Anda di halaman 1dari 17

NAMA : ...................................................................................

TAHUN : .........................

A. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

        Manusia amat memerlukan makanan, pakaian, dan tempat perlindungan. Tanpa
keperluan asas ini, manusia tidak dapat hidup. 
        Makanan amat penting kepada manusia . Manusia memerlukan makanan supaya
mendapat tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian. Tanpa makanan, manusia akan
matu kelaparan.
        Manusia juga memerlukan pakaian untuk menutupi tubuh badan. Pakaian juga
dapat mengelakkan manusia daripada kesejukan dan kepanasan. 
        Keperluan kepada tempat perlindungan pula adalah untuk melindungi daripada
ancaman binatang buas atau musuh. Tanpa tempat perlindungan, keselamatan manusia
akan terancam.

1. Apakah keperluan asas manusia ?

2. Bagaimanakah sekiranya manusia tidak mempunyai makanan,pakaian, dan tempat 


    perlindungan ?

3. Mengapakah manusia memerlukan makanan ?

4. Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia tidak mempunyai tempat perlindungan ?

B. Berdasarkan petikan di atas, berikan kata dasar bagi kata berimbuhan di bawah ini .

1. perlindungan 
2. memerlukan 
3. menutupi 
4. mengelakkan 
5. ancaman 
6. keselamatan

C. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

         Pada cuti semester yang lalu, saya melancong ke Singapura. Saya pergi bersama-
sama keluarga saya. Kami pergi ke sana menaiki kapal terbang. Hati saya sungguh
gembira. 
         Di sana, kami tinggal di Hotel Mandarin, iaitu hotel yang terkenal di Singapura.
Pada hari pertama , kami melawat ke Pusat Sains. Terdapat pelbagai alat moden di sana.
Selepas itu , kami pergi ke Taman Burung. Di taman itu terdapat pelbagai jenis burung
yang berwarna-warni. 
         Pada hari kedua , kami pergi ke Pulau Sentosa. Kami menaiki feri ke sana.
Perjalanan dengan menaiki feri sangat menarik. Selepas tiga hari berada di Singapura,
kami pun pulang ke Kuala Lumpur.

1. Bilakah penulis melancong ke Singapura ?

2. Sebelum penulis ke Singapura , pernahkah dia menaiki  kapal terbang ?

3. Semasa di Singapura , di manakah penulis dan keluarganya tinggal ?


4. Nyatakan tempat-tempat yang dilawati oleh penulis semasa di Singapura. 
     a. ...........................................       b. ...............................................      
c......................................

5. Berapa lamakah penulis berada di Singapura ?

6. Bagaimanakah penulis pergi ke Singapura ? 


 

D. Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung yang diberi.

1. Wai Man menangis. 


    Wai Man terjatuh dari pokok.  ( kerana )

2. Bapa mendengar radio. 


    Bapa membaca surat khabar.  ( sambil )

3. Kakak memadamkan lampu. 


    Kakak tidur.  ( lalu )

4. Budak itu rajin. 


    Budak itu pintar.  ( serta )

5. Sang Kancil bijak. 


    Sang Buaya bodoh.  ( tetapi ) 
 

E. Bulatkan jawapan  yang paling sesuai.

1. _________ di dalam kelas itu pandai belaka. 


     A. Murid-murid B. Anak-anak C. Budak-budak

2. Di dalam gua itu terdapat sarang _________. 


     A. kekuda B. lelabah C. kekacang

3. Kayu itu dimakan oleh ________ . 


     A. agar-agar B. kura-kura C. anai-anai

4. Para pemandu dinasihatkan memandu dengan _______________ di jalan raya. 


     A. berbaik-baik B. berhati-hati C. bersungguh-sungguh

5. Razli ________ datang ke rumah saya. 


     A. jarang-jarang B. jarak-jarak  C. ramai-ramai

F. Tulis ayat di bawah semula dengan menggunakan tanda baca yang betul.

1. sepupu alina baru sahaja balik dari australia

2. datuk ahmad tinggal seorang diri di gua musang

3. sang arnab telah menipu sang rangkak

4. oh  awak rupanya yang datang semalam


5. apakah yang sedang dilakukan oleh razali 
 

G. Pilih perkataan berimbuhan yang betul untuk mengisi tempat kosong.

1. Rumah Devi tidak _______________ ____ rumah Lisa.  ( tercantik , secantik )

2. Puan Lina sedang ____________________ anaknya yang sedang menangis. 


    ( mendukung ,  pendukung )

3. Adik menangis kerana ____________________ dari katil.  ( berjatuh , terjatuh )

4. ________________________ Ramu tidak diterima oleh abangnya.  ( Pendapat ,


Mendapat )

5. Anis dan Intan ________________________ ke rumah Mei Ling pada Tahun Baru
Cina. 
   ( kunjungan ,  berkunjung )

6. Mereka ______________________ ialah adik-beradik kembar.  ( kedua , berdua )

7. ___________________________ begitu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini. 


    ( Pakaian , Memakai )

H. Lengkapkan cerita di bawah dengan perkataan yang diberi.

1. Sang Musang sedang ___________________________ di bawah sebatang pokok.

2. Tiba-tiba musang __________________________ bau daging.

3. Musang ___________________________ ke atas pokok . Musang nampak seekor


gagak

      ________________________ di atas dahan dan paruhnya ada sepotong daging.

4. Musang pun ________________________ gagak dan menyuruh gagak menyanyi.

5. Sebaik sahaja gagak _____________________________ mulutnya , daging itu jatuh.

6. Musang pun melarikan daging itu. Gagak _____________________________


sungguh marah dan menyesal.

 berasa  terhidu  bertenggek  membuka  mendongak berfikir  berbaring  memuji


SET 2

A.  Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

         Kampung Darau telah di landa banjir. Air sungai melimpah tebing sungai. Banjir ini
berlaku kerana hujan yang turun tidak berhenti-henti selama seminggu. 
         Air banjir telah memusnahkan harta benda penduduk kampung. Tanaman telah
musnah dan haiwan ternakan pula mati. Semua penduduk kampung  Darau diarahkan
berpindah ke tempat yang selamat. Pasukan keselamatan seperti polis dan askar
membantu memindahkan penduduk kampung. 
         Mangsa-mangsa banjir di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Darau. Sementara
menunggu air surut, Persatuan Bulan Sabit Merah iaitu badan sukarela memberi bantuan
makanan dan keperluan lain.

1.  Kampung manakah yang telah dilanda banjir ? 


    A.  Kampung Pasir Akar telah dilanda banjir. 
    B.  Kampung Telaga Nibung telah dilanda banjir. 
    C.  Kampung Darau telah dilanda banjir. 
  
2.  Mengapakah banjir ini berlaku ? 
    A.  empangan di kampung itu pecah. 
    B.  hujan turun tidak berhenti-henti selama seminggu. 
    C.  tebing sungai telah runtuh. 
  
3.  Siapakah yang membantu penduduk kampung berpindah ? 
    A.  Pasukan polis dan askar 
    B.  Ketua kampung 
    C.  Pasukan Bulan Sabit Merah 
  
4.  Ke manakah mangsa-mangsa banjir dipindahkan ? 
    A.  ke atas bukit 
    B.  ke balai raya 
    C.  ke Sekolah Kebangsaan Darau 
  
5.  Apakah yang musnah akibat banjir itu ? 
    A.  Pakaian mereka 
    B.  Harta benda seperti haiwan ternakan dan tanaman 
    C.  Rumah mereka

B.  Tuliskan penjodoh bilangan yang betul.

         sebuah sepucuk sebilah seekor  seorang 


  
Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberi dengan betul.

