Anda di halaman 1dari 12

Matra-Matranya (Duniawi) Yang Hilang

Mohd Faudzi Bin Umar


Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, PERAK

Abstrak
Makalah ini membincangkan displin fizik yang kian diberi perhatian dalam penyelesaian
masalah hieraki iaitu matra lebihan. Perbincangkan ditumpukan pada takrifan matra dari
segi matematik dan fiziknya, kemudian dibincangkan juga mengenai sejarah asalnya
matra dengan kronologinya. Diperbincangkan juga akan mengapa mesti pentingnya matra
lebihan dan akhir sekali diperbincangkan juga kemanakah hilangnya matra lebihan
tersebut dan apa modelnya.

Pengenalan

Perbincangan matra tambahan menjadi satu perbualan hangat di kalangan ahli fizik
tenaga tinggi dan fizik zarah dalam memperihalkan permasalahan hieraki dan pemalar
kosmos, penyatuan graviti dan interaksi-interaksi tolok zarah asas (kuat, lemah dan
elektromagnetik) dan pengquantuman interaksi graviti. Kita sedia maklum bahawa selain
adisimetri atau supersymmetry dan teori aditetali atau superstring sebagai calon akan
kepada teori segala-gala, mempertimbangkan kajian matra juga boleh dijadikan sebagai
penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. Satu gelombang baru aktiviti dalam
bidang matra lebihan datang dari model Arkani-Hamed, Dimopoullos dan Dvali (Model
ADD), yang mana masalah hieraki boleh diselesaikan melalui bingkai matra lebihan
disamping kajian adisimetri iaitu dengan mencadangkan akan matra lebihan luas atau
extra large dimensions.

Dalam makalah ini, kita akan cuba membincangkan apa takrifan matra dari segi
takrifan matematik dan fiziknya, kemudian kita akan cuba memperihalkan idea dan
konsep geometri dan matra secara bersejarah, seterusnya kita juga membincangkan teori
atau model berkenaan dengan idea pembinaan matra lebihan antaranya ialah teori
Kaluza-Klein, model ADD dan Randall-Sundrum. Di bawah tajuk Matra-matra yang
termampat, perbincangan akan lebih menekankan pembinaan teknikal teori Kaluza-Klein
dan implikasi fizikalnya, begitu juga dalam model ADD dan Randall-Sundrum.

Takrifan

Pada matematiknya.

Matra suatu objek adalah ciri hakikat (intrisik), sebagai contoh: suatu titik pada
unit bulatan suatu boleh kita khususkan oleh kordinat Cartesian (x, y) atau melalui
kordinat polar (r, radius dan θ, theta), maka bulatan adalah satu matra meskipun wujud
dalam satah 2-matra, begitu jugalah kordinat Cartesian (x, y, z) boleh diperihalkan oleh
kordinat bersfera (r, θ dan  phi). Dari gagasan hakikat matra inilah yang akan kita
bincang dalam memperihalkan topologi n-sfera S n .Selain itu matra pada topologi n-
ruang Euclidan ditulis E n .

Pada fiziknya

Fizik klasik mempertimbangkan tiga dimensi ruang (boleh juga kita perjelaskan
dalam kordinat ruang x, y dan z), iaitu arah asas yang alamiah adalah kiri-kanan, atas-
bawah dan depan-belakang. Maka pergerakan suatu objek dengan mdahnya diperihalkan
dengan tiga dimensi ruang ini. Pada manifoldnya, kita memperjelaskan yang garisan
(panjang) adalah satu-dimensi, satah pula (luas) adalah dua-dimensi dan kubik (isipadu)
adalah tiga-dimensi, manakala sifar-dimensi mempunyai manifoldnya sendiri iaitu boleh
diertikan sebagai titik. Manakala pada klasiknya, masa pula kita merasakan ia berlalu
pada satu arah terhadap peningkatan entropi (Hukum Termodinamik)

