Anda di halaman 1dari 27

KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar lokasi kajian kes :

1.Pokok Pinang

Pokok Pinang (nama saintifik: Areca catechu) merupakan satu spesies tumbuhan
palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-
bahagian Afrika Timur.

Pokoknya bersaiz setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu
tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pinang ditanam untuk
memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi, iaitu buah pinang (betel nut).
Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline yang dianggap
boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah.

Dalam adat perkahwinan orang Melayu serta orang India di Malaysia, sireh pinang amat
penting. Sireh, pinang, gambir, kapur, lada hitam, kemenyan dan lain-lain diletakkan
dalam tepak sireh.

2.Pokok Pain ( Juniperus Chinensis)

1
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

Nama Saintifik bagi pokok pain adalah Juniperus Chinensis. Pokok Pain ( Juniperus
Chinensis) boleh membesar dan tumbuh seperti bentuk kon yang kurang lebar dan
berbentuk agak tirus. Pokok jenis ini akan kekal subur dan daunnya tetap tebal
walaupun dipotong. Ianya boleh membesar sehingga 20 kaki tinggi dalam masa 15
tahun. Pokok ini akan membentuk satu pemandangan yang menarik melalui
pembentukan daunnya yang unik. Ianya ditanam dalam kadar 4 ataupun 6 kaki. Ianya
juga hidup subur di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Pokok ini juga
memerlukan struktur tanah yang sesuai untuk pertumbuhan bagi mengelakkan akarnya
daripada mereput. Pokok Juniperus Chinensis ini kebiasaanya banyak ditanam untuk
dijadikan sebagai tanaman penghias kediaman atau landskap sesuatu kawasan.

3.Pokok Nangka

Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000
spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka memupunyai zat
tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-
karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin.Pokok nangka adalah sejenis
tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian
sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka
mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan
penanaman di ladang.

Nangka yang matang seringkali dimakan dalam keadaan segar, dihaluskan menjadi
minuman (jus), atau diolah menjadi aneka jenis makanan seperti dodol nangka, kolak
nangka, selai nangka, nangka goreng tepung, kerepek nangka dan lain-lain. Nangka
juga digunakan sebagai perasa ais krim dan minuman. Biji nangka, dikenali sebagai
"beton", dapat direbus dan dimakan sebagai sumber karbohidrat tambahan.

2
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

Buah nangka muda sangat digemari sebagai bahan sayuran. Ia boleh di masak gulai
dan sebagainya. Daun-daun nangka merupakan makanan ternakan yang disukai
kambing dan lembu. Kulit batangnya yang berserat, dapat digunakan sebagai bahan
untuk membuat tali dan pada masa lalu juga dijadikan bahan pakaian. Getahnya
digunakan dalam campuran untuk memerangkap burung, untuk memakal (menambal)
perahu dan lain-lain.Kayunya berwarna kuning di bahagian teras, berkualiti dan mudah
dikerjakan. Kayu ini cukup kuat, awet dan tahan terhadap serangan serangga.Kayu
nangka boleh dijadikan perkakas rumah , konstruksi bangunan, konstruksi kapal
hinggalah ke alat muzik. Dari kayunya juga dihasilkan bahan pewarna kuning untuk
mewarnai jubah para pendeta Buddha.

4.Pokok Serai

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba
malar hijau yang dikenali sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) dan
lemongrass (Inggeris). Berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan
tropika termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.

Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung.
Serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan dan makanan laut. Terdapat
lebih 50 spesis Cymbopogen. Cymbopogen citratus lebih sesuai untuk memasak. Di
India Cymbopogen. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.
Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini
(disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus
Jowitt). Minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

5.Daun Kunyit

3
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan
masyarakat Asia. Nama saintifik bagi kunyit adalah Curcuma longa / curcuma
domestica . Ia sejenis tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan
membiak melalui pecahan rizom. Kunyit menyukai tempat lembab dan mendapat
sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang
dikelilingi oleh cabang-cabang.Ibu kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang
tinggi.Rizom kunyit berwarna coklat diluar dan berwarna oren terang didalamnya. Ia
mempunyai bau yang wangi.

Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida , anti kanser dan pelindung hati.


Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol,
d.kamper, dan kurkurmin minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan
kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat
tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat
sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara
penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga
halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas
makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran
tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan
melancarkan perjalanan darah. Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin.
selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang
untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.Kunyit
yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan
ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair
dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.Kunyit juga dikatakan dapat
menjadikan penggemarnya awet muda.