 melukis   melahirkan   memberi    terlanggar   menyanyi


11.  Pak Omar sedang _______________________ burung merpatinya makan bijirin.

12.  Isteri Hamid ____________________ seorang anak perempuan.

13.  Rohana menari sambil _____________________.

14.  Abu Bakar ____________________ tiang elektrik itu.


15.  Kegemaran Nani ialah ________________________.

Lengkapkan cerita di bawah dengan perkataan yang di beri dengan betul.

memanjat seorang terjatuh  dahan  dirawat degil


             Sulaiman ialah 7 ____________________ budak yang nakal. Suatu hari dia 8
_________ sebatang pokok jambu di kebun Pak Abu. Tiba-tiba dia terpijak 9
_____________ pokok yang reput. Dahan itu patah lalu Sulaiman pun 10
_____________ ke bawah. 
             Dia mendapat cedera. Kakinya luka manakala tangannya patah. Dia perlu
dihantar ke hospital untuk 11__________________ . Sulaiman menyesal atas
perbuatannya. Dia berjanji tidak akan 12_________________ lagi.

J. Suaikan rangkai kata dengan gambar kemudian tulis di bawahnya 

6.  buku tulis 


7.  kapal laut 
8.  doktor bedah 
9.  kapal terbang 
10. harimau belang 
11. lampu isyarat 
 

a.  kemudian orang ramai menolong mangsa yang cedera. 


b.  tiba-tiba dia ternampak kemalangan antara sebuah kereta dengan motosikal. 
c.  mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital untuk dirawat. 
d.  Fauzi segera ke pondok telefon dan menelefon polis dan ambulans. 
e.  Fauzi sedang menunggang basikal di sebatang jalan raya. 
 

Suaikan simpulan bahasa berikut

21.  Tulisan yang buruk                                               cakar ayam 


  
22.  Menjadi anak kesayangan                                      ulat buku 
  
23.  Tidak pandai bermain bola                                    tangkai jering 
  
24.  Rajin membaca buku dan belajar                           anak emas 
  
25.  Orang yang kedekut                                              kaki bangku

Pilih jawapan yang betul.

Pada hari Sabtu yang lalu Rita membeli sebuah ______________. 


    A.  kotak pensel B. baju kurung  C. kasut 
  
Mereka pergi ke pantai untuk  _______________ . 
    A.  masuk angin B. makan angin C. cakap angin 
  
Pasukan Bomba bertungkus-lumus ______________ api dalam kebakaran itu. 
    A.  memadam  B. padam  C. pemadam 
  
Perjalanan dari Jerteh ke Pasir Puteh ________________ masa selama setengah jam. 
    A.  mengumpul B. mengambil  C. diambil 
  
Murid itu mencuci tangan __________________ makan nasi lemak. 
    A.  ketika  B. sebelum  D. semenjak 
  
Tandakan ( R ) pada pernyataan yang benar dan ( S  ) pada pernyataan yang salah.

Kita tidak perlu mematuhi peraturan sekolah.

Kita hendaklah menghormati ibu bapa kita.

Kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan.

Kita perlu membuang sampah merata-rata.

Memberus gigi adalah satu kesalahan. 


 

Susun ayat-ayat di bawah berpandukan gambar yang diberi.

 Dia jatuh dan semua telur yang di bawanya pecah. 


 Dia tergelincir kerana terpijak kulit pisang. 
 Puan Llim mahu menjual sebakul telur di pasar. 
 Dia begitu gembira bermain dengan belonnya. 
 Aminah membeli sebiji belon berwarna merah. 
 Belonnya terkena duri lalu pecah.

E. Tulis kata akar bagi perkataan-perkataan di bawah.

26) berlari 
27) berkawan 
28) sepinggan 
29) muatan 
30) melahirkan 
31) pelayaran 
32) kemajuan 
33) mengutip 
34) mengasihi 
35) memanggil
SET 3
NAMA : ___________________________________      TAHUN : ____________

Baca petikan-petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan


lengkap.

