Anda di halaman 1dari 7

KELUARAN 1

SANTAN

Di lokasi bangunan pasar sebuah pekan di utara semenanjung. Urusniaga berjalan seperti biasa, macam
tiada kepelikan berlaku. Ketahuilah, bahawa sebenarnya di sini, ada satu kepelikan berlaku, tetapi
mungkin dianggap lumrah oleh sesetengah pihak.

Difokuskan cerita, di bangunan pasar berkenaan, ada gerai santan orang bukan Islam/china dan ada
gerai santan orang Islam/melayu. Kedudukan gerai santan orang Islam dan gerai santan orang bukan
Islam adalah bersebelahan.

Fenomena yang berlaku ialah, gerai santan orang bukan Islam kerap dikunjungi oleh pelanggan orang
bukan Islam dan tidak kurang juga pelanggan dari orang Islam, tidak putus-putus. Di gerai penjual santan
orang Islam, sangat sedikit orang Islam sendiri yang mengunjungi gerai tersebut.

Kadang-kadang boleh dilihat penjual ini duduk dan berehat panjang. Anihnya, sepanjang pemerhatian
dibuat, ketika itu, memang tidak ada pembeli orang bukan Islam yang membeli di gerai santan orang
Islam tersebut.

Itu saja ceritanya. Mudah. Hanya cerita santan. Tapi buktinya jelas. Sesetengah orang Islam masih tidak
sedar diri. Masih LALAI.

Pernah pelanggan santan Melayu ditanya, mengapa beli santan di gerai bukan Islam? Rata-rata memberi
jawapan berikut:

1. Sebab dia orang lama.

2. Sebab dah dari dulu beli kat dia, dah biasa.

3. Sebab dia dengan saya kira macam adik beradik, bukan setakat beli santan, barang lain pun,
saya ambil kat dia.

4. Sebab dia peramah.

5. Sebab sama saja, tak rasa apa-apa beza pun.

6. Berapa duit sangat sebungkus santan.

7. Tak apa, sebab di sana kita beli, di sini pun beli – tak kisah.

8. Santan yang dijual di gerai bukan Islam lebih murah kerana dia borong kelapa dengan pakej
besar. Tapi peniaga Islam membelinya secara runcit.
9. Saya pun tak tahu kenapa saya beli di sini.

10. Saya pernah beratur membeli santan, tapi bila sampai giliran saya, dia tak mau jual sebab dia
pernah nampak saya beli santan kat china. Kata penjual santan tu, bila dak sesak, baru nak beli
kat dia.

TEMUBUAL
Sikap kurang menarik dan perkara ‘tidak berkualiti’ katanya, telah dimiliki oleh penjual santan melayu.
Sepanjang pemerhatian dilakukan, suatu ketika saya pernah terlihat, jiran berhampiran rumah, juga turut
melanggan santan di gerai bukan Islam berkenaan.
Saya mengambil langkah drastik, terus bertemubual dengannya dan beberapa pelanggan yang lain.
Mereka memberi alasan berikut:

1. Kualiti santan tidak bagus dan kurang bersih, bila dibuat masak berlemak santannya berbau.
Mungkin mesin perah santan tidak dicuci dengan sempurna, atau kelapa yang digunakan (yang
dah tumbuh) tidak dibuang bahagian lendirnya. Bila ditegur, kata penjualnya ‘ orang lain tak
kata apa pun’. Kata jiran itu, kualiti santan bukan Islam lebih berkualiti, jika ditegur, dia terima
dan tukar dengan santan baru.

2. Apabila berjalan di depan gerai santan Melayu, penjual itu, tidak bertanya sepatah pun. Oleh
itu pembeli merasa tawar hati untuk melanggan. Tapi kalau peniaga bukan Islam tu, dia sanggup
menyapa walaupun orang itu tidak dikenali.