Nyatanya adalah alam ini tidak terbatas pada ruang sahaja, kerana dalam
memperihalkan peristiwa masa adalah perlu diambilkira. Maka masa adalah matra yang
keempat yang tidak lagi merdeka daripada ruang dan kita menulis metrik adalah
berlawanan tandaannya iaitu (  ) iaitu tiga (+) adalah tandaan matra ruang dan satu
() adalah tandaan matra masa, yang mana metrik tersebut kita kenali sebagai metrik
Minkowski dan manifold Minkowski empat-matra kita tulis sebagai M 4 . Agak sukar
untuk kita membayangkan suatu pergerakan objek tanpa penglibatan matra masa,
terutamanya pergerakan objek yang relativistik. Masa dijadikan sebagai matra, telah
digunakan dalam Poincare dan Teori Kenisbian Khas (dan Teori Kenisbian Am) iaitu
masa dan ruang adalah saling berkaitan dan kita kenali sebagai ruangmasa.

Geometri dan Matra

Seperti yang kita maklumi makalah ini adalah memperihalkan fizik matra lebihan, ide ini
bermula diperkatakan ketika mana hasil kerja Bernard Riemann memperbincangkan
geometri manifold bermatra sembarangan. Tetapi sebelum beliau, terdapat beberapa
pemikiran atau mazhab berkemungkinan melibatkan bicaranya matra, sebagai contoh:
perbincangan awal geometri yang dilakukan oleh Pythagoras of Samos (569-475 SM)
iaitu teorem ulungnya dalam membuktikan panjang sisi segitiga adalah memuas
hubungan c2 = a2 + b2 , yang mana a, b dan c adalah panjang sisi segitiga dan c adalah
panjang hipotenus (lihat Fairbanks, 1894).

Seabad kemudian, Aristotle menyedari konsep kematraan, dan menyimpulkan


dalam buku beliau On the Heavens (lihat terjemahan Stocks, 2004) iaitu ”garisan
mempunyai magnitud satu arah, satah adalah dua arah dan pepejal dalam tiga arah dan
tiada lagi magnitud melampauinya sebab hanya terdapat tiga sahaja”. Ini bermakna kita
boleh katakan yang garisan adalah satu matra, satah adalah dua matra dan isipadu adalah
tiga matra dan Aristotle menganggapkan tiada lagi objek fizik dijelaskan oleh manifold
matra lebih daripada tiga. Seterusnya Euclid of Alexandria adalah seorang
Matematikawan Yunani berperanan dalam pembinaan manifold geometri yang sekarang
ini dikenali sebagai geometri Euklid, geometrinya adalah rata dan mudah diperjelaskan,
kemudian ia dimajukan lagi oleh Rene Decartes (1595-1650) pada abad ke-17, iaitu
membina kaedah titik dan garisan graf ke atas satah untuk melabelkan titik dengan
beberapa nombor mewakili jarak daripada titik spesifik terhadap dua arah berortogonal
iaitu lanjutan kepada geometri Euklid (Gaukroger, 1995).

Seterusnya, perintis awal pembinaan geometri moden iaitu Hermann Minkowski


(1864-1909) dengan metrik Minkowskinya yang menggabungkan masa sebagai kordinat
khayalan dengan kordinat ruang menjadi kordinat ruangmasa empat-matra (lihatlah tiga
makalah asal dalam bahasa ibundanya Minkowski, 1907, 1908 & 1909) Hendrik A.
Lorentz (1853-1928) dengan penjelmaan Lorentznya iaitu penjelmaan diantara dua
pencerap sistem koordinate dan mengadunkan pengukuran lokasi dan masa. Manakala
Albert Einstein (1879-1955) bertanggungjawab dalam mempersiapkan teori kenisbian
khas dan am, teori kenisbian khas (lihat Shaharir, 2004) adalah lanjutan penjelmaan
Lorentz secara fizik dan teori kenisbian am antaranya adalah memperihalkan prinsip
kesetaraan, iaitu mempostulatkan yang jasad bergerak sepanjang trajektori yang
terminima jarak antara titik dalam ruangmasa adalah setara dengan jasad jatuh dalam
medan bergraviti (lihat buku Einstein, 1952).