         Jali suka bersukan. Acara yang disukai olehnya ialah acara olahraga dan bermain
bola keranjang. Jali selalu mengambil bahagian dalam acara lumba lari 100 meter di
sekolahnya. Dia juga mewakili sekolah dalam pasukan bola keranjang. Tiap-tipa petang
dia bermain di gelanggang di hadapan rumahnya.

1. Apakah yang disukai oleh Jali ?

2. Permainan apakah yang diminati oleh Jali ?

3. Dalam acara apakah Jali selalu mengambil bahagian ?

4 . Bilakah Jali selalu bermain bola keranjang ?

5. Di manakah Jali selalu bermain bola keranjang ? 


 

         Jalil dan Zamri adik beradik. Jalil darjah tiga dan Zamri darjah enam. Mereka
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Melur. 
         Zamri pandai. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Jalil pula
seorang yang gemar bersukan. Dia selalu memenangi acara sukan yang disertainya. 
         Mereka berdua juga gemar bermain bola sepak dan badminton.

1. Siapakah yang lebih tua antara mereka berdua ?

2. Di manakah kedua-dua orang budak itu bersekolah ?

3. Apakah kelebihan yang ada pada Zamri ?

4. Apakah kelebihan yang ada pada Jalil ?

5. Apakah kegemaran mereka ? 


 

Pemberita    : Doktor Aris, bagaimana keadaan budak itu ? 


Doktor Aris : Budak itu masih dirawat. Keadaannya agak parah. Hampir seluruh
tubuhnya 
                     melecur dijilat api. 
Pemberita    : Dapatkah dia diselamatkan ? 
Doktor Aris : Saya rasa dapat. Tetapi parut-parut melecur itu tidak mungkin hilang dalam
masa 
                     yang singkat. 
Pemberita    : Boleh doktor terangkan tentang kejadian itu ? 
Doktor Aris : Suatu kebakaran telah berlaku di rumah budak ini. Ibu bapanya tiada di
rumah. Cuma 
                     tinggal dia dan dua orang adik kecilnya. Walaupun berumur 10 tahun,
budak ini 
                     sangat berani. Dia berjaya menarik keluar kedua-dua orang adiknya.
Malangnya 
                     sebatang kayu menghempap tubuhnya. 
Pemberita    : Apakah nasihat doktor kepada ibu bapa khususnya ? 
Doktor Aris : Saya ingin mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak kecil
tanpa jagaan 
                     sesiapa di rumah.

1. Apakah yang terjadi kepada budak itu ?

2. Mengapakah budak itu dikatakan berani ?

3. Apakah kesan jangka panjang yang mesti ditanggung oleh budak itu ?

4. Apakah nasihat doktor pada hujung dialog ini ? 


 

P E N G U M U M A N 
Tarikh     : 7 Ogos 1996 
Hari        : Sabtu 
Masa       : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi 
Tempat   : Padang Sek. Keb. Tun Aminah 
Anjuran  : Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sek. Keb. Tun Aminah.

Syarat-syarat Penyertaan : 
1. Terbuka kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. 
2. Murid-murid hendaklah pelajar dari Sek. Keb. Tun Aminah sahaja. 
3. Mesti mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa.

