Anda di halaman 1dari 19

HALAMAN PENGAKUAN.

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan serta ringkasan

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

TANDATANGAN :

NAMA : MOHD SHAFIK BIN AZMAN

TARIKH :

TANDATANGAN :

NAMA : MOHD FARHAN BIN FADZILLAH

TARIKH :
PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Syukur Alhamdulillah, akhirnya dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya


dapat jua kami menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada
tarikh dan masa dengan jayanya.

Disini kami ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


pensyarah pembimbing iaitu ...................... kerana telah banyak membantu kami
dengan memberi penerangan yang teliti mengenai kerja kursus ini serta merangkap
penasihat bagi tugasan ini dan beberapa orang lagi pensyarah yang turut terlibat di
atas kesudian dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang membina bagi kami
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Di samping itu, ribuan terima kasih ditujukan kepada teman-teman


seperjuangan dari unit RBT 2 yang turut berkongsi idea, rasa serta pendapat-
pendapat yang bernas sepanjang proses menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Ribuan terima kasih kami hulurkan kerana tanpa kalian, tidak mungkin tugasan ini
dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, jutaan terima kasih kami titipkan kepada
semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang
kami menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya jasa kalian tidak akan kami lupakan
dan akan sentiasa menghargainya.

Akhir sekali,tidak dilupa buat kedua ibu bapa ang banyak memberi
sokongan, dorongan serta galakan kepada kami agar menyiapkan kerja kursus ini
sebaik mungkin dan tepat pada masa yang telah ditetapkan. Jasa-jasa yang
dicurahkan oleh semua pihak amatlah dihargai. Sesunguhnya hanya Allah yang
mampu membalas segala-galanya. Sekian,terima kasih.....
PENGENALAN TAMADUN

Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang
berasal daripada bahasa arab. Dalam teori antara bahasa, penggunaan istilah
“tamadun” oleh bahasa melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman.
Peminjaman istilah seumpama ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi,
iaitu yang merujuk kepada faktor kewujudannya di satu pihak dan faktor
ketidakwujudannya di satu pihak yang lain.

Daripada sudut makna atau semantik, “tamadun” adalah kata terbitan yang
berakar umbi daripada kata kerja “maddana” yang bererti pemilihan sesuatu lokasi
sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu
perbandaran.

Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan


lagi kandungan maksud yang diungkapknya. Ini bermakna dalam kronologi sejarah,
tamadun bukanlah perkataan tunggal dan perkataan pertama yang diperkenalkan
untuk membincangkan tentang konsep pembangunan, kemajuan pencapain
manusia.
ISTILAH TAMADUN

Yang pertama dan terpenting ialah bahasa Arab atas sifatnya sebagai bahasa
pelopor yang merintis jalan memperkenalkan konsep tamadun kepada dunia
bermula daripada abad ke14 sehingga abad ke20.
Bahasa kedua ialah bahasa inggeris yang mewakili sebuah tamadun yang
membawa perubahan dan revolusi kepada eropah.

1. Bahasa Arab

Terdapat empat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan


tentang konsep pembangunan , kemajuan dan pencapaian manusia.
A) hadarah
B) Madaniyyah
C) umran
D) tamaddun

Hadarah mengandungi dua pengertian:


a) pengertian objektif: suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang
kesusasteraan, teknik , keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan daripada
satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat.
b) Pengertian subjektif: suatu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang
berlawanan dengan kehidupan yang liar atau ganas,atau digambarkan sebagai
kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan
yang tinggi yang hendak dicapai.

2. Bahasa Inggeris
Dalam bahasa inggeris, civilization ialah terjemahan yang paling meluas
penggunaanya bagi merujuk maksud tamadun.
Semasa perkataan umran dibahaskan oleh ibn khaldun pada abd ke14,
perkataan civilization masih belum wujud lagi di dalam bahsa inggeris Selain
civilization, beberapa perkataan lain yang pernah digunakan tetapi tidak begitu
meluas ialah seperti culture, urbanization dan renaissance.
3. Bahasa Melayu

Selain perkataan tamadun, ada dua perkataan lain yang digunakanbagi


merujuk maksud tamadun iaitu peradaban dan kebudayaan. Pada penghujung abad
ke20, perkataan tamadun menjadi semakin popular dengan kemunculan perkataan
madani iaitu kata sifat bagi tamadun dalam wacana tamadun peringkat Alam
Melayu.

