tahap keberkesanan P&P yang menggunakan elemen kreativiti.

Berikut adalah jadual kod transkripsi yang digunakan dalam mentraskripkan temu bual

yang telah dijalankan.

Jadual 2 : Kod Untuk Persoalan Kajian

Bil Persoalan Kajian Kod

1 Sejauhmanakah pelajar menggunakan kreativiti mereka S1


dalam memahami konsep pecahan?

2 Adakah pelajar mampu menyelesaikan masalah S2


matematik dan menjana pemikiran yang kreatif dan
inovatif?

3 Adakah murid mempunyai kemahiran berfikir secara S3


kreatif dan kritis?

Jadual 3 : Kod Untuk Pengkaji dan Responden

Bil Pengkaji dan Responden Kod

1 Responden 1 R1
2 Responden 2 R2
3 Responden 3 R3
4 Responden 4 R4
5 Responden 5 R5
6 Responden 6 R6
7 Pengkaji I

3.7 KESIMPULAN

Metodologi yang dibincangkan dalam bab ini merangkumi segala bentuk pengkaedahan kajian

yang digunakan. Ini termasuk reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian,

prosedur kajian dan seterusnya penganalisisan data. Kesemua elemen ini diharap dapat

memberikan satu gambaran yang menyeluruh terhadap kajian ini. Kajian ini akan dijalankan oleh

penyelidik bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan teknik bercerita dapat

meningkatkan kreativiti murid.


BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membentangkan analisis kajian daripada proses temu bual yang telah dijalankan,
pemerhatian yang dibuat serta rumusan kajian bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibina.

4.2 ANALISIS KAJIAN TEMU BUAL

Sejauhmanakah pelajar menggunakan kreativiti mereka dalam memahami konsep


pecahan?

Hasil daripada temu bual yang telah dijalankan, untuk menjawab soalan iaitu berkaitan dengan
sejauh manakah murid dapat memahami dan menjawab soalan matematik pecahan dengan
menggunakan teknik bercerita.

Responden 1 (R1), beliau berpendapat soalan bercerita ini dapat membuatkannya dapat
memahami masalah dengan agak mudah .Murid ini juga berpendapat dia dapat membayangkan
cerita tersebut dan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Berikut adalah petikan yang telah
dinyatakan oleh R1;

“Saya dapat memahami soalan dengan membayangkan cerita tersebut dan dapat
menjawab soalan yang diberi oleh cikgu tadi” (R1S1)

Kata-kata yang dituturkan oleh R1 iaitu “…Saya dapat memahami soalan…” jelas
menunjukkan yang beliau faham tentang kaedah bercerita ini. Ini disokong oleh pendapat
daripada R1 yang menyatakan bahawa;
“sebenarnya saya takut untuk menjawab soalan-soalan yang biasa tu sebab takut
tak dapat faham soalan tu.Errrr..soalan ni pun pada mulanya ingatkan saya tak
faham, tapi saya dapat bayangkan cerita dari soalan tu,bolehla jawab.” (R1S1)

Menyelesai soalan matematik bentuk cetita ini berguna kerana dapat membuat pelajar
menggambarkan peristiwa yang terdapat dalam cerita itu. Perkara ini turut dinyatakan oleh R2
iaitu;

“saya boleh fikir apa yang berlaku dalam cerita tu..dapatlah bayangkan sikit-
sikit apa yang diberitahu dalam cerita tu. Jawapan saya betul tadi” (R2S1)

R2 juga turut menyatakan yang dia memang suka menjawab soalan jenis bercerita kerana
dia suka membaca.

“Ini pertama kali saya menjawab soalan cerita macam ni. Saya suka bila
menjawab kerana dapat mengetahui apa yang diceritakan. Saya dapat bayang
bentuk-bentuk pecahan itu” (R2S1)

Kedua-dua responden iaitu R1 dan R2 juga turut menyatakan yang mereka dapat
menjawab dan agak memberi kelebihan kepada mereka kerana mereka memang gemar membaca
dan dapat membayangkan cerita tersebut.

