Anda di halaman 1dari 22

cc

cc cc

cc cc cc
c

cc Tengkolok Diraja cc
cc cc cc
Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak
beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun
dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan
Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai
tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini
adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG
cc MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), c
PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM
TAK SUDAH. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan
benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri
Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang
terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.
cccccccccccccccccccccccc c
cc

cc
c

cc ccccccccccccccccccccccccccc cc
c

c
c
cc c cc
c
cccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccc c
cc cc cc
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-
Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang
berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman
Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah

cc diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.


c
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang
emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju
ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai
bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke
negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.
cc
c

cc cc

cc cc cc
c

cc Ä cc cc
cc cc cc
Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan sebelas biji
cc permata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali
c
bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.

cc
c
c
c
c
c
c
c

cc

cc cc

cc cc cc
c

cc — cÄ  cc cc
cc cc cc
Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan
gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala
cc "Garuda". Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah
salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri c
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

c
c
c
c
c
c
c

cc

cc cc

cc cc cc
c

cc cc cc
cc cc cc
Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak
cc bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh
c
Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai
menjadikan loket dan keronsang.

c
c
c
c
c
c
c

cc
c

cc cc

cc cc cc
c

cc —cc cc
cc cc cc
Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini
cc merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri c
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini boleh dicerai menjadikannya sepasang
subang, kerongsang dan kerabu.

c
c
c
c
c

cc
c

cc cc

cc cc cc
c

cc 4 c 
c cc
cc cc cc
4ogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan
Malaysia. 4ogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima
cc kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat
anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang c
sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga
harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.

c
c
c
c
c
c
c

cc
c

cc cc

cc cc cc
c

cc 4 c 
c cc
cc cc cc
4ogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang
Kebesaran Kerajaan Malaysia. 4ogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04
cc cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala
c
tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan
kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

c
c
c
c
c
c
c

cc
c

cc cc

cc cc cc
c

cc 4 
c cc
cc cc cc
4okmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan
cc Malaysia. 4okmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu
panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. 4okmar ini c
merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.

c
c
c
c
c
c

cc

cc cc

cc cc cc
c

cc — cÄcc cc
cc cc cc
Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran
cc Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia c
merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke
sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan
Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja
yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk "Tapak
Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

c
c
c
c

cc
c

cc cc

cc cc cc
c

cc Ä c— cÄcc c cc


cc cc cc
Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian
cc daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang
zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu c
dan sarungnya.

c
c
c
c
c
c
c

cc

cc cc

cc cc cc
c

cc Ä c  c—c cc


cc cc cc
cc Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur
Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja c
iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran
Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.

c
c
c
c
c
c

cc

cc cc

cc cc cc
c

cc 
c 
c cc
cc cc cc
cc Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombak-
tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia. c

c
c
c
c
c
c
c

cc
c

cc cc

cc cc cc
c

cc r c cc
cc cc cc
Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan Parsi 'naubat' bermaksud sembilan jenis alat.
cc Nobat ialah µpancaragam¶ Diraja yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri
c
Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah
Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah:

`c NEGERI PERAK
`c NEGERI KEDAH
`c NEGERI SELANGOR
`c NEGERI TERENGGANU

r  crcÄ —

Nobat Negeri Perak mengandungi alat-alat berikut:

`c Gendang Nobat
Gendang Nobat ini biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu.

`c Nafiri
Nafiri digunakan dalam memulakan sesuatu lagu.

`c Gendang Nenghara
Gendang Nenghara ialah gendang yang membawa lagu.

`c Serunai
Serunai ialah alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan.

`c Gendang Penengkah
Gendang Penengkah ialah gendang yang memasuki irama ke dalam lagu.

Di antara senarai yang tersebut di atas Gendang Nobat adalah paling dihormati. Ianya menduduki
tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu
istiadat dan menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung
kepada bilangan alat-alat yang digunakan. Untuk Nobat Diraja Perak hanya lima daripada
sembilan alat digunakan pada setiap masa.

Pemain-pemain alat Nobat adalah ahli daripada keluarga-keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-
orang Kalur. Pada zaman dahulu kawasan Bilik Nobat dipagarkan dengan bulu ayam dan sesiapa
yang mencerobohi kawasan ini akan dihukum dan didenda. Ketua Nobat diberi gelaran Toh Setia
Guna dan pembantu Toh Setia Indera.