Asal-Muasal Matra Lebihan

Penemuan matra lebihan bermula ketika mana cubaan Theodor Kaluza (1885-1954)
menyatukan fizik keelektromagnetan dan graviti, dengan berandaian kewujudan matra
lebihan adalah mengandungi persamaan Maxwell, tetapi walaubagaimanapun hal ini telah
pun disedari oleh Gunnar Nordstrom (1881-1923) terlebih dahulu meskipun teori
kenisbian am masih belum ditemui (teorinya dikenali sebagai Teori Kegravitian
Nordstrom, meskipun teorinya adalah penyelesaian secara penghampiran, lihat Ravndal
2004). Walaubagaimanapun, terdapat lompang yang ditinggalkan iaitu penerangan akan
wujudnya matra lebihan secara fenomenologi. Pada tahun 1926 Oskar Klein (1894-1977)
memperbaiki Teori Kaluza dengan menganggapkan kewujudan matra lebihan yang tidak
dialami secara alamiah ialah kerana matra lebihan tersebut mengalami kemampatan yang
membentuk manifold sfera beradius kecil. Nanti kita akan cuba memperihalkan dalam
makalah ini berkenaan teori Kaluza-Klein (makalah asal ialah Kaluza, 1921 dan Klein,
1926 & 1927 dalam bahasa ibunda mereka).

Pemakaian teori Kaluza-Klein ditinggalkan, setelah terdapat beberapa masalah


berkenaan penafsirannya (penyatuan EM dan graviti) khususnya meramalkan satu unit
cas yang mana nilainya sangat kecil berbanding dengan cas elektron, tambahan pula teori
tersebut tiada pengertian fizikal yang nyata. Walaubagaimanapun, teori tersebut mula
diberi pertimbangan dalam memperihalkan teori tetali zarah boson. Teori tetali telah
ditemui pada dekad 1960an, sebagai satu model bagi membicarakan nuklei yang diikat
bersama melalui interaksi kuat. Idea ini merupakan tokok tambah baik kepada Model
Lazim, meskipun masih belum ditemui kewujudannya secara ujikaji melalui pemecut
zarah berhalaju tinggi. Fizikawan yang menyedari kewujudan matra genting D=26 bagi
teori tetali zarah boson adalah Claud Lovalace, iaitu dengan 25 matra ruang dan satu
matra masa (idea ini boleh dilihat dalam makalah Lovelace, 2009). Beliau
memperkenalkan 26 matra dalam menyelesaikan masalah ketaketekalan anomali
konformal (fenomena kuantum yang mencabul simetri konformal dan teori klasik) yang
terpamer dalam teori tetali zarah boson. Oleh hal yang demikian, teori tetali zarah boson
dengan 26matranya juga mempunyai anomali dan masalah iaitu: ia mempunyai zarah
takyon (tak berjisim, medan spin dua mencabul ketekalan postulat relativistik iaitu halaju
zarah ini lampau laju cahaya) dalam spektrum dan ia dianggap hantu kerana ia
memberikan ketakstabilan (keadaan dasarnya adalah berjisim negatif iaitu takyon) dalam
teori dan masih lagi belum terbukti kewujudannya melalui pemecut zarah semasa ini.

Ketaktekalan anomali ini telah dimansuhkan oleh Michael Green dan John
Schwarz pada tahun 1984 (Green & Schwarz, 1981, 1982a, 1982b, 1982c & 1984 akses
melalui www.sciencedirect.com) dan dengan beberapa fizikawan yang lain dengan
mempertimbangkan adisimetri (menghubungkan zarah fermion berspin separa integer
dengan zarah boson berinteger spin dan juga sebaliknya; oleh itu teori ini
menghubungkan teori tetali zarah boson dengan zarah fermion). Setelah
mempertimbangkan idea adisimetri maka matra genting yang memperihalkan teori tetali
tersebut berkelakuan baik adalah D=10 dan ia dikenali sebagai teori aditetali. Sedekad
yang kemudian, fizikawan menemui bahawa teori tetali mengandungi padanya adalah
objek memperluas atau extended object antara yang menemuinya ialah Joe Polchinski
(makalah untuk sejarah teori tetali yang baik adalah Di Vecchia1 & Schwimmer, 2008).
Setelah teori tetali diterbitkan berlaku ketaktekalan sekali lagi yang lebih
membingungkan iaitu terdapatnya lima teori ketaketekalan adisimetri seperti dalam
Jadual 1 (McMahon, 2009 & Polchinski, 1998).