TAKRIF DAN KONSEP TAMADUN

Daripada perspektif Islam, takrif yang dikemukakan melalui madaniyyah,


umran hadarah dan tamaddun meskipun masing-masing agak berbeza, tetapi
sebenarny menemui titik persamaan daripada segi konsep tamadun, iaitu
meletakkan unsur agama yang berpaksi kepada akidah, syariah dan akhlak sebagai
dasar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun.

Perspektif tamadun barat:

a) Arnold Toynbee: tamadun ialah suatu sistem masyarakat yand dapat membantu
manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat
elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, system politik, pengetahuan dan seni.

b)J.K Fieblemen: tamadun ialah kepandaian dan mengeksploitasi material oleh


masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat terhadap material dengan
sendiri menjadikannya barang baru bagi keperluan tertentu

c) E.B Taylor: tamamdun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek
keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan
kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
d) Oswarld Spengeler: tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana
kebendaan itu yang membawa kepada kemajuan.

e) Will Durant: tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu


meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu
sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

Perspektif tamadun Islam:

a) Ibn Khaldun: tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan


peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek
industri yang boleh mempertingkaykan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada
bahan-bahan makanan, peralatan rumahtangga dan sebagainya.

b) Muhammad Rasyid Redha: agama adalah asa tamadun. Ini kerana peningakatan
unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua
tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau
kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhanpegangan agama
atau sebaliknya.

Perspektif Tamadun Melayu:

a) Abu Bakar Hamzah: tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang
bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang
lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala (abstrak) mahupun
yang berupa sekala (material).
PRINSIP-PRINSIP ASAS KELAHIRAN TAMADUN MANUSIA

• SOSIOEKONOMI:
Kehidupan manusia yang menetap seperti yang disentuh di dalam bahagian
etimologi tamadun iaitu yang merujuk kepada pengertian hadarah menjadi
prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian yang
lebih sistematik.

• INTERAKSI MANUSIA DAN ALAM:


Interaksi seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spiritual
terhadap alam dan pengalaman kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa
penglibatan manusia lain.

• DAYA KREATIVITI MANUSIA:


Prinsip seterusnya yang melahirkan tamadun ialah kreativiti manusia dalam
memenuhi tuntutan kehidupan. Pengalaman manusia berinteraksi dengan alam
mengajarnya menjadi kreatif.

• PERSAINGAN MANUSIA:
Kehendak manusia tidak pernah terbatas. Peningkatan usia, perubahan psikologi
dan perubahan cara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi kehendak
manusia yang tidak terbatas itu.

• PEMINJAMAN KEPAKARAN:
Oleh kerana manusia memiliki batasan keupayaan diri, maka manusia sentiasa
memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama. Bantuan kadangkala berbentuk
peminjaman kepakaran tertentu yang tidak dimiliki oleh sesuatu kumpulan
masyarakat, tetapi dimiliki oleh kumpulan masyarakat yang lain.
Topik/isu yang dipilih: Apabila orang Kristian pun menggunakan nama Allah

Pengenalan:

Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melonggarkan pendirian dalam


larangan penggunaan nama “Allah” bagi penerbitan-penerbitan agama selain
Islam, walaupun dengan syarat-syarat yang tertentu, telah mengecewakan ramai
pihak. PKPIM, YADIM, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan juga Mufti Perak
mengutuk keras akan tindakan KDN yang di lihat berlembut dalam soal agama lebih
lebih lagi menjurus kepada serangan pemikiran terhadap akidah umat islam.

Terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam di Malaysia. Dr. Mohd
Asri Zainal Abidin contohnya. Ust MAZA berpendapat bahawa penggunaan
perkataan Allah di dalam ayat ini dibenarkan untuk digunakan sebagai menunjukkan
bahawa Allah adalah Pencipta Agung. Islam tidak memandang kepada luaran
sahaja tetapi kepada isi dalaman atau "substance"nya. Jika mereka mempercayai
bahawa Allah adalah pencipta sesuatu padahal menyamakan Allah dengan manusia
lain, mennganggap bahawa Allah mempunyai anak dan keturunan, maka ia tidak
memenuhi makna TAUHID Allah.

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang
menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak
membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam
yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau
(Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan
mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka
bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan
Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah
satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Beliau menegaskan konsep mempertahankan aqidah setiap umat islam di Malaysia
adalah lebih penting daripada berdebat tentang boleh atau tidak kristian
menggunakan perkataan "ALLAH"
Permasalahan utama:

Istilah 'Allah' telahpun digunakan sebelum kedatangan Islam pada zaman


Rasulullah. Pada zaman nabi Musa, Ibrahim & Adam sekalipun, Allah tetap Tuhan
yang disembah, tetapi sebutan kalimah 'Allah' agak berlainan kerana bahasa/dialect
yang berbeza daripada bahasa Arab. Setelah peredaran zaman, ahli kitab &
pengikut2 nabi sebelum nabi Muhammad ramai yg syirik/terpesong daripada
mentauhidkan Allah dengan cara yg betul. Maka Rasulullah hadir untuk
membetulkan semula aqidah manusia dan seterusnya menyelamatkan umat
manusia pd akhir zaman.

2. Allah ialah Tuhan bagi segala manusia, jin & alam ini, tak kira yang baik, yg jahat,
yg kaya, miskin, yg munafiq, yg fasiq dsbnya. Cuma Islam sahajalah agama yang
diiktiraf oleh Allah. Allah & Islam for all.

3. Berbalik kepada di Malaysia, terdapat 2 isu yg utama:_

a) Orang Melayu sensitif dengan kalimah Allah, ianya menjadi eksklusif hanya bagi
orang Islam di Malaysia. Padahal isu penggunaan kalimah Allah, seperti diterangkan
oleh Yasir di bawah, pre-dates sebelum zaman nabi Muhammad. Pada zaman nabi
Isa (Jesus), setelah baginda diselamatkan oleh Allah daripada disalib & diangkat ke
syurga, ketua-ketua 'agama' berbincang & berpakat mengatakan tuhan itu
tiga/Trinity (Allah, Mariam, Holy Spirit) & nabi Isa anak Tuhan. Mereka ini menjadi
orang beragama 'Christian'. Mereka tetap menganggap Allah tuhan tapi mereka
syirik!. Jadi kalau kita bandingkan Islam (zaman nabi Muhammad) & Christian
(zaman nabi Isa), siapa dahulu yang menggunakan kalimah Allah? Tetapi seperti
pandangan Dr Siddiq Fadzil di bawah, orang Melayu Islam dah teramat banyak
berkorban & bertolak ansur dengan non-Muslim. Mengapa perlu golongan non-
Muslim ni terus menerus menekan & mengganggu umat Islam?

b) Penggunaan istilah Allah oleh non-Muslim di dalam kitab2 mereka, dikhuatiri akan
mengelirukan umat Islam Melayu, terutamanya dengan keruntuhan akhlaq &
kefahaman Islam yg rendah oleh orang Melayu.
Kejutan budaya spt yang dialami ini hanya terjadi bagi orang-orang Melayu di sini,
tetapi tidak bagi mereka yang sudah memahami dan mengkaji ilmu bahasa. Yang
perlu diperhatikan adalah apa yang dibuat oleh Bagindan Rasulullah s.a.w. semasa
menghadapi orang-orang kristian dulu? Beliau tidak mengebom gereja-gereja atau
mengarahkan umat berbuat demikian, mereka sebaliknya berdakwah dan
menyampaikan konsep Allah, Tuhan Yang Maha Esa (Oneness) kepada masyarakat
sekeliling. Penggunaan kata "Allah" ini adalah perkara biasa di Indonesia dan
beberapa tempat lain yg perkataan Allah digunapakai sebagai terjemahan bagi kata
"elaw" dalam bahasa Aramaic, dan "ilah" dlm bahasa arab yang merupakan terbitan
dari kata dasar "Allah" dan ianya adalah sama. Anda boleh dengan mudah melihat
lafaz kedua-dua perkataan ini yang hampir sama.*