Sungguhpun demikian masih ada murid yang tidak suka menjawab soalan bercerita.
Mereka berpendapat agak leceh untuk membaca dan susah untuk faham berbanding soalan yang
ditunjuk secara. Responden 3 (R3) menyatakan masalah demikian;

“Saya tidak berapa suka membaca, saya boleh menjawab soalan pecahan itu,
tapi agak lambat untuk faham sebab soalan dia panjang dan kena cari maklumat
dalam soalan tu.” (R3S1)

Walau bagaimana pun, biarpun R3 menolak untuk menjawab soalan berbentuk cerita,
tetapi beliau dapat menjawab soalan tersebut memandangkan beliau agak pintar dalam pelajaran.
“Saya tak berapa suka jawab soalan macam ni,lambat la nak dapat jawapan,
kena baca satu-satu, tapi kalau keluar ujian,nak buat macam mana, kena jawab
jugak la” (R3S1)

Persepsi R3 ini merupakan salah satu dari keadaan di mana mempunyai tabiat yang agak
malas untuk membaca. Walaubagaimana pun, R3 merupakan seorang kanak-kanak yang pintar
dan tidak menjadi masalah padanya untuk menjawab soalan bentuk apa pun.

R4 juga mempunyai pendapat yang sama dengan R3 di mana agak sukar untuk
memahami dengan soalan berbentuk cerita.

“Saya memang tak faham langsung apa yang saya kena buat, saya agak keliru dengan
ayat dan nombor”(R4S1)

Berbeza dengan R5 yang nampak agak berminat dengan soalan bentuk bercerita. Beliau
sependapat dengan R1 yang mana soalan bercerita ini dapat memberinya idea untuk memulakan
pengiraan.

”Bagus jugak dapat jawab soalan macam ni, rasa macam dapat buat langkah demi
langkah. Cuma lambat sikit kena baca satu ayat-satu ayat kalau tak faham”(R5S1)

R6 pula tidak kisah jawab soalan macam mana pun kerana beliau juga seperti R3 seorang
pelajar yang cemerlang dalam matematik.

“Saya jawab je apa-apa soalan yang keluar”(R6S1)

Adakah pelajar mampu menyelesaikan masalah matematik dan menjana pemikiran yang
kreatif dan inovatif?

Melalui proses temu bual yang telah dijalankan, memang ada pelajar yang dapat membuat
penyelesaian yang agak kreatif berbanding dengan pelajar lain tetapi ianya bergantung kepada
sejauh mana tahap kepandaian seseorang pelajar tersebut.
R1 berpendapat memang dia dapat memahami soalan walaupun soalan itu agak sukar,
namun hasil kerjanya adalah biasa dan mengikut kemahiran biasa yang diajar. Ini adalah
pendapat daripada R1;

“… saya dapat faham,tapi jawapan saya mengikut apa yang saya faham je cikgu,
…”(R1S2)

R1 memberi contoh cerita 4, beliau dapat memahami soalan tersebut dengan melakarr
watak-watak yang terdapat dalam cerita itu, namun agak sukar untuk mebuat pengiraan.

Pendapat ini turut dinyatakan oleh R2 yang mana beliau hanya menjawab dengan cara
yang beliau faham. Pandapat ini disokong oleh R2 dalam penyataannya;

“ye cikgu, saya pun buat macam tu untuk cerita 4, tapi saya buat jawapan apa yang saya
faham je cikgu...hmm..ke ada jawapan lain?..... (R2S2)

R2 terus menyatakan bahawa beliau suka menjawab soalan bentuk cerita.

“lepas ni cikgu bagi soalan yang macam ni je cikgu…” (R2S2)

R3 tetap dengan pendirian tidak suka menjawab soalan matematik bentuk cerita.

“…saya jawab je cikgu soalan macam mana...’(sambil tersenyum, reaksi muka


tidak senang) (R3S2).

R4 tidak dapat menjawab dengan kaedah biasa, tetapi lakaran kerja beliau
menunjukkan ada peningkatan dalam memahami masalah.

“saya dapat lakar je sikit-sikit,ermmm...tapi ok jugak soalan macam ni..(R4S2)

R5 dapat menunjukkan hasil kerja yang agak kratif kerana beliau agak berminat
dan dapat menunjukkan jalan kerja yang lain dari yang lain.