4
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

Kunyit juga boleh dijadikan serbuk yang diambil dari buah kunyit. Serbuk ini banyak
digunakan dalam beberapa jenis masakan . Kegunaannya adalah memberi rasa tambahan
serta aroma khas yang menyelerakan. Begitu juga dengan daun kunyit .Cara penggunaannya
dalam masakan adalah dengan mencampurkan daun kunyit segar ke dalam masakan, daun
diiris tipis terlebih dahulu. Beberapa masakan yang sering menggunakan daun kunyit adalah
aneka gulai, aneka kalio, rendang, dan sebagainya.

6. Daun Bawang

Daun bawang merupakan sejenis tumbuhan herba dari genus Allium. Bahagian atas
daun bawang tidak pejal kerana tumbuhan ini tidak mempunyai bahagian akar yang
tumbuh dengan menyeluruh. Daun bawang digunakan dalam masakan.Daun bawang
(allium sp) telah ditanam sejak berabad-abak yang lalu di Cina dan Jepun. Ia
merupakan tanaman perennial (tahunan) yang dibudayakan secara tahunan (semusim)
atau biennial (dua musim). Tanaman daun bawang tidak menghasilkan umbi, berdaun
bulat panjang, dan berlubang seperti pipa. Struktur bunganya sama dengan bawang
merah, dengan warna bunga putih. Bijinya yang masih muda berwarna putih dan
setelah tua menjadi hitam.Ada dua jenis daun bawang, iaitu bawang bakung (allium
fistulosum) atau bawang semprong / sibol dan bawang prei (allium porrum) atau leek.
Yang pertama memiliki umbi kecil dengan daun bulat, panjang, dan berlubang seperti
pipa manakala yang kedua tidak memiliki umbi dengan daun panjang, pipih berpelepah
panjang, dan liat.

Daun bawang diketahui banyak mengandungi saponin, tanin, dan minyak asiri. Dengan
kandungan tersebut daun bawang berkhasiat untuk meredakan kembung perut,
batuk, selsema, sesak nafas kerana selsema, diuretik, diaforetik, nyeri sendi dan anti

5
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

radang; menghilangkan bengkak karena bisul; serta menghilangkan bebas gigitan


serangga.

7.Halia

Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan
beberapa kawasan tropika. Nama saintifik bagi halia adalah Zingiber Officinale . Akar
halia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia
telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2500 tahun lalu.

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah
sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga
mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut
membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet
kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat
artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.Menurut
kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan
darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol
dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus
penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot-otot penghadaman.

Halia juga dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.Campuran akar halia
dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan
minyak dan disapu di bahagian yang sakit.Halia segar yang dibuang kulit boleh
dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah
perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.Selain pelbagai khasiat

6
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai
sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.Kapsul halia
perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang
menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Bagi mereka yang menjalani
rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan
kerengsaan. .

8.Daun Limau Purut

Limau purut adalah sejenis tunbuhan Magnoliophyta jenis Magnoliopsida. Ia juga


adalah buah-buahan citrus spesies C.Hystrix. Limau purut mempunyai rupa yang
berkerut-kerut dan berbenjol-benjol kulitnya.

Limau purut sering kali digunakan dalam perubatan tradisi Melayu. Ia juga digunakan
sebagai bahan masakan dalam masakan Thai. Daun limau purut banyak digunakan
dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan
sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai
penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk
mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh
digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut
juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang
perjalanan darah.

7
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

9.Daun Kari

Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6
meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam
masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan
mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat
india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain
seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka
tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun
sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil
berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan
ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang
tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam
sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan , 6.1% protein ,
1.0% lemak , 16.0% karbohidrat ,6.4% fiber ,Mineral dan vitamin seperti kalsium,
fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.Ia juga mengandungi volatile oil dan
sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas
dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan
meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh
digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus
daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi
masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya
dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau

8
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada
cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk
mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan
dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan
kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang
didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan
untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan
dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara
menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

10.Daun Pudina

Pudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat
seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam
pelbagai jenis masakan kerana baunya.Ia sejenis tumbuhan kecil(tutup bumi) yang
membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.Tumbuhan ini mempunyai
aroma yang kuat. Sekarang pudina banyak ditanam secara kormersial di Malaysia
kerana permintaan yang tinggi

Pudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia
juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian. Dalam perubatan cina pudina
disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk
mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan
permulaan demam selesema. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan
dan mengubat penyakit seperti ruam kulit . Ia juga digunakan untuk mengurangkan
tekanan. Tumbuhan ini terdiri dari batang lembut bewarna hijau dengan daun

9
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

bertompok kuning, putih dan hijau. Ia berbentuk bujur dengan ukuran panjang 30 cm
dan lebar 25 cm. Ianya selalu digunakan sebagai Pokok hiasan dalam dan luar rumah.