Apabila Jesus (Nabi Isa as) teriak kepada Tuhan, "Eloi Eloi lama sabachthani? "
dalam Matthew 27:46 dan Mark 15:34, Nabi Isa as berkata "My God my God why
have you foresaken me?" (dlm terjemahan english). "Eloi" berasal dari "Elaw", and
kemudiannya menjadi "Allah" dlm bahasa arab. Berdasarkan kesan-kesan
arkeologi** perkataan "Allah" itu sudahpun digunapakai oleh orang2 Arab, Yahudi
dan Nasrani (Kristian) yang bertutur dalam bahasa Aramaic sejak abad ke 4, yakni
kira-kira 200 tahun sebelum kedatangan agama Islam. Bagi mereka yang bertutur
dalam bahasa Hebrew (Ibrani) mereka menyebut-Nya dengan "Yahweh" atau
"Jehovah" (english), yang bermaksud "Tuhan". "Yahweh" merupakan perkataan
Hebrew dimana ianya sama dengan kata "Allah" dlm bahasa Aramaic dan bahasa
Arab.

Ahli arkeologi yang mashur, Paderi Pecerillo mendapati, 200 tahun sebelum
kedatangan Islam, rumah-rumah di Syria, Lebonan, Iraq dan Palestine mempunyai
kitab dalam bahasa Arab yang menyebut: "Bismi Allah al-Rahman al-Raheem". Ini
sekali lagi membuktikan bahawa nama Allah itu sudahpun wujud sejak sebelum
kedatangan Islam dan sekaligus merupakan bukti yang nyata bahawa Allah adalah,
Tuhan yang Maha Esa (Oneness) serta menyangkal Triniti. Malah nama-nama
seperti Abdullah (hamba Allah) sering digunapakai sebelum Islam adalah bukti yang
sangat jelas. Misalanya Nama Bapa Nabi adalah Abdullah, walaupun ketika itu Islam
belum ada dan Muhammad belum lahir lagi.
Bagi masalah terjemahan ini, kita masih boleh cadangkan pilihan lain, yakni agar
digunakan bahasa pinjaman terus dari kitab asal kitab tersebut kepada pihak gereja,
yakni "Elaw" atau "Eloi" bagi terjemahan Melayu kerana bahasa melayu memang
menyerab masuk unsur bahasa asing dengan mudah. Contohnya terlalu banyak,
misalnya, perkataan sastera walaupun adalah bahasa melayu kini tetapi ia adalah
pinjaman dari bahasa sanskrit. Namun, hal ini mudah terjadi hanya jika tidak ada
perkataan yang sesuai bagi terjemahan makna asal, sebaliknya jika sudah ada
makna asal, maka hanya kata itulah yang digunapakai. Dengan yang demikian Bibel
versi melayu in akan menjadi spt diterjemahkan kecuali bagi perkataan "Tuhan"
dikekalkan sebagaimana kalimat asal dari bahasa asal. Secara tradisi dan sejarah ia
agar sukar namun boleh dibuat jika dipersetujui dengan merujuk alasan cirri-ciri
bahawa melayu seperti yang disebutkan diatas.

Faktor-faktor:

Keputusan mahkamah membenarkan penerbitan mingguan Katolik Herald The


Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" telah menunjukkan satu kesan
pertamanya yang jelas bertentangan dengan semangat yang telah kita rakyat
Malaysia pertahankan selama ini, yakni amalan agama secara aman dan damai.

Walau apapun alasan yang diberikan untuk mewajarkan penggunaan nama Allah
oleh Kristian Katolik itu, ada dua perkara yang paling mudah dapat diperhatikan akan
menjadi kesan kepada masyarakat berbilang agama negara kita.

