Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN GENERIK – KEPENTINGANNYA DALAM MEMENUHI

KEPELUAN MAJIKAN MASA KINI

Mohd Safarin bin Nordin


&
Kamaruddin bin Mohd Tahir
Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia

ABSTRAK

Setiap tahun, banyak pusat pengajian tinggi dan latihan tempatan menghasilkan
graduan dan pelajar terlatih. Namun demikian didapati bilangan dan peratusan keluaran
daripada institusi tersebut masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun
keluaran sesuatu kumpulan pekerjaan itu, melebihi daripada kekosongan. Dalam era globalisasi
dan perkembangan dunia sekarang, kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang bukan
hanya memiliki kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga mempunyai kemahiran
generik atau soft skills. Pekerja yang mempunyai kemahiran tersebut akan dapat menyesuaikan
diri dengan semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh (multi skills) bersesuaian dengan
keperluan dunia pekerja masa kini. Kertas kerja ini menghuraikan konsep kemahiran generik
dan elemen-elemennya berdasarkan beberapa model yang digunapakai dibeberapa institusi
pendidikan dan latihan luar negara. Disamping itu juga kepentingan kemahiran generik dari
perspektif keperluan majikan pada masa kini dan juga kepentingan kemahiran generik dari
perspektif setiap elemen kemahiran generik itu sendiri juga dihuraikan.

Pengenalan

Kepentingan pembangunan sumber manusia dalam pembangunan sesebuah negara


telah lama diakui. Beberapa buah negara mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi
melalui pembangunan sumber manusia yang teliti walaupun mempunyai modal fizikal yang
sangat sedikit. Sebaliknya terdapat beberapa buah negara yang kaya dengan modal fizikal,
tetapi gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana kelemahan pembangunan
sumber manusia (Rahmah Ismail, 1999). Pembangunan manusia dapat memberikan sumbangan
yang berkesan jika ia digunakan dengan betul dan berhemah. Apabila pekerja mula memegang
jawatan dan tanggungjawab baru, mereka dilatih bagi mencapai matlamat penubuhan
organisasi. Apabila persekitaraan, teknologi dan pemasaran berubah, pengetahuan dan
kemahiran pekerja tersebut juga perlu berubah. Oleh itu pembangunan sumber manusia adalah
berfungsi sebagai pembina aset yang menyelesaikan masalah secara kreatif untuk memastikan
kejayaan tenaga pekerja terutama individu yang berkebolehan dan berminat (Kamal S. dan
Mei, L. Y., 1996) dicapai.

Tenaga manusia dalam era globalisasi bekerja dalam alam yang bersifat “flexitime” dan
“self-paced” (Ibrahim Ahmad Barjunid, 2002). Dalam keadaan demikian, pekerja akan
berdepan dengan perubahan yang tinggi dan berterusan seperti pertukaran personel, perubahan
produk dan penstrukturan semula organisasi. Maka, sudah tentu akan berlaku peningkatan
dalam permintaan oleh majikan terhadap pekerja yang bertanggungjawab, berupaya menangani
cabaran pekerjaan, berkebolehan menyesuaikan diri mengikut keadaan dan sensitif kepada
keadaan sekelilingnya. Oleh yang demikian, pekerja-pekerja dalam era globalisasi perlulah
mempelajari nilai-nilai baru termasuk etika kerja, kepimpinan, kompetensi dalam teknologi
maklumat, hubungan interpersonal dan sentiasa bersifat fleksibiliti dan analitik.

Di antara cabaran utama yang perlu dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai
negara maju adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang
kukuh dan masyarakat yang progresif dan dapat manfaatkan teknologi bagi menyumbangkan
kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa depan. Salah satu unsur penting
dalam menangani cabaran di atas adalah mengaktifkan keperluan sumber manusia dengan cara
meningkat kebolehan dan kemahiran melalui pendidikan dan latihan yang tersusun serta
komprehensif. Sehubungan dengan itu, untuk melatih, membentuk tenaga kerja yang
diperlukan ke arah negara perindustrian, sumber manusia ini perlu mempunyai sikap kerja
yang betul dan nilai-nilai positif seperti ikhlas, berdisiplin, menepati waktu, setia pada syarikat,
tekun, dedikasi dan gigih bekerja, berkemahiran dalam komunikasi, mahir dalam informasi
teknologi dan yang bersifat fleksibiliti (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh,
1999).
Kemahiran Generik