“saya buat jawapan ikut lakaran saya dari cerita tu cikgu, betul ke jalan kerja
saya ni?’
R5 tidak pasti jawapannya betul atau salah kerana jalan kerjanya agak lain dari
biasa. Hal ini menunjukkan pelajar dapat menunjukkan kreativiti dalam menjawab soalan
bentuk cerita.

R6 juga dapat menunjukkan jalan kerja yang berbeza dari responden lain tetapi
beliau adalah murid yang pintar dan mungkin tidak bergantung pada bentuk soalan untuk
menjawab soalan yang diberi.

Adakah murid mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis?

Untuk menjawab persoalan di atas, guru menyoal secara lisan dan memiih secara rawak soalan
kepada responden;

Jawapan yang dikemukakan oleh setiap responden adalah berlainan antara satu lain.
Walaubagaimanapun R3,R5 dan R6 dapat menunjukkan jalan kerja yang agak kreatif dari
responden lain. Hal ini menunjukkan masalah bercerita ini dapat menjadikan pelajar kreatif
dalam menjawab kerana mereka dapat membayangkan situasi cerita tersebut. Apabila mereka
telah ‘masuk’ ke dalam situasi itu, mereka dapat membayangkan apa yang patut dilakukan
dengan soalan tersebut. Responden juga dapat melakar jalan cerita (langkah-langkah pengiraan)
walaupun ada yang tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. R4 dapat
menunjukkan lakaran beliau, namun dia tidak dapat menjawab kerana beliau tidak dapat
memahami konsep asas pecahan tersebut.

4.3 ANALISIS KAJIAN MELALUI PEMERHATIAN

Pemerhatian yang dimaksudkan disini adalah menyelesaikan masalah cerita ini melalui lakonan.
Guru melihat bagaimana pelajar menggambarkan/melakonkan cerita-cerita tersebut sehingga
dapat menjawab dan menyelesaikan masalah cerita itu.

Pemerhatian ini dijalankan di tiga buah sekolah yang telah dipilih bagi membuat analisis ini.
Guru memilih satu kelas dan pelajar dalam kelas tersebut akan berbincang bagi melakonkan
cerita yang diberi. Soalan yang sama digunakan bagi melihat sejauh mana pelajar dapat berfikir
secara kreatif dan inovatif.

4.3.1 PEMERHATIAN DI SEKOLAH A.

Pelajar membuat perbincangan dan berfikir bagaimana untuk melakonkan cerita yang diberi,
kelas ini dibahagi kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan perlu melakonkan satu cerita.
Pemerhatian yang dibuat menunjukkan pelajar dapat menunjukkan lakonan yang kreatif bagi
menunjukkan hasil akhir cerita tersebut. Walaupun kumpulan yang melakonkan cerita yang
pertama mendapat jawapan yang kurang tepat, lakonan kumpulan ini kreatif kerana
menggambarkan situasi betul seperti dalam cerita iaitu dengan menggunakan botol-botol.
Kumpulan lain juga menunjukkan ciri-ciri yang kreatif termasuk kumpulan yang membuat
penyelesaian mengenai banglo. Kumpulan ini mewakilkan banglo dengan menggunakan kotak
dan ditampal gambar rumah. Bagi menunjukkan pecahan, setiap ‘banglo’ tersebut diletak dalam
satu ‘taman besar’. Dari ‘taman besar’ inilah kumpulan ini membuat pembahagian mengikut
pecahan yang diberi.

4.3.2 PEMERHATIAN DI SEKOLAH B

Cara yang sama juga digunakan di Sekolah B, tetapi sekolah ini mempunyai bilangan murid
yang agak sikit dan agak terhad untuk membuat bilangan kumpulan mengikut soalan. Jadi, setiap
kumpulan perlu melakonkan dua atau tiga cerita pecahan ini. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar
di sini kurang kreatif dalam melaksanakan lakonan ini. Walau bagaimanapun, setiap kumpulan
dapat menunjukkan hasil lakonan mereka. Mereka dapat menjawab soalan walaupun kurang
kreatif dalam melaksanakan lakonan mereka.