Cadangan untuk menggabungkan graviti dan quantum dilakukan melalui teori


adisimetri keatas graviti iaitu teori kenisbian am, yang mana ia dikenali sebagai adigraviti
iaitu adisimetri yang setempat (local). Adigraviti menghubungakan kesimetriannya
terhadap zarah graviton berspin-2 dengan gravitino berspin-3/2 iaitu adirakan bagi zarah
graviton. Adigraviti untuk empat matra telah dicadangkan oleh by Daniel Z. Freedman,
Peter van Nieuwenhuizen dan Sergio Ferrara dari Stony Brook University pada 1976.
Adigraviti juga boleh diitlakkan kepada N>1; N ialah bilangan penjana adisimetri Qα
(Freedman, van Nieuwenhuizen & Ferrara, 1976), kemudian sebahagian adigraviti boleh
ditunjukkan setara dengan pada sebahagian adigraviti matra yang tinggi melalui
penurunan kematraan iaitu fenomenologinya N=8 kematraan empat adigraviti adalah
produk penurunan kematraan oleh manifold S7 bagi N=1 kematraan 11 adigraviti. Kajian
mengenai adigraviti matra 11 juga dikaji oleh Petr Horava dan Edward Witten pada 1996
(Horava & Witten, 1996a & 1996b). Malangnya adisimetri memberikan keputusan
pemalar kosmos nilai yang sangat besar dan tidak sepatutnya bagi empat matra ini,
tambahan lagi pemalar ini sukar untuk dibuang, hal ini memerlukan penalaan-halus atau
fine-tuning. Penulis mencadangkan buku yang bagus untuk mempelajari adigraviti adalah
karangan Wess dan Bagger (1984), ia padat, ringkas dan berteknikal.

Jenis Penerangan Catatan


Adisimetri diantara daya dan jirim, Nombor I
Jenis I dengan tetali buka dan tertutup, tiada bermaksud N=1
zarah takyon (hantu) dan tak berorientasi Adisimetri

Jenis IIA Adisimetri diantara daya dan jirim, Nombor II


dengan tetali buka dan tertutup, tiada bermaksud N=2
zarah takyon (hantu), fermion tak Adisimetri
berjisim, tak-chiral (simetri kiri-kanan) manakala A pula
adalah kekiralan
(chirality)
Jenis IIB Adisimetri diantara daya dan jirim, Simbol B pula
dengan tetali buka dan tertutup, tiada adalah
zarah takyon (hantu), fermion tak bermaksud
berjisim, chiral (antisimetri kiri-kanan) kekiralan
(chirality)
Heterotik Adisimetri diantara daya dan jirim, Berheterotik
SO(32) dengan tertutup sahaja, tiada zarah bermaksud
takyon (hantu), berheterotik, kumpulan pergerakan kiri
simetrinya adalahSO(32). dan kanan tetali
terbuka adalah
berbeza.
Heterotik Adisimetri diantara daya dan jirim, Heterotik ini
E8  E8 dengan tertutup sahaja, tiada zarah berbeza dari segi
takyon (hantu), berheterotik, kumpulan penggunaan
simetrinya adalah E8  E8. kumpulan
simetrinya

Jadual 1: Usulan-usulan jenis model dalam ketaktekalan


adisimetri (huraian jadual ini diambil dan diterjemahkan
dari laman sesawang www.wikipedia.org)

Di kajian yang lain, ketaketekalan lima teori tetali yang dilampirkan dalam
Jadual 1 memberikan teori tetali masih belum dianggap sempurna, maka berlaku cubaan
menyatukan antara teori tersebut melalui beberapa penyatuan atau kedualan antaranya
ialah kedualan-T dan kedualan-S, tetapi ia hanya berlaku kepada beberapa teori yang
taktekal sahaja. Secara ringkasnya kedualan-T (simetri yang menghubungkan panjang
yang besar dan kecil) menyatukan teori tetali Jenis IIA dengan Jenis IIB dan Heterotik E 8
 E8 dengan Heterotik SO(32) melalui pemampatan satu matra ruang terhadap manifold
l
S1 dan tiada perbezaan diantara radius bulatan R dengan s , yang mana l s ialah skala
R
tetali. Kemudian, kedualan-S menghubungkan teori Jenis I terhadap Heterotik SO(32)
dan Jenis IIB itu sendiri, iaitu menjalinkan kekuatan interaksi λ dengan kekuatan interaksi
1
. Seterusnya apa yang berlaku kepada teori tetali Jenis IIA-IIB dengan JenisI-

