Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1 hingga Soalan 5.

Baca cerita di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada hari Ahad yang lepas, Tan dan rakan-rakannya pergi ke sungai. Mereka
hendak memancing ikan, tetapi sungai itu telah tercemar. Banyak sampah dibuang
ke dalam sungai itu. Ikan-ikan di sungai itu telah mati. Mereka pulang ke rumah
dengan perasaan yang sedih.

1. Ke manakah Tan dan rakan-rakannya pergi ?


A. bandar B. sekolah C. sungai D. hospital

2. Apakah yang mereka hendak lakukan di sana ?


A. berkelah B. memancing C. berehat D. melancong

3. Bagaimanakah keadaan sungai itu ?


A. tercemar B. jernih C. bersih D. seperti sediakala

4. Apakah tindakan Tan dan rakan-rakannya apabila melihat keadaan sungai tersebut ?
A. memberitahu penjaga B. membersihkan sungai
C. memberitahu guru D. memberitahu Jabatan Alam Sekitar

5. Setelah melihat kejadian tersebut, bagaimanakah perasaan mereka ?


A. gembira B. biasa C. dukacita D. riang

Soalan 6 hingga Soalan 10.


Baca dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Apabila waktu rehat, Amir dan Sarjit duduk di bawah pokok. Mereka makan bekalan yang di
bawa dari rumah. Amir mendapati Sarjit kelihatan sedih.

Amir : Mengapa kamu bersedih, Sarjit ?


Sarjit : Saya susah hati, Amir.
Amir : Apakah maksud kamu ? Beritahulah saya.
Sarjit : Saya terpaksa bercuti selama beberapa hari. Ibu saya sudah seminggu Sakit.
Dia tidak dapat menjual sayur di pasar.Saya pula anak sulung. Oleh sebab itu
saya terpaksa melakukan kerja itu sementara waktu. Kalau tidak keluarga
saya tentu menghadapi masalah kewangan.
Amir : Jangan kamu susah hati. Saya akan membantu kamu. Saya akan memberitahukan hal
ini kepada Cikgu Kamisah.
Sarjit : Saya malu jika Cikgu Kamisah dan kawan-kawan mengetahui hal ini.
Amir : Janganlah malu. Saya percaya bahawa Cikgu Kamisah akan membantu kamu.
Sarjit : Terima kasih Amir kerana membantu saya.
11. Bilakah perbualan antara Amir dengan Sarjit berlaku ?
A. waktu pulang dari sekolah B. waktu pagi
C. waktu makan tengah hari D. waktu rehat
12. Mengapakah Sarjit terpaksa bercuti selama beberapa hari ?
A. kerana dia dimarahi Cikgu Kamisah B. kerana dia anak sulung
C. kerana dia terpaksa membantu ibunya D. kerana ibunya sakit

13. Apakah pekerjaan ibu Sarjit ?


A. menjual sayur B. menjual kuih
C. menjual makanan D. bekerja di pasar

14. Bagaimanakah Amir menolong Sarjit ?


A. meminta bantuan daripada ayahnya
B. membantu Sarjit menjual sayur
C. meminta bantuan daripada Cikgu Kamisah
D. memberikan wang belanja

15. Simpulan bahasa anak sulung dalam dialog ini bermaksud ………………….
A. anak yang paling kecil dalam keluarga
B. anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
C. anak yang pertama dalam keluarga
D. anak yang kedua dalam keluarga