Anda di halaman 1dari 2

6.

0 REFLEKSI

Pertama dan selamanya, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana
akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan tugasan ini. Menelusuri segala pengalaman yang diperolehi
sepanjang melaksanakan tugasan ini, terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama.
Sebenarnya, ini merupakan kali pertama saya ditugaskan untuk menyediakan profil kanak-
kanak. Pertama kali saya menerima tugasan ini, sebenarnya saya agak keliru tentang
kehendak soalan bagi tugasan ini. Tetapi, setelah diberikan penerangan yang sangat
terperinci oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Rohani, saya telah mendapat
gambaran awal tentang tugasan ini. Jadi, bagi mendapatkan gambaran keseluruhan
ataupun bagi memahami lagi kehendak soalan, saya perlulah melaksanakan tugasan ini
sebelum sampai tarikh serahan. Setelah beberapa kali berfikir tentang subjek yang akan
diambil sebagai kanak-kanak pilihan, saya akhirnya membuat keputusan untuk memilih adik
Nor Aishah binti Abd Rahman sebagai kanak-kanak pilihan. Bagi melaksanakan tugasan ini,
saya membuat keputusan untuk bercuti selama 5 hari ke Johor pada cuti sekolah yang lalu
bagi memudahkan saya untuk menjalankan pemerhatian terhadap kanak-kanak ini.

Sebagaimana yang kita tahu, objektif tugasan kali ini adalah untuk memberikan
pendedahan awal kepada para guru pelatih tentang kepelbagaian yang terdapat pada
seseorang kanak-kanak disamping dapat mengkaji tentang perkembangan kognitif, bahasa
dan juga tentang fizikal seseorang kanak-kanak. Sepanjang saya menjalankan aktiviti untuk
tugasan kali ini,saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada adik Nor Aishah dan
juga daripada kedua-dua ibu bapanya. Selain itu, saya mempelajari banyak perkara
daripada adik Nor Aishah tentang kanak-kanak. Apabila saya mengkaji adik Nor Aishah dari
segi perkembangan fizikalnya, saya dapat merumuskan bahawa beliau merupakan seorang
kanak-kanak yang cukup aktif walaupun baru berusia 7 tahun dan jika dilihat dari segi
perkembangan kognitif iaitu cara beliau berfikir, ia jelas menunjukkan bahawa beliau
merupakan seorang kanak-kanak yang melalui proses perkembangan yang cukup sihat
serta normal. Di samping itu, perkembangan bahasa beliau juga berkembang dengan baik
dan pada masa yang sama, saya juga dapat belajar cara berkomunikasi yang betul dengan
kanak-kanak yang sebaya dengannya. Jadi, secara tidak langsung, ia dapat membantu saya
untuk menjadi seorang guru yang sentiasa peka dan sensitif dengan persekitaran yang
melibatkan para pelajar pada masa akan datang.

Kesimpulannya, secara keseluruhannya, tugasan ini banyak membantu saya kerana


bagi saya apabila sesuatu topik yang diajar di dalam kuliah dijelmakan ke dalam bentuk
29
tugasan, hal ini secara langsung dapat membantu saya dalam memahami apa yang diajar
dalam kuliah sebelum ini dan pada masa yang sama, saya dapat menjadikan tugasan ini
sebagai sumber rujukan penting dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan saya sebagai
seorang guru pada masa akan datang. Insyaallah.

30

Anda mungkin juga menyukai