Anda di halaman 1dari 11

Kanang : Cerita Seorang

Pahlawan

Tema & Persoalan


Tema dan Persoalan dalam
Novel Kanang : Cerita Seorang Pahlawan

 Tema
 Persoalan
Tema

 Perjuangan pahlawan bangsa ketika


menentang musuh demi memelihara
keamanan negara. Kanang sebagai
anggota tentera telah berjuang bersama
rakan-rakannya menentang musuh yang
mencuba menggugat keamanan negara.
Persoalan Novel Kanang :
Cerita Seorang Pahlawan
Keberanian menentang musuh

 Sifat berani ini terlihat pada Kanang.


Dalam setiap operasi, Kanang lebih suka
menjadi peninjau pertama, iaitu orang
yang berjalan di hadapan sekali.
Berkorban demi melaksanakan tugas yang
diamanahkan

 Kanang sanggup berkorban demi


menghapuskan musuh yang
mengancam keamanan negara. Malah
dalam satu pertempuran, Kanang
sanggup mempertaruhkan nyawanya
untuk membantu ketuanya yang hampir
dibunuh oleh pengganas komunis.
Perasaan cinta akan tanah air

 Pasukan tentera terus berjuang


menentang musuh demi rasa cinta akan
tanah air. Mereka tidak mahu tanah air
menjadi huru-hara akibat daripada
perbuatan musuh.
Ketabahan menghadapi pelbagai cabaran
hidup

 Kanang sejak kecil telah menghadapi


pelbagai cabaran, misalnya penceraian
ibu dan bapanya. Semasa menjadi
tentera juga Kanang menempuh
pelbagai kesusahan.
Budi yang ditabur tanpa mengharapkan
balasan akan mendapat sanjungan

 Kanang berbakti kepada negara tanpa


mengharapkan sebarang balasan.
Namun segala jasa dan khidmatnya itu
tetap dihargai oleh pihak kerajaan.
Beliau dianugerahi pingat Panglima
Gagah Berani (PGB), dan Seri Pahlawan
Gagah Perkasa (SP), dan “Bintara
Bintang Sarawak”.
Semangat cinta akan hutan dan mengamalkan pantang
larang ketika berada d hutan banyak membawa faedah

 Semenak kecil lagi, Kanang diajar oleh


datuknya pelbagai ilmu tentang hutan.
Segala ilmu itu digunakan oleh Kanang
ketika bertugas. Oleh sebab itulah,
Kanang bijak mengesan musuh semasa
di hutan.

Anda mungkin juga menyukai