Sharifah Nor Puteh (2001), membuat takrifan kemahiran generik adalah kemahiran
yang tidak khusus iaitu ia tidak mempunyai kurikulum yang khusus tetapi ianya boleh
dipelajari melalui semua matapelajaran dengan kaedah intergrasi atau bersepadu. Kemahiran
ini adalah bersifat fungsional dan adaptif untuk menjadikan seseorang pekerja itu cekap dan
produktif.

National Skills Task Force (2000) pula mendefinasikan kemahiran generik sebagai
kemahiran yang sama digunakan dalam pelbagai jenis pekerjaan merangkumi kemahiran
komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara kumpulan,
kemahiran teknologi maklumat, kemahiran matematik (application of number) dan kemahiran
dalam membaiki perlakuan diri. Kebolehan menjadualkan kerja, mendiagnostik masalah kerja,
mengurus, merancang dan mengoperasi kerja secara teratur juga termasuk dalam kemahiran
generik.

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh majikan seperti adaptabiliti, analitik,


komunikasi, initiatif, interpersonal, kepemimpinan, keyakinan diri, dan berkerja dalam
kumpulan merupakan kemahiran generik (Jim Espinoza,1999). Jessica Pumphery (2001),
mentakrifkan kemahiran generik sebagai kemahiran yang boleh berubah-ubah (transferable) ,
yang terdiri daripada gabungan-gabungan pelbagai kemahiran yang boleh meningkatkan
produktiviti individu. Kemahiran generik ini juga bergantung kepada sektor ataupun kumpulan
pekerjaan yang dilakukan oleh sesaorang pekerja itu untuk melakukan proses kerja untuk
mendapatkan hasil yang diharapkan iaitu, kemahiran komunikasi (communication), kemahiran
feleksibiliti (flexibility), kemahiran teknologi informasi (technology information), pengurusan
(management), kemahiran matematik (numeracy), pengoranisasian kerja (organisation of
work), bekerja secara kumpulan (team working), penyelesian masalah ( problem sloving).

Beberapa buah negara telah menggunakan istilah yang berbeza bagi kemahiran generik,
namun begitu maksud dan tafsirannya adalah sama. Antaranya ialah:
a. United Kingdom

Di United Kingdom kemahiran generik dikenali sebagai kemahiran teras (core skills)
dan kemahiran tambahan. Manakala majikan pula sering menggunakan kemahiran bercirikan
keperluan majikan (employability skills) (Conferderation of British, 1998). Antara kemahiran
teras adalah, komunikasi, aplikasi pernomboran (application of numbers), dan penggunaan
teknologi maklumat.

b. Kanada

Kanada telah mula memperkenalkan kemahiran generik sekitar tahun 1970an dan
membahagikan kemahiran generik kepada dua kategori (Conference Board of Canada, 2000)
iaitu kemahiran asas terdiri daripada kemahiran komunikasi, pengurusan maklumat, aplikasi
pernomboran dan penyelesaian masalah dan kemahiran pengurusan personel iaitu berfikiran
positif, bertanggungjawab, fleksibiliti, sentiasa ingin belajar dan bekerja dalam keadaan
selamat.

c. United State

United State telah mula secara giat memperkenalkan kemahiran generik pada tahun
1990an. Di negara ini kemahiran generik di kategorikan kepada empat elemen (National
Association of Colleges and Employers, 1998) iaitu, kemahiran teras seperti komunikasi dan
aplikasi pernomboran, kemahiran pemikiran aras tinggi ( higher order thinking skills) seperti
sentiasa boleh menerima perubahan, penyelesaian masalah, kreatif, berkebolehan membuat
keputusan, belajar bagaimana untuk menimba ilmu (learning how to learn) dan kemahiran
yang berkaitan dengan sifat iaitu kejujuran, meletakan matlamat dalam setiap pekerjaan dan
setiasa positif dengan kemampuan diri.
Kepentingan Kemahiran Generik