Mengikut Adat Istiadat Negeri Perak tiada Sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ianya
ditabal dengan bunyian Nobat. Mengikut Adat Lembaga Negeri Perak menyatakan bahawa rangka
yang digunakan di dalam membuat Gendang-gendang adalah berasal daripada Teras Kayu Jerun
dan kulitnya adalah daripada Kulit Tumur. Walau bagaimanapun ini telah bertukar dan
pembaharuan rangka ini sekarang diperbuat daripada kayu keras dan kulitnya adalah daripada
kulit kambing.

Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu Nobat berikut:

`c RAJA BERANGKAT (GENDANG BERANGKAT)


`c PUTERI MANDI MAYANG
`c RAMA-RAMA TERBANG TINGGI
`c KUMBANG SI KUMALI (KUMBANG KEMBALI)
`c ARAK-ARAK ATANDIS (ENTEALS) (ARAK-ARAK UNTANDAI)
`c ALEH-ALEH PANJANG
`c ALEH-ALEH PANDAK
`c DANG GENDANG
`c LENGGANG 4HE KOBAT
`c JONG BER-ALEH
`c ANAK RAJA MEMBASUH KAKI
`c GENDANG PERANG
`c NOBAT TABAL
`c NOBAT RAJA
`c NOBAT KHAMIS
`c NOBAT SUBOH

Nobat Diraja Perak dibunyikan untuk upacara atau tradisi yang berikut:

`c Sesuatu yang berkaitan dengan peribadi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
`c Masa Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang Maha
Mulia Raja Permaisuri.
pc Masa Tabal Pusaka
pc Bersiram Tabal
`c Hari Meletak Kerja (Memulakan Kerja)
pc Hari meletak kerja menyambut perayaan ulangtahun Keputeraaan Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
pc Hari meletak kerja kerana perkahwinan atau berkhatan Putera dan Puteri Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan.
pc Perarakan mengambil Air Bersiram Tabal dan Berlimau Besar (tertaklum
kepada titah)
`c Istiadat di Balairong Sri Menyambut Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak.
`c Istiadat Menjunjung Duli
`c Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak melawat keluar negeri
(tertakluk kepada titah).
`c Mengiringi Jenazah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri ke
makam Diraja.
`c Perkahwinan dan Berkhatan Putera dan Puteri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak.
`c Istiadat Kebesaran negeri iaitu pada masa lawatan Raja-Raja negeri lain ke Negeri
Perak.
`c Hendak memulakan Puasa pada bulan Ramadhan ± tiga petang berturut-turut iaitu pada
28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.
`c Pada petang 24 Ramadhan menyambut malam 25 Ramadhan dan petang 26 Ramadhan
hingga sampai petang malam Hari Raya Aidil Fitri.
`c Pada masa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bersiram pada hari Raya Aidil Fitri
dan pagi Aidil Adha.
`c Tiga petang berturut-turut hendak menyambut Hari Raya Aidil Adha, iaitu pada petang
7, 8 dan 9 Zulhijjah.
`c Menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke
masjid kerana bersembahyang Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha dan berangkat
meninggal masjid.
`c Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat
dimainkan, iaitu, lagu "Raja Berangkat" semasa Seri Paduka Baginda berdua berangkat
masuk ke Balirong Seri; lagu "palu" semasa Alat-alat Pertabalan dibawa masuk ke
Balairong Seri; lagu "Raja Bertabal" selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
mengangkat Sumpah Diraja dan lagu "Raja Berangkat" sekali lagi apabila Seri Paduka
Baginda berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.

r  crc— 

Alat-alat bunyian Nobat Negeri Kedah mengandungi seperti berikut:

`c Nahara iaitu dua buah gendang kecil.


`c Gendang Ibu dan Gendang Anak berukuran sederhana.
`c Nafiri iaitu Trumpet perak berukuran 83.8 sentimeter panjang.
`c Sebuah Gong yang tergantung.
`c Tongkat 4okmar Diraja iaitu Tongkat rotan panjang berbalut baldu.

Ketua Kumpulan Nobat bergelar Mahaguru. Mahaguru akan sentiasa bersama kumpulan muzik
dengan memegang Tongkat 4okmar Diraja yang diperbuat daripada semambu (rotan Melaka) dan
dibalut dengan kain kuning. Mahaguru iaitu Ketua Pemain juga dikenali atau bergelar ³Kalur
Besar´. Nobat hanya boleh dimainkan dengan titah Sultan, dan dalam istiadat Diraja seperti
pertabalan, perkahwinan Diraja atau kemangkatan Diraja. Alat-alat Nobat hanya boleh dimain
oleh pemain Diraja yang dipilih dari keluarga yang tertentu.