11.Pokok Ubi

Pokok ubi adalah sejenis tumbuhan Magnoliophyta yang terdiri daripada jenis
Magnoliopsida. Ia adalah tergolong dalam kumpulan keluarga Euphorbiaceae jenis
Crotonoideae. Terdapat pelbagai spesies ubi dan salah satunya tergolong dalam
kumpulan S. tuberose dan M. esculenta .

Pokok ubi mempunyai buah ubi yang merupakan sumber makanan manusia sejak dari
zaman dahulu lagi. Daun pucuk ubi dapat di masak untuk dijadikan lauk. Pucuk ubi di
masak dengan pelbagai cara samada rebus, masak lemak dan sebagainya. Ubi kayu
biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu
senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus
dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam
dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan
selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu sering menjadi
makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti
ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti
semasa Perang Dunia Kedua.Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid
hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu
tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut
muda ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli
ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.Ubi

10
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga
digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat
(MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan
MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji. Pokok ubi
kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang
ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu
menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

12. Keladi Merah

Keladi Merah merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga keladi dan mempunyai
nama saintifik Caladium bicolor. Ia merupakan sejenis pokok keladi hiasan jenis
kacokkan yang sangat menarik. Ia berasal daripada kawasan tropika Amerika Selatan.
Banyak jenis kacukkan beraneka warna telah dihasilkan. Pokok ini dibiakkan dengan
cara membahagikan rumpunnya atau menanam keladinya.

13. Pokok Semalu

Pokok Semalu (Mimosa pudica L. ) adalah tumbuhan merayap semusim yang sering
menarik minat. Daun kupunnya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan
kembali terbuka selepas beberpa minit.

11
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

Mimosa pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brail, tetapi kini adalah
rumpai tropika raya. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang.
Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki).
Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun
kecil setiap pinna. Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam
amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini
disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain
itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh
sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih.Cara
terbaik bagi menghapuskan Semalu adalah menarik pangkal pokok dengan
menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu
dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.

14.Pokok Bunga Kertas

Pokok Bunga Kertas dikenali juga sebagai bougainvillea mempunyai bunga berwarna-
warni Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-
taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas
berbunga, kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan
dahan-dahan yang menarik.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai
ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, dinamakan sempena nama Louis
Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.Pokok bunga kertas
tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies.
Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan

12
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk
menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik
selapis mahupun banyak lapis.Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan
bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang
tahan lama sehingga melebihi 20 tahun jika dijaga dengan betul. Pokok bunga kertas
kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

15.Pokok Bunga Raya Kuning (Hibiscus Kinchen's Yellow)

Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai Bunga


Raya. Bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu.Bunga
Raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok
hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga
pertama adalah angiosperm. Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan,
dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah
jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi
mengilat kasut di sebahagian India.

16.Pokok Pecah Periuk ( Jejarum )

Pokok Pecah periuk juga dikenali sebagai pokok Jejarum dan pokok siantan.Pokok
Pecah Periuk juaga dikenali sebagai West Indian Jasmine.Sejenis pokok renek dari
keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak di tanam di kawasan perumahan

13
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

serta taman-taman dan sesuai untuk dijadikan tanaman pagar. Pokok ini mempunyai
ketinggian sehingga 3 meter, batangnya berwarna perang dan liat dan daunnya bujur.
Bunga pokok ini adalah besar dan bejambak-jambak di hujung dahan.Warna bunga
untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga,kuning, dan merah jambu. Bunga
ixora yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama
Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.

17. Pokok Bunga Kemboja

Dalam bahasa Inggeris bunga Kemboja dikenali sebagai Frangipani atau Plumeria dan
selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia.Pokok Kemboja jarang di
tanam di halaman-halaman rumah kerana saiznya besar.Warna bunga putih kekuning-
kuningan dan saiznya kira-kira 8cm.