Statistik bulan Februari 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja telah
memperlihatkan penempatan pekerja tidak dapat dilakukan meskipun jumlah pendaftaran yang
aktif melebihi daripada kekosongan sesuatu kumpulan pekerjaan sepertimana dalam jadual 1
di bawah ;

Kumpulan Jumlah Jumlah Kerja Jumlah Kekosongan


Pekerjaan Pendaftar Kosong Penempatan Yang Belum
Aktif Keseluruhan Keseluruhan Diisi
Pengubal
Undang-Undang,
1664 32 0 32
Pegawai Kanan
dan Pengurus
Profesional 9539 456 8 448
Juruteknik 5956 443 5 438
Pekerja 9936 1333 23 1310
Perkeranian

Pekerja Mahir 95 157 0 157


Pertanian dan
Perikanan
Pekerja 400 3 0 3
Pertukangan
Operator Logi 525 137 1 136
dan Mesin
Pekerjaan Asas 1070 212 7 205

Jumlah
29185 2773 44 2729

Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia (2004)

Jadual 1 : Maklumat Pasaaran Buruh Bulan Februari 2004

Statistik tahun 2003 keluaran Jabatan Tenaga Kerja, menunjukkan sejumlah 56,234
orang pencari kerja telah mendaftar dengan Jabatan adalah terdiri dari mereka-mereka yang
memiliki pelbagai peringkat kemahiran dan bidang pengkhususan. Sebahagian daripada
mereka iaitu 18,618 orang mempunyai latihan seperti latihan ikhtisas, latihan perkeranian,
penjualan dan latihan perindustrian. Walaupun demikian hanya 6,228 orang sahaja yang dapat
ditempatkan dalam sektor pekerjaan berkaitan. Keadaan ini menunjukkan terdapat 6,374
kekosongan dalam pelbagai bidang pekerjaan yang belum diisi sepertimana jadual 2 di bawah:

Status 2003 (orang)

Daftar (yang 18,618


mempunyai latihan )

Penempatan 6,228

Kekosongan 6,374

Jadual 2 : Bilangan Pekerja Mendaftar, Penempatan dan Kekosongan Tahun 2003

Daripada kedua-dua jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat satu keadaan di
mana lepasan institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat latihan masih tidak dapat memenuhi
kehendak majikan pada masa kini. Meskipun bilangan yang mendaftar melebihi daripada
bilangan kekososngan tetapi penempatan masih tidak dapat dilakukan.

Mengikut Tengku Mahaleel Tengku Ariff (2002), antara punca graduan tempatan gagal
dalam temuduga di dalam kebanyakan syarikat adalah kerana mereka gagal meyakinkan
penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing dan mereka tidak mampu
mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu walaupun antara mereka
mempunyai keputusan akademik yang cemerlang. Justeru itu, beliau menegaskan bahawa
selain daripada mempunyai kemahiran teknikal, para graduan juga harus mempunyai elemen
kemahiran generik iaitu kemahiran yang boleh digunakan disemua bidang pekerjaan, jika
mereka ingin menempatkan diri dalam era globalisasi sekarang ini.

Menurut Hasliza Hassan (2003) , antara faktor mengapa keluaran institusi pendidikan
tinggi tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai
kemahiran-kemahiran soft skill atau generic skill iaitu tidak mempunyai keupayaan
menyakinkan majikan dari segi keperibadian, penampilan, keyakinan diri, tidak mahir
berkomunikasi mengikut kesesuaian sekeliling, tidak mampu membuat keputusan yang pantas
dan dan tidak mampu bekerja secara kumpulan. Selain daripada mempunyai keputusan
akademik yang cemerlang para lulusan juga seharusnya mempunyai kredibiliti kerja yang
boleh meyakinkan majikan agar dapat menghindari pandangan bahawa mereka tidak mampu
menjalankan tugas yang diberi.