1. Bilakah tarikh dan waktu acara larian ini bermula ?

2. Siapakah penganjur larian ini ?

3. Siapakah yang boleh menyertai acara larian ini ?

4. Siapakah yang boleh memberi kebenaran bertulis kepada peserta ?

5. Mengapakah acara larian ini diadakan ?

         Pada suatu petang , Amir dan Alan berbasikal pulang dari sekolah. Mereka ada
latihan badminton di dewan sekolah. 
         Untuk menghilangkan penat, mereka berhenti sebentar di bawah pokok ketapang
yang rendang berdekatan sebuah lombong. Lombong itu telah dijadikan tempat berehat
bagi penduduk Taman Perdana. 
         Amir ternampak sesuatu seperti sebatang kayu terapung di permukaan air di
dalam lombong itu. Dia mengambil dua ketul batu lalu membaling ke arah kayu itu. 
         Tiba-tiba batang kayu itu bergerak. Amir dan Alan ketakutan lalu lari
bertempiaran. 
 Apabila sampai di rumah, dalam ketakutan yang tercungap-cungap amir segera
mendapatkan ayahnya. ayahnya bertanya apa yang berlaku kepada Amir dan Alan.
Mereka berebut-rebut menceritakan apa yang dilihat oleh mereka di lombong itu. 
         Ayah Amir ketawa mendengar cerita mereka itu . Dia pun menerangkan apa yang
sebenarnya dilihat oleh Amir dan Alan tadi. Rupa-rupanya, yang disangka mereka seekor
buaya itu adalah seekor biawak sahaja.

1. Apakah latihan yang disertai oleh Amir dan Alan di dewan sekolah ?
2. Di manakah mereka berhenti untuk menghilangkan penat ?

3. Apakah yang Amir nampak terapung di permukaan air di dalam lombong itu ?

4. Mengapakah Amir dan Alan lari bertempiaran ?

5. Apakah sebenarnya yang dilihat oleh Amir dan Alan di dalam lombong itu ?
SET 5
AMA :                                                                       TAHUN:

A Jawab soalan-soalan yang berikut berpandukan petikan di bawah.

         Ah Chong melihat emaknya terbaring di katil. Sudah tiga hari emaknya diserang
deman panas. Ah Chong yang menjaga emaknya. 
         Ah Chong akan menyuap ubat ke mulut emaknya tiga kali sehari. Kata doktor,
sakit emaknya akan sembuh jika selalu makan ubat. 
         Sejak emaknya sakit, Ah Chong tidak pergi ke sekolah. Tiada siapa yang dapat
menjaga emaknya sebab Ah Chong anak tunggal. Ayahnya pula keluar bekerja sebagai
pemandu bas. 
         Namun Ah Chong tidak lupa membaca buku. Dia akan mengulang kaji pelajaran di
sisi emaknya. Dia suka akan pelajaran sains. Ah Chong bercita-cita menjadi doktor. Dia
mahu merawat orang sakit seperti emaknya.

1. Apakah yang terjadi kepada emak Ah Chong ?

2. Berapa kali emak Ah Chong makan ubat dalam sehari ?

3. Berapakah adik-beradik Ah Chong semuanya ?

4. Apakah yang Ah Chong selain daripada menjaga emaknya ?

5. Mengapakah Ah Chong mahu menjadi doktor ?

B. Bulatkan jawapan yang betul .

6. Hanya tiga ___________ ayat yang ditulis Mimi di dalam surat itu. 
          A. buah             B.baris  C. tandan  D. biji

7. Apabila pergi memancing, ayah tidak lupa membawa beberapa  __________ mata
kail. 
          A. buah   B. biji  C. bentuk  D. batang

8. Ayah menyembelih ayam dengan _______ pisau yang tajam. 


          A. sebilah B. sepucuk C. sebidang D. sebatang

9. Beberapa ______ pokok kelapa tumbang di tengah jalan. 


          A. pucuk B.batang C. bilah  D. biji

10. Adik saya ketawa melihat beberapa_________ gambarnya dengan aksi lucu. 
         A. buah  B. keping C. buah  D. butir

11. Cikgu Aris  menyuruh ketua darjah meminta se________ kapur dari pejabat
sekolah. 
         A. kotak  B. buah  C. butir  D. tompok

12. Berapakah harga dua ____________ mi rebus ? 


         A. cawan B. urat  C. kepal  D. mangkuk

13. Aminah membeli tiga ________ sampul surat. 


         A. buku  B. keping C. timbun D. cebis
14. Beberapa ____________ dakwat terkena pada baju kemejanya. 
         A. ketul  B. buku  C. titik  D. helai

15. Razali memakai se ____________ cincin emas di jari manisnya. 


         A. butir  B. buah  C. utas  D. bentuk

C. Padankan bahasa kiasan yang berikut supaya menjadi ayat lengkap.

16. Almari itu sangat berat seperti

17.  Warna baju Dahlia kebiru-biruan seperti

18. Harga makanan di situ amat mahal seperti

19. Kuah ini masin seperti

20. Keropok yang saya beli nipis seperti

21. Dia berjalan lambat seperti

22. Seronoknya kalau badan saya sentiasa wangi seperti

D. Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

   beri muka hati tikus besar hati  tawar hati kaki botol anak emas
23. Rani yang bergelar __________________________ itu memang tidak suka berjalan
di tempat gelap.