18.Pokok Ati-ati Merah Hati (Coleus atropupureus Benth)

Ati-ati boleh didapati di dalam berbagai warna tetapi kebanyakan daunnya mempunyai
bentuk dan aroma yang sama jika dilumatkan. Daunnya berbentuk hati serta bergigi-gigi
di tepinya. Kepelbagaian warnanya seperti hijau, merah hati, kuning dan berbatik
menjadikan ia bunga hiasan yang popular baik untuk landskap ataupun hiasan
dalaman. Mempunyai batang yang bersegi berwarna hijau muda lembut dan mudah
patah. Habitatnya mudah berumpun kerana batangnya mudah rebah ke tanah dan
berakar serta bercabang.

14
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

Tumbuhan ini berbunga kecil dalam bentuk jambak memanjang di hujung dahan. Ia
mudah ditanam dengan hanya mematahkan dahan dan menanamnya di dalam pasu
atau dicacak begitu saja. Daunnya boleh digunakan untuk mengubati sakit pedih hati
dan gastrik. Di samping itu ia juga boleh menjadi pilihan dalam usaha untuk
menjarangkan bersalin bagi wanita-wanita yang bermasalah. Caranya ialah dengan
merebus daunnya dan air rebusan itu diberi minum kepada yang memerlukan.Kulit
pada batangnya amat nipis tetapi liat dan apabila batangnya dipatahkan kulitnya akan
tersiat. Walaupun ia mudah patah, pengambilan untuk tujuan perubatan atau untuk
dijadikan bibit eloklah dikerat dengan menggunakan pisau yang tajam.

19.Pokok Jenjuang

Pokok Jenjuang atau nama saintifiknya Cordyline sesuai ditanam di dalam pasu, atas
tanah secara tunggal, berbaris, berjalur ataupun secara berkelompok. Pokok renek ,
batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi, tidak banyak cabang.
Akarnya ada jenis yang kembung menjadi ubi. Pokok jenjuang lazim digunakan dalam
upacara dan istiadat magisme, memuja dan kepercayaan sebagai tanda sempadan
harta tanah. Daunnya pula digunakan sebagai atap, pembungkus makanan, piring,
“skirt” dan serunai. Daun yang berwarna merah digunakan sebagai pengebas dalam
upacara memuja (membuka tanah, menanam dan menuai padi, membina rumah,
menangkap ikan dan menyembuh pesakit yang dirasuk hantu). Pokoknya ditanam
untuk “menarik kuasa baik”. Ranting bersama daunnya digantung dikamar tidur ibu dan
juga bayi semasa berpantang (lepas bersalin) supaya tidak dikacau hantu. Daunnya
dipakai pada tubuh semasa ke hutan dan memburu haiwan liar supaya tidak cedera
ataupun dirasuk hantu.

20.Pokok Duit-duit

15
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

Pokok duit-duit. Dalam Bahasa Inggeris pokok duit-duit dikenali sebagai Centipede
tongavine, Silver Vine, Devil’s Ivy, dan Taro vine dan money plant. Satu spesies
tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New
Guinea. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

21.Bunga Butang Ungu

Bunga butang ungu atau nama saintifiknya Gomphrena Globosa juga dikenali sebagai
bunga empat puluh hari ( globe amaranth).

Bunga ini merupakan antara bunga kegemaran ramai orang kerana warnanya yang
terang dan bunganya yang banyak. Ia berasal dari India dan tergolong dalam keluarga
bayam.Ia sesuai ditanam didalam pasu dan juga ditanam sebagai tanaman atas batas.
Pembiakannya melalui biji benih dan ia selalunya akan  berbunga selepas 40 hari
ditanam menyebabkan ia juga dipanggil bunga 40 hari disesetengah tempat.

16
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

17
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

18
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

19
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

20
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

21
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

22
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

23
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

24
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

25
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

26
KPLI SR Ambilan Januari 2011 Bahasa Inggeris (1)

AS2051 Alam Sekitar

1. http://eemoo-esprit.blogspot.com/2010/10/nangka-jackfruit.html

2. http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=78&cat=HERBA

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ubi_kayu

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/pokok_pinang

5. http://ms.wikipedia.org/wiki/bunga_kertas

6. http://ms.wikipedia.org/wiki/daun_pudina

7. http://ms.wikipedia.org/wiki/pokok_duit_duit

8. http://ms.wikipedia.org/wiki/pokok_keladi

9. http://ms.wikipedia.org/wiki/daun_kari

10. http://ms.wikipedia.org/wiki/daun_limau_purut

27

Anda mungkin juga menyukai