Sementara itu, mengikut Kementerian Sumber Manusia (2001) antara faktor


penyumbang yang besar dalam penggangguran di kalangan lepasan pengajian tinggi adalah
bilangan graduan dalam bidang tertentu melebihi daripada permintaan dan pihak majikan pula
tidak berminat untuk mengambil mereka yang hanya berkemahiran dalam sesuatu bidang
sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa majikan pada masa ini tidak hanya mementingkan
kelulusan akademik sahaja tetapi juga mementingkan kemahiran generik agar objektif
organisasi lebih mudah tercapai.

Mohd Yusof Mohd dan Mohd Fadhil Nuruddin (1997) pula yang menggariskan
empat elemen kemahiran generik yang perlu dimiliki oleh graduan dalam bidang teknikal bagi
menghadapi cabaran dimasa depan agar ianya sentiasa relevan dengan kehendak majikan.
Elemen yang pertama ialah graduan yang dihasilkan mestilah mempunyai kemahiran generik
iaitu “tahu belajar sendiri” untuk mendapatkan maklumat dan keupayaan dalam sesuatu kerja.
Ini amat penting kerana ilmu yang dipelajari di institusi dalam bidang teknologi biasanya tidak
bertahan lama dan cepat “obsolete”. Sikap suka membaca, berfikir dan belajar sendiri mestilah
ditekankan di institusi supaya graduan yang dihasilkan berjaya menerima teknologi terkini dan
boleh berubah serta berperanan mengikut arus perkembangan teknologi.

Elemen yang kedua pula, graduan teknikal perlu mempunyai kemahiran-kemahiran


untuk menguruskan sumber tenaga manusia. Ini penting kerana sebagai graduan teknikal
mereka bukan saja berkemahiran dalam menguruskan mesin-mesin yang teknikal sifatnya
tetapi mereka ini juga harus berkemahiran menguruskan sumber manusia seperti membuat
penempatan orang yang sesuai dalam kerja yang sesuai dan pada masa yang sesuai serta boleh
memaksimumkan potensi setiap pekerja supaya matalamat organisasi dapat dicapai.
Elemen yang ketiga pula adalah graduan teknikal juga memerlukan kemahiran
komunikasi, lisan, tulisan dan lain-lain supaya berjaya dan cemerlang dalam kerjayanya.
Graduan teknikal mestilah selesa dan yakin diri apabila berkomunikasi dengan orang bawahan
atau pelanggan atau pihak atasan.

Elemen yang akhir sekali, graduan teknikal diperlukan untuk berperanan dan menjadi
pemimpin dalam masyarakat. Graduan teknikal perlu berkemahiran dalam memimpin kerana
dengan adanya aspek ini graduan teknikal boleh menjadi penyelia atau ketua yang baik dan
berkesan dalam sesuatu organisasi.

Nik Othman (2003) telah menyatakan bahawa bagi mendapatkan ciri-ciri K – workers
dalam era K- ekonomi iaitu seorang pekerja itu seharusnya mempunyai kemahiran generik
seperti kemahiran dalam interpersonal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
komunikasi dan fleksibiliti, adaptabiliti dan proaktif. Dengan mempunyai kemahiran generik
tersebut sesaorang pekerja itu lebih bersifat produktif dan multi - skilling dan lebih mudah
objektif organisasi tercapai.

Mohd Yahya (2003), menegaskan bahawa kualiti pelatih daripada pusat latihan
hendaklah bercirikan empoyability dan marketability iaitu berdasarkan sejauhmana pelatih itu
diserap masuk ke pasaran pekerjaan. Justeru itu untuk menjamin empoyabiliti pekerja pada
masa hadapan pelatih-pelatih itu haruslah bercirikan generic skills iaitu mempunyai
competencies dalam critical thinking, creativity, problems solving, team work, communication
skills. Menurut beliau lagi, keadaan ini disokong oleh laporan Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN) yang menyatakan kajian ke atas seratus lima belas(115) majikan di kalangan
sektor awam dan swasta dalam tahun 2000, mendapati kriteria yang dikenal pasti oleh majikan
atau employers criteria for employability adalah seperti Jadual 3.
Kriteria Untuk Employability Peratus(%)

