Anda di halaman 1dari 32

APRESIASI DAN

KRITIKAN SENI
OBJEKTIF
 Mengetahui dan meningkatkan keupayaan membuat
tanggapan dan penilaian melalui deskripsi, analisa dam
interpretasi mengenai produk seni

 Meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara lisan,


pernyataan tampak dan penulisan mengenai produk

 Meningkatkan kualiti sahsiah kendiri dan profesionalisme


melalui aktiviti menganalisa dan menghayati nilai dan
makna yang terdapat pada rekaan serta pemikiran para
ahli, tukang atau pereka
KANDUNGAN
Memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti
yang merangsang komunikasi dan
tindakbalas estetik terhadap objek rekaan
dan persekitaran melalui interaksi
langsung dan melalui pandangan dan
pendapat ahli/ pakar/ sejarahwan/
budayawan
ARAS-ARAS
PENCAPAIAN
APRESIASI
1. PENERIMAAN

 Kesedaran - menyedari kewujudan seni


 Kesediaan menerima - mengambil
perhatian terhadap kewujudan seni
 Penumpuan - memilih dan mengambil
perhatian terhadap sesuatu karya yang
dipilih
2. TINDAK BALAS
 Tindak balas persetujuan - bekerja
sama memberi tindak balas terhadap seni
 Kesediaan dan kerelaan bertindak
balas -bersedia dan terbuka untuk
menyatakan sesuatu tentang seni tanpa
paksaan atau pertanyaan
 Kepuasan bertindak balas - merasa
kepuasan dan seronok dengan seni
3. PENILAIAN
 Persetujuan nilai - menerima dan
menyukai walaupun ada kemungkinan
untuk berubah pada ketika lain
 Pemilihan nilai - menilai dan menimbang
nilai sesuatu karya
 Penerimaan nilai - menerima dan
menghayati sesuatu nilai dan
mempengaruhi orang lain untuk turut
memberikan persetujuan/penerimaan
4. MENGORGANISASI
 Konseptualisasi nilai - mengenal pasti
nilai yang terdapat pada karya seni
berkaitan dengan nilai yang dianutinya
(dipegang)
 Mengorganisasi sistem nilai –
mengaitkan dan mengurus nilai yang
diterima ke dalam atau kepada karya lain
5. PEMBINAAN PERIBADI
 Set umum - membina set pendirian dan
menjadi pegangan terhadap nilai yang
telah diterima
 Pendirian/ pegangan – membina
keyakinan, pegangan dan kepercayaan
serta menghayati nilai yang telah diterima
PROSES DAN KAEDAH
KRITIKAN SENI
JENIS & PENDEKATAN
 LOGIKAL
 PSIKOLOGIKAL
 SEJARAH
LOGIKAL
Pendekatan ini dianggap sebagai
bersifat tradisional berlandaskan logik
akal dan intelektual. Hal ini banyak
bergantung kepada sejauh mana
seseorang itu memiliki:

• maklumat
• pemerhatian
• kajian perbandingan
• penghasilan
Maklumat:

Maklumat seni boleh didapati


melalui pembacaaan, kajian dan
penerokaan mengenai masa,
tempat, teknik, proses serta
pengaruh sesuatu aliran/period
seni.
Pemerhatian:

Hubungan langsung dengan karya seni


melalui lawatan ke galeri seni,
menonton tayangan slaid, video,
fotografi dan sebagainya, memberikan
banyak pengalaman dan pengetahuan
untuk dapat berbicara seni.
Kajian Perbandingan:

Memberi banyak peluang untuk seseorang


berfikir secara kritis, menganalisa dan membuat
sintesis antara satu karya dengan karya yang
lain, antara media, alat, proses dan teknik.
Memahami banyak pengetahuan tentang
sejarah, nilai dan sebagainya antara pelbagai
kegiatan seni berasaskan bangsa dan daerah .
Penghasilan:

Seseorang akan dapat berbicara


berbicara seni dengan lebih sempurna
dan berkesan, andainya ia mempunyai
pengetahuan yang tinggi dan meluas
serta mempunyai pengalaman secara
langsung dalam aktiviti penghasilan
karya seni
PSIKOLOGIKAL
Berkait rapat dengan cara seseorang
melihat dan menghargai seni yang
bersifat individu atau personal.
Keupayaan seseorang berbicara dan
menghargai seni banyak bergantung
kepada sejauh mana ia memiliki:
• pengalaman kendiri
• pandangan orang lain
• pengaruh persekitaran
Pengalaman Kendiri:
Pengalaman lampau seseorang walaupun tidak
terlalu bersifat ilmiah, dapat membantu
seseorang memahami, menghargai dan
berbicara seni. Keupayaan berbicara seni dapat
diukur dengan sebanyak mana pengalaman yang
ada pada seseorang
Pandangan Orang Lain:
Lazimnya apabila seseorang kekurangan
pengetahuan tentang sesuatu perkara, ia akan
bersandar kepada pendapat orang lain yang
dianggap pakar atau ahli. Oleh itu seseoranng
itu akan dapat memahami, menghargai dan
berbicara seni dengan lebih berkesan apabila
kita bersedia mendengar dan menerima “apa
orang lain kata”
Pengaruh Persekitaran:
Persekitaran, tempat, masa dan situasi
boleh mengubah kesan dan nilai sesuatu
karya seni. Impak persekitaran dapat
membantu seseorang menilai dan
memperkatakan tentang seni.
SEJARAH
Banyak bersandarkan kepada aspek
sejarah sebagai cara menilai,
memahami dan menghargai seni.
Aspek-aspek berikut merupakan aspek
yang paling ketara menjadi teras
perbincangan:
• Produk seni
• Tokoh/Artis
• Masyarakat
• Konsep dan Falsafah
Produk Seni:

Penumpuan terhadap idea, motif, teknik


dan proses, bahan dan alat, aliran dan
gayaan. Tumpuan tersebut akan membawa
kepada diskusi tentang aplikasi Asas-asas
Seni Reka, Struktur dan gubahan
Tokoh/Artis:

Melihat cara artis mendapatkan sumber,


budaya kerja dan pandangan mereka.
Masyarakat:

Melihat kesan seni terhadap masyarakat


dan pengaruh masyarakat tehadap
tamadun seni.
Konsep dan Falsafah:
Kejelasan ikonografi menjelaskan
manifestasi peradaban bangsa.
PROSES DAN
KAEDAH MELIHAT
SENI
CARA/TAHAP
MELIHAT SENI

 HEDONISTIK
 KONTEKSTUALISTIK
 ORGANISTIK
 NORMISTIK
 ELEKTIK
HEDONISTIK

Cara melihat jenis ini, akan membawa


kepada pernyataan mengenai nilai suka,
gemar, menarik, benci dan sebagainya,

“Saya suka corak…………”


KONTEKSTUALISTIK

Cara melihat jenis ini menumpukan


hubungan karya dengan aktiviti dan aspek
tertentu. Juga hubungan seni dengan
pemerhati.

“Dalam konteks seni catan


barat…………”
ORGANISTIK

Cara melihat jenis lebih menumpukan


kepada aspek formal penghasilan seni

“Olahannya begitu harmoni, dinamis


dan…………”
NORMISTIK

Cara melihat jenis ini merujuk kepada


kriteria atau norma sesuatu

“Ia pelukis yang baik kerana…………”


ELEKTIK

Cara melihat yang bersepadu

Anda mungkin juga menyukai