HeterotikSO(32)-E8  E8 . Maka cadangan 11 dimensi dinyatakan dalam menyatukan
antara teori tersebut yang mana kita kenali sebagai teori-M, yang mana matra tambahan
ini adalah satu bulatan dalam teori Jenis IIA dan satu garisan dalaman dalam teori
Heterotik E8  E8 apabila kekuatan interaksinya sangat besar. Teori-M dicadangkan oleh
Edward Witten dari Institut Kajian Lanjutan Universiti Princeton di persidangan
University Southern of California pada tahun 1995 dan teori ini memberikan revolusi
kedua dalam teori tetali selepas cubaan prinsip adisimetri keatas teori tetali (lihat
temuramah Patricia Schwarz dengan Edward Witten)

Perbincangan mengenai matra lebihan sehingga batasan nyata matra adalah 11,
persoalannya mengapakah kita berada di empat matra dengan tiga matra ruangdan satu
matra masa dan kemanakah matra yang lebih dan lagi bagaimana bentuk matra lebihan
tersebut? Adalah perbincangan dalam perenggan ini dimulakan dengan idea atau
mekanisme akan bagaimanakah hilangnya matra lebihan tersebut, persoalan-persoalan
tersebut boleh kita ertikan sebagai persoalan kosmologi duniawi. Diringkaskan disini
iaitu perbincangan diatas adalah berkenaan dengan cadangan akan kehadiran matra
lebihan bagi beberapa model, persoalan dan masalah. Maka perbincangan seterusnya
adalah pembinaan model melibatkan ruangmasa bermatra lebihan iaitu teori Kaluza-
Klein, model ADD (Arkani-Hamed, Dimopoulos dan Dvali) dan RS-1 dan RS-2 (model
Randall-Sundrum 1 dan 2).

Kemanakah Menghilangnya Matra-Matra Yang Diintaii

Matra-matra yang termampat

Seperti yang kita sedia maklum bahawa cubaan Kaluza menggabungkan graviti dengan
teori keelektromagnetan melibatkan penambahan satu matra keatas empat matra
ruangmasa (4D+1D), walaubagaimana hal tersebut tidak dapat menjawab persoalan
“kemanakah hilangnya satu matra tersebut?”. Pada 1926 dan 1927, Klein telah
mengemukan cadangan bahawa satu matra tidak kelihatan oleh kerana ia mengalami
pemampatan ke atas manifold sfera S1 dengan radius yang sangat kecil dan tak dapat
dicapai oleh sebarang pemecut zarah.

Hasil dari tiga makalah tersebut, teori ini dikenali sebagai teori Kaluza-Klein (ia
boleh juga dipakai bagi matra lebihan D>4). Seterusnya kita akan membincangkan idea,
penerbitan, pemakaian dan implikasi terbitan dan peneyelesaian teori ini, kerana
kefahaman teori ini penting untuk kefahaman Model-ADD dan RS, di topik akan datang.

Ringkasnya, teori Kaluza-Klein mempertimbangkan bahawa matra lebihan


tersebut adalah merdeka, termampat dan berkala. Maka, seterusnya kita akan melihat satu
contoh perihal teori Kaluza-Klein, yang mana ia boleh ditunjuk seperti berikut;
Merdeka,
 5 ( x M )   5 ( x  , y)  4 ( x  )  ( y) (1)
M  0,1, 2, 3, 4
  0,1, 2, 3,

“y” adalah koordinat lebihan yang merdeka boleh ditulis dalam persamaa boleh pisah,
 5 adalah medan bermatra lima dan  4 ( x  ) adalah medan bermatra empat kordinat
ruangmasa.