Good attitude (personality) 39.3

Skill / experience 29.7

Communication skills 12.0

Not choosy 8.3

English proficiency 6.0

Qualification 3.5

Analytical Skill 1.2

Jadual 3 : Kriteria Untuk Employability oleh Majikan Awam dan Swasta

Kretovics & McCambridge (1998), telah membuat kajian mengenai keperluan majikan
terhadap lepasan pelajar daripada insititusi pengajian tinggi. Antaranya ialah para lepasan
insititusi pengajian tinggi dapat menyesuaikan diri dengan tugas (adaptability) dalam apa jua
keadaan dan teknologi yang terdapat di dalam organisasi. Selain daripada itu kemahiran ini
juga melibatkan kesediaan pekerja untuk dilatih semula bagi menyesuaikan dengan keperluan
majikan. Selain daripada itu juga para lepasan insititusi pengajian tinggi harus mempunyai
kemahiran analitik (Analytical), iaitu berupaya mendapatkan data, membuat kesimpulan dan
mencadangkan daripada data yang didapati untuk meningkatkan kecekapan organisasi.
Kemahiran analitik ini juga, merangkumi beberapa elemen iaitu pemikiran analitik,
penyelesaian masalah, tindakan yang diambil ketika menghadapi kesukaran (initiative) dan
pemikiran yang kritis.

Kajian Kretovics & McCambridge juga menunjukkan bahawa para lepasan insititusi
pengajian tinggi perlu mempunyai kemahiran generik iaitu berkemahiran bertutur, menulis,
mendengar, mencatat, interpersonel, matang dalam pergaulan dan kemahiran berhubung
dengan pelanggan. Kemahiran komunikasi ini juga termasuk kemahiran bersosial, kemahiran
mempersembahkan idea dan kemahiran pelbagai bahasa. Selain daripada itu juga, kemahiran
kepemimpinan (leadership) iaitu kemahiran yang boleh mempengaruhi anggota dengan
contoh moral yang baik dan keyakinan diri (self-confidence) iaitu yakin dengan apa yang
dilakukan tanpa mengharap bantuan orang lain merupakan juga antara kemahiran-kemahiran
yang perlu ada pada setiap lepasan insititusi pengajian tinggi.

National Association of Colleges and Employers (NACE) (1998), telah membuat


kajian yang melibatkan 1600 majikan dan lebih daripada 10,000 pelajar sebagai responden.
Dapatan kajian itu menunjukkan selain daripada pekerja yang mempunyai kompetansi dalam
sesuatu pekerjaan, kebolehan berkomunikasi adalah antara kemahiran yang diperlukan oleh
majikan. Ini merangkumi kemahiran pertuturan, penulisan, kemahiran mendengar dan
kemahiran perhubungan bersama dengan pelanggan.

Dalam satu kajian yang dibuat Green. F, (2001) di Britain terdapat peningkatan dalam
keperluan kemahiran generik pada setiap majikan. Daripada keputusan ini jelas menunjukkan
bahawa majikan telah mula sedar betapa perlunya pekerja yang serba boleh (Well – rounded
individuals) pada dekad akan datang. Justeru itu Green telah menyenaraikan kepentingan
kemahiran generik adalah kerana ia akan menghasilkan pekerja yang mempunyai kemahiran
pelbagai (overall employability), mampu bergerak dari sektor ke sektor yang lain, bersedia
menghadapi perubahan meningkatkan autonomi pekerja, pekerja yang optimis, pekerja yang
mempunyai perasaan sentiasa ingin belajar sepanjang hayat dan pekerja menangani perubahan
budaya di tempat kerja.

Kepentingan Setiap Elemen Kemahiran Generik

a. Kemahiran Teknologi Informasi.

Kemahiran teknologi informasi sekarang ini telah menjadi satu keperluan pada setiap
orang pekerja kerana kemahiran ini sudah menjadi perkara yang perlu pada semua jenis
pekerjaan di dunia ini. Mengikut An Assessment of Skill Needs Transport (2001), penggunaan
komputer telah meningkat dengan mendadak pada operasi kargo di pelabuhan. Sesetengah
terminal beroperasi tanpa menggunakan pekerja dan kebanyakan rekod kargo menggunakan
teknologi berkomputer.

