Anda di halaman 1dari 42

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

MODUL
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2010


KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan i
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iii
Falsafah Pendidikan Guru
iv
Panduan Pelajar
1
Pengenalan
2
Agihan Tajuk

Tajuk 1 : KONSEP
3
1.0 Sinopsis
3
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk 3
1.3 Kandungan Isi 4
1.4 Tugasan
7
1.5 Rujukan

Tajuk 2 : KEUNIKAN NEGARA 8


2.0 Sinopsis
8
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk 9
2.3 Kandungan Isi 10
2.4 Tugasan
18
2.5 Rujukan
18

Tajuk 3 : PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL


19
3.0 Sinopsis
3.1 Hasil Pembelajaran 19

3.2 Kerangka Tajuk 19


3.3 Kandungan Isi
20
3.4 Tugasan
21
3.5 Rujukan

i
Tajuk 4: KEDAULATAN NEGARA
4.0 Sinopsis
22
4.1 Hasil Pembelajaran
22
4.2 Kerangka Tajuk
23
4.3 Kandungan Isi
23
4.4 Tugasan
23
4.5 Rujukan
24

Tajuk 5: HALA TUJU NEGARA


25
5.0 Sinopsis
25
5.1 Hasil Pembelajaran
25
5.2 Kerangka Tajuk
26
5.3 Kandungan Isi
28
5.4 Tugasan
29
5.5 Rujukan

Tajuk 6 : PROFESION KEGURUAN DALAM PEMBINAAN


NEGARA BANGSA

6.0 Sinopsis
30
6.1 Hasil Pembelajaran
30
6.2 Kerangka Tajuk
30
6.3 Kandungan Isi
31
6.4 Tugasan 32
6.5 Rujukan 32

Bibliografi
33
Panel Penulis Modul
34

ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan


pendidikan yang tidak ada kepentingan
komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada
Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
iii
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS
PERGURUAN LEPAS IJAZAH – SEKOLAH RENDAH (KPLI SR).

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010


Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

ii
KATA ALU-ALUAN

Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk


melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan
Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi
memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi
Negara (GTP).

Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran


Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan
semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan
pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran
kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam
pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk
menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.

Modul Pendidikan Islam Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR)
menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang
kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme serta
berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada global.

(DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN)


Rektor
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Oktober 2010

iv
PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk
dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,
tutor atau rakan anda melalui e-mel jika terdapat masalah berhubung dengan modul
ini.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.


1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
iv
PENGENALAN

Kursus Pendidikan Negara Bangsa Malaysia ini digubal menggunakan


pendekatan tema. Modul ini mengandungi 6 tajuk iaitu Tajuk 1 Konsep
Pembinaan Insan, Warga dan Negara Bangsa Malaysia, Tajuk 2 Keunikan
Negara, Tajuk 3 Perpaduan dan Integrasi Nasional, Tajuk 4 Kedaulatan Negara,
Tajuk 5 Hala Tuju Negara, dan Tajuk 6 Profesion Keguruan Dalam Pembinaan
Negara Bangsa Malaysia.

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan


pembelajaran. Terdapat beberapa latihan yang disediakan bagi setiap tajuk.
Aktiviti dan latihan tersebut adalah sebagai latihan pengukuhan kepada pelajar
agar pelajar ini dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang
kandungan bagi setiap topik. Latihan yang disertakan di setiap topik adalah
berbentuk peta minda , tugasan dan analisis dalam setiap topik yang dipelajari.

Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hasil
kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara
e-mel, bersemuka atau apa cara sekalipun yang memungkinkan dapat
memudahkan pelajar menghantar tugasan mereka ini. Sebagai memantapkan
lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat
banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi
pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-
topik yang dipelajari.

1
Maklumat Agihan Topik

Nama Kursus: PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam
interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk pembelajaran
melalui modul.

Bil. Tajuk/Topik Interaksi Modul Jumlah


Bersemuka (jam) Jam
(jam)
1 Konsep
1.1 Pembinaan Insan
1 1
1.2 Pembinaan Warga
1.3 Pembinaan Negara Bangsa Malaysia
2 Keunikan Negara
2 2
2.1 Warisan Negara
2.1.1 Kesultanan Melayu Melaka
2.1.2 Kesinambungan Kesultanan Melayu
Melaka Dalam Sistem Pentadbiran
Masa Kini
2 2
2.2 Penjajahan dan Kewujudan
Masyarakat Majmuk
2.2.1 Sejarah Penjajahan
2.2.2 Kewujudan Masyarakat Majmuk dan
Proses Asimilasi
2 2
2.3 Kemerdekaan dan Pembentukan
Negara Malaysia
2.3.1 Proses dan Peristiwa Penting ke Arah
Pencapaian Kemerdekaan
2.3.2 Pembentukan Negara Malaysia Melalui
Proses Rundingan
1 1
2.4 Tokoh dan Artifak
2.4.1 Kebijakbestarian Tokoh Nasionalis
Negara dan Sumbangan
3 Perpaduan dan Integrasi Nasional 2 2

4 Kedaulatan Negara 2 2
4.1 Kebijakbestarian Mengurus dan
Memelihara Kedaulatan Negara dari
Ancaman Luar
4.2 Penglibatan, Sumbangan dan
Pengiktirafan Negara di Arena
Antarabangsa
5 Hala Tuju Negara 2
2
6 Profesion Keguruan Dalam Pembinaan 1 1
Negara Bangsa
JUMLAH 15 jam 15 jam
Disediakan oleh:
Pn. Nor Hafizah binti Md Tamaji
Ketua Panel Penulis Modul
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

2
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

TAJUK 1 KONSEP ( 1 jam kredit )

 SINOPSIS

Tajuk ini memperincikan konsep pembinaan insan, warga dan negara


bangsa Malaysia dalam konteks keunikan, kedaulatan, perpaduan,
integrasi nasional dan hala tuju negara.