Telah dirawayatkan bahawa munculnya Nobat Kedah ini semasa hayat Nabi Allah Ibrahim
Khalilullah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaannya. Kemudian diperturunkan ke zaman
Iskandar Dzulkarnain. Seterusnya diturunkan kepada semua Raja-Raja di Tanah Arab,
sehinggalah ke negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Ataillah Mohamad Shah I.

Dalam riwayat yang lain pula menceritakan bahawa masa pemerintahan Almarhum Sultan Ataillah
Mohammad Shah, Raja Kedah yang Pertama, seorang saudara adindanya iaitu Tunku Mohammad
Jiwa telah melawat ke negeri India. Semasa lawatan itu, baginda telah menyaksikan suatu
persembahan bunyi-bunyian yang menarik sekali. Setelah diselidiki, baginda mendapat tahu
persembahan itu ialah Nobat. Sekembalinya ke Kedah dipersembahkan perkara tersebut kepada
Sultan Ataillah Mohammad Shah iaitu bunyi-bunyian yang menjadi kebesaran dan kemuliaan
Maharaja Hindustan itu. Baginda Sultan kemudiannya berkenan mewujudkan satu kumpulan
Nobat bagi menandakan kebesaran dan kemuliaan Sultan dan sekalian kerabatnya.

Nobat biasanya dimainkan:

`c Setiap kali sebelum masuk sembahyang.


`c Setiap hari Jumaat.
`c Istiadat Pertabalan Raja (Sultan).
`c Istiadat perkahwinan Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja.
`c Nobat berjalan nobat berjalan naik ke lepau Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja yang
sudah berumahtangga.
`c Istiadat berjalan naik oleh serunai nobat iaitu satu sahaja ke lepau Menteri Tunggal dan
Menteri Empat.
`c Kemangkatan Sultan, Raja Muda, Kerabat Diraja dan lain-lain.
`c Istiadat Menyambut Pembesar-pembesar luar negeri yang melawat Kedah.
`c Memberitahu mengenai petang menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
`c Menghormati dukacita gerhana matahari dan gerhana bulan.

Lagu-lagu Nobat yang biasa dimainkan ialah:

`c Lagu Raja Burung


`c Lagu Belayar
`c Lagu Gendering Perang
`c Lagu Mambang Berkayuh
`c Lagu Seratan
`c Lagu Hayat/Lagu Dewa Raja
`c Lagu Arak-Arak

Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas lagu-lagu pilihan juga dimainkan seperti
mengiringi BARISAN PEMERINTAH KEHORMAT ATAU JENAZAH DIRAJA. Lagu 4ENDERING PERANG
dimainkan ketika Raja berangkat meninggalkan istana atau sekembali dari pengembaraan atau
pelayaran. Lagu BERLIMAU pula dikhaskan semasa Raja Bersiram pada hari Istiadat Perkahwinan
Diraja.

Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat
dimainkan, iaitu lagu "Raja Berangkat" sekali lagi dimainkan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berdua berangkat pulang dari
Balairong Seri.

r  crc  r 

Nobat yang digunakan dalam istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI
ialah Nobat Negeri Selangor. Nobat Negeri Selangor berasal dari Nobat Diraja Perak dan
dipersembahkan untuk Upacara Majlis Istiadat tertentu iaitu Pertabalan Diraja, Perkahwinan
Diraja, Majlis-majlis Rasmi Diraja dan Kemangkatan Diraja.
Nobat Negeri Selangot mengandungi:

`c Gendang Nobat (biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu).


`c Nafiri (digunakan dalam memulakan sesuatu lagu)
`c Gendang Nengkara (gendang yang membawa lagu)
`c Serunai (alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan)
`c Gendang Penengkah (gendang yang memasuki irama ke dalam lagu)

Gendang Nobat adalah alat yang paling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan
digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat atau
menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada
bilangan alat-alat yang digunakan.

Pemain-pemain alat nobat adalah terdiri daripada ahli keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang
Kalur.

Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu berikut:

`c Raja Berangkat (Gendang Berangkat)


`c Puteri Mandi Mayang
`c Rama-rama Terbang Tinggi
`c Kumbang Si Kumali (Kumbang Kembali)
`c Arak-arak Atandis (Enteals)
`c Arak-arak Untandi
`c Aleh-aleh Panjang
`c Aleh-aleh Pendek
`c Dong Gendang
`c Lenggang 4he Kobat
`c Jong Beraleh
`c Anak Raja Membasuh Kaki
`c Gendang Perang
`c Raja Bertabal (Nobat Tabal)
`c Nobat Khamis
`c Nobat Subuh

Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan disebelah pagi dan petang
dan lagu Puteri Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan Ramadhan tiga
petang berturut-turut, iaitu petang 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun. Dalam
istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XI yang lalu Nobat Negeri
Selangor yang digunakan dalam istiadat tersebut telah memainkan tiga lagu Nobat. Lagu "Raja
Berangkat" dimainkan semasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat masuk ke Balairong Seri. Lagu "Menjunjung Duli"
dimainkan semasa Alat-alat Pertabalan dibawa masuk ke Balairong Seri. Lagu "Raja Bertabal"
dimainkan selepas Seri Paduka Baginda mengangkat Sumpah Diraja. Lagu "Raja Berangkat"
dimainkan sekali lagi apabila Seri Paduka berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.

r  crcr r

Boleh dikatakan kebanyakan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia menggunakan Nobat sebagai


sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Demikian juga di Negeri Terengganu di mana Sultan
yang memerintah menggunakan Nobat sebagai tanda alat kebesaran Diraja. Menurut cerita,
Nobat Negeri Terengganu Darul Iman ini berasal dari Riau dan mula digunakan semasa
pemerintahan Sultan Ahmad. Orang yang pertama sekali memnggunakan Nobat ialah Puteri Pulau
Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar Daun atau Telani Bentan yang juga digelar dengan
nama Tun Telanai.

Nobat Diraja mengandungi sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagai Negara, dua buah
Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang Kopak-Kopak dan sebatang Serunai. Nafiri ini
diperbuat daripada perak manakala serunainya pula diperbuat daripada gading yang di bahagian
hujung diperbuat daripada perak. Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh empat orang
daripada keturunan Raja pada hari istiadat.

Nobat Negeri Terengganu mempunyai tiga belas buah lagu seperti berikut:

`c Lagu Iskandar Shah


`c Lagu Ibrahim Khalil
`c Lagu Seri Istana (Semang)
`c Lagu Anak Kuda Ragam/Raja Beradu
`c Lagu Seri Istana
`c Lagu Petang Khamis
`c Lagu Palu-Palu Melayu
`c Lagu Lapan
`c Lagu Petang Jumaat
`c Lagu Palu-Palu Nigiri
`c Lagu Petang Khamis Perak
`c Lagu Arak-Arak
`c Lagu Perang

Bagaimanapun daripada tiga belas lagu-lagu yang tersebut di atas hanya tiga lagu sahaja yang
selalu dimainkan dalam istiadat di Singgahsana. Lagu-lagu yang berkenaan adalah seperti
berikut:

`c LAGU ISKANDAR SHAH


`c LAGU IBRAHIM KHALIL
`c LAGU SERI ISTANA

Nobat Negeri Terengganu dimainkan pada tiap-tiap hari, pagi dan petang semasa berlangsung
istiadat perkahwinan Diraja dan juga pada waktu-waktu tertentu. Nobat juga dimainkan pada
tiap-tiap petang sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadan dan petang Aidil Fitri dan Aidil
Adha. Nobat turut dimainkan pada tiap-tiap petang Khamis malam Jumaat di Istana.

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah menerima kembali
Nafiri asal istana Sutlan Terengganu yang telah dikembalikan oleh keluarga Tengku Hamid bin
Tengku Mandur yang berasal dari Singapura pada 17 Mac 1990.

Sehingga kini Nobat Diraja Negeri Terengganu ini belum pernah dimainkan dalam Istiadat
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

c
c
c
c
c
c
c
c
c
c
c
c
c

cc
c
cc cc

cc cc cc
c

cc ÄÄcc cc
cc cc cc
Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang
dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna
keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.

  

Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah simbol kepada
ketaatan warga Malaysia kepada Undang-undang dan Perlembagaan. Paji-panji Diraja adalah
simbol kepada kewujudan Institusi Yang di-Pertuan Agong. Panji-panji yang berlatar belakangkan
warna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi
warna kuning adalah warna Diraja manakala karangan padi pula yang berwarna keemasan
melambangkan kemewahan dan kemakmuran.