Mengikut Campbell (2001), rata-rata syarikat di United Kingdom telah mengunakan


teknologi maklumat purata 2% setiap tahun. Ramai pekerja di pelbagai sektor terlibat dengan
penggunaan computer antaranya di kalangan mereka yang berada di pejabat, di luar pejabat
begitu juga ianya tidak terhad kepada pekerjaan di pejabat sahaja tetapi juga merangkumi
pelbagai bidang. Contohnya menurut Campbell lagi, Inspektor Tiket pada pengangkutan awam
tidak hanya boleh menyemak tiket tetapi boleh mengetahui bila dan siapa yang mengeluarkan
tiket selain daripada melakukan proses pembayaran.

Pada peringkat pengguna pertengahan, penggunaan email dan internet, pemprosesan


perkataan dan lembaran kerja sudah menjadi satu keperluan bagi mereka untuk mendapatkan
maklumat tambahan dengan segera dan membuat laporan-laporan yang berkaitan. Dalam
kebanyakan industri media kemahiran di atas merupakan satu kemahiran teras yang perlu ada
pada setiap orang pekerja (Campbell ,2001).

Dalam satu kajian di United Kingdom (Campbell, 2001), 75% urusniaga di United
Kingdom menggunakan aplikasi komputer, 70% urusniaga menggunakan e-mail dan 86%
menggunakan telefon bergerak. Penggunaan informasi teknologi dalam bidang pekerjaan
membawa kepada perubahan organisasi, perubahan kepada amalan kerja justeru majikan yang
menjadi informasi teknologi sebagai keperluan asas kepada pekerjanya akan menjadi sesebuah
organisasi itu bersifat global dan berdaya maju serta berdaya saing. (Festead.A., 2002).

b. Kemahiran Komunikasi

Majikan seringkali mencari dan menilai calon pekerja melalui beberapa kriteria
kemahiran seperti kemahiran kepemimpinan, kemahiran bekerja secara kumpulan, kemahiran
adaptibiliti, kemahiran interpersonal, kemahiran teknologi informasi dan kemahiran
komunikasi (Donofrio & Davis, 1997). Daripada kemahiran-kemahiran di atas kemahiran
komunikasi merupakan kemahiran yang seringkali di titikberatkan oleh majikan ketika mencari
calon pekerja (Allen, 1998). Contohnya dalam kajian yang dilakukan oleh Indiana Commission
for Higher Education pada 274 orang Pengurus Personel mengenai sepuluh (10) faktor apabila
mengajikan pekerja dan didapati kemahiran komunikasi merupakan faktor yang pertama
dalam menentukan calon pekerja ( Klopf & Cambra, 1997). Kajian yang lain oleh Hultz, B.M.
& Others (1998), telah mengedarkan empat ratus dua puluh satu (421) majikan di seluruh
Amerika. Hasil daripada kajian itu menunjukkan bahawa komunikasi lisan dan komunikasi
tulisan mencatatkan punggutan yang tertinggi.

c. Kemahiran Fleksibiliti

Pada hari ini permintaan untuk mendapatkan pekerja baru berkemahiran dalam satu-
satu bidang tidak begitu penting tetapi untuk mendapat pekerja yang bersedia untuk dilatih
dengan pelbagai kemahiran adalah yang lebih penting ( Hendry, 2000). Sementara itu
kebanyakan syarikat menyediakan latihan untuk pekerjanya meningkatkan kemahiran yang
berkaitan dengan proses, kaedah mengoperasikan sesuatu mesin bagi meningkatkan produk
syarikat berkenaan. Justeru itu mana- mana pekerja yang tidak bersedia untuk dilatih, mereka
ini sebenarnya berada di dalam kerugian ( Hendry, 2000). Bersedia untuk mengenalpasti
masalah merupakan salah satu kemahiran generik yang penting dan keadaan ini merangkumi
membuat keputusan, berfikiran kritis dan memahami persekitaran dunia pekerjaan yang
diceburi (Jessica Pumphrey, 2001)

d. Bekerja Di Dalam Kumpulan.