 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

i. menghuraikan konsep pembinaan insan dalam konteks keilmuan,


kerohanian dan kemahiran.

ii. mencerakinkan konsep pembinaan warga dalam konteks keluarga,


masyarakat dan negara Malaysia.

iii. menjana idea mengenai konsep pembinaan negara bangsa


Malaysia dalam konteks keunikan negara, kedaulatan negara,
perpaduan, integrasi nasional dan hala tuju negara.

3
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP

PEMBINAAN INSAN PEMBINAAN PEMBINAAN


WARGA NEGARA BANGSA
MALAYSIA

Insan yang seimbang dari Warga yang peka kepada Satu proses pembinaan
segi keilmuan, tuntutan-tuntutan semangat kenegaraan
kerohanian dan semangat kebangsaan, bagi mewujudkan satu
kemahiran patriotisme dan ideologi bangsa yang bersatu
negara, yang mencintai padu dan memberi
tanah air, berdisiplin, tumpuan taat setia yang
menyahut seruan dan tidak berbelah bahagi,
menyokong cita-cita sedia memberi
negara sumbangan dan
berkorban untuk negara

 KANDUNGAN ISI

1.0 KONSEP (1 jam)


1.1 PEMBINAAN INSAN

1.1.1 Insan atau manusia merupakan watak penting dalam


pembinaan sesebuah masyarakat dan negara.

1.1.2 Insan diciptakan supaya hadir di dunia ini sebagai


memikul tanggung jawab.

1.1.3 Tanggung jawab yang dipikul itu amat besar sebagai


Khalifah Allah atau wakil di muka bumi ini. Islam dan
semua agama yang ada di dunia ini sangat
mengambil berat terhadap pembinaan insan sebagai

4
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

faktor utama dalam mewujudkan sebuah masyarakat


dan negara yang berjaya.

1.1.4 Justeru itu pembinaan insan adalah agenda yang


amat penting dalam konteks pembangunan di dunia
ini.

1.2 PEMBINAAN WARGA

1.2.1 Warga merujuk kepada penduduk atau ahli dalam


sesebuah negara yang kerakyatannya diperakukan
melalui undang-undang.

1.2.2 Daripada sudut teori politik dan undang-undang,


warga merujuk kepada hak dan peranan setiap
anggota di dalam sebuah negara bangsa.

1.2.3. Pembinaan warga lebih merujuk kepada usaha-usaha


membentuk ahli atau individu yanng menjadi rakyat
dalam sesebuah negara sebagai seorang individu
yang bertanggung jawab bukan sahaja kepada dirinya
sendiri serta keluarga malah mereka turut merasa
bertanggung jawab terhadap negara dan tanah air
mereka.

1.2.4 Ia termasuklah perasaan untuk mempertahankan


negara, memajukan negara, membela kedaulatan
bangsa dan agama serta sanggup berkorban untuk
negara apabila mereka diperlukan oleh negara dalam
apa jua keadaan.

1.2.5 Warga Malaysia yang dicita-citakan adalah bangsa


yang berjiwa murni, cenderung kepada semangat
perpaduan dan mempunyai rasa kepunyaan atau '
Sense of Belonging As Proud Malaysian Citizen With
Its Own Home Made Malaysian Identity'.

1.3 Pembinaan Negara Bangsa

1.3.1 Di Malaysia , perihal negara bangsa sudah


diperkatakan dalam banyak perbincangan dan
wacana sebelum pembicaraan mengenainya
dianggap serius apabila Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad mencetuskan idea bangsa Malaysia dalam
Wawasan 2020 yang dipeloporinya.

5
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

1.3.2 Pembinaan Negara Bangsa sering kali menjadi


matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah
negara terutamanya negara yang didiami oleh
masyarakat pelbagai kaum.

1.3.3 Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat


sebagai kemuncak kejayaan sesebuah negara,
pentadbiran dan penduduknya.

1.3.4 Pada kebiasaannya negara bangsa merupakan


gabungan 3 komponen utama iaitu:

 Negara – wilayah kewujudan kelompok


manusia.
 Individu – merujuk kepada manusia.
 Bangsa – merujuk kepada satu kesatuan
manusia yang hidup dalam sesebuah negara.

1.3.5 5 faktor yang menjadi pemangkin kepada pembinaan


sesebuah negara bangsa:

 integrasi
 nasionaliti
 nasionalisme
 patriotisme
 demokrasi

1.3.6 5 faktor yang menjadi ancaman pembentukan


sesebuah negara bangsa:

 globalisme
 kepelbagaian budaya
 pluralisme
 neufeudalisme
 liberalisme

6
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

1.4 TUGASAN

Anda dikehendaki menghasilkan tugasan berbentuk esei pendek


bertajuk:
Ciri-ciri pembinaan insan dan warga ke arah proses
pembentukan negara bangsa Malaysia.

Esei anda hendaklah tidak melebihi 350 - 550 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk


semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh
pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.

1.5 RUJUKAN

Harun Din. Manusia dan Islam . Hizbi Sdn. Bhd, Shah Alam, 1988

Ishak Saat. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.Karisma


Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2009

Manja Mohd Ludin. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam


Pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur,
1990

Rohani Abdul Ghani. Pendidikan Negara Bangsa. PTS.