Pertama, rasa tidak senang sesama penganut Islam dengan bukan Islam yang
terlibat dalam pertikaian ini dan kedua, penggunaan nama Allah bakal mendatangkan
kekeliruan bagi banyak pihak kerana nama Allah telah sebati sebagai nama bagi
Tuhan dalam bahasa Melayu, yang digunakan orang Melayu-Muslim yang menjadi
majoriti negara ini, yang agama Islam menjadi satu-satunya agama yang disebut
dalam perlembagaan.
Usaha pihak Katolik terbabit mahu menggunakan nama Allah mungkin tidak dapat
diketahui sebabnya, tetapi yang penting ialah usaha ini telah membawa kesan yang
tidak harmoni, apabila umat Muslim menunjukkan rasa marah mereka terhadap
agenda pihak Katolik itu.

Memang nama Allah telah disebut oleh penganut agama lain, terutamanya agama
samawi sejak lama dulu, tetapi dalam hal ini, isu ini hendaklah dilihat berdasarkan
konteks bahasa, budaya dan realiti amalan keagamaan di negara Malaysia ini.

Isu ini tidak dapat dipisahkan daripada konteks bahasa dan budaya negara ini, dan
apabila dikaji dengan mendalam, akan sampai kepada hubungan bahasa Melayu,
tulisan jawi dan agama Islam yang sangat rapat dengan sejarah tanah ini.

Isu ini tidak dapat dipisahkan daripada peranan bahasa Melayu membina budaya
dan peradaban berasaskan Islam di negara ini.

Isu ini terkait dengan jiwa bangsa Melayu dan hubungan rapatnya dengan Islam di
negara ini. Hal yang sama berlaku dalam konteks bahasa Inggeris dan bahasa-
bahasa Eropah dengan agama Kristian.

Penggunaan nama Allah dan istilah-istilah agama Islam daripada bahasa Arab dan
ada yang dimelayukan menjelaskan sejarah hubungan rapat bahasa Melayu dengan
Islam.

Seperti disebut ramai pemimpin dan tokoh, penggunaan nama Allah oleh Kristian
boleh mengelirukan kerana tidak ada jaminan apa yang akan mereka tulis dan
terbitkan tidak akan sampai kepada orang Muslim.

Orang Muslim tertentu boleh keliru dengan penggunaan nama Allah itu dengan
beranggapan Allah itu sama dengan yang dia sedia fahami. Ini sangat mudah
difahami, kerana sebahagian besar kesannya nanti akan terkena pada orang awam,
bukan orang elit termasuk ahli politik tertentu yang menyokong penggunaan nama
Allah oleh Kristian itu.
Perdebatan mengenai isu ini berlaku di kalangan orang intelektual dan orang yang
mahir dalam undang-undang, tetapi perlaksanaannya akan sampai kepada lebih
ramai orang yang tidak tahu-menahu tentang persamaan dan perbezaan antara
agama-agama samawi.

Bagi ramai orang Muslim, pemahaman mereka mudah, yakni Tuhan itu ialah Allah,
al-Quran itu ialah kitab suci Islam, masjid ialah tempat ibadat orang Muslim, dan
sebagainya.

Penggunaan istilah-istilah yang telah terbiasa dalam bahasa Melayu yang menjadi
satu asas agama Islam di Malaysia untuk menyifatkan apa yang dirujuk agama lain
akan mengelirukan.

Isu ini melibatkan kepentingan orang ramai, ketenteraman awam dan keharmonian
hubungan antara agama di Malaysia ini. Kenapa orang yang mendakwa agama
mereka, Jesus mereka membawa mesej kasih-sayang mahu meneruskan usaha
yang bertentangan dengan mesej kasih-sayang Jesus itu?

Kenapa mereka beriya-iya mahu menggunakan nama Allah sedangkan nama Allah
lebih dikaitkan dengan Islam? Ini memberi tanggapan yang mereka mempunyai niat
menyebarkan agama mereka kepada orang Melayu.

Ini adalah kerana menjadi kebiasaan dalam usaha menyebarkan agama kepada
pengikut agama lain, pada mula-mulanya penekanan diberi kepada persamaan
agama yang mahu disampaikan itu dengan agama pendengarnya.