Department for Education and Skills (2000) menyatakan kebanyakan pekerjaan-


pekerjaan baru di United Kingdom memerlukan kecekapan bekerja secara kumpulan mengatasi
pekerjaan-pekerjaan yang konvensional pada masa lalu. Menurut beliau lagi bekerja dalam
kumpulan boleh minimumkan kos dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan
produktiviti, menyumbangkan lebih banyak idea dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam kebanyakan industri seperti bidang kejuruteraan pembangunan perkerjaan berkelompok
(cell -working) dan pekerjaan berkumpulan (team – working) mendapat tempat yang tertinggi
jika dibandingkan dengan bekerja secara sendirian (Connor, 2000b)

Kemahiran Generik Mengikut Jantina

Kajian yang dilakukan oleh Felstead (2002) di Britain, menunjukan perbezaan


yang ketara dalam perilaku kemahiran generik mengikut jantina. Kajian tersebut menunjukan
perempuan menguasai kemahiran generik dalam komunikasi dan perancangan iaitu masing-
masing menunjukan perbezaan indeks lebih kurang 0.19 dan 0.15. Manakala lelaki menguasai
kemahiran generik dalam kemahiran matematik dan kemahiran fleksibiliti iaitu masing-
masing menunjukan perbezaan indeks lebih kurang 0.12 dan 0.04 . Dalam kemahiran generik
teknologi maklumat perempuan menunjukan kemahiran yang tinggi berbanding dengan lelaki
iaitu perbezaan indeks lebih kurang 0.2.

Kemahiran Generik Mengikut Industri

Mengikut Felstead (2002), satu kajian di Britain telah menunjukan permintaan


yang berbeza di kalangan industri mengenai kemahiran generik. Ianya adalah seperti jadual 4
di bawah;
Industri Kemahiran Generik
Perkhidmatan Kewangan Pengurusan tanggung risiko,
kepemimpinan, teknologi maklumat dan
komunikasi.
Telekomunikasi Bersedia hadapi tekanan, teknologi
maklumat, fleksibiliti dan komunikasi
Kerajaan tempatan dan pusat Komunikasi yang boleh meyakinkan
pelanggan, bekerja di dalam kumpulan,
berfikiran kritis, felksibiliti, pengurusan
sumber, teknologi maklumat
Kejuruteraan Berkemahiran dalam teknologi maklumat,
komunikasi, fleksibiliti, bekerja di dalam
kumpulan dan berfikiran kritis.

Jadual 4 : Permintaan Kemahiran Generik Mengikut Industri


Kesimpulan

Kertas kerja ini mefokuskan betapa pentingnya kemahiran generik pada masa kini.
Oleh itu, beberapa usaha perlu dilaksanakan bagi melahirkan lepasan institusi pengajian tinggi
yang berdaya saing dan dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Antara usaha yang perlu
dilaksanakan adalah penstrukturan kurikulum di semua peringkat pengajian bermula dari
sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi perlu lebih bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik
supaya pelajar yang dihasilkan berupaya menghadapi cabaran era globalisasi. Disamping itu
penggunaan Modul Kemahiran Generik adalah perlu sebagaimana telah dilaksanakan di
beberapa buah negara maju. Ini penting dengan dengan adanya Modul Kemahiran Generik para
pelajar akan dapat dilatih secara terus mengikut modul yang ditetapkan. Apa yang diharapkan
dengan terlaksananya dua saranan tersebut, para lepasan institusi pengajian tinggi akan lebih
diterima oleh majikan dan sekaligus dapat menjana ke arah negara industri dengan lebih
pantas.
Rujukan

1 Allen, C. (1998). " Journal of Career Planning And Employment ." Jilid 58
56 -58.

2 Campbell. M. (2001). "Skill in England 2001 Research Report." Leeds


Metropolitan University.

3 Confederatioan of British Industry (1998). "Qualified to Compete". The


Institute for Employment Studies. London UK.

4 Connor. H (2000). " An. Assessment of Skill Needs In Engineering."


The Institute for Employment Studies. London, UK

5 Department for Education and Skills (2000). " Skill for All : Research from
the National Skills Task Force. " United Kingdom.

6 Sharifah Nor Putih (2001). "Perlaksanaan Program Sekolah Ke Kerjaya."


Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional. Kuala Lumpur.

