Anda di halaman 1dari 4

Tips Keselamatan Daripada kebakaran

KAWAT PENGUNGSIAN ISI RUMAH

1. Rancangan Pelan Menyelamat Diri

 Lukiskan pelan lantai rumah anda. Tunjukkan 2 laluan keluar selamat. Bincang
dengan isi keluarga 

 Lakukan rancangan dan dan bincangkan seisi keluarga di luar rumah

2. Sentiasa Bersedia 

 Tunjukkan semua isi rumah, bunyi alat penggera asap 

 Pastikan semua isi rumah mengetahui nombor telefon kecemasan 994 ( Lakukan dari
rumah jiran ) 

 Tunjukkan semua isi rumah cara membuka tingkap dan jeriji 

 Pastikan semua jalan keluar bebas daripada halangan

3. Pasang dan selenggarakan alat pengesan asap 

 Pasang alat pengesan asap di rumah terutama dalam bilik tidur dan dapur 
 Selenggara dan uji setiap bulan dengan membuat pembersihan 

 Gantikan bateri pada setiap tahun atau jika perlu 

 Gantikan alat setiap 10 tahun

4. Kekerapan latihan 

 Berlatihlah setiap dua kali setahun Rancangan Pelan Menyelamat Diri. Lakukan
dengan sebaik mungkin seperti kejadian sebenar. 

 Jika tinggal di Apartment / Rumah Pangsa / Rumah Bertingkat

o Apabila terdengar loceng kecemasan, sila bertindak 

o Ketahui laluan keluar yang selamat 

o Gunakan tangga untuk menyelmat diri

o Jalan keluar yang dikunci atau dihalang, mestilah dilaporklan kepada Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia 

o Sentiasa patuh kepada arahan pengungsian 


o Pihak pengurusan bertanggungjawab menampal rajah laluan selamat di setiap
tingkat bangunan. 

o Pastikan telefon bimbit sentiasa dibawa. 

o Jika terperangkap, tutup semua laluan kemasukan asap dengan kain basah dan
beri isyarat kepada umum, lokasi anda

o Anda dinasihatkan tidak untuk naik ke bumbung bangunan ' kecuali ' perlu.

5. Tip-Tip menyelamatkan diri

 Tutup semua pintu laluan, untuk melambatkan kemerebakan kebakaran dan asap

 Jika terpaksa bergerak dalam asap pastikan kepala anda 2 kaki dari aras lantai. 

 Sebelum membuka pintu, rasa tombol atau daun pintu dengan belakang tangan, jika
sejuk buka perlahan-lahan tetapi jika panas, gunakan pintu lain.

Tip-tip untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku bebakaran di dalam bangunan


Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia boleh berlaku di rumah
kita, di pejabat, di komplek membeli belah dan di mana-mana juga seperti kebakaran hutan dan
belukar, kebakaran kenderaan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah langkah-langkah yang harus anda ikuti:


 Kejutkan semua orang yang berada di dalam premis anda dan aktifkan alat amaran
kebakaran yang paling hampir dengan anda seperti penggera pecahkaca untuk mengejutkan
orang di dalam bangunan tersebut dan bangunan yang berhampiran.

 Segera keluar dari bangunan yang terlibat dan berkumpul di satu kawasan yang selamat
seperti tempat di tempat berhimpun yang telah ditetapkan, parking kereta awam atau di
tepi jalan dalam jarak yang selamat iaitu diantara 1.5 ke 2 kali ketinggian bangunan yang
terlibat. Elakkan daripada berkumpul di laluan kerera bomba.

 Hubungi talian kecemasan iaitu 999 dan pihak pengurus keselamatan bangunan sekiranya
anda mengetahuinya.

 Jangan membasir masa untuk membawa keluar barang-barang yang besar dan berat. Ingat
barang boleh di cari tetapi nyawa tidak dapat diganti.

 Tutup pintu rintangan api atau pintu kompartmen di mana kebakaran berlaku. Ini bertujuan
untuk melengahkan api merebak dan memberi masa kepada anda untuk menyelamatkan
diri.

 Keluar dari bangunan dengan menggunakan laluan menyelamatkan diri dan tangga
kecemasan. Elakkan dari menggunakan lif kecuali bagi orang yang kurang upaya.

 Sekiranya anda sampai di laluan di mana terdapat pintu tertutup, sebelum anda buka pintu
tersebut, rasakan dengan belakang tangan anda pada bahagian atas pintu, pemulas pintu
(doorknob), dan ruang diantara pintu dan bingkai pintu untuk memastikan tidak ada
kebakaran disebalik pintu tersebut.

 Walaupun mungkin pintu itu sejuk, bukalah pintu tersebut dengan berhati-hati iaitu dengan
menyandarkan bahu anda pada pintu terebut dan buka dengan perlahan-perlahan. Ini
kerana sekiranya terdapat kebakaran di sebalik pintu tersebut, tekanan hasil dari kepanasan
kebakaran tersebut akan memberi daya tolakan yang cukup kuat.

 Sekiranya laluan menyelamatkan diri telah dipenuhi oleh asap, berjalanlah dengan
membongkokkan diri sambil menutup mulut dan hidung anda dengan saputangan, oksigen
biasanya berada di bawah aras asap. Asap biasanya mengandungi gas yang beracun yang
boleh menyebabkan kematian.

 Ikutlah tanda arah ke tempat berhimpun yang telah ditentukan.

 Jangan cuba untuk memasuki kembali ke dalam bangunan setelah anda telah keluar dari
bangunan tersebut melainkan setelah ianya tentukan selamat oleh pihak yang berkuasa.
Sekiranya anda mengsyaki kemungkinan masih ada sesaorang yang anda kenal di dalam
bangunan tersebut, maklumkan kepada ahli bomba yang berada di tempat kejadian.

Anda mungkin juga menyukai