Anda di halaman 1dari 4

MENGHARGAI NILAI-NILAI KEMERDEKAAN

( 03 Ogos 2007M / 19 Rejab 1428H )

‫الش َج َر ِة َف َعلِ َم َما فِى‬ ِ ِ‫ضى اهلل ع ِن الْم ْؤ ِمن‬ ِ ‫ "لََق ْد ر‬: ‫اَلْحم ُد لِلَّ ِه الْ َقآئِل‬
َّ ‫ت‬ َ ‫ك تَ ْح‬ َ َ‫ين ا ْذ ُيبَايِعُون‬ َ ُ َ َ َ ْ َْ
".‫الس ِك ْينَةَ َعلَْي ِه ْم َوأَثَ َاب ُه ْم َف ْت ًحا قَ ِر ْيبًا‬
َّ ‫ُقلُوبِ ِه ْم فَأَْن َز َل‬
‫َن َسيِّ ِدنَا َونَبِِّينَا‬
َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬،‫ِص َفاتِِه‬ َِ ِِ ِ َ ْ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن الَّ إِلَهَ اِالَّ اهلل و ْح َدهُ الَ َش ِري‬
َ ‫ك لَهُ فى ذَاته َو‬ َُ
‫ص ِّل َو َسلِّ ْم َعلَى َسيِّ ِدنَا‬ َ ‫ اَللّ ُه َّم‬.‫الضالَ ِل‬ َّ ‫ض َح لَنَا الْ ِه َدايَِة َع ِن‬ َ ‫ُم َح َّم ًدا َع ْب ُدهُ َو َر ُس ْولُهُ الَّ ِذ ْي اَ ْو‬
.‫ص َحابِ ِه َو َم ْن َد َعا بِ َد ْع َوتِِه إِلى َي ْوِم الدِّيْ ِن‬ ِِ ٍ
ْ َ‫ُم َح َّمد َو َعلَى آله َوا‬
ِ ‫ص ْي ُكم وإِيَّاي بَِت ْقوى‬
.‫اهلل َف َق ْد فَ َازا ال ُْمَّت ُق ْو َن‬ ِ ِ
َ َ َ ْ ‫ أ ُْو‬،‫ أ َُّي َها ال ُْم ْؤم ُن ْو َن‬،‫أ ََّما َب ْع ُد‬
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. kerana
keimanan dan kesyukuran adalah lambang orang yang mempunyai darjat takwa yang tinggi di sisi Allah.
Orang yang bersyukur di atas segala nikmat dijanjikan Allah keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan
pada hari akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Alhamdulullah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. pada tahun ini kita berkesempatan menyambut dan
merasai nikmat kemerdekaan negara kita yang ke-50 tahun. Ia sekaligus meletakkan negara kita yang
makmur ini dimata dunia sebagai sebuah negara yang aman damai walaupun terdapat berbilang kaum,
pelbagai bangsa, adat dan budaya. Atas semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia ini
juga telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan nikmat keamanan, terhindar daripada sebarang bentuk
keganasan dan persengketaan kaum. Justeru khutbah hari ini ingin mengajak sidang jamaah sekalian
bersama-sama menilai dan menginsafi nikmat sebenar kemerdekaan yang kita sama-sama kecapi ini.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN ALLAH,

Seharusnya kita mensyukuri nikmat kemerdekaan yang diberikan oleh Allah, ini kerana bukan mudah bagi
para pejuang dan pahlawan tanah air negara kita berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kembali
kedaulatan negara kita setelah dijajah oleh bangsa asing disuatu ketika dahulu. Pahit getir dalam
mengharungi onak duri demi mencapai suatu bentuk pemerintahan negara sendiri dan tidak diperintah
lagi oleh kuasa asing sangat memerlukan suatu pengorbanan yang besar. Pengalaman pahit ketika
bertempur di medan peperangan, penderitaan rakyat dan sebagainya menjadi satu semangat juang untuk
berjuang mempertahankan tanah air sendiri.

Kini setelah 50 tahun kita mengecapi nikmat kemerdekaan adakah kita sebagai generasi baru pada hari
ini hanya menikmati kesenangan dan keselesaan tanpa kita menyedari perjuangan dan keperitan
pejuang-pejuang terdahulu?.