3. Penjual santan ‘orang kita’, tidak mesra pelanggan.

4. Dia tak mau jual kalau dia nampak sesiapa dah pernah beli santan kat gerai China tu. Katanya
bila dak terdesak, baru nak beli kat dia.

5. Saya tak mau beli kat dia, tapi kalau orang Melayu/Islam lain yang jual, mungkin saya ubah
fikiran.

Walau apapun alasan di atas, sebenarnya, menggambarkan orang Melayu ini tidak kuat semangat, kurang
daya juang dan cepat merajuk. Tidakkah ada sedikit perasaan malu atau ‘mengkelan’ memberi barang
makanan di kedai bukan Islam?

Sentimen
Memang tidak dinafikan, ujudnya masalah, atau sentimen lain, yang menyebabkan masyarakat Islam di
sini kurang berminat membeli santan di gerai tersebut. Jika sekiranya ada gerai santan Islam yang lain
sebagai pilihan, keadaan ini mungkin boleh diubah.

Kepada peniaga santan ini dinasihatkan, belajarlah berniaga sebelum berniaga. Paksalah diri untuk
mengukir senyuman, bermuka manis dan ramah.
Perkara yang paling tak patut dalam perniagaan ialah menyalahkan pelanggan. Terimalah komen dari
pelanggan dan berusaha membaiki diri.
Baiki cara melayan pelanggan. Mintalah khidmat nasihat kepada orang yang lebih arif tentang perkara ini.
Mesti berubah. Jangan memalukan ummah.

Fenomena ‘santan’ ini, mempamerkan masalah urusniaga yang timbul dari kedua-dua pihak, pelanggan
Melayu dan penjual Melayu. Akhirnya, kedua-dua pihak mendapat kerugian. Kerugian didunia dan
kerugian diakhirat.

SOALAN BODOH
Adakah alasan-alasan yang diberikan di atas boleh menggambarkan sikap orang Islam, atau orang
Melayu, atau ‘orang kita’, yang membeli santan ini, tidak ada jiwa perjuangan Islam dan tidak ada
semangat perjuangan bangsa Melayu ?

Apabila budaya ‘tak rasa apa-apa’ dan ‘tak kisah’ ini berlarutan, akhirnya, perniagaan santan bukan
Islam itu menjadi sangat laris dan maju. Perniagaannya kini, sudah menggunakan mesin khas dan dibantu
oleh beberapa orang pekerja sendiri.

Gerai santan orang Islam kurang sambutan. Penjual santan Islam terkial-kial berputih mata melihat
kerenah bangsa sendiri, seagama.

Kalau ditanya pelanggan bukan Islam mengapa mereka lebih cenderong membeli santan di gerai bukan
Islam, sudah tentu mereka tidak akan menjawab. Sebab itu soalan bodoh. Mungkin mereka
menganggap orang yang bertanya tersebut, saja-saja nak bertanya, sebab jawapannya sudah sedia
maklum dan telah lama terpahat dalam jiwa mereka.

Wahai orang Islam. Tak bolehkah anda fikir sikit. Sekurang-kurangnya fikir begini, santan tu makanan
harian kita, makanan tradisi kita. Nak jamu anak-anak dan keluarga. Biarlah punca makanan itu dari
sumber yang lebih baik. Tak bolehkah beli makanan kat orang Islam. Duit santan tu, adalah pendapatan
peniaga bukan Islam tu. Dia akan menyara anak-anak dan keluarga dia. Ada peluang duit tu dia derma kat
tokong dia. Secara tidak sedar kita pun ada sumbangan kat tokong tu.

Kalau beli santan kat penjual Islam, lagi bagus. Pendapatan jual santan digunakan untuk menyara anak-
anak dan keluarga dia, sama-sama Melayu, sama-sama Islam. Ada peluang dia memberi sumbangan
derma kat masjid dan bayar zakat.

Bukan sahaja santan, digerai sayur dan barangan lainpun begitu juga. Gerai sayur bukan Islam di pasar
berkenaan hanyalah 2 atau 3 tempat. Namun bagi sesetengah siMelayu, gerai inilah pilihan utama mereka.
Dulu, kini dan selamanya.