Termampat lagi berkala,

 5 ( x  , y )   5 ( x  , y  2R) (2)

Persamaan tersebut boleh ditulis dalam bentuk siri kompleks Fourier;

 ny
i
 5 ( x , y)   4 ( x ) e
  R
(3)
n 0

Seterusnya kita akan pakainya dalam Lagrangian medan skalar spin integer tak
berjisim yang bermatra lima. Secara amnya persamaan Lagrangian tersebut ditulis seperti
berikut;
1
L[5]  D M  *5 D M  5 (4)
2
DM      y adalah kebezaan lima koordinat

Maka hasilan dari persamaan (3) dan (4) ialah;

1 1 n2
L[ 41]     *4    4  2
| 4 |2 (5)
2 2R

Dapatan dari persamaan (5) adalah Lagrangian medan skalar spin integer berjisim
yang bermatra empat yang manifold topologinya ialah M 4  S1 , yang ungkapan jisim
n2
medan skalar adalah . Seterusnya, adalah mempertimbangkan radius yang sangat
R2
kecil iaitu R 2  0 , makan ungkapan jisim tersebut akan dimansuhkan kerana nilai
fizikalnya yang tidak signifikan, hal ini kita kenali sebagai penurunan kematraan dari
D=5D=4. Lagrangian medan skalar tersebut diolah adalah seperti berikut;

1 1 1 n2
L[ 5]  DM  *5 D M  5  L[ 41]     *4    4  | 4 |2
2 2 2 R2
(6)
1
 L[ 4]     *4    4
2
Diperbincangkan contoh yang paling mudah medan skalar berspin integer tak
berjisim, kemudian untuk penglibatan ungkapan quartik  4 telah diperbincangkan dalam
makalah Mohd Faudzi (2009a & 2009b), didapati bahawa ungkapan quartik tersebut
memberikan penafsiran yang berbeza iaitu berlakunya interaksi beza mod medan
berkekuatan dua kali ganda berbanding kekuatan swa-interaksi mod medan.
Kesimpualannya disini ialah matra lebihan tersebut itu hilang atau lenyap setelah
pemampatan berlaku dengan radiusnya yang sangat kecil dan secara fenomenologinya
tidak didapat dilihat oleh manusia atau peralatan semasa (pemecut zarah).

Matra-matra lebihan yang terluas

Dalam dua subtopik seterusnya, akan membincangkan pemakaian teori Kaluza-Klein


dalam rangka formulasi yang lain. Pembinaan model ADD dan RS merupakan model-
model bagi menyelesaikan masalah hieraki; iaitu nisbah jisim elektrolemah MEW dan
MPlanck jisim Planck (jisim yang menggabungkan interaksi graviti) yang sangat tinggi iaitu
10-16.

Ringkasnya dalam makalah Arkani-Hamed, Dimopoulos dan Dvali (1998 & 1999),
merupakan satu rangka yang baru untuk penyelesaian dalam masalah hieraki. Model ini
dicadang dari tiga ciri utama antaranya ialah:

 Terdapatnya bilangan matra ruang yang termampat.


 Skala Planck asas secara teori adalah sangat rendah MPlanck ≈ 1TeV
 Zarah dalam Model Lazim berada dalam 3-brane, sementara itu graviti pula
meresap dalam semua matra 4+N (brane berada dalam bulk bermatra lebih
daripada empat)

Dalam Model-ADD, mereka menakrifkan jisim Planck dengan hubungan jisim


bermatra lebih adalah seperti berikut;
2
M Planck  M #2 N ( 2 R) N (7)

Dari persamaan diatas kita dapat memperolehi skala graviti kuantum pada
17  30
M #  TeV dan didapati saiz matra lebihan adalah; L  10 N cm . Jadi jika satu matra
lebihan, N=1, kita akan dapat L  1013 cm . Di Jadual 2, disenaraikan Model ADD
berserta dengan matranya.