Terdapat sebahagian kecil generasi muda kita pada hari ini terlalu leka dan asyik dengan kemewahan,
hiburan yang melampau (hedonisme), pergaulan bebas, berpeleseran, membuang masa dengan sia-sia,
terlibat dengan jenayah dan sebagainya. Adakah nilai sebegini sesuai kita zahirkan sebagai balasan diatas
pengorbanan dan penderitaan pejuang kemerdekaan terdahulu?. Marilah kita sama-sama renungkan
perlakuan ini, janganlah kita mempersiakan kenikmatan dan keselesaan yang kita kecapi selama ini

1
dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada diri kita,
keluarga, masyarakat dan negara. Sebaliknya hendaklah kita memikirkan dengan keselesaan dan
kemerdekaan ini apakah sumbangan yang akan kita berikan kepada diri kita, keluarga, masyarakat dan
tanah air yang tercinta.

Kini hampir 50 tahun lamanya kemerdekaan negara kita. Apakah jasa mereka yang telah berjuang itu
harus dikenang dengan akhlak dan budaya yang melampaui batas ?.

Oleh itu, mimbar hari ini ingin menyeru seluruh umat Islam agar bersama-sama menyedari bahawa
nikmat kemerdekaan yang dikurniakan Allah merupakan suatu bentuk ujian kepada kita agar kita tidak
terus lalai dengan nikmat yang diberikan tatapi lebih tawaduk dan lebih bersyukur kepada Allah yang
Maha Pemurah dan Penyayang. Mudah-mudahan kita dikurniakan nikmat yang lebih besar. Firman Allah
dalam surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi :

Maksudnya : " dan ingatlah takkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur
nescaya aku akan tambah nikmatku ke atas kamu dan jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah
pedih".

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Seharusnya kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah dengan memperbanyakkan amalan
kebajikan dan menjauhi segala yang dilarangnya. Umpamanya mengadakan program-program yang
berbentuk keagamaan serta diselitkan aktiviti yang menjurus ke arah mencintai tanah air sendiri. Boleh
mengadakan majlis-majlis keramaian yang dibenarkan oleh ÷slam bagi memperingati jasa bakti para
pejuang tanah air kita suatu ketika dahulu. Hulurkanlah bacaan ayat-ayat al-Quran sebagai sedekah
daripada kita yang masih hidup. Janganlah kita memperbanyakkan program yang berbentuk hiburan
semata-mata kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada masyarakat sama ada yang masih
hidup ataupun yang telah meninggal.

Selain itu kita hedaklah membantu kesusahan saudara-saudara se Islam kita yang sedang bermandikan
darah mempertahankan tanah air mereka. Mereka semua amat memerlukan bantuan kita dalam pelbagai
bentuk pertolongan seperti pertolongan makanan, minuman pakaian, dan sebagainya.

Janganlah kita mengambil sikap tidak ambil peduli kerana kita tidak mengetahui nasib kita pada masa
yang akan datang. Tak kala mereka susah kita membantu dan disaat kita memerlukan mereka pula
datang menghulurkan bantuan. Hendaklah kita sepakat menolak daripada menyokong Zionis kejam, para
kuffar dan sekutunya dengan apa jua yang terdaya kerana merekalah sebenarnya penjajah yang tidak
mengenal erti keamanan.

Dengan adanya program-program sedemikian, barulah lahir semangat patriotisme iaitu sifat dan sikap
mencintai tanah air ini. Inilah yang akan mewujudkan kesuatu perubahan dalam diri masyarakat,
umumnya perubahan dari kegelapan kepada kegemilangan ummah. Kita mesti berubah dengan berusaha
meningkatkan daya usaha kita dan seluruh masyarakat di negara kita agar tidak lagi dijajah dari sudut
mental mahupun fizikal. Firman Allah didalam surah al-Rad ayat 11 :

2
Maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang
dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong
dan melindungi mereka selain daripadanya".