Persamaan-persamaanlah yang akan mendekatkan dua agama tersebut. Akhirnya,


seseorang itu mudah menerima agama yang satu lagi itu, yang dilihat tidak ada
bezanya dengan agamanya sendiri.

Dalam kes ini, orang Melayu Muslim terutamanya perlu sedar di sinilah pentingnya
bahasa Melayu yang kita pegang, dan kenapa penting untuk kita memahami bahasa
kita dengan lebih dalam dan menjadikannya bahasa yang utama dari segi kedudukan
dan amalan di negara kita ini, menjadikannya bahasa yang bersatu dari sudut
semangatnya dengan agama Islam.   
Semua orang Muslim perlu bersatu hati dalam hal ini. Menyalahkan Umno semata-
mata tanpa bertindak sewajarnya tidak akan membawa sebarang penyelesaian. Kita
tidak perlu apologetik dan cuba mewajarkan tuntutan Kristian itu dengan hujah-hujah
berlandaskan pluralisme, kerana tuntutan itu membawa implikasi besar yang tidak
dapat ditangani dengan fahaman liberal.

Implikasi isu ini bersifat praktikal dan perlu ditangani sewajarnya. Isu ini melibatkan
politik, agama, bahasa dan budaya sekaligus, dan memerlukan gabungan tenaga
seluruh umat untuk menanganinya.
 

Kaedah dan cara penyelesaian:

Pertama, tuntutan membina satu kerangka teras mengenai watak atau identiti
peradaban Malaysia dari sudut falsafah, nilai dan kebudayaannya. Watak dan identiti
ini harus bersifat inklusif atau terbuka yang memberi ruang saksama kepada seluruh
kepelbagaian dan kerencaman yang wujud untuk berkembang.

Dalam hubungan ini, beberapa prinsip asas seperti aspek kepercayaan rasmi dan
amalan demokrasi hendaklah disepakati dan dihormati semua pihak sebagai prinsip
asas peradaban Malaysia. Prinsip asas lain kebanyakannya sudah pun tercerna
menerusi Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Kedua, keperluan kepada pengukuhan pola atau aliran nilai dan pemikiran yang
bersifat sederhana diperluas dan diperkembangkan di dalam kehidupan masyarakat.
Ia boleh diperkukuhkan menerusi pembentukan satu Piagam Etika yang diterima
oleh seluruh perkumpulan masyarakat dan kepercayaan agama.

Ketiga, kepentingan untuk proses perluasan budaya dan amalan dialog di dalam
masyarakat Malaysia. Perkara ini harus bermula dengan penerapan kefahaman
mengenai dialog sebagai satu ilmu yang amat penting dipelajari. Ini bagi
memastikan supaya sebarang bentuk perselisihan dan pertembungan di dalam apa
juga isu dan permasalahan di negara ini ditangani menerusi kaedah berdialog atau
berbincang.

Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu
bidang  demi meninggikan taraf umat islam dengan berusaha menjadi seorang
pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab dan amanah dalam
menjalankan tugas serta mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam
mengendalikan sesuatu perkara untuk mengelakkan berlakuknya perselisihan faham
dan pertelingkahan.

Toleransi budaya adalah diperlukan dalam konteks masyarakat majmuk di negara


ini. Sesungguhnya gagasan yang sekarang sebenarnya telah menjadi satu dasar
kerajaan. Malaysia--Islam Hadhari adalah satu gagasan besar yang berhasrat untuk
membagunkan semula tamadun Islam yang satu ketika dahaulu telah menerajui dan
memberi arah kepada perjalanan kehidupan harian masyarakat.

Maka itu kita dapati gagasan besar ini, dalam perancangan pelaksanaannya,
kelihatan cuba menjejak langkah yang telah dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w. Pada peringkat awal Baginda memulakan kerjaya kerasulan
dengan membawa misi utama untuk membina tamadun berkualiti bagi menabur
rahmat kepada seluruh alam semesta.