Jata Malaysia di tengah-tengah adalah menunjukkan:

cc
(i) Bulan serta bintang yang mempunyai 14 cabang adalah menunjukkan 14 buah negeri yang
cc menjadi komponen negeri dalam Malaysia dan juga menunjukkan bahawa Islam adalah
c
agama bagi Malaysia; c
cc
(ii) Lima bilah keris adalah melambangkan lima buah negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu
(sebelum merdeka) iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu;c
cc
(iii) Di kiri kanan perisai adalah melambangkan negeri-negeri yang tidak beraja iaitu Melaka,
Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang;c
cc
(iv) Manakala empat panel yang mempunyai ukuran yang sama di tengah-tengah perisai yang
mengandungi warna-warna puteh adalah warna negeri Pahang; merah dan kuning warna
negeri Selangor; hitam, dan kuning warna negeri Perak; merah, hitam dan kuning warna
Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah asalnya negeri-negeri Melayu Bersekutu.c
Ä cÄÄccÄ c  cc

cc ccc
r 

Dalam keadaan-keadaan tertentu iaitu apabila Seri Paduka Baginda berangkat menghadiri
upacara penting misalnya, merasmikan Mesyuarat Penggal Parlimen, lawatan rasmi atau ke
majlis-majlis rasmi, Panji-panji Diraja adalah dikibarkan di tempat Seri Paduka Baginda berangkat
hadir. Apabila Seri Paduka Baginda berangkat tiba, Panji-panji Diraja dinaikkan dan panji-panji
berkenaan akan diturunkan apabila Seri Paduka Baginda berangkat meninggalkan majlis itu.

Panji-panji Diraja di Istana Negara hanya akan dikibarkan separuh tiang apabila berlaku
kemangkatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

cÄccÄ c   c
Ukuran besar c c
- 6¶ x 12¶ (untuk tiang di Istana Negara) c
Ukuran biasa c c
- 3¶ x 6¶ (dikibarkan di tempat-tempat di mana Seri Paduka
Baginda berangkat hadir atas urusan rasmi) c
Ukuran kereta c c
- 12¶ x 18¶ c
Ukuran untuk keretapi c c
- 12¶ x 18¶ c
Ukuran untuk kapal terbang c c
- 12¶ x 18¶ c
Ukuran untuk kapal c c
- 2 ½¶ x 4 ½¶ c

ÄÄccÄ 
c  

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu Permaisuri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong mempunyai kedudukan dan keistimewaan selepas Yang di-Pertuan Agong. Oleh
demikian baginda mempunyai panji baginda sendiri dan bagi membolehkan rakyat senang
mengenali baginda apabila baginda berangkat berasingan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong ke majlis-majlis rasmi.

Oleh kerana jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah dilantik oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh
masa lima tahun, maka Permaisuri baginda iaitu Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
adalah mendapat keistimewaan yang sama dan mempunyai keistimewaan menggunakan panji-
panji itu semasa baginda menjadi Raja Permaisuri Agong.

Rekabentuk Panji-panji Raja Permaisuri Agong ialah menyamai Panji-panji Yang di-Pertuan
Agong. Warna latar belakangnya digantikan dari warna kuning j  
kepada warna
hijau j  
.

Ukuran panji-panji Raja Permaisuri Agong ialah 4 ½¶ x 9¶, manakala bagi kegunaan kereta pula
ialah 12¶ x 18¶.

Äc
ccÄ c  

Bagi tempoh masa Yang di-Pertuan Agong gering atau tidak dapat menjalankan tugas-tugas Yang
di-Pertuan Agong maka tugas-tugas baginda perlu dilakukan oleh Timbalan Yang di-Pertuan
Agong. Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong
mengikut Perlembagaan hendaklah melepaskan semua tanggungjawabnya sebagai Raja negeri itu
melainkan tugas Ketua Agama Negeri berkenaan. Sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong,
baginda memiliki panji-panji khas dan layak dikibarkan selagi baginda menjalankan tugas-tugas
Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian atas panji-panji Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah berwarna kuning yang
melambangkan Diraja manakala di bahagian bawahnya berwarna biru cerah. Di bahagian tengah
panji-panji itu ialah Jata Malaysia dan di bawah jata itu tertulis ¶Timbalan Yang di-Pertuan Agong¶.
Jata ini tidak dilingkari dengan karangan padi seperti panji-panji Yang di-Pertuan Agong. Ukuran
Panji-panji ini adalah sama seperti ukuran panji-panji Yang di-Pertuan Agong.