24. Setelah gagal dalam peraduan itu, Suraini sudah berasa _______---
________________ untuk mencuba lagi.

25. _____________________________ itu terbaring di tepi jalan kerana mabuk.

26. Rohaya ________________________________ Encik Razak kerana otaknya sangat


pintar.

27. Ketua pengawas itu berasa ________________________ apabila dijemput naik ke


pentas untuk berucap.

28. Cikgu Radzi tidak akan __________________________________ kepada pelajar


yang melangar disiplin.

E. Padankan perkataan yang berikut dengan maksudnya.

29.    sukat

30.    padam

31.   aman

32.   hangus
33.   hulur

34.   larang

F. Bina ayat berlapis daripada ayat-ayat selapis di bawah. 


35. Tolong tutup pintu itu. 
      Tolong tutup tingkap itu.  (dan)

36. Kamu mahu naik kereta ? 


      Kamu mahu naik kereta api ?   ( atau )

37. Adik saya bertubuh kurus. 


      Adik saya kuat makan.   ( tetapi )

38. Budak-budak itu meniup belon. 


      Belon itu pecah.   ( hingga )

39. Pemuzik itu memukul gendang. 


      Gendang itu dipukul dengan kuat.    ( dengan )

40. Pakaian songket memang cantik. 


      Pakaian songket mahal.  ( tetapi )

41. Pak Samad memukul ular itu. 


      Ular itu mati. ( hingga )

42. Perempuan itu berlari. 


      Perempuan itu menjerit-jerit.    (sambil )

G. Lengkapkan karangan di bawah dengan rangkai kata yang diberi.

  Di kampung Ujang, terdapat sebidang tanah yang tidak dipunyai sesiapa. Tanah itu
(43) ____ 
   ____ ________ . Pada suatu hari, seorang (44)   ______________  ketika bermain di
belukar tersebut. Budak itu didukung ke rumah oleh penduduk  untuk (45)
__________________________________ .

 Satu (46) _______________________________________ . Penduduk kampung itu


bersetuju untuk membersihkan belukar itu. Mereka pun (47)
_____________________________________ . Masing-masing  membawa parang lalu
menebas belukar itu. Akhirnya kawasan belukar menjadi terang benderang. Mereka
mengambil (48)  ___________ _ _____________________________ . Tidak lama
kemudian, kebun itu (49) _ _ _ _ _ ______________________________. Buah-buahan
dan sayur-sayuran ( 50) ____________________________________ kampung.

   - keputusan untuk berkebun di atasnya. 


  - budak dipatuk ular 
  -mesyuarat telah diadakan 
  -mengeluarkan hasil 
  -dibahagi-bahagikan antara penduduk 
  -diberi rawatan 
  -ditumbuhi belukar tebal 
  -mengadakan gotong -royong 
  
 
Selamat Menjawab

Kata Nama Am # Kata Nama Khas # Kata Ganti Nama Diri # Kata Ganti Nama Tunjuk #
Kata Kerja # Kata Adjektif # Kata Hubung # Kata Sendi # Imbuhan # Kata Ganda #
Tanda Baca # Ayat Aktif # Ayat Pasif # Cakap Ajuk # Cakap Pindah # Membina Soalan #
Perkataan Banyak Makna # Penjodoh Bilangan # Simpulan Bahasa # Menjawab Soalan
Kefahaman # Melengkapkan Ayat # Sambung Cerita # Penulisan # Tata Bahasa # Usaha
# Jaya #
SET 6
NAMA :                                                                                   TAHUN : 
 