Publications & Distributor Sdn. Bhd, Bentong,
Pahang, 2003

7
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

TAJUK 2 KEUNIKAN NEGARA ( 7 jam kredit )

 SINOPSIS

Tajuk ini memperincikan tentang kejayaan sistem pentadbiran masa


kini dengan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dalam
mewujudkan warga negara yang patriotik dan sanggup
mempertahankan kedaulatan negara. Topik ini juga membanding
bezakan bentuk penjajahan masa dahulu dan masa kini.

 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

i. menganalisis faktor-faktor kebangkitan dan kejatuhan Kesultanan


Melayu Melaka.

ii. menjelaskan secara terperinci tentang sistem pemerintahan dan


pentadbiran masa lalu dan kini.

iii. mentafsir, menilai dan merumus kebijakbestarian tokoh-tokoh


nasionalis tanah air dalam membentuk jati diri dan pembinaan
negara bangsa.

iv. membuat gambaran mental mengenai penjajahan dengan


menggunakan perhubungan ruang dan masa.

v. menghubung kait penjajahan dengan kewujudan masyarakat


majmuk di negara kita.

vi. membuat perbandingan tentang penjajahan masa dulu dengan


masa kini.

vii. menghurai dan menilai kepentingan bahan artifak sebagai sumber


rujukan bersama dalam pembinaan jati diri dan pembinaan negara
bangsa.

8
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 KERANGKA TAJUK-TAJUK
KEUNIKAN NEGARA

WARISAN PENJAJAHAN KEMERDEKAAN TOKOH


NEGARA DAN DAN DAN
(2 jam) KEWUJUDAN PEMBENTUKAN ARTIFAK
MASYARAKAT NEGARA (1 jam)
MAJMUK MALAYSIA
(2 jam) ( 2 jam)

Kesultanan Melayu Sejarah Proses dan Kebijakbestarian


Melaka Penjajahan Peristiwa Penting Tokoh Nasionalis
ke Arah Negara dan
Pencapaian Sumbangan
Kemerdekaan

Kesinambungan Kewujudan Masyarakat Pembentukan Negara


Kesultanan Melayu Majmuk dan Proses Malaysia Melalui Proses
Melaka Dalam Sistem Asimilasi Rundingan
Pentadbiran Masa Kini

 KANDUNGAN ISI

2.0 KEUNIKAN NEGARA (7 jam)


2.1 WARISAN NEGARA (2 jam)

2.1.1 Warisan negara mempunyai pelbagai aspek yang


berbeza, antaranya ialah kebudayaan, adat resam,
monumen, artifak , kesenian, alam semulajadi dan
sebagainya.

2.1.2 Aspek-aspek di atas adalah warisan yang menjadi


kebanggaan negara dan ada antaranya yang menjadi
aset terpenting negara. Contohnya budaya baba dan
nyonya yang berkembang sebagai satu budaya kaum
yang tersendiri pada abad ke-18 dan ke-19.

9
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

2.1.3 Menurut Kamus Dewan, maksud warisan ialah harta


peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi dan
sesuatu yang turun temurun serta peninggalan.

2.1.4 Budaya

 Adat istiadat perkahwinan orang Melayu –


merisik, merasi, meminang, bernikah dan
bersanding.
 Adat mengaruk – mengalu-alukan pemimpin
dan pembesar ketika pertabalan seseorang
raja oleh masyarakat Bugis Makasar.
 Kebudayaan Masyarakat Baba dan Nyonya
 Kesenian – Songket di Malaysia.
 Rehal
 Barang Kemas
 Emas
 Perak
 Tembaga
 Manik

2.1.5 Monumen

 Maritim di Malaysia
 Kota Kuala Kedah
 Sungai Lembing
 Kampung Masjid Melayu di Lebuh Aceh, Pulau
Pinang

2.1.6 Artifak

 Alat tulang – alat tulang yang tajam, alat


spatula, mata lembing dan alat tulang
berbentuk kapak.
 Alat tulis Melayu tradisional – daun lontar, kulit
kayu, buluh, tanduk, papan dan kulit binatang.
 Pena diperbuat daripada berbagai-bagai bahan
seperti duri kabung, batang resam, bulu angsa.

2.1.7 Warisan yang ada di negara ini patut dipelihara oleh


masyarakat Malaysia kerana warisan merupakan aset
terpenting negara.

10
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

raja
pembesar

rakyat

hamba

KESULTANAN MELAYU : STRUKTUR SOSIAL


MASYARAKAT MELAYU

2.1.9 Dalam susunan hierarki masyarakat Melayu


tradisional , raja atau Sultan menduduki lapisan
teratas dan Sultan dianggap suci dan kudus.

2.1.10 Kedudukan Sultan yang suci dikukuhkan lagi melalui


konsep daulat yang bermaksud negeri atau kerajaan
dalam bahasa Arab.

2.1.11 Sultan mempunyai kebolehan istimewa,adil, berkuasa


dan berwibawa untuk memerintah. Sesiapa yang
ingkar akan titah Sultan dianggap sebagai
menderhaka akan terkena tulah iaitu balasan
buruk/malapetaka yang akan menimpa orang yang
menderhaka itu. Kesimpulannya masyarakat Melayu
tradisional amat menyanjung tinggi Sultan.

2.1.12 Senarai Sultan-Sultan Melaka

Nama Sultan Tahun Pemerintahan


Parameswara (Iskandar Syah) 1400 – 1414
Sultan Mahkota Iskandar Syah 1414 – 1424
Seri Maharaja (Sultan Muhammad Syah) 1424 – 1444
Parameswara Dewa Syah (Raja Ibrahim) 1444 – 1445
Sultan Muzaffar Syah ( Raja Kassim) 1445 – 1459
Sultan Mansur Syah 1459 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Syah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Syah 1488 – 1511
Sultan Ahmad Syah (Mati Dibunuh Oleh Sultan 1511
Mahmud Syah)
Nama Melaka diambil sempena satu peristiwa.
Sejarah Melayu meriwayatkan Parameswara telah
membuka negeri Melaka pada tahun 1400 dan nama
Melaka itu berasal dari nama sejenis pokok.