Sesetengahnya bukan orang kampung, nampak berpelajaran, bertudung kemas, tapi tak ada perasaan fikir
masa depan. Bila ditanya, mengapa beli kat sini? Jawapannya: Biasa, tak rasa apa-apa. Itulah siMelayu,
yang berjiwa Melayu tidak, Islam pun tidak.

LIM GOH TONG


Terfikirkah kita bagaimana mendiang Tan Sri Lim Goh Tong boleh berjalan kaki beberapa hari mendaki
puncak Genting Highland bersama cucunya. Selepas itu beliau mengambil langkah bijak, yang
‘futuristic’, memohon hak bagi memajukan hutan belantara dan bukit bukau tersebut? Apa yang
difikirkan oleh Lim Goh Tong pada ketika itu?

Lim Goh Tong telah merealisasikan cita-citanya. Genting Holding miliknya kini berdiri gagah, yang
sekarang diterajui oleh cucunya, yang dulunya bersama meredah hutan belantara.

Sabda Rasululllah saw, yang bermaksud, ‘Tuntutlah Ilmu hingga sampai ke negeri China’. Sudah
tentu ada kehebatan dan perkaitan, antara ilmu dan bangsa Cina. Sudah jelas bangsa Cina mempunyai
ketamadunan ilmu yang sangat tinggi, yang perlu dicontohi oleh orang Islam.

Mungkin agak keterlaluan jika dibuat perbandingan tentang kematangan dan ketamadunan, antara
tamaddun Melayu dengan tamaddun Cina, iaitu, kematangan orang Melayu (walaupun berumur dewasa)
sikap dan pemikirannya masih seperti seorang kanak-kanak berumur 10 tahun. Pada peringkat umur ini,
kanak-kanak seronok bermain dan dipuji.

Berbanding dengan bangsa Cina, pemikiran mereka seperti seorang dewasa yang berumur 50 tahun.
Pada peringkat umur ini, seseorang itu dikira cukup matang, untuk memperjuangkan nasib bangsa dan
keturunan.

KEUTAMAAN & PENGORBANAN


Sedarlah wahai orang Melayu. Berhati-hatilah dengan sikap tak apa. Jadikan kedai perniagaan Islam
sebagai pilihan utama. Utamakan tuntutan syariat.

Kedai kek, kedai runcit, kedai borong orang Islam bukannya tak ada. Memang ada. Tapi kena cari.
Mungkin agak jauh. Mungkin mahal sikit. Inilah permulaan satu perjuangan ke arah menunaikan
tanggungjawab fardu kifayah.

Di satu bandar ‘K’ di utara semenanjung, keadaannya sama dengan gerai santan. Kedai kek orang Islam
berada sederet dengan kedai kek bukan Islam. Seperti yang dijangkakan, Melayu tetap seperti dulu,
dengan pembawaan sikap budaya ‘tak rasa apa-apa’, kedai kek orang bukan Islam memang menjadi
tumpuan utama.

Apalagi kalau di suatu kawasan itu hanya terdapat kedai kek bukan Islam, orang Islamlah satu-satunya
penyumbang besar kepada kemajuan kedai kek itu. Malah kalau diletakkan saja pekerja Melayu, iklan
‘Selamat Hari Raya’, label tulisan Cina, dan kayu gaharu berasap di kedai tu dah jadi tak nampak,
walaupun depan mata. Begitulah caranya membutakan hati orang Melayu.

Seorang mualaf, kawan sesama kerja dan berbangsa Cina. Kalau mengikut bangsa, sudah tentu tiada
halangan baginya untuk terus melanggan di kedai milik bangsanya sendiri. Namun, setelah memeluk
Islam, diberi hidayah, penghayatan dan kesedaran, beliau menjadi sangat komited dan berpegang
teguh, mengamalkan prinsip Islam dan halal.