7 Donofrio, H.H. & Davis, K (1998). " Oral Communication Across Discipline:
Adding Value To Academic Pursuit and Marketability." Paper presented
at Annual Meeting of the Southern States Communication Association,
Savannah.

8 Felstead A., (2002). " Work Skills in Britain 1986 - 2001." Unversitiy of Kent
at Canterbury.

9 Green. F. (2001). "Market Value of Generic Skills." Research Paper 8,


University of Kent .

10 Hasliza Hassan (2002). "Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan


Pada Masa Kini". Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

11 Hendry. C (2000). " Employers Skill Survey : Case Study Telecommunications


Sector." City University Business School.
12 Hultz, B.M. & Others (1998). "Screening Job Applicants : Recruiter Decision
Strategies." Michigan State University.

13 Ibrahim Ahmad Berjunid (2002). " Changing Mindset: Lifelong Learning for
Educationalists". Paper Presented at International conference on
Lifelong Learning. University of Malaya. Kuala Lumpur.

14 Jabatan Tenaga Kerja (2003). "Laporan Tahunan Jabatan Tenaga Kerja 2003"
Tidak di terbitkan.

15 Jabatan Tenaga Kerja (2004). "Laporan Jabatan Tenaga Bulan Februari 2004
Tidak di terbitkan.

16 Jessica Pumphery (2001). " A Comprehensive Summary Of Generic Skills


Requirement" The Council For Administration, London

17 Jim M. Espinoza (1999). " Skills Students Learn While Working in College."
Blackburg : Virginia.

18 Kamal S. dan Mei L.Y., (1996). " Sectoral Projection In Manpower Needs
In Malaysia." dlm"The Human Resource Pespective Towards Achieving
Vision 2020." Kementerian Pembangunan Industri Sarawak : Universiti
Teknologi Mara cawangan Sarawak.110 - 127

19 Kementerian Sumber Manusia (2001). "Laporan Pasaran Buruh Tahun 2000.


" Jabatan Tenaga Rakyat. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Berhad.

20 Kerajaan Malaysia (1999). " Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia


Ketujuh 1996-2000" Kuala Lumpur :Percetakan Nasional Berhad .

21 Klopf, D. W & Cambra, R. E (1997). "The Basic Speech Course: Universiti


of Hawaii." Paper presented at the Meeting of the Communication
Association of the Paciffic-American Conference, Honolulu.

22 Kretovics M.A., & McCambridge , J.A.,(1998). " Determining What


Employers Really Want : Conducting Regional Stakeholder Focus Group"
23 Mohd Yahya b. Nordin(2003). " Isu dan Cabaran Dalam Penyediaan Tenaga
Kerja Dalam Era Perubahan Teknologi Dan Globalisasi." Kertas Utama
Dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Dan Latihan Teknik dan
Vokasional 2003.Kolej Universiti Tun Hussein Onn. Batu Pahat.

24 National Skills Task Force (2000), ,"Skill For All : Research Report From
the National Skills Task Force UK.

25 Nik Othman b. Daud (2003). "Peranan Institusi Latihan Dalam Menghasilkan


K-Workers Yang Berdaya Saing Untuk Menghadapi Cabaran Globalisasi."
Kertas Persidangan Dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Dan Latihan
Teknik dan Vokasional 2003. Kolej Universiti Tun Hussein Onn. Batu Pahat.

26 Mohd Yusof Mohd dan Mohd Fadhil Nuruddin (1997). " Cabaran
Perindustrian Masa Hadapan Dan Kualiti Graduan Teknikal Yang
Diperlukan" Persidangan Kebangsaan Pendidikan Dan Kejuruteraan.
Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

27 National Association of Colleges and Employers (NACE) (1998). "Job


Outlook 98." Bethlehem, United State Of Amerika.

28 Rahmah Ismail (1997). "Situasi Semasa Pembangunan sumber Manusia


Di Malaysia." dlm. "Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia" Skudai,
Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 27 - 59

29 Tengku Mahleel Tengku Ariff (2002). "Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk


Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini". Seminar Antara Industri dan
Institutsi Pendidikan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

Anda mungkin juga menyukai