11
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

2.1.14 Parameswara mengisytiharkan dirinya sebagai Raja


Melaka. Beliau melaksanakan pemerintahan negeri
baru ini berasaskan pemerintahan Sriwijaya.

2.1.15 Faktor-faktor kebangkitan kesultanan Melayu Melaka:

 Lokasi yang strategik.


 Melaka merupakan sebuah pelabuhan
semulajadi terselamat dari ancaman angin
monsun Timur Laut dan Barat Daya.
 Pelabuhan Melaka amat sesuai untuk kapal-
kapal besar berlabuh.
 Pelabuhan Melaka terletak berhampiran
dengan kawasan bijih timah dan rempah ratus.
 Parameswara menjadikan Melaka sebagai
pelabuhan entrepot.
 Sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun.
 Pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu
undang-undang laut Melaka dan hukum kanun
Melaka.
 Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
 Peluasan empayar Melaka meningkatkan lagi
kemajuan perdagangan dan penggunaan
matawang.

2.1.16 Faktor-faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

 Sistem pentadbiran yang tidak cekap.


 Tiada perpaduan di kalangan penduduk
Melaka.
 Pembelot dalam kalangan rakyat.
 Tiada pengganti selepas kematian Tun Perak.
 Kelebihan kelengkapan armada laut Portugis.

12
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

KESINAMBUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


DALAM SISTEM PENTADBIRAN MASA KINI

 Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka


 Kedudukan Sultan / Raja sebagai Ketua Agama
Islam.
 Sistem perundangan masa kini diwarisi dari Hukum
Kanun Melaka.
 Alat-alat kebesaran Diraja juga diwarisi dari zaman
Kesultanan Melayu Melaka ini.
 Menjalinkan hubungan dengan negara luar.

2.2 PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT


MAJMUK (2 jam)

2.2.1 Portugis

 Portugis menakluki Melaka pada tahun 1511.


 Faktor-faktor yang mendorong kehadiran
Portugis ke timur iaitu 3 G ( Gold = Ekonomi ,
Gospel = Agama , Glory = Kebanggaan)
 Di Melaka , Portugis memperkenalkan sistem
pentadbirannya sendiri dibawah pentadbiran
seorang pegawai yang jawatan kapten.
 Portugis cuba mengekalkan jawatan
bendahara, temenggong dan syahbandar
dalam pentadbirannya.
 Dasar perdagangan, tindak tanduk Portugis
memperlihatkan sikap tamak haloba yang
menyebabkan pelabuhan Melaka dan
kedudukan Portugis di Melaka tergugat yang
membawa kepada kejatuhan Portugis di
tangan Belanda di tahun 1641.

2.2.2 Belanda

 Belanda menewaskan Portugis dengan


bantuan dari Johor pada tahun 1641.
 Tahun 1650, Belanda cuba menegakkan
monopoli perdagangan timah dengan perak.
Buktinya Kota Belanda di Pulau Pangkor.
 Persaingan perdagangan antara Johor dan
Belanda sejak persahabatan mereka terjalin

13
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

selepas kejatuhan Portugis di Melaka menjadi


retak menunggu belah – 1782 tentera Belanda
telah membuat kepungan ke atas Riau.
 Perang berlaku diantara Yam Tuan Muda
Johor iaitu Raja Haji dengan Belanda.
Kesannya Raja Haji terkorban pada tahun
1784 di Teluk Ketapang.

2.2.3. British

Pulau Pinang
 Penjajahan British ke atas Pulau Pinang pada
Ogos 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa.
 Pampasan 30 ribu wang Sepanyol hendaklah
dibayar kepada Sultan atas kehilangan
beberapa keistimewaan dalam perdagangan.
 Francis Light bersetuju dengan syarat-syarat
itu pada tahun 1785 tetapi pegawai atasan dari
India enggan menyetujuinya.
 Sultan Abdullah mendesak British
meninggalkan Pulau Pinang.
 British enggan meninggalkan Pulau Pinang
dan Kedah mengalami kekalahan teruk dalam
serangan British.
 Perjanjian 1791, Sultan Kedah mengakui hak
British menduduki Pulau Pinang dengan
pampasan tahunan 6000 dolar Sepanyol.
 Perjanjian tahun 1800 Sultan Kedah dibawa
pampasan tahunan 10 ribu dolar Sepanyol
atas persetujuan menyerahkan Seberang
Perai.

Singapura
 Raffles membuka penempatan di sini melalui
satu perjanjian pada tahun 1819 dimana
T engku Hussin diberi pampasan tahunan 3000
dolar Sepanyol.
 Tahun 1824 – Perjanjian Inggeris- Belanda
ditandatangani di mana Melaka diserahkan
kepada British dan British menyerahkan
Bengkahulu kepada Belanda.
 3 pelabuhan penting di Tanah Melayu dikuasai
British iaitu Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura.

14
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

Sabah
 Penjajahan di Sabah bermula dengan hak
kedaulatan Brunei ke atas bahagian barat
Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.
 Alfred Dent menubuhkan syarikat berpiagam
Borneo Utara untuk mentadbir Sabah.

Sarawak
 Penjajahan bermula apabila James Brooke
dilantik sebagai Gabenor Sarawak pada tahun
1841 oleh wakil Sultan Brunei di Sarawak.