KUASA MEMBELI : sebagai senjata


Fikirlah wahai orang Islam. Sebenarnya beli santan pun boleh mendatangkan pahala. Beli santan pun
merupakan satu perjuangan. Beli santan pun, memenuhi fardu kifayah.

Percayalah, orang Islam mempunyai kuasa membeli yang sangat kuat. Sebenarnya inilah modal
perjuangan kita. Senjata kita. Tapi kekuatan ini tidak dapat dimanfaatkan kerana sebahagian besar orang
Islam alpa dan lalai.

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata
Kuasa beli pengguna beragama Islam di negara ini telah mencecah hampir RM1 bilion setiap bulan
ekoran peningkatan berterusan taraf hidup kumpulan tersebut. Tetapi sayangnya peluang ini tidak dapat
dimanfaatkan oleh peniaga Islam sendiri.

Memang perlu diulang berkali-kali, bahawa kuasa membeli orang Melayu cukup kuat. Orang Melayu
boleh memajukan mana-mana kedai perniagaan kalau mereka mahu, dan menjadikan sesuatu perniagaan
tu gulung tikar kalau mereka bersatu.

Orang Melayu boleh memusnahkan perniagaan Islam yang bersebelahan dengan kedai bukan Islam. dan
orang Melayu boleh menghidupkan perniagaan orang bukan Islam di kampung Melayu sendiri. Ini
bergantung kepada pemikiran masyarakat Melayu masyarakat itu sendiri, samada fikir Islam atau pun
‘Tak apa’ atau ‘tak rasa apa-apa’.

Perniagaan orang bukan Islam maju sebab


mendapat sokongan padu dari pembeli Melayu. Perniagaan orang Melayu gulung tikar angkara orang
Melayu juga. Kuasa membeli orang Melayu boleh menumbangkan dan memajukan perniagaan sesiapa
saja.

PERMIMA
PERMIMA (03 21711134 - KL), iaitu Pertubuhan Melayu dan Islam berusaha mendapatkan sejuta
keahlian untuk membela nasib Melayu. Permima bermatlamatkan perjuangan Islam, perpaduan dan
pendidikan. Persatuan ini akan mencetuskan banyak usaha untuk mengeluarkan anggota dari
cengkaman kemiskinan dan kedhaifan hidup. Ini adalah satu usaha yang cukup murni.

Tapi yang kurang cantiknya, gambar jawatankuasa yang terpampang di akhbar, nampaknya macam ada
kecelaruan. Menunjukkan seorang ‘pejuang wanita’, memakai fesyen tudung ‘nampak rambut sikit-
sikit’. Fikir Melayu atau fikir Islam. Kalau fikir Melayu, memang tak dak masalah kalau nampak rambut
sikit-sikit, Tapi kalau fikir Islam, dalam kes ini, perkara menutup aurat pun dan tak mampu nak urus,
macam mana nak bercakap tentang perjuangan Islam?

PERDASAMA (04-7336192 - Kedah), iaitu Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia,
mengajak semua peniaga bumiputra bersatu. Satu lagi langkah yang amat bagus. Sama-sama berusaha
mengadakan rangkaian bekalan, jualan serta meningkatkan kualiti dan profesionalisme mereka dalam
perniagaan.
Masih banyak lagi persatuan perniagaan Islam yang memperjuangkan dan meningkatkan ekonomi orang
Islam, seperti Pewaris (Persatuan Permuafakatan Melayu Islam) , PPIM (Persatuan Pengguna
Islam Malaysia) dan sebagainya . PPIM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu badan yang
dikenali Blue Mosque yang menjadi platform kepada semua usahawan Islam meningkatkan rangkaian
pengedaran dan pemasaran mereka (Utusan Malaysia).

