Anda di halaman 1dari 16

TAJUK:

FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN JATI DIRI


RAKYAT MALAYSIA DAN CABARAN-CABARAN
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.
FAKTOR PEMBINAAN JATI DIRI
RAKYAT MALAYSIA

POLITICAL WILL
CRITICAL MASS
KEKUKUHAN EKONOMI
PERANAN ISLAM
SHARED VISION
PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
 MENERIMA PERBEZAAN ANTARA AGAMA
POLITICAL WILL
Pemimpin ada niat untuk menginstitusikan
hubungan etnik.

 Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang


pentingnya hubungan etnik.
 Dari sini akan tercetus kemahuan serta aktiviti
dalam bentuk pelan tindakan yang berkesan.
CRITICAL MASS
Adanya badan induk yang menjadi faktor
pemangkin kepada semua program hubungan
etnik dan integrasi yang melibatkan critical mass
seperti Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi
Nasional (JPNIN) dan Institut Kajian & Latihan
Integrasi Nasional (IKLIN).
KEKUKUHAN EKONOMI
Faktor ekonomi memainkan peranan penting
dalam menentukan kejayaan hubungan etnik
di Malaysia. Pengajarannya ialah peristiwa 13 Mei
1969.
Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh
terhasil jika keperluan asas untuk survival
manusia dipenuhi.
PERANAN ISLAM
Islam telah memberi pengaruh yang mendalam
dalam pertumbuhan dan perkembangan
Tamadun Malaysia.

Dengan majoriti penduduk beragama Islam,


maka sewajar Islam menjadi asas hubungan etnik dan
integrasi nasional kerana ia serasi dengan majoriti
penduduk dan minoritinya.

Sebagai agama rasmi, Islam mestilah dihormati


kerasmiannya namun ia tidak menghalang
kebebasan beragama.
SHARED VISION
 
Mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil
integrasi yang diingini.

 Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 harus


dijadikan salah satu paksi terpenting pada keseluruhan
gagasan hubungan etnik dan
integrasi
nasional negara ini.
PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

 Penggunaan Mykad untuk mengatasi masalah


imigresen, interaksi virtual dengan penggunaan
teknologi tanpa wayar 3G, penerbangan yang
lebih murah daripada Air Asia dan rangkaian
sosial seperti Facebook dapat menangani
masalah hubungan etnik dan integrasi nasional.
Menerima Perbezaan Antara Agama

 Masyarakat majmuk - kepelbagaian agama perlu diterima


dan diakui.

 Perbezaan ini perlu dihormati dan perlunya sikap dan


amalan toleransi.

 Namun terdapat persamaan dalam persoalan yang


menyentuh etika/moral.

Cth: Tidak mengamalkan rasuah, menepati masa,


berintegriti dan sebagainya.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
POLITIK
EKONOMI
SOSIAL
AGAMA
Politik Perkauman
 Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik
masing-masing.
 Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan
dan kelangsungan kaum masing-masing.
 Sukar menerima pemimpin dari kaum lain.
 Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal.
 
Dominasi Sektor Ekonomi

 Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan


ketidakseimbangan pendapatan.

 Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan


keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan
ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud.

 Perbezaan Pekerjaan:
- Menghalang interaksi yang lebih kerap.
- Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama.
- Semangat perkauman terus menebal.
Sosial

Pemisahan Fizikal
 Akibat dasar pecah perintah British.
 Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi.
 Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.
 Sistem Pendidikan yang Berasingan .
 Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang
tersendiri .
 Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa
ibunda menyebabkan interaksi berkisar dikalangan etnik sendiri
sahaja .
 Polarisasi dalam Kalangan Pelajar .
 Keterasingan di peringkat sekolah rendah, kerenggangan di
sekolah menengah serta di Institusi Pengajian Tinggi
menyukarkan proses hubungan etnik di Malaysia .
 Kontrak Sosial .
 Kontrak Sosial yang menjadi asas dalam pembinaan masyarakat
Malaysia seringkali di pertikaikan.
Agama, Adat Istiadat dan Budaya
Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat
bahasa dan kebudayaan yang berlainan:

 Mudah terjadinya konflik.


 Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan
kebudayaan mereka sendiri.
 Mengutamakan anggota dari etnik yang sama
dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat
dan mencari teman hidup.
KESIMPULAN
 Perkembangan politik di Malaysia memperlihatkan setiap kaum
berusaha untuk mencapai perpaduan walaupun menghadapi
pelbagai rintangan dalam mencapai persefahaman dan toleransi
antara kaum.

 perjuangan setiap parti politik bukan sahaja melihat kepada


perjuangan dan kepentingan parti masing-masing yang bersifat
etnisiti, tetapi mesti disesuaikan dengan keperluan nasional.

 Dalam menangani gelombang globalisasi yang melanda negara,


kesatuan pemikiran dan tindakan di kalangan parti-parti politik
dituntut bagi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan
negara .
 Dalam usaha memupuk perpaduan melalui kebudayaan dan
pendidikan, rakyat yang berbilang kaum perlu saling bertolak ansur supaya
perpaduan negara dapat dicapai.

 Sifat bertoleransi yang diamalkan oleh pelbagai kaum menunjukkan


mereka bersedia menerima budaya lain sebagai budaya Malaysia.

 Dalam menuju kearah perpaduan; persefahaman, persetujuan dan titik


pertemuan perlu dicapai.

 Dalam konteks Malaysia, asimilasi budaya pelbagai kaum telah, sedang


dan akan terus berlaku ke arah melahirkan keperibadian kebangsaan yang
jitu.

Anda mungkin juga menyukai