Sesungguhnya, pelaksanaan semua pendekatan dari saranan al-Ghazali—termasuk


aspek–aspek yang dicadangkan sebagaimana di atas--berhubung dengan
pendidikan akidah merupakan aspek yang tidak jelas kelangsungannya dalam
masyarakat Muslim di Malaysia. Di samping itu, adalah cukup perlu difahami
bahawa ia bukanlah satu perkara yang senang dan boleh deselesaikan dalam masa
yang singkat. Ia tentunya memerlukan perancangan dan pelan bertindak yang teliti,
malahan yang lebih utama, iltizam yang berterusan, khususnya dari kalangan
mereka yang terlibat dalam kepimpinan negara.

Krisis moral misalnya sudah menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk


mantan Perdana Menteri kita sendiri, di mana beliau sudah merungut dan
membayangkan tentang perlunya kini kurikulum dan pendekatan Pendidikan Islam
dalam sistem pendidikan kebangsaan dirombak dan dirangka semula bagi
membolehkan ia berfungsi untuk melahirkan generasi tamadun yang memiliki
ketahanan diri dalaman (Utusan Malaysia, 28 Januari 1997, hlm 2); supaya dengan
itu mereka akan dapat mengharungi hidup zaman moden ini dengan identity
masyarakat yang jelas dan tidak perlu meminggirkan nilai–nilai akhlak dan agama
dan budaya.

Jadi, kurikulum dan pendekatan pengajaran dan pendidikan mata pelajaran


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diajarkan dalam Sistem Pendididkan
Kebangsaan negara kita adalah perlu diteruskan dan diajar dengan memberi lebih
kepada pendekatan-pendekatan serta contoh-contoh yang sesuai dalam kehidupan
kita. Jika kita mahu budaya ilmu itu berfungsi dengan sebaik mungkin di tengah
masyarakat, mestilah ia diletakkan di bawah kawalan falsafah dan metafizik
ketuhanan yang jelas. Jika tidak diberi perhatian tentang keberhasilannya, ia cuma
akan melahirkan suasana haru–biru di tengah masyarakat.

Untuk mencapai matlamat kesejahteraan sosial dalam sebuah negara Malaysia


yang maju, kerajaan dan rakyat harus berganding bahu membenteras gejala sosial
yang mengkhuatirkan, termasuk budaya suka berjudi, sindrom ingin cepat kaya,
budaya tidak menepati waktu, tabiat suka mengotor, budaya mengejar glamor dan
populariti murahan anjuran T.V. dan budaya fitnah memfitnah dalam dunia politik.

Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa boleh diukur dari segi
kualiti manusianya dan pencapaiannya – merangkumi dimensi-dimensi kebendaan,
agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan, sistem ekonomi, sistem
politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan adat istiadat. 
Tetapi nilai-nilai kerohanian dan moral bangsalah yang menjadi asas keutuhan
budaya.  Dari perspektif Islam, keutuhan budaya dan moral  merupakan kriteria
penting di dalam menilai makna kemajuan atau tamadun sesuatu bangsa. 

Undang-undang Tuhan dan undang-undang ciptaan manusia juga bertujuan


untuk mencegah perbuatan yang tidak berakhlak atau beretika dan membangun
masyarakat yang berakhlak mulia.   Dengan adanya warga negara yang
berkelakuan dan berinteraksi sesama manusia mengikut lunas-lunas budaya yang
baik dan nilai-nilai akhlak yang terpuji, masyarakat dan negara akan menikmati
keamanan, keharmonian dan kesentosaan.  Apabila budaya yang baik dan akhlak
yang terpuji luntur, terhakis atau menjadi lemah maka kehidupan masyarakat akan
dipenuhi dengan gejala kemungkaran, penipuan, kemaksiatan dan keganasan. 
Apabila para pemimpin atau golongan berkuasa tidak lagi berpegang kepada
budaya yang baik dan akhlak yang terpuji, negara atau tamadun akan menjurus ke
arah kehancuran. 

Inilah yang dapat kita pelajari daripada kajian sejarah naik turunnya tamadun-
tamadun besar dunia zaman silam, seperti tamadun Yunani, Mesir, Rom dan China. 
Kehebatan teknologi, ketenteraan dan kebendaan tidak dapat menyekat proses
keruntuhan dalamannya yang bermula dari kerosakan-kerosakan moral dan etika
golongan-golongan atasan, para penguasa dan para pembesar negara.  Kerana
itulah al-Qur’an berkali-kali menyeru supaya manusia menjelajah bumi dan mengkaji
sejarah tamadun-tamadun zaman silam untuk mengetahui sebab-sebab
kehancurannya dan kemusnahannya, lalu mengambil iktibar supaya hal-hal yang
sama dapat dihindari dan dijauhi demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat
dan tamadun yang muncul kemudian.  

Kesemua langkah ini adalah lontaran umum yang memerlukan banyak perincian dan
diskusi berterusan. Namun, ia boleh menjadi sebahagian bahan berfikir bagi kita
merancakkan semula wacana mengenai peradaban Malaysia. Sekurang-kurangnya
ia boleh menjadi pencetus kepada debat berterusan mengenai persoalan penting ini
yang dilihat sejak akhir-akhir ini semakin gersang.

Asas-asas warisan ini adalah teras yang membentuk identiti sesuatu kaum atau
etnik. Asas ini juga sering dirujuk sebagai jati diri sesebuah masyarakat. Ia juga
adalah garis penentu yang akan membezakan antara satu kaum atau etnik dengan
yang lain.

REFLEKSI
Bismilahirahmanirahim. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurnianya, dapatlah kami berdua menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sudah
menjadi adat bahawa sebelum menempa kejayaan, kita perlu menghadapi liku-liku
ranjau yang jauh dan berduri sebelum mengapai kejayaan yang diimpi.

Setelah mendapat soalan tugasan ini, kamk berdua telah membuat


perbincangan tentang tajuk atau kisah yang ingin dipetik bagi menjadikan tunjang
dalam tugasan kami. Namun begitu,terdapat beberapa kekeliruan yang mana kami
mendapati banyak isu atau aspek yang boleh diambil. Ini membuatkan kami berdua
rambang mata dan menjadi gusar kerana sukar untuk kami berdua membuat pilihan
yang tepat.

Namun begitu,hasil daripadapenelitian yang jitu, kami telah berjaya memilih


tajuk yang dikehendaki oleh kami berdua dan dipersetujui oleh rakan-rakan yang
lain. Kami terus membuat kajian daripada sumber internet dan juga perpustakaan
bagi mendapat atau memperoleh maklumat yang tepat. Hasilnya ialah, kami berdua
berjaya menyiapkankan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Kami berasa
amat berpuas dengan hasil yang telah kami laksanakan.

Tugasan ini telah memberikan dan membuka mata kami tentang kepentingan
dalam sesebuah ketamadunan. Ini telah membuatkan kami memperoleh satu atau
lebih imput yang baru yang mana boleh memantapkankan lagi pemikiran kami
berdua sebagai seorang guru yang berdedikasi kelak.

Kami berdua amat berterima kasih kepada mana-mana pihak yang telah
menolong kami secara mahupun tidak langsung. Tidak dilupakan juga kepada
pensyarah yang tidak lokek dengan ilmu untuk dicurahkan kepada kami.

BIBLIOGRAFI
a. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam: Faham Agama dan
Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

b. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2005. Islam Hadhari: Satu


Penjelasan. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

c. Wan Mohd Nor Wan Daud. 1991. Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala
Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka.

d. Zakaria Stapa. 1994. “Gesaan Rasulullah s.a.w. dan Keunggulan Citra


Ummah”. Dewan Budaya. (Februari, 1994): 19-23.

e. Mente, Boye De. (2000). The Chinese Have a Word for it: The
Complete Guide to Chinese thought and Culture. McGraw-Hill
Professional

f. “MEMBINA TAMADUN MENJULANG MARTABAT NEGARA”, Ucapan


Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa
membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan,
2006-2010 Di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006.

4. www.antara_adat_dan_agama.html
5. www.warisan_budaya_malaysia/cina
6. www.warisan_budaya_malaysia/melayu
7. www.warisan_budaya_malaysia/india
8. www.tourism_malaysia.com
9. www.adat_resam_budaya_malaysia

Anda mungkin juga menyukai