Anda di halaman 1dari 26

MEMPERSEMBAHKAN

45
7
9
623
81
ASSALAMUALAIKUM
AHLI-AHLI
Mohd Haqim bin Mohd
Sulaiman
Muhd Nur Syazni bin
Hipni
Tajuk
PANTUN DUA
KERAT
(NASIHAT)
PANTUN DUA KERAT(NASIHAT)
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.

Ikan siakap ikan senohong,


Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,


Sudah baca harap balas.

Emas perak tembaga suasa,


Malas gerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,


Hati terang senang faham.

Kumbang jarak kumbang jagung,


Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas,


Siapa kemudian kena kemas.

Buah cempedak dalam gantang,


Siapa hendak dia datang.

Periuk belaga pasu kuali,


Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik, awak kata ayam,


Sudah kena jentik baru nak diam.
Rankap 1
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.

MAKSUD
Menghargai pemberian seseorang.
Rankap 2
Ikan siakap ikan senohang,
Banyak cakap banyak bohong.

MAKSUD
Jika banyak bercakap, kita mungkin akan
banyak melakukan kesilapan.
Rankap 3
Pecah gelas pecah kaca,
Sudah baca harap balas.

MAKSUD
Mengharapkan balasan daripada penerima
melalui surat yang diutus.
Rankap 4
Emas perak tembaga suasa,
Malas gerak tidak merasa.

MAKSUD
Orang yang malas berusaha tidak akan dapat
apa-apa.
Rankap 5
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

MAKSUD
Orang yang cerdik lebih mudah memahami
sesuatu pelajaran.
Rankap 6
Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.

MAKSUD
Orang yang melakukan sesuatu perlu
bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
Rankap 7
Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemuadian kena kemas.

MAKSUD
Sesiapa yang terakhir melakukan sesuatu, dia
hendaklah menyimpan segala peralatan.
Rankap 8
Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.

MAKSUD
Sekiranya seseorang itu memerlukan sesuatu,
maka ia perlu datang untuk mengambilnya.
Rankap 9
Periuk belaga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.

MAKSUD
Orang yang suak menipu dan mencuri akan
mencemarkan namanya sendiri.
Rankap 10
Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.

MAKSUD
Seseorang yang hanya akan duduk diam setelah
didenda atau ditegur.
TEMA
Nasihat kepada semua lapisan masyarakat ke
arah kebaikan
PERSOALAN
(a)Keburukan orang yang banyak cakap.
(b)Sikap malas berusaha tidak akan memberikan
apa-apa faedah.
(c)Keburukan perbuatan menipu dan mencuri.
(d)Sikap berani menanggung sesuatu perkara
yang dilakukan.
(e)Sikap amanah dan rajin dalam menjaga
kekemasan atau kebersihan sesuatu tempat.
BENTUK DAN
CIRI-CIRI PANTUN
a)Terdiri daripada sepuluh rangkap.
b)Berisi dua baris serangkap.
c)Ada pembayang dan maksudnya.
d)Bilangan katanya empat hingga enam patah
kata sebaris.
e)Terdiri daripada lapan hingga dua belas suku
kata sebaris.
f)Rima akhirnya aa
GAYA BAHASA
DAN
KEINDAHAN
BUNYI
a) Asonansi. (pengualangan vokal a -Pecah kaca pecah
gelas).
b) Aliterasi. (pengulangan konsonan k - Banyak cakap banyak
bohong).
c) Repetisi. Contoh : banyak cakap banyak bohong).
d) Metafora. Contoh : Busuk nama, hati terang.
e) Sinkope. Contoh : nak
f) Imej alam. Contoh : daun keladi, ikan siakap, kumbang
jarak, durian, cempedak, itik dan ayam.
NILAI
a)Jujur.
b)Rajin.
c)Baik.
d)Bertanggungjawab.
e)Patuh.
f)Menghargai.
g)Berani.
PENGAJARAN
a)Janganlah sekali-kali kita bercakap bohong.
b)Orang yang malas tidak akan dapat apa-apa.
c)Jangan menipu dan mencuri, kelak akan dipandang
hina.
d)Kita haruslah berani bertanggungjawab atas
perbuatan yang kita lakukan .
e)Sebaik-baiknya kita mengemas sesuatu tempat yang
telah kita gunakan.
f) Kita hendaklah pandai menjaga diri agar tidak perlu
ditegur kerana berkelakuan kurang baik.
Sekian,
Terima kasih