Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Permainan kecil mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan jasmani


kanak-kanak di sekolah rendah. Sungguhpun objektifnya yang terlebih dekat adalah
untuk menghibur, menyeronok, dan memuaskan kanak-kanak, permainan kecil
memberi sumbangan yang bernilai terhadap proses pertumbuhan kanak-kanak.

Permainan kecil dalam pelajaran pendidikan jasmani di sekolah adalah kegiatan-


kegiatan yang dipimpin dan di awasi oleh guru, dan disamping itu, mempunyai tujuan
mendidik. Adalah diharapkan menerusi permainan kecil, kana-kanak akan membina
sifat-sifat jasmani dan social yang diingini. Pengalaman-pengalaman yang mereka
perolehi itu akan memperkukuhkan lagi nasihat, dan tunjuk ajar yang telah diberi
kepada mereka dalam pelajaran sifik dan moral.

Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan ‘game sense’ adalah


contoh-contoh sifat jasmani yang di maksudkan. Dari segi social pula, pengalaman-
penaglamn daripada penyertaan permainan akan menggalakkan perkenbangan sifat-
sifat kemasyarakatan seperti toleransi, kerjasama, semangat kesukanan, keadilan dan
kegemaran kepada kegiatan-kegiaatn kesukanan.

Permainan-permainan kecil digalakkan dalam mendidik jasmani kerana ia


mempunyai cirri-ciri tertentu yang menjadikannya sesuai untuk sekolah-sekolah rendah.
Ciri-ciri inilah yang memudahkan pengelolaan permainan-permainan kecil.

1
2.0 CIRI-CIRI YANG PENTING DALAM PERMAINAN KECIL

1. Hanya memerlukan kemahiran-kemahiran asas.


2. Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
3. Sedikit atau tiada alat yang diperlukan.
4. Tidak menggunakna masa yang panjang.
5. Ruang permainan yang sederhana/kecil adalah mencukupi.
6. Perjalanan permainan dapat diubahsuaikan.
7. Senang dijalankan.

3.0 OBJEKTIF

 Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukanaktiviti


permainan kanak-kanak serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulumPJK
sekolah.
 Membantu para guru pelatih membezakan model dan kategori permainan
kanak-kanak.
 Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainankanak-
kanak untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajarankurikulum PJK sekolah.
 Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa
menjalankan aktiviti permainan sesama murid.
 Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana
konduksif.
 Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta
membentuk sahsiah dan disiplin diri individu.
 Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai palbagai kegiatan fizikal

4.0 MATLAMAT
2
Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :-
 Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.
 Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu
mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada
masyarakat.
 Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh
melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif.
 Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan
Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak.
 Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan
dalam diri.
 Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam
permainan.
 Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.
 Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri.
 Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupa

5.0 PERMAINAN KECIL

3
5.1 Jenis Permainan :Jaring dan Dinding

5.2 Tajuk Permainan : Newcomball

5.3 Permainan yang berkaitan:

 Bola baling
 Badminton
 Tenis
 Bola tampar

5.4 Objektif

 Untuk mengetahui bagaimana untuk bekerjasama dalam satu kumpulan untuk


mengawal kawasan sendiri daripada diserang,
 Untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan menghantar dan menangkap bola
dan bersedia untuk menyerang.

5.5 Alatan

 Kawasan gelanggang yang sesuai, contoh : gelanggang tenis.


 Gelanggang tersebut dibahagikan kepada empat bahagian.
 Bola tampar.
 Gelung rotan
 Bola tenis.
 Tali

5.6 Teknik Permainan :

4
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada ahli yang
nombornya genap seperti 4, 6 dan 8. Untuk permainan ini, kami telah
merancang permainan 4 lawan 4.
2. Kiraan mata adalah berdasarkan masa iaitu 5 minit. Setelah tamatnya tempoh
tersebut, maka pemenang dikira berdasarkan mata yang diperoleh pasukan
masing-masing.
3. Untuk permainan ini, pelajar diminta supaya duduk di dalam gelung rotan
masing-masing.
4. Permainan bermula apabila seorang pemain melambung bola daripada posisi
tempat dia duduk.
5. Bola yang dilambung mestilah melepasi jaring dan mestilah ditangkap oleh pihak
lawan.
6. Di dalam kawasan penyerang, maksimum 3 sentuhan boleh dibuat oleh pemain
sebelum bola dilambung semua ke kawasan pihak lawan.
7. Setiap pemain mesti berada di dalam kawasan masing-masing iaitu di dalam
gelung rotan sendiri.
8. Mata dikira apabila bola yang dilambung melantun ke dalam gelanggang tanpa
ditangkap oleh pihak lawan.
9. Jika bola yang dilambung tidak dapat ditangkap pihak lawan, maka servis akan
kembali kepada pihak menyerang.
10. Sekiranya bola yang dilambungkan keluar terus ke kawasan luar pihak lawan
atau dapat ditangkap oleh pihak lawan, maka pihak lawan akan mendapat mata.
11. Servis akan memihak kepada pihak yang mendapat mata, iaitu pihak lawan.
12. Setiap permain akan bergilir-gilir melambung bola.

5
6.0 SENARAI ALATAN.

Bola tenis Gelung rotan

Tali Bola tampar

6
7.0 PELAN GELANGGANG Gelung
rotan

Jaring

Tali

LOKASI PERMAINAN KECIL : Gelanggang Tenis.

7
8.0 PELAKSANAAN PERMAINAN

Pemain pertama melambung bola daripada Bola dihantar melepasi jaring ke kawasan
posisi tempat dia duduk. pihak lawan.

Pihak lawan berusaha menangkap bola. Maksimum 3 sentuhan boleh dibuat oleh
pemain sebelum bola dilambung semua ke
kawasan pihak lawan

8
Bola dihantar semula kepada pihak lawan. Sentuhan dalam gelanggang antara ahli
pasukan.

Bola berjaya ditangkap. Pemain seterusnya memulakan servis


baru.

9
9.0 REFLEKSI

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, kami telah dapat mempelajari secara amali
dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek permainan kecil di peringkat
sekolah rendah. Kami juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara
langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu pendidikan jasmani yang dipelajari
sepanjang kami mengikuti kursus ini dan telah menyumbang kepada pemahaman dan
impak terhaap matapelajaran bersifat sukan yang yang bakal kami ajar kelak.

Cadangan kami ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih
PISMP yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini perlu terus
didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal
penganjuran dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori
dan amali. Dengan ini, para pelatih guru seperti kami akan mendapat tambahan kepada
pengalaman pembelajaran yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam
permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untuk
menyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak.

10.0 BIBLIOGRAFI
10
David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education
for all children. New Orleans: Human Kinetics

Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan


pelajaran sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and primary
children. New York: Burgess Pub. Co.

11

Anda mungkin juga menyukai