Matra Lebihan Saiz Matra


(N) (R)

1 6.0 x 1013cm
2 0.4 mm

4 10-8mm

6 2.5 x 10-11mm

Jadual 2: Nilai matra lebihan dan saiznya

Matra-matra yang terlengkung pada geometrinya

Dalam makalah Randall & Sundrum (1998 & 1999) yang popular iaitu An Alternative to
Compactification dan A Large Mass Hierachy from a Small Extra Dimension yang mana
sekarang ini, ia dikenali sebagai Model Randall-Sundrum. Model tersebut
membayangkan yang duniawi ini adalah alam semesta bermatra tinggi dijelaskan dengan
geometri terlengkung bermaksud yang alam semesta bermatra lima ruang anti de Sitter
manakala implikasinya adalah zarah asasnya kecuali zarah graviton berada dalam (3+1)
matra brane. Model ini bermula ketika mana wujudnya atas untuk menyelesaikan dua
penalaan halus (fine tuning); iaitu nilai pemalar kosmos bulk dan tegangan brane.
Kemudian, kajian mengenai model ini juga memerihal dalam konteks bersesuaian
AdS/CFT dan didapati ia sesuai dengan model tekniwarna.

Modelnya bermula dengan matra kelima yang mengalami kemampatan tetapi


dengan manifold topologi S1 / Z 2 yang mana S1 ditakrifkan sebagai manifold bulatan
manakala Z 2 ialah penjelmaan kordinat kelima adalah seperti berikut; y ~ y+2π y ~ -y.
Kedua-dua takrifan tersebut dikenali sebagai orbifold. Tambahan lagi S1 / Z 2 adalah
setara dengan bahagian [0, 2π]. Model Randall-Sundrum juga terbahagi kepada dua iaitu;
Randall-Sundrum I mempunyai saiz finit bagi matra lebihan dengan dua brane, iaitu satu
bersaling antara satu sama lain, Randall-Sundrum II agak serupa dengan pertama, tetapi
satu brane telah diletakkan secara berjauhan, jadi hanya terdapat hanya satu brane yang
tertinggal dalam model tersebut.

Lansungnya disini, Randall-Sundrum hubungan antara skala elektrolemah dan


Planck diberikan seperti berikut;

M EW  e 2 k R M Planck (8)

dengan geometrinya seperti berikut;

ds 2  e 2 k R  dx  dx  rc2 dy 2 (9)

Parameter k adalah pemalar kelengkungan Anti de-Sitter dan R adalah jejari yang
termampat, manakala MEW dan MPlanck adalah skala atau jisim elektrolemah dan Planck
masing-masing. Dalam model ini juga, matra lebihan juga mengalami kemampatan dan
merupkan lanjutan.

Kesimpulan
Secara ringkasnya disini, kita telah membincangkan beberapa persoalan mengenai ”apa
itu matra?”, ”kenapa mesti matra?”, ”bagaimana matra lebihan?” dan akhir sekali
”kemanakah hilangnya matra lebihan itu?”. Telah kita perjawabkan satu demi satu
persoalan yang bermain di kepala kita berkenaan matra dan matra lebihannya.

Rujukan

Aristotle. On the Heavens (terjemahan oleh Stocks, J. L. 2004) diambil 12 September


2009 pada laman web
http://etext.library.adelaide.edu.au/a/aristotle/heavens/complete.html

Arkani-Hamed N., Dimopoulos, S. & Dvali, G. 1998. The Hierarchy problem and new
dimensions at a millimeter. Phys. Lett. B436: 263–272.

Arkani-Hamed, N., Dimopoulos, S. & Dvali, G. 1999. Phenomenology, astrophysics and


cosmology of theories with submillimeter dimensions and TeV scale quantum gravity
Phys. Rev. D59

Di Vecchia, P. & Schwimmer, A. 2008. The beginning of string theory: a historical


sketch. Lect.NotesPhys.737:119-136. arXiv:0708.3940v1.

Einstein, A. 1952. The Principle of Relativity. New York: Dover Publication

Fairbanks, A. 1894 The First Philosophers of Greece. Cornell University Library


diambil pada 12 September 2009 pada laman http://books.google.com.my/books

Freedman, D.Z., van Nieuwenhuizen P. & Ferrara, S. (1976). Progress Toward A Theory
Of Supergravity, Phys. Rev. D13: 3214-3218.

Gaukroger S. (1995). Descartes: An Intellectual Biography. Oxford University Press:


Oxford.

Green, M. B. & Schwarz. J. H. (1981). Supersymmetrical dual string theory Nuc. Phys.
B Volume 181 (3) : 502-530.