Tapi nampaknya persatuan-persatuan perniagaan Islam ini masih bergerak dengan jalan masing-masing.
Kerana sesetengahnya ada bayangan mainan orang yang berkepentingan. Biasanya, pertubuhan apa
pun, bila ada campur tangan orang yang berkepentingan , akan ada kepincangan akhirnya. Orang
berkepentigan in biasanya, mementing kuasa, nama, perut sendiri, sehingga ke peringkat mengancam
perniagaan Islam yang lain.

Baru-baru ini, 2 buah restoren antarabangsa berjenama terkenal , rangkaiannya di Malaysia telah diambil
alih oleh sebuah syarikat di Malaysia sendiri (JC). Apakah tujuan pengambilalihan ini? Adakah syarikat
ini dijadikan kambing hitam bagi mengaburi saluran kewangan syarikat induk (antara bangsa ) itu yang
subahah. Atau sengaja meletakkan persaingan kepada restoren tempatan yang sedang giat dibangunkan
oleh orang Islam sendiri.

Kalau persatuan ini betul-betul nak berjuang, hindar dari pengaruh orang yang berkepentingan diri. Cuba
berdiri atas kaki sendiri. Kalau persatuan ini ingin meningkatkan tahap ekonomi orang Islam, selalulah
sebut Islam, jangan terlau taksub asobiyah Melayu. Tergelincir matlamat perjuangan.

HALAL TAPI MAHAL


Orang Melayu memang terpengaruh dengan barangan murah. Jualan murah. Tawaran hadiah.
Penghabisan stok. Ada saja jualan murah dan hadiah, orang Melayu akan serbu, walau pun dah pernah
diberitahu sesuatu produk itu tak halal.

Terkadang timbul maslah, barangan halal adalah lebih mahal. Ini pun merupakan satu halangan,
terutama kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan barangan halal.

Memanglah, kebiasaannya sebagai pengguna kita mengimpikan harga yang rendah. Tapi kurang
berfikir tentang ‘harga patut’. Sebab itu bila datang sesuatu produk dari pengusaha muslim kita akan
kata sangat mahal.

Tapi pernahkah kita terfikir susah payah pengusaha tersebut untuk memulakan perniagaan dan berusaha
membuka ruang untuk kita mendapat produk halal ini? Kita hanya mengeluh harga mahal, bukan
berterima kasih kepada pengusaha tersebut.

Rasanya majoriti pengusaha muslim tidak mempunyai modal yang besar dan sukar untuk membuat
pusingan modal. Oleh sebab itu kita perlu bertanggungjawab membantu pengusaha tersebut supaya
mereka bertambah maju, bermodal besar dan memberikan harga yang berpatutan kepada kita semua.

Malangnya, kebanyakan dari kita tidak mahu melanggan di kedai orang Islam kerana harganya mahal.
Kerana kurang penghayatan, akhirnya dengan rela hati memilih untuk menggunakan produk pengusaha
bukan Islam.
Seperti yang pernah dinyatakan, para peniaga Islam, janganlah jual terlalu mahal, nak untung banyak dan
cepat kaya. Pelanggan juga biasa buat perbandingan, kalau terlalu mahal, pelanggan hanya datang
sekali, lepas tu lari.

BODEK
Di zaman pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz, pemerintahannya hanya memakan masa dua tahun.
Keberkatan atas kepimpinan yang adil, pada waktu itu, amat sukar mencari orang yang layak
menerima zakat, apa lagi kalau nak cari kumpulan miskin tegar. Dalam setiap mesyuarat berkaitan hal
negara, ulama akan hadir bersama, memastikan keputusan yang dibuat adalah mengikut syariat.

Dalam mesyuarat disyaratkan jangan ada yang hanya bertuju, semua betul, memuji dan membodek
walaupun hakikatnya perkara itu tidak betul. Jangan mengumpat orang lain. Agenda utama dalam
mesyuarat ialah bersama membetulkan apa yang tidak betul.
Untuk isu bodek membodek ini, renungilah petikan ayat Al Quran, bermaksud,

Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa
jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang
mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan
(kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.
[Al Jatsiah, 10]

Anda mungkin juga menyukai