4.3.3 PEMERHATIAN DI SEKOLAH C


Pemerhatian yang dibuat di sekolah ini agak berbeza dari dua sekolah lain, pelajar dapat
menunjukkan lakonan yang sangat kreatif dan dapat menjawab soalan dari lakonan mereka.
Mereka dapat menunjukkan setiap langkah dengan kemas.

BAB 5

DAPATAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan dapatan, rumusan dan cadangan terhadap kajian yang telah
dijalankan iaitu setelah melalui proses temu bual yang telah dijalankan terhadap beberapa orang
murid di berlainan sekolah. Selain itu, rumusan tentang kesan terhadap persoalan kajian juga
turut dibincangkan bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan yang ada.

5.2 DAPATAN DAN RUMUSAN

Dapatan yang diperoleh hasil daripada proses temu bual yang dijalankan ialah cara pelajar
menjawab soalan tersebut. Hal ini dapat diperhatikan dari hasil-hasil kerja mereka dan lakonan
mereka. Mereka dapat berfikir dengan kreatif menjawab soalan berbentuk kreatif ini. Tetapi hasil
dari temubual dan pemerhatian,didapati hanya segelintir pelajar yang dapat menunjukkan
perbezaan prestasi mereka jika soalan bentuk ini diberi;

“Saya nak jawab soalan cerita, seronok sikit,” (R1).


“boleh la jawab”(R2).

“Saya rasa,jawab soalan macam boleh fikir macam-macam, tapi saya pun tak
tahu jalan kerja mana hok betul (R3)

Melalui proses temu bual yang telah dijalankan, dapat disimpulkan di sini bahawa
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sama ada pelajar dapat menjawab soalan bentuk
cerita atau tidak iaitu tahap pelajar itu sendiri dan persekitaran pelajar juga memainkan peranan
dalam menajdikan pelajar ini kreatif. Sikap pelajar juga signifikan dari temubual yang
dijalankan.

Tahap pelajar yang dapat pengkaji perhatikan di sini ialah murid yang pintar atau pandai
dalam pelajaran dapat menjawab soalan bentuk cerita dan murid yang kurang tidak dapat
menjawab walapun mereka faham dan berminat dengan soalan bentuk ini. Hal ini menunjukkan
walaupun apa bentuk sekalipun soalan yang diberi, pelajar tersebut haruslah mempunyai asas
yang kukuh dalam subjek tersebut. Walau bagaimanapun, ada juga pelajar yang dapat
menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun tidak dapat menjawab soalan dengan
sempurna, mereka dapat mengeluarkan idea mereka dalam mencari jalan penyelesaian.

Kesimpulan kedua ialah, faktor persekitaran pelajar itu sendiri. Temu bual yang telah
dijalankan menunjukkan sekolah B berada di kawasan luar bandar menunjukkan terdapat pelajar
di sekolah tersebut yang tidak dapat menunjukkan atau mengeluarkan idea kreatif mereka.
Pengkaji mendapati mereka hanya berada dalam kelompok mereka sendiri di mana kawan
mereka di sekolah adalah kawan mereka di rumah. Pencambahan idea tidak berlaku disebabkan
mereka tidak terdedah dengan budaya dan idea orang lain atau pelajar di sekolah lain.

Kesimpulan ketiga ialah sikap. Sikap ini amat mempengaruhi sesuatu perlakuan manusia.
Individu yang mempunyai sikap yang positif untuk belajardan akan berusaha untuk menambah
ilmu mereka. Mereka akan sentiasa belajar bagi memastikan mereka idak ketinggalan dengan
orang lain. Pengkaji mendapati sikap ini sebenarnya memainkan peranan yang amat penting
dalam menentukan kejayaan seseorang.
Sungguhpun begitu, pemerhatian yang dibuat menunjukkan tingkah laku yang positif
ditunjukkan oleh murid-murid yang menjawab soalan berbentuk cerita ini. Di sini jelas
menunjukkan elemen cerita ini menyumbang kepada perubahan tingkah laku murid-murid.

Dapatan berikutnya ialah teknik pengajaran yang diamalkan oleh guru memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi minat murid-murid untuk terus belajar. Jika
dibandingkan antara kedua-dua pemerhatian dan temubual yang telah dibuat, tidak terdapat
perbezaan yang ketara mempengaruhi murid dari segi menjawab soalan dengan kreatif. Murid
yang pintar dapat menjawab soalan dan yang kurang pintar tidak dapat menyelesaikan masalah
cerita yang diberi

Pada pendapat pengkaji, faktor guru yang mengajar adalah yang paling utama yang perlu
diambil kira dalam menentukan cara murid-murid untuk menjawab soalan. Guru-guru perlu
menekankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah bercerita ini sebenarnya dapat
dijadikan salah satu kaedah mengajar untuk guru dalam membentuk pelajar menjadi pelajar yang
kritis dan kreatif.

Guru-guru sendiri perlu kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
itu sendiri. Guru perlu membuat soalan berbentuk cerita dengan cara dapat membantu pelajar
berfikir, menaakul dan membuat penyelesaian bagi memastikan kita dapat mencapai pelajar yang
cemerlang selaras dengan perubahan kurikulum kita kini.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, kami dapati ada empat punca kesilapan yang telah di
lakukan oleh murid-murid seperti berikut:

1. Kegagalan membuat transformasi


Sebahagian besar kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah dalam memilih operasi yang
sesuai untuk membuat penyelesaian. Murid-murid gagal menukarkan cerita kepada ayat
Matematik dengan tepat.

2. Cuai ketika menjawab soalan


Dapatan kajian ini menunjukkan kecuaian merupakan faktor kedua terbanyak. Biasanya
kesilapan ini berlaku pada soalan yang mudah iaitu masalah yang melibatkan satu langkah
penyelesaian dan juga masalah yang melibatkan maklumat pengganggu. Ini jelas terbukti
apabila murid dapat menyelesaikan masalah matematik apabila diuji secara individu
berbanding dengan ujian yang diduduki secara berkumpulan.

3. Tidak memahami soalan


Kesilapan juga berlaku disebabkan oleh kegagalan murid untuk memahami soalan. Ini jelas
terbukti apabila murid yang lemah berbeza dengan murid yang baik dalam menyelesaikan
masalah dari segi pemahaman bahan bacaan dan konteks ayat.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan pemahaman berlaku disebabkan oleh
kegagalan murid memahami konsep-konsep asas yang terdapat dalam soalan seperti ‘ pada
asalnya, berapakah yang tinggal, perlu ditambah kepada dan lebih dua kali. Dapatan kajian
juga mendapati bahawa murid kurang memahami apa yang dibaca. Apabila ditanya, murid
hanya berdiam diri atau mengatakan tidak tahu apa yang telah dibacanya.
4. Melakukan kesilapan komputasi
Terdapat juga kumpulan yang faham tentang apa yang dikehendaki oleh soalan, tetapi
melakukan kesilapan semasa mengira. Ini mungkin disebabkan kerana kekangan masa di
mana mereka perlu melakukan beberapa perkara untuk menyelesaikan sesuatu masalah
seperti membaca petikan, memahami kehendak soalan, memilih nombor yang perlu dikira,
menentukan operasi yang terlibat dan seterusnya dan melaksanakan pengiraan.

REFLEKSI

Berdasarkan daripada pemerhatian dan temubual, kami dapati terdapat beberapa kelebihan dan
kelemahan dalam aktiviti bercerita ini.

Kelebihan

Kami amat berpuashati, khususnya daripada pencapaian murid-murid dalam ujian yang
menunjukkan peningkatan yang positif dan memberangsangkan. Daripada pemerhatian secara
tidak formal yang dilakukan oleh guru Matematik dan guru lain, komen-komen yang diberikan
adalah positif. Semasa sesi temubual dan lakonan cerita, semua murid, termasuk murid yang
lemah turut melibatkan diri dan sama-sama merasai suasana atau masalah yang diajukan.
Perubahan yang ketara dapat dilihat dalam tingkahlaku pelajar di mana mereka semakin aktif,
berani dan mahu menonjolkan idea-idea atau pandangan mereka terhadap sesuatu isu. Contohnya
apabila sesi bercerita selesai, guru meminta pendapat mereka dan didapati masing-masing
berusaha untuk memberikan jawapan. Aktiviti sumbangsaran amat baik untuk melatih mereka
bercakap, menyuarakan pendapat, memberi komen dan menyampaikan hujah.

Aktiviti bercerita juga dapat meningkatkan kreativiti murid dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Secara tidak langsung, murid-murid akan menggunakan pelbagai teknik atau kaedah
bagi mendapatkan jawapan seperti membina jadual, mencari corak, melukis gambar,
menyenaraikan data dan sebagainya. Apabila sesi perbincangan jawapan diadakan, murid-murid
akan dapati berbagai cara penyelesaian masalah dapat diguna dan menghasilkan jawapan yang
betul.

Kelemahan

Walaupun secara keseluruhannya, analisis telah menunjukkan hasil yang baik, namun masih
terdapat segelintir pelajar yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah bercerita.
Kekurangan masa menyebabkan sukar untuk memberi tumpuan kepada murid yang lemah dalam
membimbing mereka untuk menyelesaikan masalah bercerita dengan terperinci lagi.

5.3 CADANGAN

Cadangan yang boleh dijalankan oleh pengkaji lain pada masa-masa akan datang ialah boleh
lakukan lagi kajian ini tetapi khusus kepada kaedah pengajaran dengan menggunakan teknik
penyelesaian masalah yang mana dapat membantu pelajar berfikir. Sampel yang besar juga perlu
dibuat bagi memastikan kajian yang dijalankan dengan lebih jitu dan mempunyai
kebolehpercayaan serta kesahan yang tinggi.
RUJUKAN

Baroody, A.J. & Ginsburg, H.P. (1990). Children's learning: A cognitive view. In R.B.

Davis, C. A. Maher & N. Noddings (Eds.), Constructivist views on the teaching and learning of
mathematics (m.s. 51-64). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics,
Inc..

Bauersfed, H. (1988). Interaction, construction and knowledge : Alternative persperctive for


mathematics education. In T. Cooney & D. Grouws (Eds.), Effective mathematics
teaching (m.s 27 – 46). Reston, VA : NCTM.

Blumer, H. (1969). Symbolic interactionism Englewood Clliffs, NJ : Prentice – Hall.

 Cobb, P. , Wood, T. & Yackel, E. (1990). Classrooms as learning environments for teachers and
researchers. In R.B. Davis, C. A. Maher & N. Noddings (Eds.), Constructivist views on
the teaching and learning of mathematics (m.s. 125-146).

Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics, Inc..


Davidson, N. (1990). Small-group cooperative learning in mathematics. In T.J. Cooney & C.R.
Hirsch (Eds.), Teaching and learning mathematics in the 1990s (m.s. 52-61). Reston,
VA: National Council of Teachers of Mathematics, Inc..

Ginsburg, H.P. & Baron, J. (1993) . Cognition: Young childen's construction of mathematics. In
R.J. Jensen (Ed.), Research ideas for the classroom: Early childhood mathematics (m.s.
3-21). New York: Macmillan Publishing Company for NCTM.

Koehler, M.S. & Prior, M. (1993). Classroom interactions: The heartbeat of the teaching/learning
process. In D.T. Owens (ed.), Research ideas for the classroom: Middle grades
mathematics (m.s. 280-298). New York: Macmillan Publishing Company for NCTM.

Maher, C.A. & Alston, A. (1990). Teacher development in mathematics in a constructivist


framework. In R.B. Davis, C.A. Maher & N. Noddings (Eds.), Constructivist views on
the teaching and learning of mathematics (m.s. 147-166). Reston, VA: National
Council of Teachers of Mathematics, Inc..

National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and evaluation standards for
school mathematics. Reston, VA: Author.

National Council of Teachers of Mathematics (1991). Professional standards for Souviney, R.J.
(1989). Learning to teach mathematics. Columbus, Ohio: Merril Publishing Company.
LAMPIRAN
LAMPIRAN A

RANCANGAN PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 5

Hari : Isnin

Tarikh : 7 th Mac 2011

Masa : 11:05-12:05

Tajuk : Fraction (Pecahan )

Learning Area : Addition of Fractions (Menambah Pecahan )

Learning Objectives /Objektif pengajaran

1. Murid dapat menambah dua nombor bercampur

Learning Outcomes / Hasil pembelajaran

1. Murid berupaya menambah dua nombor bercampur yang sama penyebutnya, sehingga
10.

Pendekatan P/P : Pembelajaran Masteri

Penerapan nilai : i. Tekun


ii. Kerjasama

KBKK : i. Menterjemah

ii. Menyusun atur

iii. Memproses secara mental

iv. Menghubung kait

Kecerdasan pelbagai : i. Logikal

ii. Interpersonal

iii. Intrapersonal

Media pengajaran : i. Lembaran kerja

ii. Carta prosedur

iii. Kad-kad pecahan


Langkah / Isi Aktiviti P/P Aktiviti P/P Media Kemahiran
masa Pelajaran ( Guru) (murid) pengajaran Generik

Langkah 1 Mengimbau 1. Guru memanggil tiga Beberapa orang murid Kad gambar KBKK
kemahiran orang murid ke yang dipanggil ke Memproses secara
5 Minit mengenal hadapan kelas. hadapan menjalankan mental
nombor 2. Guru memberi situasi aktiviti yang diarahkan
(Set Induksi) bercampur iaitu untuk oleh guru. Menghubung kait
daripada satu memberikan mereka
nombor 10 helai kertas. Murid lain mendengar
pecahan tak 3. Murid membuat dan memerhati dengan
wajar. demonstrasi 10 3= teliti aktiviti yang
3 baki 1, minta murid dijalankan.
membahagikan
bakinya kepada
bahagian yang sama.

Contoh

35
=3
Langkah 2 Menambah Minta murid secara Membacakan KBKK
10 minit nombor bulat sukarela untuk kad cerita; Menterjemah
1. Guru memberikan
Menyampaikan dengan melakukan eksperimen Liza ada 3 bar
situasi cerita coklat. Abangnya
objektif pecahan Kecerdasan pelbagai
2. Minta seorang ada
Logikal
murid melakukan Setengah bar coklat.
Berapakah bar
3+ =3 demonstrasi
coklat yang mereka
3. Jika murid salah,
ada sekarang?
guru perlu
betulkan.

Langkah 3 Menambah 1. Guru menunjukkan Murid menunjukkan Kad pecahan Demonstrasi


10 minit nombor kad pecahan. cara menambah dan
Memberi bercampur 2. Guru memanggil menghasilkan jawapan Cuba jaya
bimbingan dengan murid lain untuk dalam bentuk pengiraan
nombor melakukan Matematik.
bercampur penambahan.
3. Sekiranya betul,
1 + =1
teruskan dengan
=2
contoh seterusnya.

36
1 +1 =3

Langkah 4 Menyelesaikan 1. Guru mengemukakan 1. Murid duduk Lampiran 1 Menterjemah dan


20 minit masalah rutin 3 soalan yang dalam kumpulan memproses secara
Menguji dan tidak rutin berkaitan masalah kecil 3 hingga 4 mental
kefahaman rutin harian dan tak orang dan
rutin yang berkaitan melakukan Menyelesaikan
dengan penambahan perbincangan masalah harian
nombor bercampur . untuk
mendapatkan Kecerdasan
jawapan. pelbagai:
Logika
intrapersonal

Langkah 5 Latihan 1. Guru mengagihkan 1. Murid menjawab Lampiran 2 KBKK


Penutup pengayaan dan kad kecil merah soalan yang Memproses secara
15 minit pemulihan jambu kepada setiap tertulis di papan mental
Pengukuhan murid. hitam
dan penilaian 2. Guru menulis soalan menggunakan Menterjemah
di papan hitam kad kecil

37
3. Guru menyemak hasil berwarna merah Menyelesaikan
kerja murid satu jambu. masalah
persatu. 2. Setelah selesai,
4. Guru memberikan mereka akan Kecerdasan pelbagai
kertas yang berwarna berjumpa guru :
lain pula untuk soalan untuk menyemak Logikal
berikutnya. jawapan. Interpersonal
3. Murid yang
jawapannya betul
akan diberi kad
berwarna hijau
untuk soalan
kedua.
4. Aktiviti
diteruskan,
dimana murid
yang cemerlang
akan menerima
banyak set kertas
warna.
Mengumpul hasil

38
jawapan dan
dimasukkan ke
dalam folio
Matematik

39
LAMPIRAN B

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH PECAHAN 1

Group Activity

Group : _____________________________________

Answer these questions

1. Ryan and Ahmad ate 3. 9 ______


slices of pizzas respectively.
What is the total number of _
slices of pizza eaten by them?