Masukkan tanda baca (.) (,) dan bulatkan huruf besar di tempat yang sesuai dengan
pensel warna.

        pak abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan dia menanam berbagai-bagai jenis
buah-buahan tempatan seperti durian rambutan duku langsat dan ciku di dusunnya
dusun pak abu adalah seluas dua hektar pak abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya
untuk menjaga kebun tersebut 
        tiap-tiap pagi  pak abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokok-pokok
buahnya dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan sekali pak abu juga akan
membungkus buah-buahan yang sedang masak dengan beg-beg plastik supaya tidak
dimakan oleh burung dan tupai 
        penduduk kampung suka membeli buah-buahan pak abu kerana ia murah dan lazat
kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung ke dusun pak abu untuk
menikmati kelazatan buah-buahan

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

        Pak Abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan. Dia menanam berbagai-bagai
jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku, langsat dan ciku di
dusunnya. 
        Dusun Pak Abu adalah seluas dua hektar. Pak Abu dibantu oleh dua orang anak
lelakinya untuk menjaga kebun tersebut. 
        Tiap-tiap pagi , Pak Abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokok-pokok
buahnya. Dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan sekali. Pak Abu juga akan
membungkus buah-buahan yang sedang masak dangan beg-beg plastik supaya tidak
dimakan oleh burung dan tupai. 
        Penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu kerana ia murah dan
lazat. Kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung ke dusun Pak Abu untuk
menikmati kelazatan buah-buahan.

1.  Apakah buah yang ditanam oleh Pak Abu ?

2.  Siapakah yang membantu Pak Abu menjaga dusunnya ?

3.  Mengapakah Pak Abu membungkus buah-buahan yang sedang masak ?

4.  Mengapakah penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu ?

5.  Berapakah luas dusun Pak Abu ? 


 

Baca petikan di bawah dan jawab soalan di bawah.

        Pada suatu hari iaitu hari Rabu, satu kemalangan yang dahsyat telah berlaku.
Kemalangan itu berlaku di simpang tiga Jalan Hang Tuah. Kemalangan itu melibatkan
sebuah kereta dengan sebuah bas sekolah. Pemandu kereta itu mendapat cedera parah
di bahagian kepala. 
        Manakala pemandu bas sekolah pula hanya cedera ringan. Pemandu kereta itu
telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk di rawat.
A.  Bulatkan jawapan kamu. 
  
1.  Bilakah kemalangan itu berlaku ? 
        A . Malam hari 
        B.  Hari Sabtu 
        C.  Hari Rabu 
        D.  Siang Hari

2.  Di manakah kemalangan itu berlaku ? 


        A.  Simpang jalan 
        B.  Jalan Hang Tuah 
        C.  Di simpang tiga Jalan Hang Tuah 
        D.  Di Kuala Lumpur

3.  Bagaimanakah keadaan pemandu kereta itu ? 


        A.  Mendapat cedera parah di bahagian kepala 
        B.  Mendapat cedera ringan sahaja. 
        C.  Mendapat cedera di tangan kanan 
        D.  Mendapat cedera parah 
  
4.  Siapakah yang telah dihantar ke hospital ? 
        A.  Pemandu lori 
        B.  Pemandu kereta 
        C.  Pemandu bas sekolah 
        D.  Pemandu teksi

5.  Adakah pemandu bas kilang itu mendapat cedera parah ? 


        A.  Tidak , pemandu bas sekolah itu tidak mendapat cedera parah 
        B.  Ya , pemandu bas itu cedera parah 
        C.  Ya , pemandu bas itu hanya pengsan 
        D.  Ya, pemandu kereta itu cedera parah.