2.2.4 Jepun

 Jepun menduduki Tanah Melayu pada 1942


sehingga Ogos 1945 selepas menewaskan
British.
 Tanah Melayu diperintah oleh pemerintahan
tentera di Tanah Melayu.
 Jepun memberi layanan yang baik kepada
Raja-raja Melayu dan orang Melayu.
 Jepun agak keras terhadap orang Cina
disebabkan oleh perang China – Jepun sejak
tahun 1937.
 Jepun memperkenalkan dasar penjepunan
melalui sistem pendidikan media massa dan
sistem ekonomi.
 Slogan Asia untuk Asia dan kawasan
kemakmuran bersama dilaungkan oleh Jepun
untuk menarik minat penduduk tempatan.
 Jepun menggalakkan semangat nasionalisme
– tokoh-tokoh KMM telah dibebaskan oleh
Jepun.
 Tahun 1943 – pasukan separa tentera iaitu
pembela tanah air (PETA) ditubuhkan.

2.2.5 British

 British kembali ke Tanah Melayu selepas


kekalahan Jepun pada bulan Oktober 1945.
 British membuat rancangan untuk
menubuhkan Malayan Union untuk menjadikan
pentadbiran seragam dan menjimatkan kos
pentadbiran.
 Kestabilan politik di Tanah Melayu akan dapat
diwujudkan dengan adanya kerajaan berpusat.

15
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 Rancangan Malayan Union dapat


menyediakan Tanah Melayu kearah
berkerajaan sendiri (3 Negeri Selat, 4 Negeri
Melayu Bersekutu dan 4 Negeri Melayu
Bersekutu)
 Gagasan Malayan Union akan diketuai oleh
seorang gabenor yang mempunyai kuasa
penuh dalam aspek pentadbiran dan
perundangan.
 Raja-raja Melayu berfungsi sebagai penasihat
sahaja dan berkuasa dalam soal hal ehwal
agama dan adat istiadat.
 Kewarganegaraan Malayan Union diberikan
berdasarkan prinsip Jus Soli iaitu
kewarganegaraan melalui kelahiran.
 12 Oktober 1945 Harol Mc Michael dihantar
oleh kerajaan British untuk mendapatkan
tandatangan raja-raja Melayu di sembilan buah
negeri.
 Beliau telah menggunakan taktik ugutan dan
orang Melayu menentang cara yang digunakan
oleh Mc Michael ini.
 Bagi orang Melayu 2 perkara dalam
perlembagaan Malayan Union yang mereka
tidak boleh bertolak ansur iaitu pencabulan
terhadap kuasa Sultan dan pemberian taraf
kewarganegaraan secara Jus Soli.
 Orang Melayu telah bergabung dengan raja-
raja untuk menentang peristiharaan Malayan
Union pada 1 April 1946. Raja-raja Melayu
juga memulaukan istiadat pertabalan gabenor
Malayan Union.
 Penentangan hebat orang Melayu dan raja-raja
Melayu telah menggagalkan pengenalan
Malayan Union.
 Malayan Union telah digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.

2.2.6 KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DAN


PROSES ASIMILASI
▪ Penghijrahan buruh-buruh Cina dan India ke
Tanah Melayu disebabkan oleh kegiatan
perlombongan dan perladangan.

16
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

2.2.7 PENJAJAHAN MASA KINI


▪ Penjajahan masa kini dari aspek ekonomi
seperti perbankan, insuran, budaya seperti
muzik dan tarian, pakaian dan mental seperti
pemikiran terbuka.

2.3 KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN NEGARA


MALAYSIA (2 jam)

2.3.1 PROSES DAN PERISTIWA PENTING KE ARAH


PENCAPAIAN KEMERDEKAAN.

 Penubuhan Jawatankuasa hubungan antara


kaum di Pulau Pinang pada tahun 1949.
 Pilihanraya pertama pada tahun 1951 di
Georgetown, Pulau Pinang dan pilihanraya
untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
diadakan pada 1952.
 MIC menyertai parti perikatan pada pilihanraya
Umum 1955 dan parti perikatan menang pada
tahun tersebut. Kemenangan ini menunjukkan
Tanah Melayu telah bersedia menubuhkan
kerajaan sendiri.
 Selepas rundingan kemerdekaan di London
pada 1956 dan British memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada
1957.

2.3.2 PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA MELALUI


PROSES RUNDINGAN.

 Faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan


Malaysia:
 Faktor politik
 Keselamatan dan ancaman komunis.
 Ekonomi
 Sosial – penyeimbangan kaum

17
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

2.4 TOKOH DAN ARTIFAK (1 jam)

2.4.1 KEBIJAKBESTARIAN TOKOH NASIONALIS DAN


SUMBANGAN

 Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj


 Tun Abd Razak
 Tun Hussein Onn
 Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad
 Dato' Onn Jaafar
 Tun Tan Cheng Lock

ARTIFAK

 Batu Bersurat Terengganu


 Terusan Wan Mat Saman
 Porta d Santiago (A Famosa)

2.5 TUGASAN

Berdasarkan kepada kajian sumber/internet cari maksud istilah-


istilah berikut:

 Restorasi
 Konservasi
 Preservasi
 Rekonstruksi / Pembinaan Semula

Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk


semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh
pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.

