Anda di halaman 1dari 15

Pengertian kesaksamaan dalam pendidikan

dengan luar Bandar; jurang antara yang msikin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang
antara merek a yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus
pembangunan negara.”
 
YB Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussein
Perutusan Tahun Baru 2006

Maksud Kesaksamaan – perihal saksama (teliti,adil)


(Kamus Dewan Edisi 4)
Maksud Pendidikan – perihal perbuatan mendidik
(Kamus Dewan Edisi 4)

Kesakasamaan dalam peluang pendidikan bererti setiap individu tidak kira latar
belakangnya diberi peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti yang
mmbolehkan seseorang itu mencpai potensinya. Ini bermakna bukan sahaj kesaksamaan dalam
mendapatkan pendidikan (equality of acess) dipentingkan , tetapi juga pendidikan yang diberi
perlu berkualiti dan dapat menyerlahkan potensi setiap individu. (equality of output)
Ketidaksaksamaan dalam pendidikan dapat dilihat dari segi:

 Kelas Sosial
 
Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam
masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan individu
yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat,
pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
 
Antara contoh kelas sosial yang terdapat  dalam masyarakat kapitalis terbahagi kepada dua
golongan iaitu :
 
Bourgeoise ~ masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran, pengagihan dan
pertukaran
Proletariat ~ masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya hanya tenaga kerja
sahaja
 
Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan.
Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan atau satu pola
hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi
sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan
lain-lain.
 
Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu
lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial
berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka,
peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya sistem tertutup seperti dalam
sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku .
 
Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau kelompok
etnik yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.
 
Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau sesuatu
kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ini merupakan manifestasi prasangka
yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila prejudis dan stereotaip
dalam sesbuah masyarakat.
 
Diskriminasi berlaku dalam banyak  bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan
etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara
terbuka atau percubaan penghapusan sesbuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan, ketaksamaan
peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan.
 
Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya
kelas sosial masyarakat dari system feudal lagi. Rakyat bawahan atau marhain dan golongan
pembesar dan istana menerima system pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah kemudiannya
meneruskan dasar yang sama, yang mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi peluang
untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. AKhirnya golongan pmbesar
ini mewariskan kecerdikkan mereka kepada anak-anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang
kampong terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.
 
Ketaksamaan peluang pendidikan masa kini meliputi kemudahan mendapatkan guru, bahan-
bahan rujukan da peluang kerjaya selepas tamat belajar. Dalam membincangkan konsep kelas
sosial kita tidak terlepas daripada kejadian ‘sosial inequaliti’ atau ketidaksamaan sosial yang
merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan
sosial yang berbeza akibat system stratifikasi. Rohand Meighan (1986) menggambarkan
perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
 
Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli
korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah
kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang
jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada
golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan
bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang
sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah
golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah
dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal.
 
Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati  terdapat hubungan signifikan
antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau
mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan
tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.  Kajian
ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar
tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik.
 
Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara
pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi
dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
 
Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti
tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya menerima
peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan  berkhasiat dan kawalan penyakit
menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.
 
Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan
persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang
mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan
ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan
terhadap pembentukkan kelas social dalam masyarakat.
 
Selain lokasi yang berkaitan terus dengan social, jurang pendidikan juga wujud antara jenis
sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan memberikan impak terhadap
pencapaian  murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak jurang
pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk.
Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30,
dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk menerima perubahan
dalam system pendidikan negara.
 
Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam pelunag
pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang
tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT).
 
Terdapat juag sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM, iaitu
sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan
daif  dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma
perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru
pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di
pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran
kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada
pelbagai tahun persekolahan.
 
Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur,
perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah
dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar.
 
Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar
dilengkapkan dengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang mencukupi.
Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian
sekolah di luar Bandar dan pendalaman, pust akses akan dibina.
 
RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan
seperti ;
 
- Rancangan Makanan Tambahan
- Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin
- Bantuan Makanan Asrama
- Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
- Jaket Keselamatan
- Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Skim Baucer Tuisyen
- Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti
- Asrama Harian
 
Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai
keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insane tanpa mengira kelas
social murid berkenaan,
 
Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek
membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih
luas. Rakyat negara ini perlu digalak ‘memburu’ maklumat daripada menerimanya secara pasif.
Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan. Rakyat harus meningkatkan
pembangunan dalam budaya analitikal. Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham ‘apa’,
‘bagaimana’ dan ‘kenapa’ sesuatu perkara itu berlaku. Jika kita mahukan pembangunan modal
insane, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya,
mencabar dan berfikir dan setiap kelas social perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan
ilmu pengetahuan.
 
 
 Jantina
 
Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata
pelajaran yang bersifat ‘keperempuanan’ dan ‘kelakian’. Pemilihan ini secara langsung menjadi
ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.
 
Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan
lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara
social dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita,
perlakuan dan cirri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.
 
Siti Rohani Yahya (1989,1998)  melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam
proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada
peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan
yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan
perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang
disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang
pendidikan yang sama.
 
Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita  dalam pendidikan sangat
menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat
menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi,
khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya
dimonopoli oleh golongan perempuan.
 
Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati
wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh yang
demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksankan pengajaran dalam kelas.
 
  Kumpulan Minoriti
 
Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi
kumpulan-kumpulan etnik yang lai. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan
seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebaginya. Mereka hanya
menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa
mereka.
 
Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering suka
ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism dan lain-lain
lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggugat
keharmonian sekolah.
 
Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari
maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya.
 
Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus
pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus
mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan
suasana pembelajaran di sekolah.
 
  Murid Keperluan Khas
 
Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program
pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi
intelek, jasmani dan social atau emosi. Terdapat anggapan negative samada anak mereka itu
normal atau berkeepeluan khas. Terdapat dua kategoti murid berkepeluaran khas iaitu kategori
masalah dan kategori masalah khusus.
 
Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan
kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program
sekolah biasa.
 
Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa
majority kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah
menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas.
 
Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih
tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan sepenuhnya
system pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka
berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini
menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu, guru harus memberi focus
terhadap masalah sosio-emosi mereka.
 
Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanak-kanak pintar
cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar
biasa berbanding rakan sebaya mereka.
 
Sebagai golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan
oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri
mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang
tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi.
 
Faktor persekitaraan seperti maslaah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini,
maslaah keluarga, maslaah tidak dapat menyesuaikan diri dengan system persekitaran dan
pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin
bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas
dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003).
 
Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan
Khas iaitu;
 
1. kerencatan mental
2. bermasalah pembelajaran
3. kecelaruan tingkah laku
4. cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
5. cacat penglihatan
6. cacat fizikal
7. pintar-cerdas dan berbakat istimewa
 
Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah
laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi
peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak
golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik. Mereka juga mempunyai sifa pengongkongan
dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifat pendiam, sensitive, pasif, tidak suka berkawan
dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan.
 
Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidak-matangan yang
agak ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering
berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Dikatakan juga mempunyai tingkahlaku
antisocial.
 
Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti
memeras ugut, mencuri dan ponteng.
 
Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari
segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan komunikasi
interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan
khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas dan berbakat.
 
Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD  tanpa hiperaktiviti (Attention Deficit
Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian
lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak menyempurnakan tugasan yang diberikan.
 
Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-
tanda kurang senang duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan
sering menggangu orang lain.
 
Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak
tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan
dalam masyarakat.
 
Modifikasi environmental dan behavioural adhenenvironmental merupakan kaedah untuk
menangani kumpulan ini. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang menghadkan
ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku negative. Guru juga boleh
mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu  kawasan tertentu
sahaja.
 
Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas;
mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan memberi kerja
atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah
menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi peneguhan positif dari negative. Guru
perlu menyediakan program latihan social bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar
dan bersaing seperti murid normal lain.
 
Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk
menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang
sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas.
 
Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK.
Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid bermasalah
pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.
 
Kanak-kanak kurang upaya memasuki system pendidikan KPM seawall umur 4 atau 4 tahun
lebih; agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
  Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan
 
Orang Asli
 
Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir
hutan. KAdar keciciran yang sangat tinggi  dala kalangan murid Orang Asli merupakan isu
yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar
pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan
ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi.
 
Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka
mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaatdan cara
pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan
mereka (Rusli Zaenal, 2002).
 
Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu
Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum.  Statistik 2005 , jumlah
orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan
pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli beragama
Animisme. Dari segi pendidikan, epncapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan
berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.
 
Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan
prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti
bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan
kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang Asli. Di
sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran seperti kipas, bilik darjah yang
selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.
 
Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat
persaingan yang sihat dalm aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli.
Mungkin juga terdapat anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah kerana membantu
keluarga keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman pula terlalu jauh dari
sekolah dan bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka juga agak rendah, penyediaan tenaga
pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-benar berjuang demi
pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian.
 
Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustafa
Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih
berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah
tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 %  (kadar nasional 6.4 %). Bagi golongan dewasa
pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering
ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang
ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus
merosot dan berterusan hidup dalam serba kekurangan.
 
Pribumi (Indigenious)
 
Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak .
Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat
dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, social dan budaya. Di Sabah terdapat
23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei.
Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit.
 
Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggaal
jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka
masih taksub kepada system kehidupan masyarakt yang telah mereka bina sejak dari dulu
lagi.
 
Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana
system pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh system belajar
asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional.
 
Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai
budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih
belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang
kepada budaya hidup tradisional mereka.
 
Dalam system belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar seseorang
akan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu cara yang nyata,
memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung dan mencubakannya
dalam situasi lain yang lebih luas.
 
Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung
melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses yang dialami adalah
ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam system
belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.
 
Pendalaman
 
Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman ialah
kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat
urban yang lembab turut memberi kesan kepada system pendidikan di kawasan berkenaan.
 
Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang
memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada
kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.
Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan
pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi
menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan tahap pencapaian akademik
mereka.
 
Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf
sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan
pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid.
Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara
daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini
terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3):
 
“..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang
misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan
kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”
 
 
Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu
halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid
tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap
ibubapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang
tidak berpelajaran turut member kesan.

Factor-faktor penyebab tidak kesaksamaan dalam pendidikan.

a. Jenis sekolah/kawasan sekolah


b. Sistem kepercayaan dalam pendidikan
i) Ujian IQ
ii) Teori kekurangan budaya(cultural depriviation theory)
c. Amalan-amalan sekolah
d. Penguasaan bahasa
e. Diskriminasi kelompok dominan

Ps:tlg huraikan