 C.  Bubuhkan imbuhan mem , di dan ber pada perkataan dalam kurungan.

11.  Datuk sedang  …………………….. surat khabar ( baca ) 


12.  Harimau liar itu telah ………………….. oleh askar. ( tembak ) 
13.  Kawasan sekolah saya ………………….. dan dihiasi bunga. ( pagar ) 
14.  Abang Kasim …………………. oleh ayah kerana tidur lewat. ( marah ) 
15.  Encik Farid ………………….. sebuah kereta Proton Wira. ( beli )

D.  Lengkapkan ayat berpandukan perkataan diberi.

Sekolah menaiki berbual-bual  membunyikan  menjaga

16.  Daud dan Liman sedang …………………… basikal. 


17.  Sambil menunggang basikal mereka ………………..    . 
18.  Setiap pagi mereka berbasikal pergi ke ……………….. . 
19.  Mereka sentiasa ……………………. Kebersihan basikal mereka. 
20.  Mereka …………………… loceng apabila ada sesuatu berlaku.

E.  Sambung ayat di bawah supaya menjadi lengkap.

a.  kerana dia seorang murid yang rajin. 


b.  perlu dimasak sebelum dibuat minuman. 
c.  hari sudah larut malam. 
d.  perhentian bas untuk menunggu bas 
e.  disembelih pada hari kenduri perkahwinan Pak Busu.

21.  Zahid merasa mengantuk kerana ……………………………………………………………………… 


22.  Air paip di rumah kita ……………………………………………………………………….. 
23.  Dia berjalan kaki ke ……………………………………………………………………… 
24.  Dua ekor lembu telah ………………………………………………………………………. 
25.  Cikgu Yati selalu memuji Jasmin …………………………………………………………… 
  
F.  Padankan erti perkataan di bawah. 
26.  menolong telaga 
27.  sedap perajurit 
28.  perigi membantu 
29.  askar enak 
30.  kalau berdekatan 
31.  berhampiran memakai 
32.  mengguna jika

J.  Bina soalan daripada pernyataan berikut. 


33.     ……………………………………………………………………………………… 
( Bilakah ) 
 Kecurian itu berlaku pada malam tadi.

34.   ……………………………………………………………………………………… 
( Mengapakah ) 
 Pak Dollah meninggal dunia kerana sakit jantung.

35.   ……………………………………………………………………………………… 
( Siapakah ) 
 Ini kucing Suzie.

H.  Pilih kata jodoh bilangan yang betul bagi perkataan-perkataan yang bergaris.

36.  payung 
        a.  tangkai  b. kaki   c. sebuah  d. batang 
37.  senapang 
         a. pucuk  b. laras   c. batang  d. bentuk 
38.  belon 
         a. biji   b. buah  c. ulas   d. ketul 
39. rantai 
         a. tangkai  b. ulas   c. biji   d. utas 
40.  surat 
         a. buah   b. ulas   c. pucuk  d. bentuk 
41. biskut 
         a. helai   b. buah  c. keping  d. batang

I.  Bina ayat dengan menggunakan kata  atau , dan dengan bantuan ayat yang
diberikan. 
42.  Suzila Aminah sedang bermain.

43.  " Tolong belikan saya ikan sayur, " pesan kakak. 
  
44. Adakah Yasmin suka bermain hoki ping pong ? 
  
45. Awak hendak ke kedai ke sekolah ? 
  
46. Ahmad Muthu suka makan nasi lemak. 
 

J. Suaikan rangkai kata dengan gambar kemudian tulis di bawahnya. 


 

6.  buku tulis 


7.  kapal laut 
8.  doktor bedah 
9.  kapal terbang 
10. harimau belang 
lampu isyarat 
  
J.  Tuliskan simpulan bahasa yang betul di dalam kotak. 
  
mulut murai   khabar angin   bau-bau bacang  keras kepala   tangkai jering 
 

46.  Berita yang belum tentu benar. 


47.  Orang yang kedekut 
48.  Tidak berhenti-henti bercakap 
49.  Perangai budak yang degil 
50.  Persaudaraan yang tidak rapat

SELAMAT MENJAWAB 

Anda mungkin juga menyukai