Green, M. B. & Schwarz. J. H. (1982a) Supersymmetric dual string theory : (II). Vertices
and trees. Nuc. Phys. B Volume 198 (2) : 252-268

Green, M. B. & Schwarz. J. H. (1982b). Supersymmetric dual string theory: (III). Loops
and renormalization. Nuc. Phys. B, Volume 198 (3) : 441-460
Green, M. B. & Schwarz. J. H. (1982c). Supersymmetrical string theories. Phys. Lett. B
Volume 109 (6) : 444-448

Green, M. B. & Schwarz. J. H. (1984). Superstring field theory. (I). Nuc. Phys. B
Volume 243 (3) : 475-536

Han, T., Lykken, J. D. & Zhang, R. J. (1999). On Kaluza-Klein States from Large Extra
Dimensions. Phys.Rev. D59 105006

Ho ava, P. & Witten E. 1996a. Heterotic and Type I string dynamics from eleven
dimensions. Nuc. Phys. B 460 (3): 506-524

Ho ava, P. & Witten E. 1996b. Eleven-dimensional supergravity on a manifold with


boundary. Nuc. Phys. B 475 (1): 94-114

Kaluza, T. (1921). Zum Unitätsproblem der Physik (On the problem of unity in physics).
Sitzungsber. Preuss. Akad. Wiss., (Phys. Math) Kl: 966

Klein, O. (1926). Quantum theory and five-dimensional relativity theory. Z.F. Phys. 37:
895

Klein, O. (1927). The atomicity of electricity as a quantum theory law. Nature 118: 516

Lovalace, C. 2009. Calculable Membrane Theory. Diambil 12 September 2009 di laman


web http://arxiv.org/PS_cache/arxiv/pdf/0902/0902.0300v2.pdf.

McMahon, D. 2009. String Theory Demystified. McGraw Hill: New York.

Minkowski, H. (1907). Das Relativitätsprinzip. Annalen der Physik 352 (15): 927-938. 

Minkowski, H. (1908). Die Grundgleichungen für die elektromagnetischen Vorgänge in


bewegten Körpern. Nachrichten von der Gesellschaft der Wissenschaften zu Göttingen,
Mathematisch-Physikalische Klasse: 53–111. 

Minkowski, H. (1909). Raum und Zeit, 80. Versammlung Deutscher Naturforscher.


Physikalische Zeitschrift 10: 75–88. 

Mohd Faudzi Umar. 2009a. Real Scalar Spin-0 Field in Five Dimensions. J. Sc & Math
(telah dihantar pada Jun 2009)

Mohd Faudzi Umar 2009b. Kaluza-Klein Reduction of D=5D=4 of The Massive Scalar
Spin-0 Field and Its Equation of Motion. (dalam persediaan)

Overduin, J. M. & Wesson, P. S. 1997. Kaluza-Klein Gravity. Phys.Rept.283: 303


Polyakov AM (1981). "Quantum geometry of bosonic strings". Phys. Lett. B 103 (3): 207

Polchinski, J. G. 1998. String Theory: An introduction to the bosonic string. Cambridge


University Press: Cambridge
Randall, L. & Sundrum R. (1999). An Alternative to Compactification. Phys. Rev.
Lett.83: 4690-4693

Randall, L. & Sundrum R. (1999). A Large Mass Hierarchy from a Small Extra
Dimension. Phys.Rev.Lett. 83 :3370-3373

Ravndal, F. 2004. Scalar Gravitation and Extra Dimensions. Diambil 1 September 2009
arxiv: 0405030v1

Schwarz, P. (----). Ed Witten on M theory, supersymmetry and appreciating calculus.


Diambil pada 30 September 2009 dalam http://superstringtheory.com/people/witten.html

Shaharir Mohamad Zain. 2004. Dinamik Sebutir-Dua Zarah Klasik: Penjana Sains
Matematik, Peguam Bela dan Penjana Nilai Serta Kontroversinya Sepanjang Zaman.
Bangi: UKM.

Wess, J. & Bagger, J. (1984). Supersymmetry and Supergravity. Princeton University


Press: Princeton.

Anda mungkin juga menyukai