2.6 RUJUKAN

Harun Din. Manusia dan Islam . Hizbi Sdn. Bhd, Shah Alam, 1988
Ishak Saat. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.Karisma
Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2009
Manja Mohd Ludin. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam
Pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur, 1990
Rohani Abdul Ghani. Pendidikan Negara Bangsa. PTS.
Publications & Distributor Sdn. Bhd, Bentong,
Pahang, 2003
18
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

TAJUK 3 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL ( 2 jam kredit )

 SINOPSIS

Tajuk ini menghuraikan asas-asas perpaduan dan integrasi nasional


untuk mencapai cita-cita unggul negara selaras dengan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

i. membezakan persamaan dan perbezaan pelbagai kaum melalui


pelbagai aspek.

ii. menghubungkaitkan dan membuat analogi berasaskan kepada


slogan-slogan yang menghuraikan tentang perpaduan.

iii. menghuraikan asas-asas perpaduan dan integrasi nasional.

iv. menganalisis asas-asas dan prinsip-prinsip Perlembagaan


Negara dan Rukun Negara dalam konteks perpaduan dan integrasi
nasional.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

ASAS-ASAS SIKAP DAN PENTINGNYA SUMBANGAN


PERPADUAN AMALAN HIDUP PERPADUAN BERSAMA
DAN INTEGRASI YANG UNTUK UNTUK
NASIONAL MEMBAWA MENJAMIN MENCAPAI CITA-
SEMANGAT KESELAMATAN CITA UNGGUL
KEKITAAN DARI ANCAMAN NEGARA
SEPERTI DALAM MUSUH MELALUI
ETIKAN SOSIAL PROSES
DEMOKRASI

19
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 KANDUNGAN ISI
3.0 ASAS - ASAS PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

 Akomodasi – Budaya dan hidup secara harmoni walaupun


terdiri daripada pelbagai kaum.
 Akulturasi – Kaum minoriti dapat menerima norma dan
tingkah laku golongan budaya kaum majoriti.
 Asimilasi – Persahabatan atau perkaitan rapat antara kaum.

3.1 SIKAP DAN AMALAN HIDUP YANG MEMBAWA SEMANGAT


KEKITAAN
 Perkongsian kuasa politik – tiga kaum besar bersatu.
 Kerajaan Demokrasi – Demokrasi berparlimen semenjak
1957.
 Pertumbuhan ekonomi yang baik
 Tolak Ansur Budaya
 Pemasyarakatan semula – DEB
 Pengurangan identifikasi kelompok

3.2 PENTINGNYA PERPADUAN UNTUK MENJAMIN


KESELAMATAN DARI ANCAMAN MUSUH

 Usaha Politik
 Usaha ekonomi
 Usaha Sosial dan Kebudayaan

3.3 SUMBANGAN BERSAMA UNTK MENCAPAI CITA-CITA


UNGGUL NEGARA MELALUI PROSES DEMOKRASI

 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional.


 Pengenalan Rukun Negara Ideologi Kebangsaan
 Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
 Gabungan parti-parti politik (Barisan Nasional)

20
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

3.4 TUGASAN

Terangkan mana-mana dua unsur tradisi dalam perlembagaan


negara ke arah pemupukan perpaduan dan integrasi nasional.

Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk


semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh
pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.

3.5 RUJUKAN

Harun Din. Manusia dan Islam . Hizbi Sdn. Bhd, Shah Alam, 1988

Ishak Saat. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.Karisma


Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2009

Manja Mohd Ludin. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam


Pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur, 1990

Rohani Abdul Ghani. Pendidikan Negara Bangsa. PTS.


Publications & Distributor Sdn. Bhd, Bentong,
Pahang, 2003

21
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

TAJUK 4 KEDAULATAN NEGARA ( 2 jam kredit )

 SINOPSIS

Tajuk ini menghujah tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh nasionalis negara


dalam mencapai kemerdekaan agar generasi kini dan akan datang
menghargai dan berusaha mempertahankan maruah negara.

 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

i. menilai dan merumuskan pentingnya kiebijakbestarian mengurus dan


memelihara kedaulatan negara bagi mengelak sebarang bentuk
penjajahan.

ii. menilai sumbangan dan pengiktirafan negara di arena antarabangsa.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

KEDAULATAN NEGARA

Kebijakbestarian Penglibatan, sumbangan dan


Mengurus dan Pengiktirafan negara di arena
Memelihara Antarabangsa
Kedaulatan dari ancaman
luar

22
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 KANDUNGAN ISI
4.0 KEDAULATAN NEGARA ( 2 JAM)

4.1 KEBIJAKBESTARIAN MENGURUS DAN MEMELIHARA


KEDAULATAN NEGARA DARI ANCAMAN LUAR

 Kedaulatan –
 hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya
sebuah kawasan pentadbiran, rakyat atau diri
sendiri.
 Minda yang tidak memperhambakan diri
kepada apa sahaja pandangan yang
dikeluarkan oleh Barat.
 Ancaman Kedaulatan
 Pendatang tanpa izin
 Orang pelarian
 Ancaman pengganas /subversif
 Ancaman rasuah
 Kongsi gelap
 Era globalisasi

4.2 PENGLIBATAN, SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN


NEGARA DI ARENA ANTARABANGSA

 Sumbangan dari mantan Perdana Menteri Malaysia.


Contohnya memperolehikemerdekaan, memperkenalkan
DEB dan Rukun Negara, Penglibatan dalam OIC dan
NAM.

4.3 TUGASAN

Terangkan mana-mana dua unsur tradisi dalam perlembagaan


negara ke arah pemupukan perpaduan dan integrasi nasional.

Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan


melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah
masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

23
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

4.4 RUJUKAN

Harun Din. Manusia dan Islam . Hizbi Sdn. Bhd, Shah Alam, 1988

Ishak Saat. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.Karisma


Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2009

Manja Mohd Ludin. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam


Pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur, 1990

Rohani Abdul Ghani. Pendidikan Negara Bangsa. PTS.


Publications & Distributor Sdn. Bhd, Bentong,
Pahang, 2003

24
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

TAJUK 5 HALA TUJU NEGARA ( 2 jam kredit )

 SINOPSIS

Tajuk ini menerangkan tentang strategi dan peranan guru dalam


pembinaan negara ke arah merealisasikan hala tuju negara untuk
memenuhi hasrat wawasan 2020.

 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

i. membuat gambaran tentang pentingnya komitmen bersama dalam


memenuhi hasrat wawasan 2020 sebagai satu hala tuju negara.

ii. merancang masa depan negara sebagai negara unggul yang beracuan
Malaysia.

iii. menyedari kesedaran tentang kepentingan kekuatan dan jati diri dan
daya saing dalam menghadapi arus globalisasi dan ICT bagi
memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

HALA TUJU NEGARA

Komitmen bersama merealisasikan hala tuju negara untuk


memenuhi hasrat Wawasan 2020 melalui proses
pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan negara

25
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 KANDUNGAN ISI
5.0 HALA TUJU NEGARA ( 2 JAM)

5.1 KOMITMEN BERSAMA MEREALISASIKAN HALA TUJU


NEGARA UNTUK MEMENUHI HASRAT WAWASAN 2020
MELALUI PROSES PEMBANGUNAN KENDIRI, KELUARGA,
MASYARAKAT DAN NEGARA

 WAWASAN 2020
 Dicadangkan oleh Dato' Seri Dr Mahathir
Mohamad pada 28 Februari 1991.
 Wawasan ini merupakan satu pemikiran dan
rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi
sebuah negara maju pada tahun 2020.
 Wawasan ini bukanlah satu dasar khas tetapi lebih
kepada tindak balas kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku
diperingkat nasional dan antarabangsa yang
memberikan cabaran hebat kepada negara.

 Mengapa Wawasan diperlukan?

 Fokus kebangsaan
 Konsensus nasional
 Perjanjian sosio politik
 Agenda pembangunan nasional
 Menetapkan arah tujuan
 Menetapkan matlamat
 Menetapkan strategi
 Menetapkan jangka masa
 Menetapkan pencapaian

 Mengapa tahun 2020 dipilih?

 Mewakili kemunculan generasi baru dalam


masyarakat Malaysia.
 Satu jangka masa yang munasabah dan praktikal
untuk negara mencapai matlamat.
 Dekad-dekad pembangunan sains, teknologi dan
komunikasi akan menentukan tahap kemajuan
sesebuah negara.
 Dekad akan datang bakal menjadi garis pemisah
dan titik tolak kemajuan atau kemunduran
sesebuah negara.

26
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 Cabaran-cabaran Wawasan 2020

 Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu


padu
 Pembentukan masyarakat Malaysia yang bebas,
teguh dan mempunyai keyakinan diri.
 Membentuk masyarakat demokratis yang matang.
 Membentuk masyarakat yang kukuh moral dan
etika serta untuk nilai keagamaannya.
 Membentuk masyarakat matang bersifat toleran.
 Membentuk masyarakat berdaya saing dan
progresif.
 Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya
penyayang.
 Menjamin pembentukan masyarakat yang adil
ekonominya.
 Membentuk masyarakat makmur.
 Pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia.
 Negara perindustrian.
 Keadilan ekonomi dan sosial.
 Moral dan etika
 Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem
kekeluargaan.

 MODAL INSAN

 Disimpulkan sebagai sesuatu yang digunakan


sebagai asas untuk pengembangan, kelebihan
yang dimiliki dan sesuatu yang digunakan untuk
memperoleh sesuatu yang dihajati oleh manusia
hanyalah melalui ilmu pengetahuan dan
pendidikan.

 Ciri-ciri modal insan

 Perlu dibentuk dari peringakat usia yang


kecil.
 Bidang pendidikan melalui KPM ialah bidang
yang paling tepat dipertanggungjawab untuk
memikul tugas ini.
 Matlamat KPM adalah untuk melahirkan
guna tenaga yang berilmu pengetahuan
serta berkemahiran yang tinggi dalam
pelbagai bidang di samping kemahiran ICT,
komunikasi berkesan, kreatif, kritis, rasional,

27
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

mengamalkan pembelajaran sepanjang


hayat , menjadi pemimpin dalam keluarga
dan masyarakat.

 Fokus pembangunan modal insan

 PIPP (2006 – 2010)

 Satu dokumen pembangunan pendidikan


yang merupakan pelengkap kepada pelan-
pelan rancangan yang terdahulu yang
bermatlamat untuk membangunkan modal
insan dan memupuk minda kelas pertama.

 CIRI-CIRI GURU YANG BERKUALITI


 Sistem pendidikan negara yang berkualiti
merupakan salah satu faktor utama yang
akan mencetuskan kejayaan agenda
pembangunan modal insan dan pemupukan
minda kelas pertama.
 Guru yang berkualiti sangat diperlukan
untuk memartabatkan profesion keguruan.

5.2 TUGASAN

”Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat


melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu
untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem
pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh
perkhidmatan mereka.”
(YB. Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein)

Huraikan apakah ciri-ciri guru berkualiti yang boleh dihasilkan menurut


petikan ucapan di atas.

Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan


melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah
masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

28
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

5.3 RUJUKAN

Harun Din. Manusia dan Islam . Hizbi Sdn. Bhd, Shah Alam, 1988

Ishak Saat. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.Karisma


Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2009

Manja Mohd Ludin. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam


Pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur, 1990

Rohani Abdul Ghani. Pendidikan Negara Bangsa. PTS.


Publications & Distributor Sdn. Bhd, Bentong,
Pahang, 2003

29
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

TAJUK 6 PROFESION KEGURUAN DALAM PEMBINAAN


NEGARA BANGSA ( 1 jam kredit )

 SINOPSIS

Tajuk ini menerangkan tentang strategi dan peranan guru dalam


pembinaan negara ke arah merealisasikan hala tuju negara untuk
memenuhi hasrat wawasan 2020.

 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

i. membuat tafsiran tentang etika profesion keguruan.

ii. menghuraikan cara-cara mempertingkatkan peranan dan sumbangan


guru dalam proses pembinaan negara bangsa.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

PROFESION KEGURUAN
DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA

Peranan dan tanggungjawab guru membina negara


berlandaskan etika profesion keguruan dalam pembinaan
negara bangsa

30
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 KANDUNGAN ISI
6.0 PROFESION KEGURUAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
( 1 JAM )

6.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU MEMBINA


NEGARA BERLANDASKAN ETIKA PROFESION KEGURUAN
DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

 GURU BERKUALITI
 Guru ini adalah guru yang berwawasan dan
bermatlamat. Guru yang rajin akan berusaha untuk
meningkatkan kompetensinya dalam bidang ilmu
pengetahuan dan kemahiran.
 Guru ini boleh dikategorikan sebagai gemilang,
terbilang dan cemerlang dalam kerjayanya.

 PROFESION KEGURUAN

 Menurut Kamus Dewan – suatu bidang pekerjaan


khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan
serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas
contohnya perguruan, perubatan, perundangan
dan lain-lain.

 MARTABAT PROFESION KEGURUAN

 Sebagai darjat atau pangkat dalam bidang


pekerjaan yang memerlukan pendidikan,
kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam hal
berkaitan tugas dan tanggungjawab guru.

 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI

 Berkualiti dari segi intelek, kerohanian dan jasmani.


 Memiliki pegangan agama yang kukuh.
 Memiliki kemahiran bercorak fizikal.

 KUALITI PERIBADI

 Sentiasa menghayati FPK sebagi panduan dalam


menjalankan tugas.
 Menanamkan sifat ingin tahu.
 Minat suka membaca.

31
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT.


 Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
 Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi dan
aspek rohani.

 ETIKA DAN TATASUSILA PROFESION KEGURUAN

 Tanggungjawab terhadap pelajar.


 Tanggungjawab terhadap ibubapa
 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara.
 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan.
 Insan rabbani – sentiasa sedar bahawa kita
bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa
yang dilakukan.

 Mengamalkan Tonggak 12 dalam segala tindakan yang


diambil sebagai seorang guru.

6.2 TUGASAN

Jelaskan kepentingan Tonggak 12 kepada setiap penjawat awam.

Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan


melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah
masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

6.3 RUJUKAN

Harun Din. Manusia dan Islam . Hizbi Sdn. Bhd, Shah Alam, 1988

Ishak Saat. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.Karisma


Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2009

Manja Mohd Ludin. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam


Pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur, 1990

Rohani Abdul Ghani. Pendidikan Negara Bangsa. PTS.


Publications & Distributor Sdn. Bhd, Bentong,
Pahang, 2003

32
TUGASAN KESELURUHAN

Pilih satu tajuk di bawah ini.

1. Sejauh manakah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dapat memberikan


kesinambungan dengan pentadbiran pada masa kini.

2. Sejauh manakah kejayaan Malaysia dapat mempertahankan kedaulatan


Negara daripada ancaman luar.

3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatloamat melahirkan insan yang


seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek.

Bincangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam pemupukan nilai-nilai


nasionalisme dan patriotism serta kesedaran sivik dalam kalangan murid sekolah
rendah.

Anda dikehendaki menghasilkan tugasan berbentuk esei dan tidak melebihi 1200
hingga 1500 patah perkataan.

Tugasan hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel atau
cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah masing-masing dalam jangka masa
yang telah ditetapkan.

33
BIBLIOGRAFI

Harun Din. Manusia dan Islam . Hizbi Sdn. Bhd, Shah Alam, 1988

Ishak Saat. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.Karisma Publications Sdn. Bhd,


Shah Alam, 2009

Manja Mohd Ludin. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan. Dewan
Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1990

Malaysia Kita. Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. ILBS


Publications, Petaling Jaya, 2010

Rohani Abdul Ghani. Pendidikan Negara Bangsa. PTS. Publications & Distributor
Sdn. Bhd, Bentong, Pahang, 2003

Zulhilmi Paidi. Pendidikan Negara Bangsa. PTS. Publications & Distributor Sdn.
Bhd, Bentong, Pahang, 2003

34
PANEL PENULIS MODUL
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH
(KPLI – SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

PANEL PENULIS (KETUA): MASTERS OF SCIENCE


(SOCIOLOGY OF EDUCATION)
PN. NOR HAFIZAH BINTI MD TAMAJI
SARJANA MUDA MUZIK
PENSYARAH
DIPLOMA PENDIDIKAN MUZIK
annezam_1999@yahoo.com
norhafizahmdtamaji@gmail.com PENGALAMAN KERJA
IPG : 5 TAHUN
BPG : 9 TAHUN (UNIT PEN)

PANEL PENULIS: MASTERS OF EDUCATION


(SOCIOLOGY OF EDUCATION)
EN. SELVARAJ A/L PALANIAPPAN
SARJANA MUDA KEPUJIAN (SEJARAH /
PENSYARAH SOSIOLOGI)

selvaraj756@gmail.com SIJIL PERGURUAN

PENGALAMAN KERJA
IPG : 4 TAHUN
SEKOLAH : 23 TAHUN 6 BULAN

PENYELARAS: M.A (MALAY STUDIES)

HAYATI BINTI MAT YUSOF B.A HONS ( MALAY STUDIES)

PENOLONG PENGARAH SIJIL PERGURUAN (PENGAJIAN MELAYU &


SEJARAH)
hayati.myusof@moe.gov.my
PENGALAMAN KERJA
IPG: 5 TAHUN
SEKOLAH: 10 TAHUN

35

Anda mungkin juga menyukai