2. The boys drank 2 l of water and

4 l of orange juice. Find the


4. 6 ______
total volume, in l, they had drunk

40
LAMPIRAN C

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH PECAHAN 2

PENYELESAIAN MASALAH BERCERITA

Cerita 1

Pn. Wong ada 7 botol X, 7 botol Y dan 7 botol Z. Botol X diisi penuh dengan minyak, botol Y
separuh penuh dan botol Z kosong. Dia ingin membahagi sama banyak kepada 3 orang. Namun
masalah timbul kerana dia tidak membenarkan 3 orang itu menuangkan minyak di antara botol-
botol itu.

Bolehkah anda menyelesaikan masalah Pn. Wong?

Cerita 2

Cikgu Tan membeli sekotak pensel dihadiahkan kepada 3 orang muridnya bernama Indra,
Jackson dan Zaidah.

Pemenang pertama Indra menerima ½ kotak pensel itu dan ditambah 2 batang lagi.

Pemenang kedua Jackson menerima ½ daripada baki kotak pensel dan ditambah 2 batang lagi.

Pemenang ketiga Zaidah menerima ½ daripada bilangan pensel yang tinggal dan ditambah 2
batang lagi.

Selepas menyampaikan pensel itu, Cikgu Tan Cuma ada sebatang sahaja yang tinggal.

Cuba cari bilangan asal pensel di dalam kotak itu.

Cerita 3

Wasiat yang mengelirukan

Dengan kematian seorang jutawan, isteri dan tiga orang anaknya diberi beberapa buah banglo
daripada 18 buah banglo yang seiras seperti yang dinyatakan dalam wasiatnya:

41
“Isteri yang kucintai diberi sebuah banglo, 17 buah banglo yang selebihnya akan dibahagi-
bahagikan antara 3 orang anak saya iaitu ½ diberi kepada anak sulung, 1/3 diberi kepada anak
kedua dan 1/9 diberi kepada anak bongsu”

Ketiga-tiga anaknya keliru tentang bagaimana wasiat itu dapat dilaksanakan tanpa memecahkan
atau menjualkan banglo-banglo itu. Selepas termenung seketika, ibu mereka memberikan
penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak yang berkenaan. Bagaimana?

Cerita 4

Sepasang pengembara telah menjumpai seorang saudagar yang baru dirompak dan membantunya
dengan berkongsi roti mereka setelah saudagar itu berjanji akan membalas budi jika
membantunya. Seorang pengembara tersebut mempunyai 5 buku roti manakala seorang
pengembara lagi mempunyai 3 buku roti dan semua roti ini dibahagi sama rata antara mereka.
Setelah diselamatkan, saudagar itu telah memberi 8 keping duit emas iaitu 5 keping emas
kepada pengembara yang mempunyai 5 buku roti manakala 3 lagi kepada pengembara yang
memberi 3 buku roti. Namun pengembara pertama mengatakan ini tidak adil. Mengapakah
pembahagian ini tidak adil dan berapakah sepatutnya yang setiap orang mereka dapat?
Tunjukkan penggiraan.

Cerita 5

Ahmad berumur 15 tahun dan adiknya berumur 1/3 daripada umurnya. Berapakah umur Ahmad
apabila umur adiknya hanya ½ daripada umurnya?

LAMPIRAN D
42
HASIL KERJA MURID

43
44
45
46
47
48
49
LAMPIRAN E

GAMBAR SEKITAR KAJIAN P&P

Sekolah A

50
Sekolah B

51

Anda mungkin juga menyukai