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN SEKALIAN,

Sejak kita mencapai kemerdekaan kita telah dapat menikmati pelbagai nikmat kemerdekaan antaranya
ialah :

1. Kemerdekaan politik negara, kita telah bebas dari belenggu penjajah. kita telah mampu untuk
mengadakan pertahanan sendiri dan dapat mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-
negara luar dengan bebas.

2. Kemerdekaan ekonomi, kita telah dapat membina ekonomi di negara kita dengan begitu kukuh
dengan adanya pelbagai projek-projek ekonomi. Kekuatan dari segi ekonomi membolehkan kita
membina kekuatan pertahanan yang tidak kurang penting bagi pembangunan sesebuah negara
sesuai dengan tuntutan agama Islam. Firman Allah didalam surah al-Anfal ayat 60 yang
berbunyi:

Maksudnya : " dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh) Allah segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan berkuda yang lengkap tersedia,
untuk mengerunkan pihak musuh yang lain dari mereka yang tidak kamu ketahui, sedang Allah
mengetahui. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan
balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya".

kekuatan di sini bukan sahaja kekuatan dari segi fizikal, pertahanan dan sebagainya tatapi
meliputi juga kekuatan ekonomi.

3. Kemerdekaan beragama, di negara kita ini bebas mengamalkan dan melaksanakan ajaran agama
Islam. Agama Islam telah diletakkan dimercu yang tinggi sebagai agama rasmi negara.

4. Kemerdekaan dalam pendidikan, kita dapat menubuhkan pelbagai institusi pendidikan diseluruh
negara bagi meningkatkan martabat masyarakat. sebagaimana Firman Allah di dalam surah al-
Mujadalah ayat 11 yang berbunyi :

3
Maksud : " Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan mereka berilmu dengan
beberapa darjat" .

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Walaupun kita telah merdeka dan kita telah dapat menikmati nikmat kemerdekaan ini dari beberapa sudut
yang dinyatakan tadi, namun kita masih lagi berhadapan dengan cabaran-cabaran besar yang menganggu
gugat akidah umat Islam seperti ajaran sesat dan sebagainya. Kita berkewajipan membina diri kita dan
umat Islam dari pemikiran yang sempit atau ajaran sesat seperti itu.

Disamping itu juga terdapat di kalangan orang Islam masih terikut-ikut dan cenderung kepada
kebudayaan dan cara hidup penganut agama lain. Tepatlah sebagaimana yang difirmankan Allah didalam
surah al-Baqarah didalam ayat 120 yang berbunyi :

Maksudnya : " Orang-orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga kamu menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)".

Oleh yang demikian, perlulah kita menguatkan akidah dan cara hidup berasaskan kepada Islam dan nilai-
nilai keislaman yang unggul agar kita bebas dan merdeka daripada sebarang anasir yang memudaratkan
dan yang boleh menggugat kemerdekaan tersebut.

‫ات َوال ِّذ ْك ِر‬ ِ ‫ و َن َفعنِي وإِيَّا ُكم بِما فِ ْي ِه ِمن اآلي‬،‫ان ْالع ِظ ْي ِم‬ ِ ِ ِ
َ َ َ ْ َ َ َ َ ‫بَ َار َك اهللُ ل ْي َولَ ُك ْم ف ْي ْال ُق ْر َء‬
ِ ‫ول َق ولِي ه َذا وأ‬ ِ ِ َّ ‫ وَت َقبَّل ِمنِّي و ِم ْن ُكم تِالَوتَهُ إِنَّهُ ُهو‬،‫الْح ِك ْي ِم‬
َ‫َس َتغْف ُر اهلل‬
ْ َ ْ ُ ُ‫ أَق‬،‫الس م ْي ُع ْال َعل ْي ُم‬ َ َ ْ َ َ َ َ
‫اس َتغْ ِف ُروهُ َفيَا‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ْ َ‫ ف‬،‫ َوالْ ُم ْؤمنِْي َن َوالْ ُم ْؤمنَ ات‬،‫س ائِ ِر ْال ُم ْس ل ِم ْي َن َوالْ ُم ْس ل َمات‬
َ ‫ال َْعظ ْي َم ل ْي َولَ ُك ْم َول‬
.‫َف ْو َز ال ُْم ْسَت ْغ ِف ِريْ َن َويَا نَ َجا َة التَّآئِبِْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai